Sabtu, 26 Mac 2011

Bicara Adil, Bahana Benci

Islam itu mengajar kita,

Menyintai kernaNya,membenci juga kernaNya.

Namun dalam menyukai dan membenci, wasatiyyah itu merupakan 'standard operation procedure' yang wajib diikuti..

Di kala zaman menuju penghujungnya, segala malapetaka maksiat,fitnah dan bala menimpa ummah.

Pemimpin rasuah, zalim, negara tidak selamat, gejala sosial berleluasa, cengkaman Yahudi dan sebagainya bagaikan pakej lengkap memang patut diberantas.Namun segalanya ada cara yang sesuai mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah, yang telah diperagakan Rasulullah dan para sahabat.


Konsep Keadilan..

"Berlaku adillah.Sesungguhnya itu lebih dekat kepada TAQWA.."

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Ini pesan daripada Surah Al-Maidah.

Berlaku adil dalam menilai,jangan sesekali dilupakan..

Terus terang gambar di atas adalah sesuatu yang sangat MELAMPAU.Mungkin Dato Menteri Besar Kelantan adalah musuh di gelanggang politik.Tetapi menghina dengan memakaikan wajah seorang ulamak kepada pakaian seorang sami Buddha adalah di luar batasan etika..

Saya marah!

Orang Kelantan marah!

Setiap yang bersyahadah menyirap darahnya!

Marah itu prinsip.Perlu...Namun marah harus dikawal dengan akal dan diterjemahkan dengan akhlak.Astagfirullah..Astagfirullah


Datin Seri Rosmah Mansor..

First Lady of Malaysia ataupun FLOM singkatannya.

Saya dalam banyak benda,memang berbeza pendapat dengan dirinya.Dari isu departemen khas di Putrajaya, kembaranya ke dunia Arab, menempel banyak di majlis-majlis kerajaan dan sehinggalah peragaan fesyen Islamik..

Saya marah..

Saya berlepas dari kerenah ini..

Namun, membenci juga ada etikanya.Umpama seperti foto di atas..Menggambarkan Rosmah sebagai foto seorang jalang adalah sesuatu yang sangat MELAMPAU.

Belum lagi bicara tentang perkataan-perkataan mereka yang membencikannya..

Hati-hati teman..Sayang, kalau di negara akhirat, ada banyak Rosmah di luar sana yang menuntut kita kerna melampui batas penggunaan nikmat lidah..

"Wahai orang-orang yang beriman, berkata baiklah ataupun diam sahaja!"

Kalaulah Rasulullah di kalangan kita, adakah nanti sanggup kita diakui sebagai ummahnya..

Alangkah oh alangkah..

Ittaqilah haisuma kunta...
(Bertaqwalah di mana sahaja kamu berada)

Ahad, 20 Mac 2011

Nama Pria Itu Haji Furqon...

Hj Furqan

Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.Dia yang menentukan siapa, di mana, bila kita bertemu dan berpisah.Berkasih cinta, membenih benci dan suka..Dia yang menakdirkan...

Di Klinik Padjajaran, kembara hidup menemukan saya dengan pelbagai rencah manusia.Yang baik,cuba diadaptasikan dalam diri.Yang kurang baik, cuba direnungkan bersama buat bekal dalam menuju mati.


Sakit Seorang Nenek

Datangnya dengan keluhan tidak dapat menggerakkan jari tangan kiri dan pergelangan tangan kanan.Sakit juga malahan..

"Ketika solat, ibu memaksakan sujud dan rukuk!" kata sang ibu.

Umurnya sudah 66 tahun, dan saya menggambarkan arthritis sebagai penyakit yang dideritainya.

Selepas digali lebih mendalam, sakitnya bukan sekadar di tangan kiri dan kanan.Alhasil akhir, penyakit sang ibu menjadi 4.

Matanya kabur,perutnya sakit, punggungya sakit dan mudah kesemutan.Empati berteras di benak kepala dan diterjemahkan dalam perbuatan lahiriah.Umurnya yang 66 menjadikan sang ibu berpangkat nenek dengan saya.

Lama pemeriksaan fizik dan temubual yang saya jalankan.Dan kami bertemu janji untuk saya bertandang ke rumahnya.Resmi Family Medicine, sesuatu penyakit dilihat dengan pendekatan menyeluruh.

Dan di rumah sang ibu, saya berkenalan dengan seorang lelaki kecil berjiwa besar.



Seorang pesara guru..

Assalamualaikum ibu!

Saya memulakan kalimah tandang.Masuk ke kawasan warga Sunda di Cileles, jauh di atas bukit Cikuda tempat bermastautinnya.

Datang saya bersambut.Kelihatan serba tidak kena pada mereka, apabila melihat saya.Ya, rumah mereka tidaklah mewah.Terselit rasa segan mungkin di hati..Nun di lubuk hati saya, pondok mungil itu mengingatkan rumah nenda di kampung.Irasnya banyak..

Sang ibu tersenyum gembira,bibirnya tidak loket ukiran senyum.Dan di sisinya, sang suami setia mendampingi.Hj Furqon empunya nama.

Sesi temu ramah bermula.Dari struktur keluarga, psikososial ekonomi dan persekitaran, saya bertanya dan bertanya.Dan si ibu dibantu suami menjawab dengan ramah.

Dan entah kenapa.Saya terdetik bertanya tentang kediaman persekitaran mereka.

Yayasan Al-Falah nama tempat mereka.

" Saya dahulu seorang guru, guru sekolah dasar(sekolah rendah di Indonesia).." dia mula bercerita.

Saya seorang yang daya ingin tahunya sangatlah kuat.

"Apa ya yang menggerakkan bapak untuk membangunkan Yayasan Al-Falah ini?"saya bertanya dengan penuh perasaan.

Diam si bapak.Merenung jauh cerita 35 tahun silam..

"Begini asep (panggilan untuk anak lelaki oleh masyarakat Sunda, sama seperti Awe di Kelantan) !" si pesara guru itu memulakan bicara.

"Tahun 1970-an, di sini tiada langsung sekolah.Anak-anak kecil tidak belajar bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kerana sekolah tidak ada dan kuota di sekolah dasar terdekat ternyata sudah di tahap maksimum!"

"Bapak berfikir.Kasihan, sedih melihat anak bangsa sebegini nasibnya.Lantas bapak dirikan Yayasan Al-Falah, dengan tujuan untuk membiayai pendidikan dasar anak-anak."

Saya membiarkan dirinya berbicara.

"Masa berlalu.Dana yang didapatkan adalah melalui pemerintah dan sumbangan dari masyarakat.Anak-anak di sini makan apa yang kami makan.Selalunya tempe tauhu, sayur dan ikan kering.Terkadang ada masanya ayam dan daging, tetapi jarang sekali mahu mencicipinya."

"Dari sekolah dasar, bapa mengembangkan sekolah menengah rendah pula pada 1986, dan 4 tahun lepas sekolah menengah atas pula.Semuanya terbatas, tetapi kami semua gembira dengan usaha kami!"

Tertancap kagum di hati saya.Rasanya seperti mendengar cerita perjuangan sejarah di Malaysia.
Sedikit sebanyak, saya memikirkan susah payah para pemimpin negara mahu memperjuangkan bangsa yang celik huruf.Dengan datangnya dasar pecah dan perintah Inggeris dan sekolah vernakularnya,betapa hebat sebuah perjuangan.

"Dan sekarang anak-anak bapa banyak yang menjadi guru di sini!" saya melihat mata yang bernyala-nyala.Sejuk hatinya dan isteri melihat usaha mereka mencerdikkan nusa bangsa, walau payah dan lelah, hati mereka senang bahagia.

"Asep, mangga tuang ( silakan makan)!"

Saya cuba berdalih mahu pulang.Namun apabila diajak bersungguh-sungguh, akhirnya saya turut mencuba rasa kampung yang cukup sederhana.Ulaman,tahu tempe, sambal pedas, serta air minum yang dijerang di atas kayu bakar.

Apa-apapun, tabik hormat dariku untuk Haji Furqon dan isteri.

Mereka hanya orang kecil yang berjiwa besar.Peduli bangsa, negara dan agama..

Tidak mengapa tidak didendang manusia, asalkan Tuhan tidak pernah buta melihat hamba yang berjasa.Di gelanggang Yayasan Al-Falah, mereka menuai pahala..

Bagi diri yang biasa ini, saya tidak akan kalah dengan seorang tua bernama Haji Furqon.Asalkan kita mendendangkan irama yang sama, Raqib tidak akan pernah lupa mencatit tiket buat pertemuan kita di SyurgaNya nanti..

Amiin Ya Tuhan...

Selasa, 15 Mac 2011

Sumur Motivasiku : Ceritera Semangat Seorang Datuk dan Doktor..



Sewaktu lemah semangat berkunjung, sumur positif kekeringan motivasi,gambar profail Facebook ini selalu menepuk bahu, menyuruh kuatkan langkahan..

Seorang orang tua yang cacat, lumpuh berkerusi roda, bicaranya tidak jelas kedengaran.Namun anak-anak muda berkerumun mendengar suaranya.Seakan-akan mutiara hikmahnya bak telaga Zam-Zam yang tidak pernah kunjung kering air manfaatnya.
Takkan aku kalah dengan kehebatannya..

Seorang lagi seorang doktor pakar anak.Dia cintakan agamanya.Dia rindukan kebebasan tanah pusaka bondanya.Dia jijik melihat hawa-hawa sedarah sedaging terpalit hina maruahnya oleh Zionis Israel.Tiada Khalifah Al-Maamun yang datang membela..Takkan ku kalah dengan kesibukannya..

Dan mereka berdua telah pergi meninggalkan aku dan kamu.Darah mereka bersaksi menjagat raya.Mereka hanya manusia biasa, yang mulia diangkat Ilahi, kerna menjunjung titah Tuhan mereka Yang Maha Tinggi.

Sewaktu hati berkisah sibuknya daku, penatnya mataku, lelahnya badanku..Akal fikirku malu kepalang kepada dua jiwa perindu syurga ini.Apa yang sibuknya daku berbanding sang doktor..Dan ternyata bicaraku lebih kedengaran berbanding si beruban putih, dan kakiku masih lagi mampu menapak normal.Namun ku percaya, seandainya kakiku diberi peluang bicara, pasti ia berasa sugul masygul.

" Wahai tuanku, kamu mempunyaiku yang cukup normal,mampu ke mana-mana, berlari dan berjalan, menyepak dan menerajang.Dan si beruban putih itu ternyata semenjak kecil sudah kehilangan sepak dan terajangnya, lari dan berjalan entah ke mana.Hanya kerusi roda sebagai pendamping maha setia. Dan dia mampu berbuat banyak untuk agamanya, bangsanya dan juga tanah airnya! Tidak malukah kamu kepada dirinya wahai tuanku?"

Sukar mahu menjawab.Tetapi itulah hakikatnya.HambaMu ini sering lemah dan leka.Alpa dan lalai sebuah norma.

Akan tetapi, jangan sesekali menyerah dan mengaku kalah.Bendera putih itu jiwa pengecut.Kita sang pemberani yang hanya memahami darah dan air mata, tenaga dan usaha, sebagai wadah bicara.Ini kamus kehidupan seorang fityah pejuang...

Bumi terus berputar, dan berputar.Usia dunia semakin berkurangan.Ada manusia yang bahagia,malahan ada yang sayugia celaka.

Hari ini dunia menunggu kita untuk mencorak cita dan warna.Demi sebuah esok yang bahagia, menuju redha Ilahi dan menempah sebuah Syurga..

Kuatkan hati, tancapkan semangat..Ayuh melangkah...

“Hari orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok….” (QS. Al-Hasyr: 18)


Rabu, 9 Mac 2011

Kerna Daku Bukan Singa Kandang..


Dalam kesibukan bertugas dan belajar, buku, selaku pendamping saya yang paling setia, tidak pernah ditinggalkan.

Saya meminati sesuatu yang bersemangat, motivasi, irama positif. Dan saya sangat suka berkongsi dengan orang tentang pengalaman peribadi yang dilalui setiap hari.Ketika ini, Negeri 5 Menara sedang dihadam.Sebuah karya A.Fuadi.Ada sesuatu magik istimewa yang dipamerkan beliau.

Saya baru beberapa puluh lembar membelek.Dan di sini, saya terinspirasi untuk berkongsi sebuah bait penggugah semangat dan jiwa.


Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup setelah terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, kan keruh menggenang

Singa jika tak tinggalkan sarang tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa
Jika di dalam hutan...



Dengan irama Man Jadda Wajada, Sesiapa yang bersungguh-sungguh dia pasti berjaya..

Ayuh kobarkanlah semangat, berjuang dengan darah dan air mata, masa dan tenaga, demi hidup yang gemilang untuk agama, bangsa dan negara...


Selasa, 8 Mac 2011

Sebuah Syurga Dunia di Public Health...


Di Departemen Ilmu Kesehatan Masyarakat, saya banyak bertemu dengan banyak ragam manusia.

Mereka tidak sepopular grup band SMASH, tidaklah segah politikus seperti Susilo Bambang Yudoyono.Mereka insan yang bergelar hero tidak didendang.

Semangat meluap-luap.

Tiada hari yang tidak ceria buat mereka.

Menjadi insan bermanfaat, motto mereka yang sering meniti di bibir.

Pada awal orientasi di departemen, saya tidak mampu menyatakan kekaguman saya kepada ketua departemen Ilmu Kesehatan Masyarakat, Dr Ardini Raksanagara.

" Saya sangat menyukai hari Isnin. Ada banyak yang mahu dilakukan dan banyak sejarah yang mahu dilakar pada hari ini!" katanya dengan gayanya tersendiri.Senyum sinisnya mekar di bibir.

" Banyak orang tidak mengetahui yang saya sakit. Ada sakit pinggang bawah( baca Low Back Pain) dan penyakit-penyakit lain yang menyebabkan saya harus konsultasi ke hospital.Namun saya tetap di sini"

" Love your work, you will save your energy one- third"

Itulah antara keramat kata yang sering diungkapkannya.

Guru yang terbilang buat diriku..

Dan di sini juga ada bonda Dr Henni Djuhaeni.Pangkatnya mama kepada saya.Dia mantan ketua departemen Ilmu Kesehatan Masyarakat.Pengalamannya menggunung tinggi.

Bonda banyak mencetak direktor-direktor rumah sakit di Indonesia.Dengan keterbatasan yang ada, dan besarnya sumber daya yang ada di Indonesia, cabaran yang dihadapi ternyata tidak kecil..

Kata-katanya menusuk hati.

" Ini gambar kepala Puskesmas!" katanya sewaktu mempersembahkan presentasi kepada kami.Namun yang keluar adalah gambar saya sewaktu membentangkan tesis pada tahun keempat kelmarin.

Saya benar-benar lupa bahawa Dr Hennilah sang penguji pada saat itu.Mengambil dan mnyutradara gambar merupakan kegemarannya..

Dan di akhir pertemuan kami Departemen Ilmu Kesehatan Masyarakat, Bonda Henni mendeklamasikan sebuah sajak kepada kami, anak-anaknya..


Sebuah Doa Untuk Anak-Anakku
(teriring agar semoga sukses dimanapun nanti kalian berada)

Saat pertama kali kulihat wajah kalian,
Penuh cemas,padahal tidak beralasan,
Seakan PH(Public Health)..menakutkan, sehingga kreatifitas tenggelam,
Padahal walau lelah..PH tetap mengasyikkan,
Syaratnya: mau menerima masukan, takut kerana salah,
Berani kerana benar serta mau belajar..menerima perubahan.

Tak terasa empat minggu telah berlalu..aaah takkan kulihat lagi,
Jaeni tersenyum simpul, disangka Malaysia padahal Indramayu,
Dilla yang ingin tahu, tapi tampak takut, Melly tunduk tersipu,
Datang Ababil bicara..bak Cinta Laura, namun selalu terburu-buru,
Indonesia,Malaysia sama sahaja..kalian tetap anak-anakku,
Rasanya tak cukup waktu untuk memberikan ilmu,
Padahal...kutahu,tantangan dan kendala akan mengharu biru,
Dalam..kehidupan anak-anakku, oleh kerana itu..Tuhanku,
Aku mohon kepadaMu..berilah mereka yang sesaat lagi akan menjadi dokter baru:

Kekuatan dalam menghadapi tantangan,
Mampu bangkit setelah mengalami kegagalan,
Mampu bersaing..penuh kemandirian,
Disiplin dan tanggungjawab..menjadi kehidupan,
Melaksanakan profesionalisme bukan dengan alasan..uang,
Tetapi dengan niat beribadah kepadaMu..Ya Tuhan...

Berikan juga rasa haus akan ilmu pengetahuan,
Namun..tetap runduk tanpa kesombongan.
Penuhi empati, sehinggan mampu merasakan..kesusahan,
Cukupi rizki..sehingga mampu berbagi terhadap yang kekurangan,
Menghargai orang lain, namun..tegas dalam mengambil keputusan,
Kerja keras penuh semangat namun, menyenangkan..

Setelah itu...O..Tuhan, berikan juga pada mereka,
Rasa humor..sehingga serius tak berlebihan,
Hilangkan iri..penuhi kasih sayang,
Terhadap orangtua, keluarga dan...kolega,
Sehinggan perdamaian..dapat mereka wujudkan,
Jika ia telah terlaksana, ya Tuhan..Syukur nikmat yang aku rasakan,
Karena rasanya tak sia-sia, Aku...menjadi ibu...bagi mereka..

Bandung, 4 Maret 2011.
Henni D.