Rabu, 31 Mac 2010

Dua INGAT dan Dua LUPA...


Dua Ingat :

Ingatlah kebaikan orang lain kepadamu..
Ingatlah keburukanmu pada orang lain..


Dua Lupa :

Lupakanlah keburukan orang lain padamu..
Lupakanlah kebaikanmu pada orang lain..


Kata-kata hikmah dari Sang Murabbi Kiyai Haji Rahmat Abdullah..


Bukan sekadar ungkapan biasa. Maksudnya yang tesirat lebih mendalam. Walau bertatih, semoga kita semua mampu melaksanakannya..

Khamis, 25 Mac 2010

Apa Salahmu Dibuang?


Pemimpin itu harus jujur, berani mengakui kekurangan, mahu menerima kritikan dan masukan dari orang lain..

~ Muhammad Natsir, bekas Presiden Masyumi, bekas Perdana Menteri Indonesia...





Ini kata keramat milik insan hebat bernama Muhammad Natsir. Hebat ilmu agamanya, bergegar gelanggang politik Indonesia kerananya..


Tetapi Pak Natsir ini sudah lama pergi meninggalkan kita. Hanya tinta bikinannya seperti Fiqh Dakwah dan Kapita Selekta yang masih menerobos pemikiran kita di zaman peninggalannya..

Ustaz Fadzil Noor
Sekejap singgah di arena politik tanah air, Parlimen sentiasa hangat dengan pelbagai isu yang dibangkitkan, sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang..

Perhatian saya kembali pada tahun 2001, hampir 10 tahun silam.Ketua Pembangkang pada waktu itu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor bangkit mempersoalkan kerajaan yang memandang enteng isu buang bayi, bunuh bayi..


Padahal statistik pada waktu sudah menunjukkan tanda aras kerosakan kronik pada nilai masyarakat. Adunan cantik antara ayat-ayat Allah dengan situasi politik kemasyarakatan..


Bahasanya ikhlas, tuntas dari hati, sambil berkostumkan baju Melayu yang sama buat 2 hari berturut-turut di Parlimen..Tidak perlu berhujah panjang, pengaruh kezuhudan yang terpancar itu sudah jelas, murni terserlah..


Selagi mana kebenaran itu muncul, sama ada dari barisan kerajaan atau pembangkang, saya akan tetap ISTIQAMAH dengan kebenaran..


Dalam bab buang bayi, saya berlepas diri dari kerajaan. Mungkin ada usaha rawatan dan pencegahan, tetapi bagi saya ianya tidak seberapa dengan apa yang dijanakan kerajaan sendiri..


Berapa banyak konsert-konsert tidak berfaedah dari artis terkinja-kinja yang diberikan permit, berapa banyak kelab-kelab malam, kasino, aktiviti pelacuran yang dipandang sebelah mata.Ini irama munafik, talam dua muka..


Selaku rakyat marhaen, saya sangat berharap ada tindakan proaktif dari kerajaan terutamanya dalam isu ini..


Bak kata Pak Natsir, maruah kerajaan tidak akan berkurang kalau kerajaan proaktif dan sanggup bangun memberantas permasalahan ini sampai ke akar umbi..


Sistem pendidikan, informasi hebahan di televisyen, internet dan sebagainya, sistem hukum syari' dan yang lain harus ada anjakan paradigma, bukan sekadar retorik musiman. Kerana sekarang musim orang buang bayi..


Percayalah, jika ini dibenarkan berleluasa, tidak pelik jika suatu hari nanti anak-anak luar nikah tidak lagi dianggap sebagai suatu hasil dari perbuatan negatif..Sedangkan tidak memakai celana dalam sempena Valentine, sudah dianggap tidak mengapa atas dasar kebebasan individu..


Ini tidak aneh seandainya pada masa hadapan, anak-anak luar nikah dan seks bebas juga mahu juga dianggap sebagai KEBEBASAN INDIVIDU..


Saya selaku seorang rakyat biasa, hanya mampu berbuat semampu saya. Dan kerajaan dengan sepenuh kuasa yang ada, semestinya lebih berperanan aktif..


Hanya luahan rasa dari rakyat jelata..







Ahad, 21 Mac 2010

Bingkisan Ahmad Yasin Buat Sang Bilis..



Seringkali dalam kehidupan seharian, ada bencana datang bertandang, ada ujian datang mengetuk tangkai hati. Acap kali apabila bebanan itu melampaui kapasiti hati dan perasaan, semangat sang bilis ini akan turun mendadak, sanubari akan rebah dilanda kecewa dan duka..


Banyak ketika, untuk menerobos tembok kecewa dan bangun menentang duka, sang bilis punya cara istimewa, tersendiri untuk menaikkan darah semangat.Ya, sang bilis suka bermonolog..Bercakap sendirian, melayan jiwa nan robek.Kadang-kadang, sahabat-sahabat yang rapat pasti tersenyum simpul, melihat adegan monolog diri yang dizahirkan oleh luahan kata di mulut..


Mencabar diri, membandingkan dengan pencapaian orang yang diidolakan, ternyata menggoncangkan penikus sang hati agar menjadi lebih perwira sifatnya..



Syeikh Ahmad Yassin..


Sewaktu zaman persediaan di INTEC, Shah Alam, artikel berjaya sang bilis prokdusikan, buat kali pertama dalam sejarah hidup peribadi , dalam majalah Whisper of Wisdom (WOW), terbitan Proffesional Students Society (PSC). Nukilan sulung untuk terbitan umum, ketika umur pada detik itu di penghujung umur belasan tahun..

Tajuknya " Semangat Syeikh Ahmad Yassin Untukmu"...


Artikel biasa, tetapi besar maknanya buat diri anak muda sang bilis ini..


Ya , Ahmad Yassin namanya, Bapa Intifadah Palestin, simbol perjuangan penduduk Palestin khasnya..


Ghalibnya, seorang sosok yang menggetarkan kekuasaan rejim Zionis, pada pandangan manusiawi kita, kemungkinan besar adalah seorang yang gagah perkasa, hebat orasinya, gah langkahan tapak kakinya.Persis salinan fotokopi pejuang versi Hamzah, sang Singa Allah..


Namun, jejak realitinya tidak sebegitu. Pejuang itu, sang simbol kegagahan, adalah seorang yang lumpuh, terpapah dek kerusi roda, bicaranya kurang jelas, deria pendengarannya kabur, dan jelingan matanya tidak mampu secara utuh mengidentifikasikan siapa gerangan si lawan bicara. Semata-mata kerana impak penderaan fizikal selama berkhalwat di dalam penjara Zionis, itu habuannya..

Seandainya pakej dhaif di atas milik seorang insan biasa , nescaya dia hanya mampu berfantasi mahu menggoyahkan Zionis celaka, dengan kemampuan diri yang sangat terbatas. Bagaikan mimpi sang kudung ingin bersarung cincin..Apatah lagi, hukum bagi yang cacat dan tidak mampu ,tidaklah WAJIB berjuang di medanNya.. Tetapi tidak begitu lagaknya oleh Bapa Intifhadah ini..


Orang kata, hanya jauhari yang mampu mengenal manikam, manakah kaca manakah permata..


Hanya Allah, sang pemilik alam, si ' jauhari' yang terbaik memilih siapakah pejuang, jundullah, pilihanNya.Dia paling mengetahui mana satukah hambaNya yang paling layak kualifikasinya.


Ternyata, gagah berani, ucapan membara berapi bukanlah segala-galanya..


Ahmad Yassin adalah bukti, dalil yang pernah hidup, bersaksikan bumi luas milik Tuhan ini..Aura kekuatannya adalah pada semangat, keberanian dirinya yang luar biasa..


Al-Quran adalah wirid harian. Tinta Ilahi adalah peneman paling setia sewaktu berada di dalam kepekatan gelapnya penjara..



Sahabat-sahabat akrabnya terkesan dek semangatnya.Anak-anak muda Palestin datang berlutut, memimpikan redha dan restu untuk berjuang olehnya..Dahinya dicium, badannya dipeluk mesra lagi hangat. Mengalir ruh semangat ke dalam jiwa-jiwa yang masih hijau.Aroma jihad berkumandang ke udara, menjadi slogan pamungkas dalam melayari samudera kehidupan..


Walaupun suaranya tiadalah sesedap penyanyi di kaca televisyen, bak langit dengan bumi, tetapi tetap sentiasa komentar-komentar waja berani olehnya muncul di khalayak, bukan sekadar di Palestin, tetapi ke seantero dunia..



Warga Al-Quds sebagai saksi di depan mata, pemuda di Indonesia menggelegak jiwa, jejaka di bumi Malaysia terbakar raga jiwa, syabab fityah di belahan bumi Arab bersiap sedia berdada telanjang memikul senjata..Semua kerana orasi tidak seberapa oleh gerangan tua bernama Ahmad Yassin..





6 Tahun Silam...



Tatkala dalam sejahtera bayu pupuk sang subuh hari, 22 Mac 2004, usai Subuh berjemaah, sang berkerusi roda dijemput mengadap Ilahi. Untuk seorang tua, lemah tidak berdaya, helikopter penggempur Apatche dipanggil untuk menggalas tugas keji..

Takdir Allah lebih mengatasi segala yang lain.

Cebisan-cebisan daging merah bertebaran ke serata, kerusi roda remuk tidak bermaya..Suara Allahuakbar bergema.Sahut-sahutan antara warga, mengenalpasti siapakah mangsa..

Warga Al-Aqsa meratap hiba, ibarat dunia tersimbah neraka. Pemuda di Indonesia senyap tertunduk, menahan esak mata, jejaka di bumi Malaysia hatinya perit menderita bak matinya bonda tercinta,syabab fityah di belahan bumi Arab terkesima melongo, menderita mati punca..

Seluruh dunia berkabung duka, langit menangisi, bumi bermuram durja..




" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin dirinya, hartanya, dengan ganjaran SYURGA. Mereka berperang di jalan Allah, ada yang membunuh dan ada yang terbunuh..JanjiNya pasti haqq.."

At-Taubah (9:111)


Sejahtera buatmu As Syahid..


Buat Kita...


Ini kisah Ahmad Yasin, kisah dia dan dunianya..

Silakan bertanya pada diri.Apa peranan kita?

Lihatlah para pemuda harapan bangsa. Bercakap gaya ayam jantan bertaji, berkokok berdegar-degar..Tetapi kosong...

Pemuda lembik ,longlai..

Dengan perempuan sudah kalah. Bak lembu dicucuk hidung, menjadi hamba perempuan, membuntuti ke mana-mana sesuka rasa..Bukan halal lagi bagimu, jadi usah membodohkan diri...

Pemuda pondan, 'sotong'..

Mulut berani bicara, kalimah-kalimah Ilahi mainan di bibir..Usah bicara soal perjuangan seandainya kehangatan selimut dini hari tidak mampu anda ketepikan untuk bangun menghadapNya..Di manakah Subuh anda? Berjemaah di masjidkah? Atau bak gajah dinosaur saiznya?

Pemuda kecut ,penakut..

Anak-anak didik asuhan tarbiyah as Syahid, bercakap soal jihad dan syahid, pembebasan Al-Aqsa modal bual bicara..Pemuda kita lumpuh hampir mati, bercakap soal game, bola sepak, fesyen dan hiburan semata-mata, ibarat hidup dunia sejati.Biusan hedonisme membekas jauh ke dalam sanubari..

Dakwat emas sejarah telah mencatatkan kisah seorang Ahmad Yasin dalam lembarannya.Tempoh masanya di atas muka bumi ini telah sampai ke penghujungnya 6 tahun silam...

Kematian itu pasti, kita tidak akan mampu memilih tempat dan waktu, tetapi satu yang mampu menjadi pilihan adalah bagaimanakah caranya kita mahu mati. Mati katak yang sia-sia, ataupun mati bangga disambut Ilahi, demi sebuah kebenaran? Tepuk dada tanyalah hati..


Monolog sang bilis....

" Tak malu ke kat dia!!!Ujian sikit, hati sakit perit, pun dah down nak mati..Macam mana nak berjumpa dengannya nanti?"

" Berkerusi roda, lumpuh, bercakap dah tak berapa nak betul, mata dah tak elok..Malu la wei kat dia.Semangat, semangat, Allahuakbar!!!"


Monolog anda pula??






Perhatilah, telitilah ratapan mereka di bumi sana, bumi Al-Aqsa yang dicintai..






Khamis, 18 Mac 2010

Pertunangan, Menjunjung Taat Menimba Berkat..

Seringkali kalau mahu menulis berkaitan sikap, akhlak dan pegangan, saya akan sedaya upaya memastikan telinga yang paling dekat dengan mulut yang berbicara ini, mampu menghadamnya dengan sempurna.Sempurna hadaman, maka diharap, akal dan fikir akan mengilhamkan raja ( baca qalbu) untuk bertindak sesuai dengan pemahamannya..

Kali ini, orientasi saya sedikit berbeza. Bicara saya akan lebih berorientasikan teori, kerana praktisnya lama dan sentiasa akan berjalan..Pengalaman saya setitis embun cuma, hanya mengharap seribu kebaikan dari penulisan ini..


Erti Sebuah Pertunangan...

Ya bertunang atau dalam istilah arabnya 'khitbah'..

Empunya diri tiada berpengalaman. Belum lagi hadir insan bertuah yang disarungkan cincin oleh bonda tercinta.Biar masa dan ketika yang menentukannya..Menghadirkan diri dalam beberapa buah majlis pertunangan, sambil berwacana mesra dengan mereka yang sudah berpengalaman merasa pahit manisnya alam ini, terutama dengan bonda, saya menguatkan hati untuk menulis..

Ada yang bertunang sebulan, 2 bulan, 2 tahun dan ada juga yang bertunang sejurus sebelum akad sang pengantin lelaki menghalalkan hubungan..

Ada 5 dulang, dilawan balik 7 dulang.Macam-macam ada..

Ayah si lelaki menjual pantun 4 keratnya. Terkulat-kulat wakil pihak perempuan mahu berpencak pantun.Bunga-bunga bahasa adat diserikan dengan latar dan dialek keluarga yang mungkin berbeza. Kelantan bertemu Johor, Kedah pula bertandang ke Selangor..

Si lelaki siap bersut Melayu lengkap, bertengkolok Hang Tuah, keris lok tujuh tersisip di pinggang, masih menunggu di dalam kereta di luar rumah. Si hawa siap menunggu di pelaminan, mesra , terukir senyuman lupa dunia..

Bicara tidak akan saya halakan kepada realiti dan adat bertunang di nusantara Melayu. Kerana itu lebih kepada uruf atau adat yang bersifat harus. Ada ,tiada masalah, ditiadakan juga tidak merencatkan apa-apa ,asal majlis sesuai syariat..


Sunnahnya RAHSIA..

Kahwin SUNNAHnya digembar-gemburkan. Sekampung sebandar diajak merayakan detik bahagia mempelai sejoli, didoakan di pelaminan..

Namun, bertunang sama sekali berbeza dengan perkahwinan.180 darjah terbalik arahnya. SUNNAHnya pertunangan itu dirahsiakan..

Nabi SAW ada mengingatkan kpd kita..


“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”

(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)


Benda baik, kenapa perlu dirahsiakan??

Ini mungkin menjadi suatu tanda tanya bagi mereka yang kurang memahami..

Pertunangan adalah suatu janji untuk berkomitmen ke arah pernikahan. Benda baik, menikah..Komitmen boleh luntur, janji boleh berubah arah. Kerana namanya manusia.

Kerana jalan ke arah pernikahan itu juga tidak sunyi dari gangguan syaitan dan nafsu.

Pertunangan bukan TIKET untuk MENGHALALKAN hubungan antara seorang adam dan hawa. Tunang bukanlah LESEN untuk mencuba-cuba sebarang bentuk perkara yang boleh dilakukan pasca perkahwinan. Batasnya tetap sama, persis sebelum pertunangan. Haram disentuh dibelai mesra, berdosa kalau asyik SMS " Saya sayang awak,Mmmuaah", setiap pergerakan dalam 24 jam direkodkan kepada si dia...Tidak boleh keluar berdua-duaan sama ada di tempat khalayak apatah lagi di zon sunyi sepi..

Tidak ubah bak irama kapel yang didendangkan oleh anak remaja zaman sekarang.

Dan pelbagai tidak yang lain lagi..

Pendek kata, RAHSIA itu akan menjauhkan FITNAH. Seandainya tidak, suara-suara sumbang akan mula beredar ke udara.Gosip-gosip liar akan berkeliaran menyebar ke telinga-telinga yang suka mendengarnya..


" Ala bertunang je pun.Tunang dia pun bukan baik sangat.."

" Pakai cincin tunang.Saja je nak menunjuk tu!!"

" Apa la yang dia guna-gunakan sampai mamat tu jatuh hati, sampai bertunang lagi!!"


Dan kalau ditakdirkan pertunangan itu tidak sampai menginjak pelamin..


" Kan tengok, Tuhan balas balik kat dia.Mana layak dia untuk laki tu!!"


" Padan muka. Siapa suruh menunjuk-nunjuk cincin.Kan betul-betul tak jadi!!"


" Ubat pengasih dah tamat tempoh la tu. Biar dia pula yang merasa!!"


Lihat.. Apa yang boleh terjadi. Aroma fitnah menjadi semboyan yang cukup gah untuk menjatuhkan maruah seorang perempuan mahupun seorang lelaki. Tidak semua orang akan memahami dalam konteks yang benar tentang erti sebuah pertunangan..

Betapa cantik dan indahnya Islam.Bertunang dibenarkan dan disuruh dirahsiakan sebolehnya...



Sistem Nilai..

"Apa salahnya. Mak dia pun bagi keluar!!"

Boleh sahaja seorang lelaki akan melenting apabila dikiaskan sindiran apabila mahu keluar bermesraan dengan tunangnya.Ibu dan bapa bakal mertua pun memberi lampu hijau asalkan si perempuan diusung balik dengan keadaan sihat walafiat..


"Sebelum pukul 10 malam tau pulang!!" laung si ibu dari ruang tamu, sambil anak mata mengekori pasangan tunang bak belangkas tadi..

'Sporting' kata orang zaman sekarang. Tersenyum bangga bakal mertua, digelar 'sporting' oleh bakal menantu.

Rosak sistem..

Telingkup akhlak..

Apa yang boleh saya komentari, salah dan betul bukan kebenaran ibu bapa sandarannya.Pegangan kita berpaksikan salah dan betul di sisi Allah dan Rasul. Kalau ibubapa berada pada jalur yang sama, taatlah pada mereka. Seandainya tidak begitu, pilihan kita adalah pada Allah dan Rasul terlebih dahulu..

Umpama disuruh ibu supaya memakan najis sendiri, saya percaya tiada akal yang waras akan melakukannya kerana ia bertentangan dengan fikiran manusiawi.Begitu juga sistem nilai. Kalau masih elok perjalanannya, turuti terus nasihat ibubapa..Jika sebaliknya, anda punya sistem nilai sendiri. Timbanglah buruk baiknya sehabis mungkin.

Ada nilai dosa dan pahala di situ..

Antara Syurga dan Neraka barang perjudiannya..


Habis tu...


" Baik tak payah gatal-gatal nak bertunang kalau cam tu!!"


Bertunang adalah zon dedikasi dan komunikasi..

Punya tunangan juga zon ujian dan cabaran..

Si lelaki mula mengenali bagaimanakah nanti perangai dan watak isteri pujangga hatinya.Dialah bakal ibu bagi zuriatnya.Sekali tersalah pilih, merana seumur hidup..

Sang hawa boleh menilik-nilik setahap manakah tanggungjawab dan boleh harap bakal suami junjungannya.Suamilah tempatnya bakal bergantung harap, tika duka dan suka, pahit dan gembira...

Bakal mertua menguji setakat manakah kesungguhan bakal menantunya.Sang bapa lebih-lebih lagi.Tidak sesenang itu dia melepaskan anak perempuannya yang ditatang dengan minyak yang penuh semenjak kecil, dan sewenang-wenangnya mahu dilepaskan kepada seorang lelaki yang belum teruji kemampuannya..

Lantas..

Muncul pertanyaan yang pelik lagi menghairankan...


Berapa kali boleh SMS dalam sehari?

Berapa lama boleh berbual dalam telefon dan berapa kali seminggu?

'emel' dan ' chatting boleh tidak?


Setelah faham akan erti sebuah pertunangan, versi soalan robotik ini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.Alhamdulillah, benih kefahaman tertancap di sanubari jiwa. Cuma sayangnya, soalan-soalan kaku dan bisu ini menggunakan bahasa akal robotik, tanpa ada siraman perasaan jiwa tadi..

Biasanya ,mungkin SMS seminggu atau 2 minggu sekali bertanya khabar. Sihatkah atau bagaimana..Kadang-kadang, SMS boleh mencecah berpuluh-puluh sehari apabila si dia ada masalah nan rumit dan memerlukan pertolongan..

Seringnya, telefon hanya beberapa minit, bertanya khabar, mengeratkan silaturahim, saling bertanya perihal keluarga. Jarang-jarang, adegan bicara di arena telefon boleh bermain angka jam apabila episod pelan perkahwinan dikisahkan..

Neracanya subjektif. Jawapannya bukan antara A atau B, mungkin sahaja gabungan antara keduanya..

Cukuplah apabila 'penggera' hati sudah mengatakan ini sudah berlebihan dan tidak betul, pandai-pandailah salam penutup bicara disampaikan.Endahkan penggera yang bertempik, jikalau tidak, kelak membakar diri..

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati. (HR Muslim)



Bertunang: YA atau TIDAK ?

Melihat definisi Islam, apabila telah bersetuju kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, itulah namanya BERTUNANG atau KHITBAH. Hanya adat Melayu, berdulang pantun dan bersarung cincin..

Segalanya terpulang pada diri sendiri.

Bertunang itu WASILAH menuju sebuah akad ' misaqan ghalizaa', ikatan yang kukuh lagi kuat..

Seandainya pada wasilah bertunang itu sudah terdapat pencemaran maksiat, maruah sudah ternoda hina, jangan sesekali mahu bermimpi sebuah bahtera perkahwinan mawaddah warahmah, kekal ke akhir hayat sehidup semati, akan muncul dalam kehidupan anda..


Ia bukan suis automatik, boleh dikawal selia sesuka hati sesedap rasa, bila-bila ketika.Bertunang adalah sebuah proses ,tertata elok dengan prosedur.

Terlebih gula, tercampak sekilo garam, tertumpah cuka sebotol ke dalam kuali, bermimpilah anda mahu merasa keenakan sesuatu masakan..

Silap-silap boleh menjadi penyebab sakit perut..

Pandang-pandang, jeling-jeling..Toleh kanan, toleh kiri..

Moga-moga 'masakan' kita semua enak di mulut, sedap di hati..





Rabu, 17 Mac 2010

Maafkan Diriku...








Seorang anak menangis teresak-esak. Makanan sesuap punya pun sukar dicari dijamah.Keroncong sang perut minta diisi.

Bondanya hanya mampu memandang dengan ekor mata penuh sayu lagi syahdu. Mutiara jernihnya diempang kejap. Senyum semekar mentari pagi tetap menghiasi wajahnya sambil tangannya mengelus lembut nan manja si permata hati...

Simpang siur peluru berterbangan di luar. Dentingan bom dan letupan menjadi tayangan bunga api mereka.Layar pemandangan rutin, setiap hari bagi keduanya..

Di luar sana...






Seorang ibu mendakap kejap, anaknya yang terkulai layu. Peluru menembusi badan si mungil.Air mata bonda kering sudah. Hanya semarak ingatan bahawa jasad comel itu pernah mendiami perutnya 9 bulan lamanya..

Kejauhan, hawa muslimah diperkotak-katikkan semahuny, dipermalukan oleh lelaki-lelaki durjana, keturunan kera dan babi..







Sekumpulan pemuda yang ruhnya masih hidup, bertempur dengan lelaki-lelaki durjana tadi.

Perlawanan berat sebelah. Kereta tempur, soldadu lengkap bersenjata ditentang dengan dada terbuka...

Hati yang beriman kepada Tuhan Yang Esa, tidak membenarkan kaki mengorak mundur.Hati maha perit.. Jiwa pemuda fityah tidak membenarkan perilaku pengecut.

Demi sebuah haq , Al-Aqsa..

Demi Allah...

Allahuakbar..Gugur seorang demi seorang, menyembah bumi dengan bangga. Darah syahid menjadi saksi..

Dan aku, masih di sini di saat mereka menagih bantuan semahunya..

Maafkan aku adik-adikku yang yatim.Kamu pasti lapar dan aku masih kekenyangan..

Maafkan aku saudariku muslimah. Saat engkau memanggil sekuat hatimu meminta pertolongan, aku bukanlah Al-Mu'tasim yang datang memacu perkasa bala tenteranya.Aku masih di sini. Masih boleh melelapkan mata dengan lena.Betapa baculnya diriku..

Maafkan aku wahai bonda. Air matamu kering sudah. Hatimu masih merekah duka, di samping jasad mungil pahlawan sucimu.. Ingin ku tampil, ku seka tangisanmu. Ku hiburkan gundahmu..

Maafkan aku sahabat-sahabatku fityah. Tika dirimu bertempur, berdada kosong berada di barisan hadapan, aku masih di sini, kosong.. Aku mahu ke sana, hatiku sudah terbang meninggalkanku terkapai-kapai di sini.. Jiwa perwiramu mengghairahkan sanubari.Tetapi tetap aku masih di sini..

Maafkan aku...

Maafkan aku...




Isnin, 15 Mac 2010

Titip ABSEN ; Sebuah Pakej SEKSA..



Di abad ke 21, sistem manusia dalam bekerja semakin tertata elok. Waktu masuk bekerja ada 'punchcard', begitu juga waktu mahu pulang.Istilahnya profesional..

Bukan mahu menyalah ertikan semua pekerja sebagai suka mencuri tulang, culas dan sebagainya,namun, sistem ini tidak dinafikan akan memudahkan para majikan untuk mengecam 'kambing hitam' dalam syarikatnya. Manusia akhir zaman, perilakunya tidak dapat diantisipasikan oleh akal fikiran.. Sekalipun masuknya mungkin sahaja jam 9pagi tepat, tetapi ada kemungkinan selang waktu antara 9pagi sehingga jam 4 petang, ada kecurian masa yang dilakukan oleh ' kambing hitam' tadi..

Chatting, berinteraksi di laman sosial seperti Facebook, bermain permainan komputer dan mungkin sahaja melayani video atau filem ,dengan mahsyuknya di hadapan komputer meja masing-masing, mungkin antara senarai popular perilaku para pekerja di pejabat-pejabat. Segelintir bukan semuanya...


Titip ABSEN??

Mahasiswa mahasiswi mungkin belum mengecap erti sebuah pekerjaan.Dunia mereka masih lagi di ruang-ruang kuliyah dan makmal eksperimen. Tetapi jika diteliti, sudah ada 'benih-benih celaka' yang mulai ditanam semenjak usia setahun jagung..

Di Bandung khasnya..

Istilah tempatan 'TITIP ABSEN'..

" Tolong tandatangan untuk aku!!"

Ini pula lenggok bahasa rutin oleh segelintir mahasiswa Malaysia yang mula besar kepala, ibarat fakulti adalah milik bapa sendiri.Kelas tidak didatangi, disuruhnya sang teman menandatangani daftar kehadiran untuknya..

Lenggok celaka, lagi derhaka..

Celaka pada diri sendiri dan teman, derhaka pula pada Sang Penguasa di atas..

Pengalaman hampir 4 tahun dengan fakuti perubatan di sini, membungakan pelbagai pengalaman, ada yang manis dan ada juga , hempedu pahitnya..

Kehadiran perlu 100%. Sebarang ketidakhadiran perlu surat rasmi dari klinik universiti ataupun surat tunjuk sebab rasmi dari penjaga..Jika mahu berani mati melanggar ketetapan ini, alamat tiadalah nama kita dalam senarai mereka yang boleh mengambil ujian..

Nama anda akan dibuang, dicoretkan..Harus menunggu ujian susulan, di akhir semester. Sekali pandang, bagi saya, memang agak tegas. Lama-kelamaan, saya dapat menjustifikasikan kenapa..

Saya melihat administrasi dan para dosen ( pensyarah) kebanyakannya lunak dengan para mahasiswa. Tolak-ansur dan kerjasama banyak mereka fasilitasikan..Bab kelemahan mereka itu lumrah, tetap ada, tetapi USAHA ke arah perbaikan taraf dan infrastruktur itu ada dan sedang berjalan...

Saya mahu fokus kepada para mahasiswanya. Masalah mungkin sahaja muncul dari mahasiswa tempatan dan juga dari sahabat-sahabat dari bumi seberang , Malaysia. Masalah sikap, kedua-duanya ada dan punya.Sepakat...

Kedatangan 100% adalah untuk mendidik disiplin para mahasiswa,bakal-bakal doktor di masa hadapan. Walaupun 100% di atas kertas, sebenarnya ruang untuk bernafas dan 'cuti' sebenarnya masih ada. Budi bicara pihak fakulti sangatlah senang untuk didapatkan, asalkan kena pada tempat dan ketika. Keluarga terdekat kahwin, sakit, meninggal dan sebagainya, semuanya diambil kira..

Namun, sayang seribu kali sayang...

Ada 'sampah' mahu membikin onar. Peraturan diimplementasikan untuk menjaga keharmonian hidup dan tatacara dalam muamalah seharian. Pihak fakulti memberi ruang..

Walaupun begitu, seringkali dalam sejarah dunia peradaban manusia, pasti ada yang suka mengambil kesempatan atas sebarang kelonggaran. Titip absen, menipu surat sakit, dan sebagainya..Itu teknik murahan. Asam garam kehidupan mereka jauh lebih daripada kita. Mereka tahu, tetapi mereka membiarkan seketika..

Peraturan dibuat untuk mendidik, mengajar. Tutorial dan kuliyah itu kelengkapan teori seorang doktor, hadir kuliyah dengan bertandantangan sendiri, adalah gajet disiplin seorang doktor..

Masa adalah nyawa bagi seorang doktor. Seminit terlambat, pasti ada pesakit yang merana derita. Sakit bertambah parah boleh ditelan, kalau nyawa dan mati itu barang tagihan, amatlah penting orientasi dan pola fikir seorang doktor di sini..

Lambat itu boleh menendang celaka, apatah lagi kalau TIDAK HADIR terus. Itulah tsunami celaka bagi seorang doktor...

Segala-galanya bermula semenjak seorang doktor itu masih di bangku pengajian. Kalau setiap pagi 15, 20 minit lambat itu biasa, ini adalah orientasi seorang DOKTOR CELAKA..

Apatah lagi dengan yang PONTENG terus.Hanya ada ' hantu' menandatangani kehadiran untuknya.. Tidak layak bergelar doktor.

Jangan pentingkan tembolok sendiri wahai kawan.Hari ini anda santai, gembira, esok lusa siapa yang tahu..Andai pihak berwajib mengambil tindakan, memang patut dan PADAN dengan perangai anda. Pun begitu, cubalah dihala perspektif nilai kepada sahabat-sahabat di luar sana..

Celaka sendiri boleh diterima, kerana ia hasil adegan sendiri, Tetapi jika pihak berwajib 'merembat' semua anda dan sahabat anda yang tidak pernah terlibat dengan kejijikan ini, anda TANGGUNGlah sendiri SAKIT dan DERITA mereka yang tidak pernah bersalah, tidak pernah membenarkan perbuatan anda...

Laratkah slogan MAAF dilaungkan pada semua?

Mampukan MAAF itu diterima semua, ikhlas dari sudut hati nan dalam?

Berapa banyakkah pertanyaan akan dipertanyakan pada anda, pada hari yang tiada naungan, selain naunganNya?Mampukah anda menjawab kesemuanya?

Berhati-hati dalam tatacara, kelak badan sendiri yang binasa..



Kecelakaan Beragama..

Islam adalah agama penuh integriti. Bukan namanya Islam, kalau ponteng dan lambat itu kebiasaan peribadi.Itu hanya muslim plastik, muslim buangan, muslim pencemar agama, bangsa dan negara..

JPA,MARA, ATMA, FELDA menghantar kita belajar dengan wang rakyat. Wang rakyat adalah hasil usaha dan titik peluh segenap warganegara Malaysia..

Jerih-perih petani berkubang di laman sawahnya..

Perit tekak guru mengajar anak bangsa di muara sekolahnya..

Panas membahang sinaran mentari mengena kepala buruh-buruh di tepian jalan..

Ini namanya AMANAH. Belum lagi amanah ibubapa yang mempercayai seluruh jiwa dan raga, terhadap anaknya di bumi asing..

" Belajarlah sebaiknya anakku. Ibu selalu mendoakanmu!!"

Dasar Si Tanggang. Amanah ibu sanggup dipermainkan.Doa si ibu memohon kebaikan, namun kepalang hancur qalbu bonda, melihat si anak bermain celaka..

Juga ingatlah pencak munafik dalam arena kehidupan.Rasulullah pernah bersabda,

"..apabila dia diberi amanah, maka dia khianati!!"

Mahu memungkiri Al-Amin Muhammad, silakan seadanya..Jika pada hari ini, Rasulullah berada di kalangan kita, baginda pasti masih tersenyum. Tetapi ingatlah, Rasulullah tidak akan mengunjungi jenazah si celaka tadi.Dia tidak akan disolatkan, dan diiringi ke kubur..

Kerana apa??Kerana dia berada di dalam senarai MUNAFIK CELAKA, simpanan utuh milik Huzaifah..


Buat Kita..

Kemalangan etika ini sungguh mencelakakan. Diri itu pasti, sekitar juga barangkali..

Wahai sahabat, jauhilah kebobrokan ini..

Jika tertempel pada anda sikap ini, insafilah diri.Buanglah ke penjuru dunia sikap 'malaun' ini..

Andai degil masih bertakhta di hati, ingin kutanyakan padamu..

"Mahukah anda PAKEJ SEKSA? "

"Doktor CELAKA, Muslim DERHAKA, dan akhirat NERAKA..."

Tepuk dada, tanyalah iman...

Rabu, 10 Mac 2010

Saya : Antara Sebukit Perasaan, Segunung Kesabaran dan Secebis Keegoan..





Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..



Biasanya dalam menulis dan berkongsi, jarang rasanya saya menjustifikasikan kembali setiap langkah dan pencak. Saya tahu buruk dan baiknya.Saya timbang kedua-duanya dengan saksama dan kemudian saya akan menulis, dengan penuh perasaan, datang dari hati..



Dua artikel saya yang terkini, tidak dapat dinafikan , mencetuskan kontroversi yang tidak sedikit. Persepsi manusia yang boleh melihat sesuatu benda dari semua sudut 360 darjah , mendatangkan aroma yang positif dan juga negatif. Terpulang kepada si pembaca mahu menghalakan ke arah mana..



Antara Saya dan Kelab Umno Bandung..


Seawal tahun pertama, saya tidak menafikan ada senior-senior mula mengajak dan mempelawa saya untuk turut sama dalam KUBI, sama-sama menggerakkannya. Namun, saya berfikir dan saya sudah menetapkan matlamat untuk memilih berjuang dalam PKPMI-CB.Bukan sebab apa, sebab saya tahu saya tidak cukup sabar untuk berada di dalam KUBI, sambil berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dari Malaysia, pimpinan Melayu ber'keris' .


Saya tidak pernah menganggotai mana-mana pertubuhan politik tetapi setakat ini, saya seorang yang cukup sedar tentang politik.8 MAC 2008, 2 tahun sudah, saya pulang ke tanah air dan membuang undi, dengan penuh bangga..



Politik..Saya tahu sepak terajangnya, pahit getirnya..Sebab itu saya memilih untuk tidak berada secara formal di dalam KUBI..Saya pasti tidak tahan.



Tetapi, hidup di dalam PKPMI-CB, juga tidak jauh berbeza. Banyak sabar perlu ditancapkan di hati, ada air mata perlu dikesat di pipi...Hampir sama, persis ,cuma lambang PKPMI, tiadalah berlatarbelakangkan keris Melayu, mengangkasakan Melayu dan sebagainya..



Dan pada zaman saya bergelar YDP PKPMI-CB, banyak tolak ansur saya junjung bersama. Dulu mungkin sedikit tidak selesa dengan KUBI. Tetapi saya memilih untuk bersama bertolak ansur dengan KUBI, kerana pada pandangan saya selaku YDP, matlamat KUBI sangat rapat, mirip dengan idealisma saya selaku seorang pemimpin persatuan...



Tenaga yang ada lebih baik digabung, membina situasi menang-menang, dari saling memburukkan dan menjatuhkan sesama..Itu harapan dan matlamat saya, dan sepanjang saya meneraju pimpinan PKPMI-CB, inilah orientasi saya..



Sering saya ingatkan dalam mesyuarat, jangan cari masalah, lebih baik bertolak-ansur, kepada teman-teman MT dan AJK persatuan.Selagi mana KUBI bermatlamatkan penghujung yang sama, mereka adalah SAHABAT kita. Kita tolong mereka, dan mereka tolong kita..



Alhamdulillah, semua memahami...





Saya...



Banyak insan apabila disebut untuk menggambarkan saya, pasti akan mengatakan saya berperwatakan lemah-lembut, kurang tegas dan sebagainya.Namun, jarang yang mengetahui bahawa saya adalah seorang yang SANGAT SENSITIF, mudah berkecil hati...



Sering kalau hati sudah terasa, sakit terhiris diderita, saya hanya menguntumkan senyuman. Topeng senyuman ini ternyata berjaya mengaburkan kondisi sebenar perasaan..



Saya juga seorang yang mudah marah,mudah menjadi emosi tetapi seringkali senyuman juga menjadi penawar penghancur irama negatif tadi..



Saya juga punya ego, tetapi pada banyak keadaan, saya tekan dan kecilkan ego pada diri. Saya mekarkan senyum sambil mengingati erti perjuangan diri dalam menjadi manusia bermanfaat untuk agama , bangsa dan negara..


Biarlah saya kongsikan perasaan di sini berkaitan KUBI..

Ada bahagian saya marah dan berkecil hati. Tetapi SENYUM jugalah menjadi tonik mujarab pengubat lara hati. Sangka baik sering saya iringi dalam kehidupan seharian...

Program Semaian Bakti di Kuala Kedah, Kedah..

Saya turun membantu, dan ikut berkontribusi. Program yang penuh manfaat pasti menjadi keutamaan saya..Cumanya, saya tidak berpuas hati dengan banyak ucapan dari pemimpin sewaktu acara. Ucapan boleh membawa kefasikan bagi saya, ucapan yang seakan-akan UMNO dan MELAYU itu adalah sebuah agama dan anutan akidah..Hati panas membara, taubat tidak akan datang lagi program KUBI di Malaysia..Kerusi dihentakkan ke sisi, saya keluar majlis!!!

Saya sayangkan Allah dan Rasulullah.Kerana itu arahan Kitab dan Sunnah ketika berada dengan orang mempermainkan agamaNya..Saya keluar!!

Saya marah pada mulanya pada KUBI. Tetapi lama kelamaan, saya faham itu bukan kehendak mereka. Semuanya di luar batas kawalan MT dan AJK.Semuanya datang dari atas...Sangkaan baik saya sebagai sahabat, memadamkan api yang dibarakan oleh para pemakai songkok hitam tadi...Saya senyum kembali..

Tan Sri Muhyidin Yasin Golf Charity, Bandung...

Saya memahami seperti biasa. KUBI mendapat giliran kerana sumbernya dari atas. Saya tidak menafikan langsung..Namun, saya berkecil hati sangat dengan para AJK. PKPMI-CB dimaklumkan, tidak mempunyai satu kuota pun untuk ke majlis makan malam, hatta saya sebagai YDP..Sering selama saya mendapat undangan, pasti saya sisihkan tempat untuk KUBI..Prinsip saya, tidak perlu terhegeh-hegeh meminta belas ihsan, saya ada maruah dan ego. Tetapi selepas difikirkan kembali, 2 hari sebelum acara, saya turunkan ego, bertanya kepada AJK yang berkenaan melalui SMS. Tiada balasan diterima cuma sehari sebelum acara, nama saya tersenarai dalam senarai mereka yang diberi pelepasan untuk terlibat dalam acara tersebut..

Saya masih sinis. Niat mahu memulaukan acara bermain di fikiran. Tetapi, saya senyum kembali dan bersangka baik dengan sahabat-sahabat saya. Mereka ditekan dengan hebat oleh orang atasan, emosi mereka tidak stabil..Dan mungkin sahaja, sebagai manusia, mereka terlupa..

Kesian mereka.Saya menghadirkan diri sebagai tanda sokongan. Demi sahabat saya yang saya sayangi, saya turunkan ego dan senyum kembali..

AGM PKPMI, 17 Februari 2010..

Hari ini, adalah penutup kerjaya saya sebagai seorang YDP. Saya bangga dengan pencapaian kami selama ini dalam memartabatkan KEBAJIKAN dan PERPADUAN para pelajar di Bandung. Saya melepaskan jawatan dengan tanpa sesal. Saya bangga dengan MT dan AJK PKPMI-CB.

Namun, saya kecewa dengan bilangan hadirin yang datang. Hanya dalam lingkungan 70 orang sahaja pada permulaan majlis. Saya menantikan untuk melihat sahabat-sahabat dari KUBI datang. Tetapi ternyata saya berputih mata..Hanya Farid dan Radzi, sudi menjengahkan diri.

Saya bertanya kepada seorang MT KUBI beberapa hari sebelum tarikh keramat bagi saya. Saya yang dianugerahkan dengan perasaan sensitif ini, terasa bagai disiat-siat hati.

"Oh, ada AGM ke Sabtu ni? Tak tahu la pulak!!"


Saya hanya mengukir senyum sambil mengharapkan apabila sudah mengetahuinya, mungkin dia punya hati untuk sudi menghadiri.Semoga Tuhan membuka hatinya..Tetapi, harapan saya tinggal harapan. Kecewa lagi...

Saya kembali senyum dan bersangka baik. Banyak yang sibuk dengan tesis, ada yang sakit dan sebagainya. Terima kasih kepada Feendi, sang Presiden yang bercuti di Malaysia,kerana masih lagi sempat mengucapkan tahniah lewat Facebook, saya menghargainya..


AGM KUBI...

Hati saya pernah berbisik. Buat apa pergi AGM KUBI, kalau mereka pun tidak pernah mahu menghargai. Sekilas rambu syaitan bermain di fikiran..

Tetapi, sekali lagi, saya tekan EGO saya. Saya senyum kembali dan berkata kepada diri..

" Nak jadi insan bermanfaat ni susah. Ibarat sebuah pokok, walaupun sering orang lempar batu, pokok tetap berkhidmat memberikan buah kepada orang.."

Saya senyum kembali..

2 hari sebelum AGM KUBI, bumi Cikuda menjadi saksi. Berpuluh-puluh pasang telinga mendengar dan bersaksi..Usai kita semua melamakan waktu sujud terakhir, mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat kita di Bandung yang sakit dan saudara kita di Palestin, saya beraksi di hadapan..

Saya menjadi bidan terjun memberi tazkirah berkenaan SUNNAH. Allah dan hadirin menjadi saksi, saya berkata tentang WAJIBNYA menghadiri undangan asalkan undangan itu tidak berunsurkan maksiat kepadaNya..

Saya menyeru sahabat-sahabat supaya datang ke AGM KUBI, datang memenuhi undangan, bertanyakan sebarang masalah dan kekeliruan dan tunaikanlah kewajipan untuk memilih calon pemimpin yang baru...

Ego di hati ditekan sehabisnya. Walaupun orang tidak datang AGM saya sebagai YDP, dengan surat undangan dan SMS dihantar kepada semua, saya tetap menyeru supaya hadirlah ke AGM KUBI...Hati yang sensitif tidak membenarkan, tetapi demi sebuah kebenaran dan keadilan, saya mengajak sahabat-sahabat di Cikuda untuk berpartisipasi..

Hari Ahad, AGM KUBI, saya datang alhamdulillah.Mengorbankan masa untuk belajar, tesis, berehat dan aktiviti lain...

Sesi pembentangan kewangan, saya berdada ke hadapan, memegang mikrofon. Tangan saya terketar-ketar, mahu bertanyakan soalan.Penyakit 'inferiority complex' semenjak kecil sempat singgah sebentar, tidak pernah benar-benar sembuh..

Saya secara profesional bertanyakan tentang peralatan dan harta KUBI, dan juga tentang akaun KUBI yang tidak jelas. Sejujurnya saya tidak puas hati, tetapi saya percaya dengan sahabat-sahabat saya..Tamat di situ, tidak perlu dipanjangkan ke luar AGM..

Usai dibubarkan sesi lama, saya menghampiri pimpinan baru, Farhan, memeluk dengan erat, penuh kehangatan, sambil mendoakannya..

" Jangan bimbang,aku akan menjadi penegur kalau ada salah dan silap!"


Sahabat-sahabat dari sesi yang lama, saya temui dan penuh senyuman dan ramah, saya mengucapkan tahniah. Satu persatu...


Tetapi malang...



Niat saya ikhlas, baik...


"Apasal ko, aku benci ko!!"




Tiba-tiba, huluran persahabatan yang saya suakan dibalas dengan makian dan sebuah kemarahan tanpa adab..


Senyum yang saya ukirkan dibalas kata-kata tajam seperti itu. Saya faham mungkin anda stress, anda penat, dan sebagainya..


Kalau ye pun, ada salah silap yang saya lakukan, saya tidak SUKA dimarahi, dihina di depan khalayak..Lebih-lebih lagi di depan adik-adik yang memanggil saya sebagai abang, yang menghormati saya...Terus saya tawar hati untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain.

Bukan apa, hati dah parah. Saya malas mencari masalah baru. Mungkin saya yang menghamburkan marah kepada seseorang yang tidak patut, dan mungkin juga saya akan dimarahi lagi...






Saya seorang yang sangat sensitif, penuh dengan perasaan. Serius hati saya hancur berkecai..Saya marah tetapi saya lawan agar saya tidak melawan api dengan api..Saya tidak membalas balik kemarahan anda, cuma apa yang saya mampu dan tahu, seperti biasa, SAYA SENYUM, lagi dan lagi..





Hati yang lara, dibawa ke penjuru dewan. Saya melampiaskan ketidakpuasan hati kepada beberapa sahabat.Cuba menenangkan..




Pulang ke rumah, saya berborak lewat telefon dengan Mohsein, sahabat saya di Bandung agar beban hati saya berkurang. Agar rasa terhina dimalukan tadi, mampu dicairkan..




Alhamdulillah, permintaan maaf sahabat tadi saya terima. Rasulullah juga tidak mampu sahabatku..Wahsyi, si pembunuh Hamzah, dihapuskan dosanya oleh Allah, sewaktu memeluk Islam, tetapi tetap Rasulullah mengelakkan diri bertemu dengannya. Bukan disebabkan Rasulullah benci, tetapi hanya kerana Wahsyi akan mengingatkan diri sang Rasulullah kepada Hamzah yang dicintainya...





Begitu juga saya, apatah lagi..





Kesannya mungkin adalah pada penulisan saya.Surat terbuka memang telah saya rancangkan seminggu awal.Para pemimpin di Malaysia, juga Rasulullah mencontohkannya..Dibuat terbuka agar boleh diambil pengajaran oleh semua. Disebabkan ini, saya berani...




Cumanya...




Setiap kali jemari beraksi, akal akan memandu fakta dan bicara, dan hati akan mengepalai rasa dan jiwa. Dan inilah istimewanya saya, saya menyampaikan dari hati ke hati dalam setiap artikel saya..Saya sudah benar dan betul..Bukti dan hujah di pihak saya. Cuma hati ini ternyata lukanya lebih dalam, goresan luka masih hangat dan pedih, pisau masih tertancap erat menikam qalbu..




Hati yang sakit sedang berbicara dengan hati-hati lain.Mungkin ia mahu dimengerti atau mahu dikasihani.Hati mengarahkan sang mata untuk menangis, akal tidak sekuat hati yang tiba-tiba bangkit hebat..




Kepada mereka yang berkenaan, saya SEJUJURNYA meminta maaf atas luahan hati saya.Akal berasas fakta tetap wujud, cuma rasa hati lebih dominan, dalam menyampaikan..


Saya punya segunung kesabaran, yang sering memujuk hati dan perasaan. Anugerah Ilahi kepada saya apabila menghiaskan hati yang sangat sensitif dan mudah merajuk, dengan SABAR yang cukup tinggi..SABARlah juga yang merendahkan ego yang bertapak di hati.





Tetapi kadang-kadang Allah mempergilirkan kemenangan. SABAR, kamu tetap kuat, namun, kadang-kadang lautan tsunami hati , mampu mengalahkanmu...




Terima kasih SABAR kerana seringkali menguntumkan SENYUMAN bermakna..




Terima kasih SABAR kerana mahu menjadikan saya seorang LELAKI yang kuat versi

Rasulullah, yang memiliki dan mengawal dirinya sewaktu marah.





Terima kasih....








Selasa, 9 Mac 2010

KUBI Masih Ku Kasihi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Di dalam dunia hari ini, kuasa persepsi itu sungguh luar biasa.Manusia boleh jatuh dan naik hanya dengan sebuah tulisan.Kadang-kadang, perspektif si penulis dalam merakamkan perkataannya itu, tidak semua pembacanya memahami dengan gaya dan sudut pandang si penulis tadi...

Penulis-penulis blog yang jauh mendahului saya dalam bab ini, telah bertimbun pengalaman mereka.Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan juga Ustaz Zaharudin sebagai contoh..

Sebelum saya melangkah jauh, saya , dengan rendah hati, meminta maaf atas tulisan saya yang mungkin boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap bekas pimpinan KUBI sesi 2007/2009.Bukan sebab saya tidak berfikir panjang, saya tahu, cuma saya tidak serik untuk menulis lagi dan lagi..

Pertamanya, surat itu ditulis dengan terbuka untuk membuat semua orang boleh berfikir dan jangan menjadi pak turut. Satu sikap Melayu yang cukup buruk adalah TIDAK BERANI MENYATAKAN KEBENARAN DI HADAPAN.Cakap belakang sahaja yang pandai..Dan beranilah dalam menyatakan HAK diri.Mungkin ada akan bertanya kenapa saya pun sama?jawapan saya, kalau tidak berani, mikrofon di Puri Khatulistiwa tidak akan saya sentuh pasti.Dan anda tidak akan mendengar suara ini bercakap...Anda berani??!!

Keduanya, dalam kes akaun, saya dengan sepenuh hati percaya akan keamanahan mereka yang bertanggungjawab menguruskannya.Tiada ragu...Cuma saya pertikaikan dengan ayat ini..

"Tiada LANGSUNG tertera sama ada dalam sesi 05/07 atau 07/09, DI MANAKAH PERGINYA wang tersebut??"

Saya telah menyokongnya dengan BUKTI dari Laporan AKAUN sesi 05/07 dan 07/09. Memang tiada data yang ditunjukkan pada hadirin tentang hal ini. Saya malas mahu memanjangkannya. Cuma perhatian yang saya ingin bawa adalah JANGAN AMBIL MUDAH URUSAN WANG. Kalau ini tidak ditekankan sekarang, rentetan yang sama mungkin sahaja akan terjadi pada sesi akan datang.Dan sikap lumrah Melayu adalah memang suka MENGAMBIL MUDAH dan TIDAK KISAH...Saya mengingatkan anda tentang amanah dan sistematik..

Ketiga, saya tidak akan menarik surat terbuka kerana saya yakin saya tidak salah. Tidak perlu rasanya bekas MT dan pimpinan dahulu menjelaskan kepada saya pendetailan akaun bagaimana yang sepatutnya.Saya PERCAYA kalian!! Cuma kalau saya tidak bangun berkata di laman blog sendiri, lumrahnya memang benda ini akan dipandang RINGAN!!

Keempat, saya menulis dengan fakta yang saya percaya saya benar dan tidak salah. Cuma permasalahan yang saya perlu akui adalah apabila saya meninggalkan pembaca dengan PERSOALAN.Dan setiap PERSOALAN memerlukan jawaban, dan apabila tiada jawaban diberikan, JAWAPAN yang DIBUAT SENDIRI, adalah solusi yang terbaik..Hasilnya adalah SANGKAAN!!

Kelima, sesiapa yang bersangka bahawa bekas MT KUBI ada niat menggelapkan wang,saya berkata pada anda, SAYA sendiri akan BANGUN mempertahankan SAHABAT-SAHABAT saya tadi!!!!
Mereka insan yang penuh dedikasi dalam persatuan, menjunjung tinggi matlamat kebajikan agama, bangsa dan negara..Dan disebabkan inilah SAYA MENYAYANGI MEREKA!!!

Keenam, apabila ada sangkaan, sila DIRECT TERUS kepada saya. "Kerana kebanyakan sangkaan itu ADALAH DOSA". Saya mengimani ayat Al-Quran ini..Terima kasih kepada mereka yang sudi bertanya direct kepada saya..Terima kasih juga kepada yang sudi memberi komen dengan beradab dan berakhlak di laman saya...Kalau tidak beradab, saya akan buang terus pandangan anda..Anda tidak cukup layak untuk masuk ke http://www.maxchempaka.blogspot.com/, kerana anda MANUSIA PLASTIK!!!

Ketujuh, saya sekali lagi , dengan RENDAH DIRI, memohon MAAF kalau TUJUAN saya DISALAHERTIKAN oleh sesetengah PIHAK yang mencari RUANG dan PELUANG untuk menjatuhkan KUBI. Saya bukan seperti ANDA, saya bukanlah INSAN OPORTUNIS cuba menge'cah keting' KUBI tetapi saya adalah SEORANG AHLI yang SAYANGKAN KUBI!!

Kelapan, kepada pimpinan baru, semoga maju jaya. Jangan takut untuk melangkah ke hadapan..Masih banyak ruang yang perlu diterokai, dan BERUSAHALAH SEDAYA UPAYA untuk memajukan KUBI dengan bermatlamatkan KEBAJIKAN, demi AGAMA,BANGSA dan NEGARA!!


Yang Benar,

Ahmad Zulfahmi Bin Mohd Kamaruzaman


...................................................................

Sedikit LINK dari web Ustaz Zaharudin tentang isu BERSANGKA BURUK.Semoga bermanfaat buat semua..

http://www.facebook.com/#!/notes/zaharuddinnet/mengapa-perlu-sangka-buruk/379214166082

Isnin, 8 Mac 2010

Surat Terbuka Buat Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI)



  • Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan selamat sejahtera, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pimpinan Kelab Umno Bandung Indonesia (KUBI) di atas jayanya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan buat kali ke 14,bertempat di Puri Khatulistiwa, kelmarin.



  • Tahniah dan takziah saya ucapkan kepada Pengerusi KUBI yang baru, sahabat saya, Farhan Saroni dan timbalannya Syed..Juga tidak lupa kepada Exco-Exco yang terpilih untuk memegang amanah mengendalikan KUBI bersama iaitu Hairul Firi, Illiyyinna, Hairina, Hafiz Shaarani, Arif Marsin, dan Qayyum. Semoga anda semua terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negara..



  • Saya percaya mereka adalah insan-insan yang baik, amanah dan bertanggungjawab dalam memikul amanah yang berat ini.Saya doakan mereka agar terus berada di atas jalan kebenaran.



  • KUBI, dari perspektif saya, sebagai seorang ahli biasa KUBI, adalah persatuan yang mendaulatkan kebajikan para pelajar walaupun namanya sediikit kontroversi kerana dipalitkan dengan nama UMNO. Jika dibuka perlembagaan KUBI, tertera jelas di Fasal 4, ASAS dan TUJUAN.. " Kelab adalah pertubuhan yang menyokong dan mendukung cita-cita parti politik UMNO Malaysia.." dengan huraian di bawahnya, menjelaskan objektif-objektif yang sangat BAGUS. Saya tidak ingin menyentuh tentang UMNO dan politik Malaysia, mungkin di ruangan lain pada masa mendatang, Insyaallah..



  • Di sini, saya ingin mengambil sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit warkah terbuka untuk pucuk pimpinan KUBI , untuk mengingatkan kalian dengan tugas yang maha berat ini..



  • Saya sebagai ahli biasa akan mengutarakan pandangan dan nasihat saya.Kerana agama, diin itu nasihat, dan di dalam Surah Al-Asr, kita Muslim diminta untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..Kali ini, giliran saya bersuara dan berkongsi, dan jika di lain waktu, silalah berbuat hal yang sama kepada saya dan orang lain.Saya berbesar hati untuk ditegur dan dibetulkan segala salah dan silap, asalkan caranya berhemah dan berakhlak..



  • Pertama sekali, bagi saya, KUBI sangat hebat selama 2 tahun ini. Cuma suka saya ingatkan , TUJUAN kita adalah KEBAJIKAN pelajar, bukan mengejar top 5 atau top 10 dalam ranking Kelab Umno seluruh dunia..Kalau dapat, alhamdulillah, jikalau tidak, itu bukanlah tanda kegagalan atau kemerosotan..



  • Kedua, saya percaya pimpinan sesi yang lepas adalah mereka yang bertanggungjawab dan amanah. Semua sahabat saya..Cuma AGM KUBI menampakkan kepincangan yang ketara di bahagian kewangan khasnya. Saya bukan ingin bersangka buruk cuma sekadar mengingatkan..Di dalam penghujung akaun sesi 2005/2007, baki akhir November 2007, adalah Rp 66, 361, 800, seperti mana yang tertera di Laporan Tahunan KUBI 2005/2007. Jumlah yang besar bagi saya..Tetapi dalam sesi 2007/2009, akaun dimulakan dengan Januari 2008 dengan jumlah awal sebanyak Rp 47, 937,00. Ada defisit hampir Rp 20,ooo,00.Ada kehilangan akaun untuk bulan Disember 2007 di sini.


  • Kemungkinan Rp 20,000,00 dikeluarkan ketika bulan Disember 2007 ini, di mana sesi pertukaran antara yang lama dan baru diadakan..Dan saya berharap ini adalah semata-mata kecuaian manusia yang tidak mendetailkan akaun keluar masuk dengan jelas dan sistematik..



  • Kita akan memahami had batas seorang manusia, pasti ada kesalahan dan ketidaksempurnaan. Dalam bab-bab kecil, itu lumrah. Saya juga bekas pemimpin organisasi pelajar, dan saya memahaminya. Cuma apabila bab tiada data melibatkan Rp 20,000,00 atau RM 8,000, ini memang sepatutnya dipersoalkan. Pengeluarannya harus jelas, tidak boleh ambil mudah dalam pengeluaran wang..INGAT, KUBI adalah milik semua ahli, pimpinan hanya menjalankan amanah. Adalah hak kami sebagai ahli untuk mengetahuinya...Saya sangat berharap sesi baru akan lebih kritis dan sistematik dalam menjaga perihal akaun dan kewangan ini, Insyaallah...



  • Ketiga, saya sebagai ahli, melihat adanya MASALAH KOMUNIKASI yang ketara di dalam internal KUBI. Buktinya, AJK-AJK bawah sendiri yang bangun mempertikaikan pucuk pimpinan atas. Saya mendengar dan melihat selama ini, tanpa memberikan komen..Cuma apa yang saya boleh kongsikan kepada MT Tertinggi, walaupun KALIAN PUNYA KUASA dan VETO, AMBIL KIRALAH pandangan AJK bawah dan JANGAN TERLALU BERAHSIA antara SESAMA SENDIRI. KEPERCAYAAN dan KESEFAHAMAN antara MT Tertinggi dengan AJK-AJK bawah adalah kunci kekuatan sesuatu organisasi. Jika tiada kedua-dua unsur ini, organisasi itu akan menjadi FIZIKAL YANG TIADA RUH, lemah longlai tidak bermaya..



  • Kesimpulannya, saya mengharapkan KESALAHAN dan KEKURANGAN yang JELAS TERTERA pada sesi yang lalu, mampu untuk diperbaiki oleh sahabat-sahabat dalam sesi 2009/2011. Saya mendoakan kalian semua agar sentiasa di bawah naungan rahmatNya..Ketahuilah, surat ini datang dengan rasa kasih dan cinta untuk melihat KUBI terus maju jaya dalam mendaulatkan agama, bangsa dan negara, dan tiada niat sedikitpun untuk menjatuhkan dan memalukan pihak pimpian KUBI.Saya sayang kalian...


Sekian, terima kasih..



Yang Benar,


Ahmad Zulfahmi Bin Mohd Kamaruzaman





...................................................................................................

Berikut artikel dari YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam tentang perihal ini..

Tuntutan Menegur Pemimpin

Telah berkata Saidina Abu Bakar setelah dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama:

“Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukan lah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah dengan ku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkan lah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…”(Dipetik dari m/s 27, buku itmamul wafa fi sirah al-khulafa, syeikh Muhammad bin afifi albajuri)

Seringkali kita mendengar petikan ucapan Saidina Abu Bakar semasa beliau dipilih untuk menjadi khalifah yang pertama bagi ummat Islam selepas wafatnya Rasulullah (SAW) dan bahagian permulaan ucapan beliau saya sertakan di atas sebagai rujukan sekiranya ada yang kurang jelas. Bagi saya ianya jelas merupakan ucapan yang memohon teguran dan pembetulan dari ummat supaya memantau beliau sebagai seorang khalifah.

Ini dipohon secara ikhlas kerana Saidina Abu Bakar amat menyedari betapa besarnya tanggung-jawab sebagai pemimpin ummat Islam. Tindakan beliau membawa implikasi bukan sekadar kepada ummat Islam sahaja, tetapi kepada agama Islam itu sendiri.Sepanjang ucapan beliau itu, tiada sebarang bentuk arahan agar diberikan kepadanya ketaatan secara membuta tuli. Malahan teguran dipohon sekiranya dianggap ada yang perlu diperbetulkan.

Bukan sekadar itu, Saidina Abu Bakar juga telah menyebut “Menyata yang benar itu adalah amanah dan pembohongan itu adalah khianat…” Ini membawa pengertian bahawa seseorang itu mestilah nyatakan secara berterus terang akan kebenaran pandangan dan tindakkannya, jika setuju katakan setuju, jika tidak katakan tidak dan mengapa. Janganlah pula menjadi si pembodek yang sebelum habis lagi ayat sudah terus menjawab, “kami setuju, wala’ dan taat!”

Jenis manusia yang sebegini tiada manfaat kepada jemaah. Malahan Saidina Abu Bakar menganggap mereka ini sebagai pengkhianat kerana mereka telah berdusta dengan meng’iya’kan perkara yang salah tanpa sebarang usul periksa. Terdapat kemungkinan yang di’iya’kan itu satu kesilapan besar dari sudut hukum atau strategi dan ianya membawa kerugian besar kepada jemaah.

Dalam pada itu, terdapat juga mereka berhujjah, “pemimpin sudah istikharah, kita ikut sahajalah”. Tetapi apa yang peliknya ialah, Saidina Abu Bakar sendiri yang mendapat Islam ditangan Nabi (SAW) tidak beristikharahkah? Sehingga meminta untuk diperbetulkan sekiranya salah? Golongan yang berhujjah sebegini, seperti kata DS Presiden di dalam satu muktamar di Kelantan satu ketika dahulu, “ingin memperkudakan Allah”. Mereka ingin Allah berkhidmat untuk mereka bukan mereka berkhidmat untuk Allah! Semua persoalan tidak mahu difikir atau dianalisa untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Mereka ingin Allah tentukan untuk mereka melalui istikharah pemimpin dan mereka akan ikut sahaja. Istikharah itu sememangnya digalakkan tetapi ianya tidak boleh digunakan sebagai hujjah yang qat’i dan masih perlu dibahaskan.

Sekiranya perbahasan menemui kebuntuan dan semua tidak tahu jalan keluar, maka dengan itu istikharah menjadi pemecah kebuntuan.Budaya taat secara membuta tuli ini adalah apa yang pernah dituntut oleh pemerintahan gereja suatu ketika dahulu. Kami adalah yang terdekat dengan Tuhan dan Tuhan bercakap melalui kami, kata paderi-paderi pada ketika itu. Oleh itu, sesiapa yang tidak mentaati arahan Gereja maka mereka dianggap berdosa dan melanggar perintah Tuhan.

Mereka diseksa sehingga mereka tunduk kepada arahan itu demi ‘menyelamatkan’ roh mereka. Islam tidak sebegitu dan gerakan Islam tidak boleh terikut dengan budaya seperti itu. Pemimpin mesti bersedia untuk ditegur dan pengikut mestilah digalakkan untuk menegur kesilapan pemimpin, sepertimana ucapan Saidina Abu Bakar.Itulah sebabnya dalam semua persoalan kita melihat Saidinna Abu Bakar berhujjah dengan para sahabat untuk mencari tindakan yang sebaik-baiknya.

Termasuklah juga dalam persoalan memerangi golongan murtaddiin. Hanya dalam persoalan perlantikkan Usama sebagai ketua angkatan perang beliau tidak berbincang kerana keputusan itu telah dibuat oleh Rasulullah sebelum Baginda wafat dan Saidina Abu Bakar tidak akan mahu menolak pilihan Rasulullah (SAW).Kaedah bermusyawarah ini sebenarnya dapat dipelajari dari amalan Rasulullah (SAW) sendiri. Dalam kisah peperangan Badr, Uhud dan sebagainya malahan dalam semua persoalan yang bukannya wahyu, Rasulullah (SAW) membawa berbincang dengan para sahabat Baginda.

Sekiranya tidak dibincang di peringkat awal sekalipun, maka dijelaskan selepasnya apabila didapati terdapat sungutan sepertimana dalam persoalan pembahagian Ghanimah selepas perang Hunain. Namun ianya tetap dijelaskan dan kebijaksanaan serta keadilan tindakan berkenaan menjadi nyata kepada semua. Tidak pernah teguran dan sungutan dijawab dengan menuntut wala’ dan taat semata-mata. Melainkan ianya di dalam situasi kerahsiaan seperti peperangan.

Walaupun dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah (SAW) berusaha menjelaskannya dengan sebaik mungkin dan apabila melihat para sahabat masih bersedih dan tidak berpuas hati, Baginda MEMINTA PANDANGAN dari isterinya Ummu Salaamah dan beliau menasihati Baginda untuk meneruskan upacara korban tersebut secara bersendirian. Apabila ianya dilihat oleh para sahabat yang lain, lantas mereka pun turut melakukan korban. Lihatlah sikap Rasulullah yang sanggup meminta pandangan hatta dari isteri Baginda sekalipun tanpa rasa segan silu.

Ini amat berbeza dengan sikap sesetengah golongan yang menganggap pemimpin dewasa ini hampir maksum dan tidak boleh ditegur atau dinasihat.Dapat kita lihat, dalam persoalan perjanjian Hudaibiyyah ini, tiada Rasulullah (SAW) menuntut wala’ dan taat dengan begitu sahaja, tetapi Baginda berusaha menjelaskan ketepatan tindakannya dan akhirnya tindakan Rasulullah (SAW) tersebut telah disahkan oleh Allah melalui wahyu yang diturunkan yang mengisytiharkan perjanjian tersebut sebagai satu kemenangan. Hakikat bahawa ianya sebuah kemenangan telah terus terbukti sehingga berlakunya Fathul Mekah hasil dari pelanggaran perjanjian tersebut oleh kaum Quraisy.

Berdasarkan semua yang di atas, konsep wala’ kepada pemimpin jelas tidak membawa erti ketaatan membuta tuli. Ahli berhak bertanya dan memohon penerangan dan pemimpin wajib menjelaskan, bukan sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat. Pemimpin yang tidak berusaha memberi penjelasan dan hanya sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat adalah pemimpin yang akhirnya akan menyebabkan robohnya institusi wala’, thiqah dan taat di atas sebab kelemahan diri sendiri. Mereka seolah-olah ingin menjadikan wala’, thiqah dan taat sebagai candu kepada ahli sedangkan pada hakikatnya, sekiranya difahami secara tepat, ianya bukanlah candu, tetapi lebih merupakan kepada rasa hormat menghormati dan keikhlasan dari kedua belah pihak.

Selain dari golongan pembodek yang ingin sentiasa meng’iya’kan pandangan pimpinan walaupun tidak memahaminya, terdapat juga golongan yang sentiasa ingin mencari alasan untuk membangkang. Mereka terus membangkang walaupun sudah dibahas dan dijelaskan berserta kekuatan hujjah yang telah terbukti tidak menyebelahi mereka. Golongan ini juga tidak berdiri di atas dasar “Menyata yang benar” tetapi lebih di atas dasar dengki kesumat atau agenda tersendiri yang hanya mereka sahaja yang tahu. Golongan seperti ini juga tiada manfaat kepada jemaah dan jatuh juga dalam kategori pembohong yang khianat. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua golongan seperti ini jelas tidak dapat menghayati konsep wala’ yang telah dianjurkan oleh Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah Islam yang pertama.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD







Jumaat, 5 Mac 2010

Kerana Jiwa Cassanova : Wasiatku Buat Sahabat dan Teman..






Alhamdulillah , pujian kepadaNya..Manusia hanya mampu merancang, tetapi hanya Dia yang menentukan segala-galanya..

A yang kita rancangkan, kadang-kadang ia menjadi B. Putaran roda kehidupan boleh melahirkan pelbagai rencah , yang mungkin sahaja di luar andaian kita, sebagai insan biasa.

Artikel yang saya hasilkan pada hujung Februari lepas dengan tajuk " Irama Cassanova Makhluk Bergelar Lelaki" , ternyata menjadi artikel hits, dengan izinNya.Setiap hari lebih 100 pengunjung yang meninggalkan jejak di maxchempaka.blogspot.com.Suatu catatan rekod sepanjang kehidupan saya sebagai seorang penulis blog.


Tujuan Saya...

Setiap benda boleh dilihat dari pelbagai sudut pandang. Begitu juga dengan mana-mana artikel yang saya tulis.

Ada ramai pembaca senyap, menilai dalam diam, juga berbincang secara diam, di luar kotak pengetahuan sang penulis, si pelontar idea.Ada yang mengiyakan artikel itu dengan ' menarik' ataupun 'hebat'.Dan ada juga memberi sudut sisi pandangan peribadi dengan berkongsi komen di blog saya..

Tetapi, saya percaya ada juga yang mungkin kurang senang dengan pendekatan saya.Ya pasti...Mana mungkin semua benda atas muka bumi ini 100% dipersetujui bersama secara jamaah.Kalau Rasulullah masih hidup pun di atas muka bumi, dan bertanding pilihan raya di Malaysia, saya percaya Rasulullah akan menang tetapi juga saya percaya, pasti akan ada juga undi yang menentang..

Berkenaan artikel tadi, masalah akan timbul jika persepsi pandangan sang penulis berbeza dengan para pembacanya.Setakat ini, ramai yang masih ' bergelombang sama' dengan saya. Sudut pandang atau perspektif sama, buktinya dengan komen dan bual bicara teman-teman secara langsung ataupun melalui dunia maya seperti Facebook dan Yahoo Messenger..

Penulis menulis, perspektif yang benar tentang artikel itu juga datangnya dari penulis..


Lelaki= Cassanova?

Cassanova itu seorang lelaki, tetapi tidaklah semua lelaki adalah Cassanova.

Mungkin ada segelintir yang menganut doktrin Cassanova secara membuta tuli, menjadikan nafsu sebagai tuhannya.Mungkin...

Artikel saya, dengan ini ditegaskan, TARGETNYA adalah LELAKI. Saya , kamu, dan mereka yang bernama lelaki. Yang tidak pernah datang bulan, berpangkalkan nama Ahmad,Muhammad, yang namanya di'bin'kan, bukan di'binti'kan..

Itulah lelaki...

Dalam tulisan saya, saya tidak menghalakan peluru kepada sesiapa, sekadar berkongsi pandangan dan nasihat. Agar jiwa dihalakan kepada kebaikan dan dijauhkan dari segala keburukan..

Semuanya bertitik tolak dari pengalaman. Sahabat-sahabat mengatakan teori saya tentang bab ini lengkap,sempurna, cuma kata sahabat, tidak berguna teori kalau tidak dipraktikkan..Saya setuju dan saya maklum tentang kelemahan saya di sini..

Rasulullah kata, aib dan dosa kita tidak perlu kita dedahkan, cukuplah sekadar kita rahsiakan dang tebuslah dengan taubat sebenar-benarnya..

Saya segan dan malu apabila berbicara hal ini. Orang yang baru mengenali saya, boleh menyangka saya orang agama, keluaran sekolah agama, mamat masjid dan sebagainya. Walhal sahabat-sahabat saya yang sudah lama mengenali diri bernama Ahmad Zulfahmi ini, mereka tahu saya macam mana suatu ketika dahulu..

Dahulu...

Berjemaah dan masjid hanya kunjungan rutin sekali seminggu..

Dahulu...

Saya anak sulung yang banyak melukakan hati mama dan abah,degil,banyak menumpahkan air mata sedih kedua insan tersayang kerana saya...

Dahulu..

Saya anti pengawas, anti naqib dan anti badan agama..

Dan dahulu...

Saya juga berhati dan jiwa Cassanova. Mulut manis, prihatin, itu modal saya..Ada perempuan terluka pasti. Saya tidak pernah menjanjikan apa-apa, cuma kadang-kadang seronok diambil berat, ditanya khabar..


Pesan..

Saya memberi risiko berkongsi coretan hati ini. Ada sahabat mungkin tidak menyangka, ada adik mungkin tidak percaya..Dan mungkin juga, kata-kata saya mungkin akan jauh dari menerobos hati manusia lainnya, kerana saya dahulu lebih durjana..

Kadang-kadang, saya memikirkan, saya seorang yang cukup hina. Saya tidak punya apa-apa akhlak yang istimewa. Apabila memandang sahabat-sahabat yang jauh lebih baik, sama ada lelaki atau perempuan, saya kagum dengan mereka, apatah lagi jika membandingkan diri dengan mereka..

Semoga Tuhan memelihara sahabat-sahabat saya dan membalas jasa mereka.Mereka mengajar saya erti sebuah kehidupan, makna dosa dan pahala..

Tetapi...

Seburuk-buruk perilaku saya, harapan saya masih menyala agar Tuhan mengampunkan dosa saya. Saya tidak sanggup berkongsi neraka dengan Abu Jahal dan Firaun. Saya tidak sanggup untuk itu..

Dan kalaulah dengan berkongsi artikel ini, berkongsi coretan hati ini, mampu menyedarkan insan-insan di luar sana, mampu menghapuskan dosa saya yang bertimbun-timbun dahulu, saya SANGGUP untuk meluahkan perasaan terbuku di jiwa, dengan lakaran pena di blog ini..

Sama ada manusia memandang hina, durjana, ataupun tidak, dan kalaulah ada hati mana-mana manusia dibukakan hidayah dengan asbab artikel saya, pujian bagi Allah, saya cukup senang dan gembira...

Sekurang-kurangnya adalah dosa saya yang dilakukan dahulu , yang mungkin diampunkan Allah dengan sebab kebajikan yang saya buat, walaupun secebis cuma..

Sekiranya saat ini malakul maut datang menjemput, saya sangat berharap perginya saya, meninggalkan manfaat, bukan membekaskan contoh teladan buruk kepada orang lain..

Andainya waktu yang ditentukan itu adalah saat ini, saya mohon sepenuh hati agar adik-adik saya yang berlima, agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, taat dan mendoakan mama dan abah, bukan seperti saya dahulu...Agar mereka boleh menggantikan saya berbakti jiwa dan raga kepada mereka berdua.Saya sayang adik-adik saya, lebih-lebih lagi mama dan abah.Saya sayang mereka..

Dan saya sangat-sangat berharap, artikel-artikel saya ini adalah medan bukti bahawa inilah padang yang pernah saya gunakan untuk memberi manfaat kepada sesama. Dan saya mohon kepadaNya, janganlah medan ini menjadi medan orang marah, membenci dan menyakiti hati..

Cukuplah dosa sudah bertimbun, jangan pula blog ini menambah derita...

Ya Allah, semoga blog dan artikel ini menjadi bukti aku pernah mengajak manusia ke jalanMu yang diredhai...

Sesungguhnya aku faqir kepadaMu ya Allah...

Ampunkan dosaku Ya Rabbi..





Ketika darjah 1, mama ( berkurung kuning) adalah cikgu kelas merangkap mamaku..






Sewaktu darjah 4...


Sebelum berangkat pertama kali ke Bandung, saya bersama mama, abah, dan adik-adik tersayang..