Sabtu, 19 Disember 2009

Perwira Bangsa



Perwira bangsa menghadap saujana..


Merenung nasib watan..




Nun di sana..


Anak-anak bangsa tersungkur bergiliran..


Meneguk racun lucah pelemas iman..


Dibuai syurga hedonis duniawi..


Terbuai-buai mencari pelampung ketenangan hakiki..


Ibarat menelan masinnya sang laut..


Tiada kunjung ertinya lega penawar dahaga..





Perwira bangsa menakhoda zaman..

Angkasa perjuangan dijulang semarak..

Bersaksikan persada sang langit..

Tiada kenal erti susah lelah..

Biar tiada menggalas pundak cabaran..

Perwira bangsa senantiasa angguk nan sedia..


Kamilah pemuda berjiwa perwira..

Ancam tribulasi menggugat raga jiwa..

Cerca hina diludah nista..

Tiada nama takut perobek dada..

Takkan kata dayus mengasak waja hati..

Kami tiadakan layu tewas..



Restu Ilahi saksi diri..

Sanubari Kahfi semangat nafsi..

KeranaMu Tuhan hidup menuju mati..

Ahad, 13 Disember 2009

Tatkala Inai Masih Pekat Di Jemari..






Sesungguhnya maut itu datang tanpa memberi petanda dan mengenal erti masa..


Sesiapapun,muda atau sudah berkerut seribu,kematian adalah sesuatu yang pasti..

Begitulah lumrah hidup..

Sangat sukar untuk ditelan..
Mata memandang sudah terasa berat bebannya,apatah lagi bagi diri yang betul-betul memikulnya..



TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan padajam 1.05 minit tengah hari.


MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada Teh Afifah dan keluarga..

Bagi kita yang masih berjalan elok di atas muka bumi ini,ingatlah bahawa kita juga adalah bakal mengiringi.Cuma detik setiap individu adalah milik mutlak Tuhan.Tiada yang lain mengetahuinya..

Kita tidak mampu merencanakan detik kematian kita,tetapi apa yang mampu kita lakukan adalah kita berupaya merencanakan, bagaimanakah nanti keadaan pilihan kita sewaktu malakul maut datang mengundang pergi..

Sama ada datangnya bersambut iman di dada,ataupun sebukit dosa dan maksiat yang menunggu siksa.Ini pilihan kita...

Wahai teman-teman,perhatikanlah setiap langkah kita dalam kehidupan,helaan nafas sayup,adakah setiap satunya membawa kita mengenal erti penciptaan diri kita..

Siap siagalah wahai semua bakal penghuni kubur!!

Untuk Ariff dan saudara yang telah pergi terlebih dahulu,moga selamatlah kamu di sana.Insyaallah kami semua bakal mengekori..

Innalillahi waiinna ilaihi rojiun....


Jumaat, 11 Disember 2009

Warkah Dari LELAKI



Assalamualaikum saudariku seakidah..

Datangnya warkah ini bukan bertujuan menyinggung perasaan saudari,lebih-lebih lagi dengan niat mahu melampiaskan perasaan marah yang bersarang di minda.

Warkah ini hadir sekadar mahu berkongsi pandagan peribadi dalam menilai suatu penciptaan yang unik,kurniaan Ilahi,makhluknya bernama WANITA..Saya mungkin punya kesilapan dalam mencari suatu kesimpulan.Dan mungkin sahaja ada penilaian saya,walaupun sekelumit,mungkin berbekas kebenaran...

MARUAH adalah nyawa seorang wanita!!

Lihatlah maruah diri anda dalam konteks yang luas..

Seorang LELAKI memandang tinggi wanita yang bermaruah dan pandai menjaga maruah..

Seorang LELAKI,lumrahnya tidak akan mempercayai seorang wanita 'hak milik awam',untuk dijadikan sebagai pasangan hidupnya..

Wanita yang boleh dibawa ke hulu dan ke hilir sesuka hati sesedap rasa,bukanlah ideal untuk dijadikan pendamping hidup.Selagi yang dibuntuti adalah seorang yang bukan berstatuskan suami,selagi itulah tiada cop penghalal hubungan.

Ijabkabul yang terlebih dahulu berambukan asmaradana,akan menelurkan pelbagai wasangka.

"Sebelum nikah dia keluar dengan banyak lelaki lain.Kalau selepas nikah.."monolog seorang suami pasca pernikahan dengan teman wanita yang bertakhta di jiwa dan raga..

Tiada jaminan yang mampu menjanjikan kebahagiaan persis..


Saudari,

Hanya LELAKI mampu menafsirkan bagaimanakah irama berfikir seorang LELAKI..

LELAKI mampu berjanji semanis madu,berbungakan kata-kata seluas saujana memandang ,apabila didampingi wanita seperti dirimu..

Kami mampu..

Hanya MAHU membezakan LELAKI dan JANTAN.JANTAN pasti mempergunakan sebaiknya keistimewaan menanam tebu di pinggir bibir.Jangan sesekali saudariku terpedaya mudah,masuk denak yang terpasang elok..

LELAKI yang benar-benar ikhlas , akan menjaga MARUAH seorang wanita!!

Apabila seorang WANITA sudah menjadi pujangga hati,perasaan seorang LELAKI pasti sentiasa hidup subur,tumbuh melangit,mengejar mimpi-mimpi indah kemudian hari..

Sang pujangga sesekali tidak akan merendahkan nilai MARUAH dirimu,saudariku..

Dia tidak akan mengajak dirimu berpeleseran dalam hiruk-pikuk pusat membeli belah,mengayun bersama jambatan tangan ,dengan penuh bangga..

Dia bukan mengajakmu 'memanaskan' telinga berjam-jam lamanya,memerah keringat jari-jemari menulis pesanan ringkas saban malam..

Bukan dia yang mengajak Qiyamulail bersama..
Langsung bukan sosoknya yang membangunkan saudari di waktu hening subuh pagi..

Kelibatnya bukan berbaur picisan,berkosmetikkan agama memikat jeratnya..

Ini hanya kerja SEEKOR JANTAN murahan!!


Saudariku,

Percayalah janji yang tersimpan di Lauhul Mahfuz..

Yang baik pasti diperuntukkan untuk yang baik..

LELAKI yang baik pasti bertandang,mengetuk pintu hati secara elok..

Bertemu mata bersua dengan orang tua..

Jangan sesekali menggadaikan MARUAH demi suatu yang tiada kepastian..

Jagalah MARUAH dirimu wahai saudariku...


Yang Ikhlas,

LELAKI..

Rabu, 9 Disember 2009

Antara Lelaki dan Jantan..




Beza antara Lelaki dan Jantan ialah,Lelaki mencari Perempuan,dan memelihara Perempuan dengan penuh penghormatan...

Jantan pula ialah yang mengejar Betina dan memperguna Betina dengan penuh kehinaan..

~Abu Saif~



P/S:

Saya sedang mencari masa luang untuk menulis benda yang banyak berkeliaran di fikiran.

Kata-kata Abu Saif di atas sedikit sebanyak terkait dengan penulisan saya seterusnya...

Moga-moga ada masa terluang ,Insyaallah ;-)

Selasa, 1 Disember 2009

Untuk Teman-Teman di Bandung...





Sehingga detik ini,sudah kira-kira 4 tahun saya menjunjung langit, memijak bumi Jatinangor...

Banyak benda berubah dan ada juga yang statik..

Dahulu junior,sekarang senior..

Dahulu pelajar biasa,sekarang punya pangkat dan jawatan..



BAK ENAU DALAM BELUKAR...

Pada pandangan peribadi saya,mungkin salah dan mungkin sahaja ada benarnya,saya lebih merasa sewaktu awal kedatangan saya dahulu pada tahun 2006,para pelajar di Bandung,memang agak individualistik..

Hidup banyak yang sendiri-sendiri."Ananiyyah" dalam Bahasa Arabnya..

Tidak semua pelajar sedemikian rupa,tetapi gambaran kasar yang dapat saya ambil adalah banyak yang "SELFISH"...

Alhamdulillah..

Bermula dengan kami yang punya kesedaran,dengan bantuan senior-senior yang turut bergabung,suasana mula berubah..

Unpad mula berubah.Aktiviti-aktiviti lebih banyak diadakan.Ikatan silaturrahim sesama pelajar cuba ditautkan sebaik mungkin..Partisipasi aktif dari kawan-kawan sekalian,amat membanggakan saya..

Di mana-mana,kami dari Cikuda menampakkan muka,memberi segenap sokongan.Terima kasih Tuhan atas kesedarannya...



SEKARANG...

Tatkala perubahan generasi berlaku,ada nilai yang bertambah dan berkurang.Roda bukan sekadar di atas,kadang-kadang putarannya berada di bahagian bawah..

Proaktifnya pelajar-pelajar di sini,harus mendapat pujian..

Keterlibatan aktif setiap angkatan atau 'Batch',memang wajar diberi tepukan tahniah..

Cuma di sini..

Seperti pepatah Inggeris,


"A Coin Has Two Sides"


Setiap angkatan memang cuba memupuk hubungan erat sesama mereka.Dan bagi saya,ini adalah satu hasil yang bagus..

Benih yang kami cambahkan dahulu,tersemai elok,dibaja subur oleh adik-adik di bawah...

Akan tetapi,ada sisi gelap yang harus diperhatikan...

Walaupun belum lagi signifikan,tetapi bibit-bibit hitam ini mula menampakkan sinarnya...

Saya gusar..

Asal mausulnya kita menguatkan angkatan,memberi sumbangan proaktif,adalah untuk memupuk kerjasama sesama dan mengeratkan hubungan intra angkatan.

Tujuan yang bagus.Di samping,memberi pengalaman berharga dalam menjalani kehidupan mendatang..

Apa yang saya perhatikan,tujuan murni mahu menyatukan pelajar ini,seakan-akan mula menjadi medan adu-tara antara angkatan..






"Demi BATCH kita!!!"laung seorang penyokong setia..

"Boleh pergi matilah BATCH korang!!"balas seorang pejuang setia angkatan lagi satu..
"Kitorang tak boleh masuk dengan senior la!!"menghiris hati apabila mendengar ungkapan sedemikian..
Ini belum ditambah balingan-balingan tohmahan yang bermaharajalela di belakang.Kutuk-mengutuk menjadi santapan budaya..

Saya tidak senang dengan prospek negatif ini..



KEMBALI KE ASAL..

Tidak ada masalah untuk bertanding.Barulah seronok,meriah rasanya.Bertambah semangat bertanding dalam sebarang program..
Cuma janganlah laga di gelanggang,dibawa-bawa sampai ke bawah,ke luar medan.Diungkit-ungkit ketidak puasan hati sehingga berkurun lama..
Memang suatu yang mustahil untuk memuaskan hati semua individu.Tetapi cubalah semaksimum mungkin bagi pihak penganjur,untuk mengurangkan sebarang konfrontasi,sama ada antara sesama angkatan ataupun angkatan dengan penganjur..

Di sini,kita sebagai para pelajar yang mempunya daya intelek yang tinggi,juga haruslah turut bersyakhsiyah seelok mungkin,sesuai dengan daya intelek kita miliki..

Komunikasi memainkan peranan yang paling penting.Sebarang salah-faham,ketidakpuasan hati,sama-sama kita tangani dengan komunikasi yang berhemah.

Seberat mana konfrontasi sesama kita,tetaplah kita badan yang satu.Mencubit paha kiri,yang kanan pasti merintih sama..

Saya mengambil contoh yang jelas.

Jangan kita semua menjadi seperti segelintir penyokong bola sepak Kelantan.Mencemar nama negeri sendiri..Atas rasa tidak puas hati dek kekalahan pasukan negeri,kerusi,hatta stadium mahu dibakar bagi melampiaskan ketidakpuasan hati..

Selaku anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang,semangat patriotisme kenegerian saya sangatlah tinggi..

Semenjak kecil,dari zaman Hashim Mustapha sehinggalah sekarang,tidak pernah saya berhenti menyokong pasukan negeri,hatta ketika Kelantan terperosok di dasar liga suatu ketika,tetap saya menyokong,melahirkan setiap sokongan,dengan jiwa dan raga semahunya..


1-0..


2-0..

3-0..


Hancur hati mendengar khabar dari jauh seberang laut.

Tetapi tetaplah saya mengucapkan kalungan tahniah buat pasukan Hoben Jang Hoben..

Pertandingan adalah pertandingan.Ada kecewa,duka bermain dengan gembira,suka.Adat sebuah pertandingan...

Ukhuwwah sesama kita jangan sesekali dilupa..


KATA HATI...


Saya menyeru semua kita,terutama pelajar-pelajar di Bandung,marilah kita sama-sama luruskan niat kita dalam berpartisipasi dalam sebarang aktiviti.

Takkan mampu kita memperkasa agama,bangsa dan negara,jika antara sesama,kita saling mencantas,memperburuk..

Hulurkan salam persahabatan,ucapkan kalungan tahniah!!




"Budi Bahasa Budaya Kita"
















Isnin, 23 November 2009

Jangan Cepat Bersangka...


Seringkali kalau bercakap menasihat,saya akan mengatakan..

"Jangan cepat bersangka dengan orang.Kebanyakan sangkaan itu perbuatan dosa"

Ini adalah hakikat tekstual yang dipaparkan dalam Al-Quran sendiri dalam surah Al-Hujuraat..

Saya mengimaninya.Kita semua mengimaninya.Percaya sebulat suara...

Teorinya sebegitu.Tetapi jelas tidak mudah untuk mengaplikasikannya sebagaimana dipertontonkan Muhammad Rasulullah..


Masih Belajar...

Telinga yang paling dekat dengan mulut yang berbicara adalah sepasang telinga,kurniaan Ilahi untuk diri ini.Telinga sendiri..

Saya sendiri masih belajar mengimplementasikannya dalam kehidupan seharian..

Perlahan-lahan,saya mengajar diri berfikir bahawa di sebalik sesuatu kejadian atau perkara,pasti ada banyak perkara yang tersirat dan berselindung.Kebenaran terselubung dengan pelbagai debu-debu menipu pandangan mata..

Hatta dalam situasi paling buruk sekalipun..

.................................................................................................................................................

"Kenapa tak tolong kawan korang yang susah?Makan,minum korang senang.Kawan nak makan pun susah,apatah lagi nak berbelanja mewah macam korang!!!"suatu hari saya menempelak beberapa orang adik..

Ada seorang teman mereka yang agak kekurangan dalam aspek material.Saya mengetahuinya dan mungkin tanpa kaji selidik yang mendalam,saya melemparkan hamburan marah berapi kepada adik-adik tadi..

Kononya pada pandangan saya,mereka hanya melihat bodoh,bersilang kaki,acuh tidak acuh tentang perihal kekurangan sang teman..

Masing-masing menunduk pandangan.Pesanan SMS tidak berbalas..

"Padan muka!!"puas hati kecil saya..

Keadaan macam ini harus ditegur,kalau berlanjutan,pasti merekahkan tali ukhuwwah sesama..

........................................................................................................................................


Tetapi..

Kondisi yang saya sangkakan berubah 360 darjah berlawanan arah.

Pesanan SMS berbalas setelah beberapa detik.

"Abang tahu permukaan masalah je.Kami ni siang malam menangis bersama,jerih perih dia kami jinjing berjamaah"sayu kata-kata adik yang saya marah-marahkan tadi.

Lantas adik tadi menceritakan keseluruhan cerita.Plot-plot yang kelam,dijelaskan sebaik mungkin.Kebenaran muncul akhirnya setelah lama dilindungi arakan awan-awan mendung sangkaan..

"Astagfirullah..."kekesalan beraja di kamar jiwa.Ucapan istigfar saya lantunkan syahdu..

"Aku menzalimi mereka.Betapa mulianya kamu adik-adikku!!"menyesal tidak sudah atas keterlanjuran diri.

Namun saya bangga melihat ukhuwwah yang kukuh antara sesama mereka.Begitu indah kalau berjumpa kawan-kawan yang susah bersama,menangis beriringan,menjalani mehnah kehidupan dengan penuh syukur..


Pengajaran..

Tadi suatu contoh ringkas keterlanjuran dalam berfikir datangnya dari dalam diri saya sendiri..

Apa yang saya harapkan dan cuba amalkan,saya cuba berfikiran positif terlebih dahulu. Berjumpa,selidiklah terlebih dahulu..Jangan cepat bersangka merangka konklusi dan kesimpulan...

Dalam aspek apa-apa sekalipun,politik,agama,budaya,pendidikan dan dan ekonomi,cubalah kita memberi sedikit ruang penyiasatan terhadap sangkaan yang bertapak di hati...

Saya cuba yang terbaik..

Sahabat-sahabat sekalian juga harus menempelkan sikap ini dalam kehidupan..

Lebih-lebih lagi pada yang Muslim, Al-Quran telah berbicara pada kita,

"Kebanyakan sangkaan itu adalah DOSA"

Setakat mana,beriman dan percaya kita kepada Al-Quran adalah didasarkan pada perbuatan dan amalan.

Bacaan Al-Quran bukanlah sekadar retorik permainan bibir,tidak sekadar kosmetik penyeri majlis,tetapi ia adalah setakat mana kita mampu mengamalkannya...

Ayuh berubah!!!

Selasa, 17 November 2009

Penawar Penat,Pengubat Lelah...




Dalam dunia yang penuh kesibukan,kelelahan pasti hinggap di tubuh sesiapa sahaja.


Menggerakkan tulang empat kerat dari pagi sampailah ke larut malam,semuanya mengandalkan tenaga.Waktu tidur cukup sedikit,sekadar penghilang penat seketika..


Ada sepotong hadis yang sangat wajar untuk kita hayati bersama dan ambillah teladan seadanya..


Terimalah..


..............................................................................................................


Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya:


Saidatina Fatimah r.a mengeluh sambil mengilas tangannya.


Waktu itu beliau mendengar Nabi s.a.w mendapat seorang tawanan yang boleh dijadikan sebagai khadam.


Saidatina Fatimah r.a pergi menemui Nabi s.a.w namun beliau tidak menemui baginda, cuma berjumpa Saidatina Aisyah r.a dan menceritakan maksud kedatangannya.


Apabila Rasulullah s.a.w pulang, Saidatina Aisyah r.a terus menceritakan kepada baginda mengenai kedatangan Saidatina Fatimah r.a. Nabi s.a.w kemudiannya pergi menemui kami.


Waktu itu kami sedang berada di tempat tidur, kami bangkit untuk menemui baginda lalu baginda bersabda: Tetaplah di tempat kamu. Baginda seterusnya duduk di antara kami sehinggalah aku reda dari memarahinya kemudian baginda bersabda:


Inginkah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu?


Apabila kamu berada di tempat tidur masing-masing, kamu hendaklah membaca *takbir (a) sebanyak tiga puluh empat kali, tasbih (b) sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid (c) sebanyak tiga puluh tiga kali*.


Semuanya itu adalah terlebih baik dari seorang khadam.



Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: “Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: “La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim)



.................................................................................................................



Pengajarannya yang boleh diambil..


Sebelum tidur,bacalah Takbir 34x,Tasbih 33x, dan Tahmid 33x.Itu sunnah Nabi.Berpahala melakukannya..


Ulama bukan sekadar melihat dari rangka tekstual,ulama pandangan mereka tajam,tembus ke hadapan.Sinar makrifah mereka melebihi orang biasa..


Kenapa diumpamakan lebih daripada seorang khadam?


Adakah itu sekadar fadilat?


Ulama menakrifkan bahawa orang yang betul-betul mengamalkan amalan Sunnah ini bukan sekadar mendapat pahala dek kerana ini Sunnah Rasulullah,tetapi juga zikir ini mampu memberi tenaga luarbiasa bagi pengamalnya...


Fatimah tersangat penat dengan menguruskan hal keluarga.Lantas meminta bantuan seorang khadam dari Rasulullah...


Zikir ini lebih baik dari punya seorang khadam,kata Rasul..


Wallahualam..


Sekadar tonik ringkas,bingkisan Rasulullah pengubat lelah anakanda Fatimah.Semoga kita mampu mencontohinya ;-)

Isnin, 16 November 2009

Adakah Ku Mencintainya...



Jika bercinta,semuanya pasti indah..

Rindu asmara tiada jemu mengetuk pintu hati..

Sehari tidak bertemu,bagaikan setahun menunggu seksa..

Biar tidak bertemu,asal bauan kiriman angin terubat jua..

Resmi sang pencinta..


SIBUK



Sibuk merupakan perkataan penuh sihir magis.Manusia boleh melupakan segala-galanya apabila diheret kesibukan menggila..

Makan minum,kasih sayang dilupakan terus.Hilang dari diari kehidupan seharian..

Begitu juga dengan wahyu agung dari Ilahi.

Biasanya mungkin dibaca sehelai dua sebagai panduan jiwa rohani.Tetapi apabila tanggungjawab-tanggungjawab yang lain datang berlambak,adakah Al-Quran masih diutamakan??

Tugasan kuliah,belajar,kegiatan luar,pekerjaan,urusan anak isteri dan seterusnya..

Manusia yang tahu kehebatan,kepentingan,pasti berkorban sehabis daya untuk membelek
lembaran-lembaran Al-Furqan..

"Macam mana mahu istiqamah berdamping dengan Al-Quran dalam keadaan sangat sibuk dengan tugasan,ujian,kokurikulum dan sebagainya??"tanya seorang teman kepada seorang ustaz terpercaya..

"Kalau ada CINTA,sesibuk manapun dirimu,pasti sentiasa ada masa untuknya!!"jawapan pamungkas kata sang ustaz..

Semuanya kerana CINTA..


p/s:

1)Saya banyak kesibukan tersendiri.Jawatan,pekerjaan KKN dan thesis,pelajaran dan sebagainya..

2)Akan tetapi,sering saya kata,kesibukan adalah alasan yang dibuat-buat..
(bz tapi kenapa ada masa lagi untuk berhura-hura ;-) )

3)Nasihat kat atas untuk diri.Semoga tulisan pendek ini mampu mengistiqamahkan dunia penulisanku yang sedikit terbantut.Ameen ;-)

Ahad, 1 November 2009

Iman Sudah Tiada..



Iman merupakan suatu unsur yang penting dalam kehidupan beragama seorang Muslim yang bersyahadah.

Iman adalah apa yang berada di dalam hati,dan dibuktikan oleh amalan luaran.

Iman dan amal,adalah suatu yang seiring sejalan.Irama dan lagu yang sama.Tidak boleh dipisahkan.


Kemalangan Jiwa..

"Sesiapa yang melihat kemungkaran,cegahlah dengan tangannya,kalau tidak mampu,dengan perkataannya,dan jika tidak mampu juga,maka bencilah dengan hati,itulah selemah-lemah iman"

HR Muslim

Andai dilihat sekali imbas,kita akan memahami bahawa setiap kemungkaran itu wajib kita tangani sebatas kemampuan kita.

Setiap manusia dikurniakan kemampuan berbeza dalam nahyu munkar ini.Faktor jawatan,kuasa,harta,ketakwaan adalah penentu takat mana keimanan kita.

Melihat pasangan bercumbu mesra di taman.Jelas suatu kemungkaran..Kalau berkuasa,segera kita meyergah kelakuan tidak senonoh itu tadi dan menyuruh pasangan itu beredar.Jika tidak mampu,mungkin kita menasihat sedaya upaya atas kesilapan mereka..

Dan paling tidak,selemah-lemah iman adalah kita membencinya!!!

Dan KEMALANGAN JIWA yang paling besar boleh berlaku adalah apabila maksiat itu TIDAK LAGI dianggap sebagai maksiat.

Disebabkan melihat maksiat itu adalah fenomena harian,dan diri sendiri yang mula membuatnya.Kebiasaan....


Selemah-lemah Iman..

Benci dikatakan sebagai selemah-lemah iman.Secara logik akal,ketika suatu benda dikatakan sebagai 'paling',pasti sudah tiada benda lain yang boleh mengatasinya.

Begitu juga iman..

Acu kita bertanya kepada hati kita sendiri.Apakah tahap imanku sekarang??

Pernahkah kita melihat seorang anak Adam dan anak Hawa sewaktu mula berjinak-jinak dengan cinta?

Dimulakan dengan SMS,memberi sepenuh perhatian sehinggakan makan,tidur,kencing semuanya dilaporkan kepada si dia..



Detik pertama keluar bersama-sama,mungkin sahaja 'diam-diam',tanpa pengetahuan orang.Rasa malu menguasai..

Kedua,masih lagi kekok sedikit.

Pertemuan ketiga dan seterusnya sudah terbiasa.Lumrah..Tidak lengkap kirannya kehidupan tanpa bertemu si dia.

Bagai hidup manusia perlukan makan dan minum,begitulah jiwa sang pencinta kepada primadona hatinya.

Rasa bersalah,takut dilihat kawan dan keluarga,malu,semuanya sudah luput dari ingatan..

Begitu juga kes minum arak,berzina,berjudi dan rasuah.Semuanya memerlukan detik pertama sehingga terbiasa..

Masih punyakah IMAN kita?Adakah hati-hati ini masih membenci maksiat ini?

Selemah-lemah iman pun belum tentu tatkala hati sudah redha dan seronok melakukannya..


Malu..

Cuba difikir sejernih rasional akal..

Kenapa malu itu dibilang Rasullullah sebagai sebahagian dari keimanan?

Hurm..Benar sekali.Sifat malu manusia itu menjaga dirinya dari kemaksiatan kepada Tuhan Yang Esa.Malu kepada sang Pencipta yang sentiasa melihat hambaNya dan paling tidak,masih ada seberkas malu ketika di khalayak manusia.Malu untuk diketahui...


Ramai..

Sikap manusia adalah senang condong kepada trend terkini.Kebiasaan,lumrah,mengikut suara majoriti pada suatu detik dalam kehidupan seharian..

Manusia bangga apabila melihat diri mengikut perkembangan terkini.

Manusia terhina apabila dikatakan tidak 'up-to-date'.

Apabila suatu kedurhakaan kepada Pencipta tidak dicegah,kedurhakaan itu akan menghasilkan kedurhakaan yang lain.Beranak pinak,menambah populasi..

Bukanlah disebabkan ramai yang melakukan,maka sesuatu perkara itu dianggap sebagai 'halal'..

Banyak yang rasuah,adakah rasuah itu dibolehkan?

Bertimbun pasang belangkas berdua-duaan,makan bersama,membonceng bersama,bergambar pipi bertangkup,adakah RAMAI itu adalah suatu COP PENGHALAL aksi?

"Sekiranya engkau mengikuti kebanyakan manusia,nescaya kamu akan tersesat"


Bilangan yang ramai tidak menjadi kuasa veto penentu kebenaran.Bak kata Abdullah Ibnu Mas'ud,

"Perkumpulan itu adalah apa yang ada pada kebenaran (Al-Quran dan Sunnah) walaupun engkau sendirian"


Sensitif..

Hati yang sensitif akan cepat merasa titik-titik maksiat yang mula bertumpuk.Hati yang apabila dibacakan ayat-ayat Allah,hati akan bergetar seakan-akan ayat itu menujukan panah ucapan kepada pembacanya..

Kalaulah hidup kita di atas muka bumi,tiada penamatnya,apalah guna iman itu,walaupun sekelumit.

Sebaliknya,hidup ini hanya sementara.Berlakon sepenuh masa sebagai hamba dan khalifahNya..Sang Pengarah mengawal mutu aksi sepanjang masa kehidupan..

Aksi yang terbaik memerlukan nilai 'IMAN' yang terbaik,yang disukai Sang Pengarah.Menentu dan menilai mutlak..

Detik anugerahNya tika bertemu Syurga atau Neraka..

Khamis, 29 Oktober 2009

Hadiah Dari Batang Melaka



Kubur...


Tempat manusia yang telah menghabiskan riwayat hidup di atas permukaan bumi ini, disemadikan abadi..


Setiap manusia pastikan merasakan detiknya mati.Janji Ilahi,dimekarkan dalam kalam Qurani.Pasti..


Manusia sering merasakan hidupnya masih lama.Usiaya masih dini..Punya banyak kesempatan lagi untuk bertaubat atas segala kesalahan dan maksiat kepada Tuhan..


Kerana sering lupa bahawa mati itu pasti,tanpa ada indikasi rasmi bilakah detiknya bagi setiap individu..


Sekarang?


Esok?


Lusa??


Bulan depan?


20 tahun lagi?


Hanya Dia mampu menjawabnya..



...........................................................................................



Sewaktu cuti semester kelmarin,ketika sibuk berpusing satu Malaysia,saya dianugerahkan hadiah yang cukup menginsafkan..

Dari Batang Melaka.

Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya dengan saya.Namanya Muhammad Khidir.23 tahun..

Senyap je orangnya.Namanya pun saya kenali melalui keluarganya yang terdekat.Langsung dia tidak bersuara sewaktu saya dan seorang sahabat menziarahi rumahnya..

Lautan manusia mengunjungi rumahnya.Tetap Khidir membisu.Senyap menikus..

Saya memandangnya dengan perasaan sedih dan kasihan.Saya pun sebaya dengannya tetapi tidaklah perangai saya sesenyap dia..

Mungkin dirinya penuh permasalahan.Wajah ibu,adik-beradiknya kusam..Sesekali menangis sang ibu tanpa sedar..

Mereka ada masalah..

Setelah disiasat,punca durja rupanya dimainkan oleh Khidir sendiri.

Dia kemalangan sewaktu menunggang motorsikal.Belum berkahwin,harapan ibu dan adik..

Anak muda yang penuh tenaga,sandaran tercinta..

Khidir terbujur kaku di tengah gelanggang rumah..

Putih bersih pakaiannya,litup,terlentang tidur.

Penuh isi rumah,jemaah bersolat 4 takbir..

Khidir hanya mampu melihat..

Badannya diusung perlahan meninggalkan rumah kediaman..

Meninggalkan ibu,meninggalkan adik.

Saya hanya mampu mengekori dengan mata sambil mengiringkan doa kesejahteraan padanya.Pertemuan pertama kami adalah pertemuan terakhir di dunia ini.Pertemuan singkat tanpa bicara..

Khidir sudah melangsaikan tanggungjawabnya.

Saya masih belum selesai.

Saya berumur 23 tahun,belum berkahwin,harapan keluarga,persis seperti Khidir.Bayangan saya pasti sama dengan Khidir suatu ketika dahulu ketika dirinya masih lagi bernafas.Mahu punya isteri,ada anak,membahagiakan ibu bapa dan keluarga..

Tetapi apakan daya,ketentuan Ilahi itu melangkaui segalanya.

Saya dan Khidir punya rencana tetapi Allah sahaja yang menentukan.

Terima kasih saudaraku Khidir kerana pengajarannya.Moga dirimu ditempatkan bersama golongan ahli syurga..

Sehingga kita ketemu di sana....

Selasa, 27 Oktober 2009

Misi Merampas Piala Malaysia!!!


Selamat berjuang buat tim Red Warriors..Semoga Piala Malaysia pulang ke bumi Cik Siti Wan Kembang!!!

Isnin, 26 Oktober 2009

Menjemput Maut Akhirat..


Bukan mudah tatkala berkuasa..
Lantai dipijak bisa terlupa..
Tika tangan mencuba awan..
Lupa dan leka menjadi handai..

Bermadah manis..
Berjanji setia..
Asal diri mendapat nama..
Bual bicara mulut manusia..

Manusia itu insan..
Sering terlupa..

Untuk apa hidupmu..
Sekejap cuma..
Membolot harta..
Bertakhta singgahsana..

Suatu detik..
Maut kan menjemput..
Muda atau tua..
Misteri Ilahi..

Wahai harta..
Tolonglah aku..

Wahai kuasa..
Bantuanmu kutagih..

Seruan sia-sia..
Tika nafas membentur akhir..
Direnggut kasar..
Peritnya nista..
Bersulam noda..
Bertemankan dosa..

Api itu perit..
Membakar..
Menjilat..
Hangus..
Hitam pekat..

Menyakitkan segenap sendi..
Meluluhkan daging..
Menampar wajah..
Silih berganti..

Selimutku api..
Tikarku api..
Sakit Ya Rabbi..

Ah..Ah..
Sudah tidak kutahan lagi..

Ah..Ah..
Aku mahu pulang..
Ke duniaMu Tuhan..
Aku taubat Ya Karim..

Ah..Ah..Ah..
Busuknya minuman nanah..
Aku tak sanggup..
Sakitnya buah duri..
Aku tak tahan..

Maraknya api..
Tiada henti..

Ah..Ah...Ah..

Sabtu, 24 Oktober 2009

Prinsip!!! Kepada Pencinta Kebenaran...



Dengan nama Tuhan,Pemilik Sekalian Alam..Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani,saya memulakan entry kali ini..

Entry ini sudah lama saya fikir,hadam dan hanya menunggu masa sahaja untuk ditulis.

Saya menulis dengan berdepan risiko yang tinggi.Mungkin ada sahabat-sahabat yang akan marah,mempersoalkan dan juga berpendapat apa yang saya luahkan adalah suatu kerja bodoh..

Saya selesa dengan pendekatan berhemah,tidak marah-marah,tetapi ini tidak bermaksud saya tidak punya prinsip,hidung boleh ditarik sini sana.Saya punya prinsip dan saya bangga mempertahankan prinsip saya anuti..

Telunjuk yang bersyahadah ini tidak sanggup untuk sesekali berkhianat.

Kebenaran adalah perjuangan saya.Keadilan matlamat hidup saya..

Dan "Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran" itu adalah pesananan Rabbani kepada hambaNya..


Deepavali..

Semua mungkin sudah jelas apa itu Deepavali..

Perayaan kawan-kawan yang berketurunan India ,beragama Hindu..

Di sini ingin saya tegaskan bahawa MUSLIM DILARANG MERAYAKAN PERAYAAN AGAMA LAIN!!!

Sama ada ke kuil bersama-sama,mendoakan keselamatan agama mereka,dan acara-acara lain.

Apabila pernyataan ini dikeluarkan,maka akan muncul banyak kesalahfahaman.Dan di sini,baiklah saya terangkan sedikit sebanyak sebatas pengetahuan dan kemampuan saya..

Pertama,ada yang mengatakan Islam ini 'rasis' atau berbaur perkauman kerana memisahkan perayaan kaum.Ketidakadilan telah berlaku mungkin antara slogan yang bakal dibangkitkan..

Ini sama sekali tidak benar.Sejarah telah membuktikannya..

Kawan-kawan beragama Hindu adalah sangat dihormati dan dihargai.Saya sendiri bersama kebanyakan kawan-kawan India tiada masalah bermain futsal,makan,belajar hatta sewaktu lepak-lepak bersama.Seronok...Cuma maaflah dalam berbual ,ada kalanya saya menegur dalam canda tentang budaya arak dan rokok yang tegar di kalangan kawan-kawan saya tadi.Sorry bro!!

Begitu juga kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar.Isu negara umpamanya..Sebagai pemimpin,hak-hak rakyat tidak kiralah Muslim atau tidak,adalah tanggungjawab mutlaknya.Sakit demam,makan pakai adalah bebanan sang pemimpin..

Pemimpin Muslim pasti jelas bahawasenya mereka akan dipertanyakan satu persatu perihal rakyat di bawahnya.Melayu yang menderita lapar di kampung,India yang tidak mampu menyekolahkan anak di estet-estet,waima kaum Cina yang tertindas ekonominya...

Semuanya akan diminta pertanggungjawaban..

Leaders are people's servants..

Juga saya selaku Yang Dipertua PKPMI-CB,turut punya tanggungjawabnya.Kebajikan dan perpaduan para pelajar di Bandung adalah perjuangan kami,bukan sekadar retorik kosong,menanam tebu di pinggir bibir..

Sebarang acara atau program dari kawan-kawan Non-Muslim adalah menjadi keutamaan kami.Diwali Nite,upacara sembahyang,keagamaan semuanya,berdasarkan keperluan semasa,akan cuba difasilitasikan sedaya mungkin..

Tidak ada istilah perkauman di sini walaupun saya sendiri seorang Melayu Muslim.Kerana ini adalah suatu tuntunan kewajipan seorang bergelar pemimpin.

Idola saya Muhammad Al-Amin.Yahudi buta yang mengutuknya sewaktu sang Rasul menyuap makan menjadi iktibar terbaik perilaku seorang Muslim..Melintasnya jenazah seorang Yahudi,bangun sang Rasul,tanda hormat...

Adakah ini suatu seruan yang 'rasis'??

Kalaulah Islam itu seruannya bermotifkan perkauman,sudah lama Muslim India tidak berdotti,Melayu Muslim tidak berbaju Melayu berbaju kurung..Juga pasti sudah lama pupusya bahasa Mandarin,Kantonis di China,diganti dengan bahasa Arab..

Fikirkanlah dengan saksama...

Kedua,mungkin ada yang mengatakan bahawa Deepavali atau mana-mana perayaan lain adalah bukan perayaan bersifat keagamaan..

Saya sendiri tiada bermasalah menyambut Tahun Baru Cina,Tahun Baru India,Pesta Tanglung dan lain-lain lagi kerana ini semua adalah perayaan kaum..

Silakan memakai baju merah,mempersembahkan tarian singa dan sebagainya,Insyaallahl saya tumpang sekaki..

Permasalahannya ada yang mendakwa bahawa Deepavali sebagai contoh, adalah suatu perayaan kaum.Untuk ini,saya mengajak bagi sesiapa yang mahukan kebenaran,biar kita duduk semeja,berdiskusi dengan semangat persahabatan,kita menelusuri bersama kebenarannya..

Saya tiada masalah untuk dipertikaikan.Masing-masing ada hujah,dan apabila berhujah,bukanlah emosi dan marah yang patut menang,tetapi pada mencari kebenaran adalah matlamat bersama kita..

Seterusnya,mungkin juga segelintir berpendapat bahawa kaum Cina dan India umpamanya,adalah golongan kelas kedua.Aidilfitri boleh sahaja yang India,Cina datang merayakan bersama,kenapa tidak perayaan kami??Itu mungkin contoh persoalan yang ditimbulkan...

Untuk ini kita harus kembali kepada prinsip pegangan agama masing-masing.Islam ada caranya,begitu juga India dan Cina...

Untuk urusan ibadah dan agama,Muslim diminta berbeza dengan penganut agama lain.Diulangi, IBADAH dan KEAGAMAAN sahaja!!!

Kami ada cara solat sendiri,begitu juga cara berpuasa sendiri..

Tetapi sesekali Muslim diingatkan dalam Al-Quran,bahawa Muslim dilarang sama sekali mencerca agama lain,meremeh-remehkan ibadah dan lain-lain lagi..

Andai ada kawan-kawan Non-Muslim ingin mempunyai tempat peribadatan seperti kuil,gurdwara,tokong dan sebagainya,LANGSUNG TIADA MASALAH untuk merealisasikan tempat tersebut..

Sembahnyanglah,puasalah wahai kawan-kawan non-Muslim,kami menghormatinya...

Sejujurnya bagi saya,India atau Cina bukanlah golongan kelas kedua di bumi Malaysia.Saya sendiri mengkagumi kehebatan Mahatma Gandhi,sampai saya punya buku autobiografinya di rumah.Mother Theresa juga sama.Pernah saya membelek-belek penuh minat autobiografi wirawati pejuang ini,buku kepunyaan kawan saya..
Perjuangannya mulus suci...


HARAPAN...

Di sini saya tidak menyertakan dengan kukuh dalil dan bukti dari Al-Quran dan Sunnah.Sudah banyak pihak berautoriti yang memperkatakannya seperti para mufti dan syeikh di seantero dunia..

Apa yang saya harapkan adalah sikap yang terbuka dalam menerima kepelbagaian warna dan corak kita semua beragama dan berbudaya..

Jikalau punya ketidakpuasan hati,silakan bertemu,bersemuka dengan saya sendiri.Saya MEMANDANG RENDAH KAKI CAKAP BELAKANG.Lembik!!!

Saya TIDAK HORMAT KEPADA PENCINTA KEROSAKAN DAN PERMUSUHAN..Hina!!!

Kepada rakan-rakan Muslim,mungkin sahaja punya pendapat berbeza,saya meraikannya jika anda lebih tepat dalam Al-Quran dan Sunnah.Kebenaran adalah berdasarkan kedua-dua sumber itu tadi..Jikalau entry ini punya kesalahan,saya mohon dibetulkan dan diberi tunjuk ajar...

Saya menyusun sepuluh jari kemaafan atas artikel ini..

Isnin, 19 Oktober 2009

Mimpi Sang Kudung


Aku punya mimpi,
Berdansa bersamamu kasih,
Terbang di awan syahdu,
Gemalai bermunajat cinta..

Tetapi apa punya daya,
Mimpiku mimpi sang pungguk,
Cuba menggapai rembulan jauh,
Hatiku kasih..
Hatiku cinta..

Aku si kudung hina,
Bermimpikan cincin di jari..
Cantikmu memukau sukma..
Merajut paksi sayang..

Oh sang dewi hatiku..
Tertawan pandangan..
Terpasung jiwa..

Aku hanya bermimpi..
Cinta bukan bererti memiliki..
Duhai kasih..

Ku doakanmu kasih..
Agar Tuhan melindungimu..
Moga Sang Pemilik Hati,
Menjadi jaga..
Biarpun mimpi semata..

Mimpi yang tiada sudah..
Biarlah engkau hidup..
Ketawa riang..
Senyum gembira..

Biar hatiku tenang..
Senang..
Mendengar khabar cerita..
Didendang indah semilir lalu..

Aku hanya sang Kudung..
Bermimpi indah bersarung cincin….




P/S: Testing je sementara menunggu azan berbuka.Hehe

Ahad, 11 Oktober 2009

Entah la Labu...








Perasuah boleh menang?Ya..
Adoi malangnya dunia!!
Haruan makan anak..
Harapkan pagar,pagar makan padi..
Entah la Labu...
Saya pening....

Laptop Dah Baik!!

Selama 3,4 bulan belakangan ini,laptop saya asyik bermasalah.Diserang virus,kedai tak mampu repair dan pelbagai masalah lain..

Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang memberi ruang saya menggunakan laptop mereka..Jasamu dikenang..

Banyak nota-nota,gambar,fail-fail saya yang hilang..

Banyak masa terkorban begitu sahaja..Menulis blog dan artikel pun curi-curi kat laptop Hanep.Muchas Gracias..Hehe

Alhamdulillah..

Insyaallah saya tak kan susahkan kawan-kawan lagi..

Semoga laptop ini kembali pada fungsi asalnya dan kembali aktif ;-)

Ahad, 27 September 2009

Marah Kerana Cinta!!


Dalam kehidupan 2 bulan terkebelakang ini,ada beberapa detik dan ketika yang membuatkan saya sendiri marah,merah padam muka,sakit hati dan sebagainya.Dan di sini saya akan bercerita 2 daripadanya.




KES 1

Tahun ini 1 Syawal disambut di perantauan bersama sahabat-sahabat yang tidak pulang ke kampung.Kami tidak 'mudik' dalam istilah Indonesianya..

Banyak acara diadakan cuma fokus saya pada kesempatan ini adalah pada solat sunat Aidilfitri yang saya kerjakan bersama masyarakat Sunda di Cikuda.

Tempatnya di Lapang Voli (Bola Tampar) Ivona,bersebelahan rumah saya sahaja.

Berduyun-duyun manusia bertakbir,berkumpul memuji Tuhan Yang Esa atas kemenangan setelah sebulan penuh berpuasa.

Seperti biasa,takbir mendayu-dayu,diikuti solat sunat Aidilfitri 2 rakaat berjemaah.

Usai solat,tibalah masanya Khutbah Aid..

Imam yang masih muda memulakan khutbahnya.

Pasang telinga mendengar sedikit sebanyak untaian nasihat kemenangan pada pagi yang mulia itu.

Fokus saya terganggu.

Ada jet pejuang kertas meluncur laju di atas kepala kami.

Sekali..

Dua kali..

Saya mengerling ke belakang.Ingatkan anak-anak kecil membuat onar,rupanya yang tua bangka,'anak-anak kecil' berusia 30,40-an,yang sibuk melancarkan pesawat..

"Kurang ajar"getus hati kecil ini..

Bukan sekadar itu..

Saya bertambah marah,tidak mampu bersabar apabila pandangan dihalakan kepada sekelompok 'makhluk jantan' berkopiah putih elok.

Cantik bersila mereka,hamparan sejadah melapisi punggung mereka,sedang sang khatib masih bersemangat berkhutbah di hadapan..

Berjemaah khusyuk mereka MENGHISAP ROKOK...



Berkepul-kepul asap naik ke udara..

Hisap rokok satu hal,menghisap rokok secara berjemaah di hadapan khatib yang sedang menyampaikan khutbah AidilFitri adalah satu 'kemalangan jiwa' yang cukup luar biasa bagi saya.

Takbir Aidilfitri tadi hanyalah kemenangan retorik,padahal yang disambut adalah kekalahan rohani yang cukup mendukacitakan...

Aidilfitri yang 'kalah' bagiku!!





Kes 2

Sewaktu musim cuti yang lepas,saya menghadiri suatu program kebajikan yang banyak manfaatnya.

Mungkin ramai yang bersama saya tetapi hanya Tuhan yang mengetahui adakah perasaan kita adalah sama sepanjang mengikuti program ini.

Andai namanya kebajikan,bermanfaat,sayalah orang pertama yang menjadi pendokong.

Tetapi sekiranya suatu program bersifat membazir,tiada manfaat,saya akan menyatakan pandangan saya dan saya akan me'lembikkan' promosi yang dibuat.

Jelas,prinsip saya..

Saya tidak akan bercakap mengenai intipati program kerana bagi saya,manfaatnya cukup banyak.

Tahniah kepada penganjur dan panitia yang bertungkus lumus..

Cuma pada kes ini,saya akan menfokuskan kepada suatu ucapan tokoh yang bagi saya cukup melampau dan bodoh.

Saya tiada masalah jika yang dikutuk adalah seorang musuh politiknya.Benar atau salah itu perkara kedua.Saya ada pendirian sendiri,dia punya pendiriannya juga..

Saya masih boleh memahami jika dia seorang pro-ISA,kerana mungkin sahaja bukan saudaranya mendekam lara di Kamunting,tahanan tanpa bicara.Dan mungkin sahaja dia hanya kurang bersetuju, hanya perlu sedikit rombakan untuk ISA.

Terpulang padanya.Manusia boleh berubah bergantung pada keadaan sekelilingnya..

Dia boleh bercakap membodek semahu mungkin kerana mungkin itu sikapnya seorang pondan.Walaupun saya membenci seorang pembodek yang diibaratkan seperti anjing yang menjelir-jelirkan lidah dalam Al-Quran,tidak mengapa.Saya doakan moga bukan dia anjing itu dan agar suatu hari,moga di akan sedar kepincangan akhlak ini..

Cuma...

Apa yang menyebabkan saya marah dan saya keluar terus dari majlis ucapannya adalah pada kata-katanya yang terakhir.

Jelas terakam dalam benak memori ini..

"Saya rasa undang-undang potong tangan,zina ni dah tak relevan dah.4 orang saksi dah tak cukup relevan dah.Kan kita dah ada 'surveillance system' yang cukup baik!!!"

Panas membara hati ini,walaupun di luar dewan,udara cukup dingin dan nyaman.

Saya menolak kerusi dan melangkah terus keluar.

Dia menghina agama sendiri.Saya bengang dan tidak boleh menerimanya..

"Lantakla siapa di hadapan,asalkan aku keluar!!"monolog sendirian dalam kepanasan membara..



Menurut apa yang saya fahami,dia seakan-akan mempertikaikan hukum Allah,Tuhan yang menciptakan dia.

Saya kurang mengerti kerana dia juga seorang Muslim seperti saya.Saya boleh mengerti jika dikatakan 'surveillance system' itu boleh mempertingkatkan ketepatan hukuman yang sedia ada.

Saya menerima.

Ucapannya bagi saya adalah ucapan 'rosak' akidah sama persis dengan Rasul Melayu.

Apa bezanya.Kahar Ahmad mengaku sebagai Rasul,dia pula mengaku punya hukum lebih baik dari hukum Tuhan..

Moga dia sedar kembali,dan moga telunjuknya yang bersyahadah 5x setiap hari minimum itu,akan mengenali apa erti pengucapannya tempoh hari.Semoga Allah memberinya petunjuk!!



Tamat 2 Kes...



Selepas kes kedua berlaku,saya berkongsi pendapat dengan seorang sahabat juga.Dia ada benarnya dan saya juga tidak semestinya salah.

"Mungkin dia tadi bercakap atas dasar kemahuannya pada agama tetapi sedikit jahil dalam ilmunya"

"Atas kita,untuk membetulkan kesalahannya,menegur dan berlapang dada!"

Sedikit pandangan peribadi seorang sahabat menenangkan gelodak rasa amarah dalam jiwa..

Sahabat tadi ada benarnya.Cuma bagi saya,tindakan saya juga tidak salah kerana Tuhan Yang Maha Esa juga menyuruh sesiapa yang berada dalam perbicaraan mempermainkan ayat-ayat Allah agar keluar dari medan itu.Saya lupa ayatnya...

Kesimpulannya,marah itu perlu bertempat.

Kawallah perasaan marah kerana bak kata Rasulullah:

"Bukanlah hebat seseorang itu dengan kekuatan fizikal,tetapi hebat itu adalah keupayaan seseorang menguasai dirinya ketika MARAH"

Kerana marah itulah kita bangkit mempertahankan agama..

Kerana marahlah kita mengejar pencuri yang merompak harta benda kita..

Marahlah kerana Cinta!!


Rabu, 23 September 2009

Kerana Sebuah Masjid....




Sewaktu melangkah menyambut ketibaan para dif kehormat Majlis Sambutan Aidilfitri di Puri Khatulistiwa,saya teringat dan memikirkan beberapa perkara..

Mengganggu fikiran.

Tiada ketenangan.

Dalam kepasrahan kaki menuju para dif jemputan,mata saya terpaku pada suatu sosok tubuh yang pernah dilihat.

Gurat wajahnya agak kusam,mempamerkan kesedihan terselingkar.


Puri khatulistiwa


"Bapak bukan dari Pangalengan kelmarin?"saya bertanya,usai memori kembali mendapatkan pertemuan kira-kira 3 minggu sudah.

Pak Zaenal!!

Itulah nama jasad manusia lebih separuh abad itu.Pertama bertemu di Pangalengan,antara titik utama gempa bumi di Jawa Barat.Tempat yang kadar kemusnahan boleh dikatakan antara yang paling teruk...

400 buah rumah runtuh.






Hampir 2000 orang kehilangan tempat tinggal.

Setelah diselidiki,rupa-rupanya Pak Zaenal dijemput oleh pihak kedutaan untuk beraya bersama kami,pelajar Malaysia di Bandung..

Semanis senyuman,tangan dihulurkan seraya bertanya khabar.

Bukan sekadar huluran tangan bersambut,dipeluknya tubuh ini seerat-eratnya.Bagai akrab benar persahabatan kami.Padahal baru kali kedua bertemu,baru 3 minggu sudah pertemuan awal.

Terasa syahdu..

Matanya menunjukkan sinar keikhlasan.Pasang mata yang sama kelmarin meneteskan air mata pilu atas bencana yang melanda kawasan kediamannya.


Di Meja Makan..

Datangnya Pak Zaenal ditemani isteri Ibu Siti Jenab dan anaknya Irwan.

Sememangnya kesempatan bersua muka dengan kedua-duanya di meja makan yang sama,membuka ruang kesempatan untuk saya berinteraksi dengan mereka.

"Ibu,buat masa sekarang,apakah keperluaan utama penduduk di sana?"tanya saya perlahan.Rencana di hati,jika diizinkan Tuhan,akan saya kunjungi lagi bumi Pangalengan untuk sedikit sebanyak mengurangkan bebanan penduduk di sana.

Senyap seketika.

"Kami sangat perlukan masjid!!"ujar Ibu Siti Jenab dan Irwan.

"Kami sudah ada makanan,minuman bersih,pakaian seadanya.."

"Sekolah yang ranap sudah mula dibangunkan.."

"Kami amat perlukan masjid!!"sayu buah bicara sang Ibu.

"Kami membinanya dengan wang kami,tenaga kami.Dari ia sebuah surau kecil sehinggalah menjadi sebuah masjid.."

"Di sini, kami solat,di sini ibu-ibu mendengar taa'lim,di sini anak-anak belajar Al-Quran.Semuanya di sini!!"papar Ibu dengan penuh hiba.Airmata jernih menitik perlahan-lahan.

Saya terkedu.

Airmata diempang kejap.

Teringat,menginsafi diri.

Pentingnya masjid buat mereka.Kita,sehari sekali ke masjidpun masih belum tentu,hatta masjid itu dekat di depan mata.

Di Cikuda,masjid lengang,tanda musim perayaan.

Bukan sekadar lengang,tiada yang berkesanggupan mem'bilal'kan diri..

Hari biasa apa bezanya.

hidup segan mati tiada mahu!!



Demi Sebuah Masjid...

Sebagaimana yang saya saksikan,masjid itu memang ranap.Jelas tidak boleh digunakan lagi seperti fungsi aslinya.

Ibu Siti Jenab,mahupun Pak Zaenal begitu terpukul atas malapetaka gempa itu.

Perjuangan mereka menegakkan agama di kawasan mereka sungguh hebat.

Tatkala para mubaligh Kristian hebat menggempur Pangalengan pasca gempa,anak-anak mereka didakyah secara halus,mereka mahu terus berjuang.Demi agama dan bangsa...

Anak -anak Muslim disemaikan dengan benih Kristianisasi,diajar tentang Jesus,dipenatkan dengan aktiviti agar mereka ponteng puasa dan bermacam yang lain.Pak Zaenal tahu.Juga Ibu Siti Jenab..

Mereka tahu,jelas..

Mereka merintih sebuah masjid!!

Saya sendiri begitu terpukul.Adalah menjadi sesuatu yang malang buat diri ini jika tidak bertindak melihatkan kondisi ini.

Saya sendiri akan bertindak dalam jangka masa terdekat,menggunakan seluruhnya organisasi yang berkenaan.Dan saya mahukan keterlibatan proaktif semua individu..


Saya...

Saya ada banyak benda untuk diperjuangkan dalam hidup.Tiada masa untuk berpangku tangan..

Cuma kadang-kadang sedih melihat kondisi manusia sekeliling,hidup dalam lautan hedonisme seakan-akan lupa ada suatu titik penamat bernama kematian..

Pak Zaenal berjuang darah dan airmata untuk menyelamatkan akidah masyarakat setempat.

Pak Zaenal memeluk erat saudaranya ini,mengumpul sanubari tenaga untuk kudrat langkahannya.

Ibu Siti Jenab hanya memerlukan masjid,tempat perkumpulan gerakan ibu-ibu.

Irwan memulakan wacana syabab juga di masjid.

Mereka dan apa yang mereka perjuangkan..

Sedangkan kita terus terlena dengan racun duniawi..




Selasa, 22 September 2009

Aku Seorang Insan...





Wahai Sang Qolbi Penguasa Diri!!

Betapa celaka membiarkan diri..

Bergelumang dosa membakar neraka hati..

Katanya Ramadan itu peyemai takwa kembali murni..

Tetapi kenapa nafsu kian menggunung awan tinggi..

Terus mata syahdu gemalai duniawi..

Iman lemah diserang hendap syaithoni..



Mengapa wahai diri??

Di manakah janji nafsi pada Rabbul Izzati??

Adakah tangisan mata itu hanya fatamorgana mimpi??

Menitis semata menipu diri yang keji..



Di manakah janji ketika azali ruuhi??

"Bukankah Aku Tuhanmu?" soal Rabbani..

Lupakah diri,

"Ya" itulah jawapan pamungkas abdi sejati..


Hidup dan Mati keranaMu Rabbi..

Janji diri nan lemah sepanjang hari..

Moga bekal TAKWA pendampingku tanpa sepi..

Harapku hanya padaMu Rabbi..

Aku lemah hamba Insani....

Ahad, 20 September 2009

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Maaf Zahir dan Batin..

Taqaballahuminna waminkum..

Salam Lebaran dari perantauan...

Khamis, 17 September 2009

T.A.Q.W.A.







Alhamdulillah setelah lama benar jari-jemari ini merehatkan dirinya,Tuhan Yang Maha Kuasa akhirnya mengizinkannya bekerja kembali..

Banyak benda yang berlaku,banyak malang yang bertimpa,semuanya mengajar nilai sebuah ketakwaan dalam kehidupan seharian..

Bermulanya tahun keempat di Fakulti Kedoktoran Unpad disambut dengan penuh kesyukuran.Isu Malaysia-Indonesia yang mencapai suhu maksimum dalam beberapa waktu,kedatangan gempa bumi berskala 7.3 skala Richter,dan sambutan mahasiswa-mahasiswa baru ke bumi Jatinangor,semuanya memenatkan mental dan fizikal...

Kelelahan..


Mencari Erti Sebuah Taqwa..

Sering dalam Ramadan, yang hampir melabuhkan tirainya ini,kita dihidangkan dengan ayat-ayat tentang puasa dari Al-Baqarah 183-186..

"Puasalah agar kamu berTAQWA"

Begitu sedikit sebanyak sebab kita diwajibkan berpuasa pada Ramadan..

Sewaktu memulakan sesi tazkirah selepas solat tarawikh pada malam-malam pertama Ramadan di Cikuda,saya berbicara tentang taqwa ..

Bahasanya taqwa,adalah kita mengerjakan semua yang maaruf dan meninggalkan semua yang munkar..

Suatu saat Umar Al-Khattab ditanya perihal taqwa,lantas dianalogikannya.

"Taqwa itu ibarat kamu berjalan melalui suatu jalan lurus yang penuh dengan duri-duri yang tajam"

Begitu juga kita hidup di atas muka bumi milikNya,hati-hati kita dari melakukan yang munkar dan hanya mengerjakan yang maaruf,itulah jalannya TAQWA!!



Sanggup Tak??

Ini persoalan yag saya lontarkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua.

"Sanggup tak kita sewaktu tengah lapar dan dahaga,kita masuk dalam bilik air seorang diri dan minum 2,3 teguk air??"

Seia sekata..

Semua menggelengkan kepala..

"Batal puasa nanti,tak dapat pahala!!"

Perlahan keluar dari belahan mulut seorang teman.

Ya..

Kita tahu wujudNya Dia,memantau setiap perbuatan kita,dari bangkitnya tidur sehingga tidur kembali..

Kita tahu tangan yang meneguk air akan menjadi saksi mendakwa kita,'pecah amanah' di bulan puasa..

Kita yakin dan percaya pahala hanya ditentukan olehNya,berdasarkan kualiti puasa kita..

Ini IMAN kita!!!


Setelah Puasa....

Tetapi,kenapa setelah sebulan selesai sekolah Ramadan yang bertujuan menyemai benih TAQWA,kita seakan-akan tidak mengenal erti sebuah puasa....

Orang politik terus dengan 'suapan',walaupun penuh sebulan puasanya..

Makcik-makcik masih seronok membicarakan kebobrokan kawan,menjaja cerita sekeliling kampung..

Yang mabuk bercinta,terus seronok bergandingan tangan memadu asmaradana..

Mata sentiasa liar melihat mana-mana hawa berdahi licin 'catwalk' elok di hadapan...

Saya mempersoalkan diri saya sendiri!!

Di mana perginya TAQWA pada bulan Ramadan seandainya mata lagi masih meliar,bicara masih lagi kotor,hati masih lagi ber'I LOVE YOU' sewenang-wenangnya??

Di mana hilangnya janji saya kepadaNya sehari semalam bahawa hidup dan mati 'Lillahi Rabbil Alamin'??

Adakah diri ini sudah lupa bahawa kamu adalah seorang HAMBA semata??

Rugi benar puasa dengan lapar dan dahaga,kelelahan melampau dengan isu nan pelbagai,tetapi sebuah TAQWA tidak berjaya dimiliki!!


Doaku...

Moga TAQWA itu milik diriku dan teman-teman sekalian!!

Tiadalah TAQWA bahawa dialah sebaik-baik bekal..

Dengannya,kita memilih SYURGA atau NERAKA..

Silakan memilih saudaraku...







Jumaat, 21 Ogos 2009

Sudah 40 tahun....





Tanggal 21 Ogos adalah salah satu daripada tarikh hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 40 tahun yang lalu pada 21 Ogos 1969, maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh Michael Dennis Rohan yang berasal dari Australia.

Pada peristiwa tersebut, Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar hangus masjid dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid Al-Aqsa. Namun hasil usaha gigih dan tangkas oleh penduduk Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk, akhirnya mereka berjaya memadamkan api tersebut.

Kejadian itu dianggap sebagai satu jenayah besar yang memilukan bagi umat Islam di seluruh dunia yang turut dirasai sehingga ke detik ini. Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.








p/s :

Sesiapa yang tidak mementingkan hubungan persaudaraan sesama muslim,sesungguhnya bukanlah dari kalangan Muslim...

Al-Aqsa menunggu kita untuk membebaskannya dari cengkaman Zionis Israel..Allahuakbar!!!

Ahad, 2 Ogos 2009

Satu Malaysia ;-)



Assalamualaikum...

Sekarang,alhamdulillah saya tengah bercuti di Malaysia,bermula dari 26 hb Julai sehingga 30 hb Ogos 2009..

Sepanjang di Malaysia,saya boleh dihubungi di +6013-6121143..

Berikut adalah perancangan sepanjang musim cuti persekolahan...


26hb Julai : Tiba di LCCT
Ke Negeri Sembilan dan Melaka,menziarahi sahabat dan saudara-mara

27hb Julai : Bertolak pulang ke KB,jam 2100..

28-30hb Julai : Bersama keluarga di kampung

30hb Julai,malam :Bertolak ke Masjid Tanah,Melaka

31hb Julai sehingga 1 Ogos : Menjadi Fasilitator di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah

2hb -5hb Ogos : Berada Di KL
Perkahwinan sahabat seperjuangan di INTEC,Yaqzan...
Melawat adik di USIM,Ampang
Melawat kawan2 di UIA,Gombak
Bertemu kawan2 lama sekitar KL
Meronda KL(target BORDERS,Time Square)

6hb-10hb Ogos : Program Semaian Bakti,Kuala Kedah,Kedah anjurang BPN Indonesia

10hb Ogos,malam : kembali KB

12hb Ogos,malam : kembali ke KL
Melihat dan meyertai Eksplorasi Dua'at,anjuran IMAN,PKPMI- CB,Di Sekolah Al-Amin,Gombak

15hb Ogos,malam : bertolak ke Jakarta,Indonesia

15hb-17hb Ogos : Kongres Persatuan Pelajar Malaysia di Indonesia.Jakarta..

19hb Ogos,pagi : bertolak pulang melalui Airport Hossein Sastranagara,Bandung

20hb Ogos : sampai KB

21hb Ogos :bertemu dan berkongsi dengan adik2UPSR,di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka,Kota Bharu (my beloved primary school)

22-29hb Ogos : berpuasa Ramadan bersama mama dan abah di kampung
musim menuai pahala bermula ;-)

29hb Ogos,malam : flight KB-KL,Airasia

30hb Ogos,pagi :flight KL-Bandung,Airasia

30hb Ogos : Bandung again



Sedikit Untaian Nasihat Buat Diri dan Teman :

Salah satu benda yang pernah dikatakan akan sering memerangkap manusia adalah waktu lapang..

Kita ada 24 jam sehari semalam,bergantung pada diri sendiri bagaimana mahu memaksimumkannya...

Seperti mana pepatah Inggeris "An Idle Mind is A Devil's Workshop"...

Jangan kosongkan fikiranmu wahai teman,kerana itu adalah sarang membiaknya musuh abadi kita,cucunda Adam dan Hawa,SYAITAN...

Selasa, 21 Julai 2009

Aku Merindui 'mu'!!!






“Al-ilmu nuur,wannuur la yahdi lil ‘asi”


Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak datang kepada pelaku maksiat..

Begitulah sebuah ungkapan ulama’ tentang ilmu.Ilmu tidak akan mendatangi si pelaku maksiat.

Begitu juga As Syafie digambarkan lembap dalam menghafal kerana secara tidak sengaja melihat betis seorang wanita yang melintas di hadapannya…


RESAH..


Semakin luas pergaulan kita,maka semakin banyak ruang dan jenis ujian yang akan menimpa.

Semenjak 3,4 hari ini,saya tersangat resah.

Bukan sekadar resah tentang ujian peperiksaan tetapi juga tentang fitnah dan maksiat yang sering datang berkunjung tanpa mengenal waktu..

Orang kata kalau hati kita ini betul-betul beriman,hati ini akan sangat sensitif dengan maksiat,walau sekecil manapun maksiat itu..

Mungkin ada yang tidak suka atau benci dengan pernyataan saya nanti.Tetapi ini adalah pandangan peribadi saya,walaupun mungkin ada yang akan mengatakan ini adalah suatu yang konservatif..

“Saya benci berdua-duaan dengan perempuan bukan muhrim sama ada di tempat tersembunyi atau di khalayak”

Ruang sebagai pemimpin persatuan bukan sahaja membuka peluang berbakti kepada agama,bangsa dan negara tetapi juga memudahkan peluang bermaksiat.Dan kali ini,saya berfokus kepada sosialisasi..

“Kalau malam-malam ni tak elok kalau kita berdua je berbincang walaupun kejap,baik panggil kawan sorang lagi!!”ujar saya kepada seorang junior yang mau memperihalkan masalah yang dialami.Mujur dia memahami..

Suatu situasi lain..

“Ini Fahmi ya.Saya Puspa(bukan nama sebenar)!!”terkejut ditegur dek seorang perempuan Sunda sewaktu makan sendirian,usai pertemuan persatuan.

“Ya.. Saya temannya Alex.Dia nggak bisa datang!!”jelasnya menerangkan status sebenar..

Memang saya berjanji bertemu dengan perwakilan pelajar dari sebuah fakulti di sini.Disangkakan lelaki,rupanya perempuan…Terpaksa melayan walaupun keberatan.


RINDU

Saya rindukan saya yang dulu.

Bersekolah semua lelaki memang mengehadkan hubungan saya dengan kaum hawa.Sewaktu di INTEC,saya belajar berkomunikasi dengan mereka.Tetap terbatas..

Ke UNPAD,langkah saya sudah panjang.Sering teruji kerana ini bukan lagi medan sekolah yang terkawal rapi.Mak ayah ditinggalkan di kampung halaman.Tiada jagaan..Hanya kekuatan iman yang mampu mengawal perasaan hati dan menundukkan pandangan..

Saya rindukan saya yang dulu..

Mengayuh basikal fokus ke hadapan,anak gadis berlenggang di depan terus saya memecut laju.Saya takut…

Melihat di depan sekumpulan gadis berkumpul,pasti saya akan buat-buat melakukan sesuatu atau menukar arah bertentangan..Saya takut..

Sekarang…….

Saya tetap takut.. bukan takut perempuan,tetapi takut hati ini tidak lagi bercahaya.Tidak lagi suci..

Saya boleh menjadi tidak bersemangat apabila memikirkan benda ini.Ibadah pada tahap minimum,sebagai penghadang kemerosotan iman yang menjunam..

Dan saya tidak langsung menyalahkan sesiapa jika saya tidak cemerlang dalam ujian.Hanya diri sendiri yang lemah…Wallahul musta’an…


MENCARI SEMANGAT


Setiap sesuatu pasti ada penawarnya.

Masalah boleh sentiasa datang dan pergi.Tetapi kitalah yang menentukan bagaimanakah caranya kita berdepan dengan masalah itu..Sesuatu dugaan itu datang sebagai peluang darjat kita meningkat di sisiNya..

Jangan sesekali berserah pasrah pada keadaan.Kita yang mencorakkan masa depan kita sendiri!!




“Seorang Muslim yang bergaul dengan masyarakat dan dia bersabar dengan kesusahan yang dihadapinya adalah lebih baik daripada seorang Muslim yang hidup senang bersendirian tanpa bersabar terhadap apa-apa pun keadaan”

HR Ahmad




Pesanan Penaja:

1)Entry ini untuk menaikkan semangat yang turun..

2)Sekali lagi,ini adalah pendapat peribadi.Sesiapa tidak bersetuju silakan sahaja memberi komen.Asalkan tahu berhemah dalam berbicara..

3)Tengah merencanakan cuti selama sebulan ;-)

4) Usah ditanya di mana dicari pemuda kahfi,katakanlah "Akulah pemuda Kahfi itu!!!
Semangak2!!!