Selasa, 30 Jun 2009

Tatkala Bertemu Seorang Pelacur...




Senario:

Ada seorang pelacur ternama..Rambutnya ikal mayang,hidung bak seludang kelapa,muka lawa bujur sirih,mata bundar kejelian,dan warna kulit sempurna,kuning langsat..

Comel-lote bak kata orang kampung saya..

Lenggangnya menggiurkan setiap teruna yang memandang.Senyuman manis menawan sukma..Senyuman bidadari dunia..

Jikalau Paris Hilton terlalu jauh di sana,tidak mengapa.. Asalkan dia ada di depan mata..

Cukup seksi.Teruna berderet menanti kehadiran sang primadona..

Tiada hak ekslusif…

Ingin disentuh dibelai manja,silakan semahunya.Asalkan hanya ada wang sebagai ufti masuk..



Sikap 1:


Astagfirullah..Pelacur rupanya..

Laknat Allah kepadanya..

Mati nanti konfem dah masuk neraka..

Tunggu masa je..


Sikap 2:


Alhamdulillah..

Pilihan malam ni cantik betul…

Tak sabar nak bersama dia..

Mesti layanan dia high class punya…

(nafsu serakah seorang lelaki berkata-kata)


Sikap 3:

Subhanallah…cantiknya ciptaan Allah..

Lawanya dia(baca:memandang sambil tidak berkelip)



Sikap 4:

Astagfirullah..

Kesiannya dia..Mungkin dia dipaksa..

Jom kita rapat dan kenal-kenal dengan dia..

Tak baik kita tinggalkan saudara kita macam tu je..



Sikap 5:

Allahuakbar..

Bunuh saja dia nih..

Dah berapa ribu kali dia berzina..

Baik mati je sekarang dari terus buat dosa…




Jawapan di tangan anda..
Saya akan ulas jawapan pilihan sikap saya nanti pada artikel akan datang…
;-)

Isnin, 29 Jun 2009

Retorik Ukhuwwah




Saya memandang sekeliling..

Ada puluhan pasang mata,melihat dan meneliti tuan punya diri sang mulut yang berbicara..

“Al Muslim akhu Muslim…”sepatah saya mengeluarkan sepotong ayat yang pernah disuarakan sang Rasul 14 abad silam..

Seorang Muslim itu adalah saudara seorang Muslim yang lain.Hubungan itu merentas bangsa dan negara,warna kulit atau budaya..

Melayu,Cina atau Negro berkulit pantat kuali sekalipun,jika dia mengaku Allah dan Rasul sebagai pembelanya,jadilah dia saudara seIslam dengan kita…

Walau hanya dipisahkan Sungai Golok yang beberapa meter cuma,tetap mereka di Patani adalah saudara kita…
Mereka adalah kita,kita adalah mereka..

Badan yang satu..Ada satu tercarik,yang lain merawat saksama.Ada satu demam membakar,yang lain tidak boleh melelap mata…

Inilah ukhuwwah Islami…



KENAL





Pohon enau

Maaf,saya cukup tidak berkenan dengan perangai manusia ,seperti enau di dalam belukar..

Bongkak,sombong,hanya tahu melepas pucuk masing-masing..

Begitu juga manusia..

Saya percaya Islam akan bangkit suatu hari nanti.Bila masanya,itu pekerjaan Yang Maha Esa..

Dan Islam akan bangkit dengan tangan-tangan Muslim pentajdid.Mereka bersama-sama berganding bahu,berjuang tanpa kenal erti penat lelah,demi DIN ini..

Ukhuwwah mereka mantap.Saling melengkapi.Kompak dalam bekerjasama..Sering berkongsi suka dan duka.Kadang-kadang sama menguntum senyum,sering menadah air mata kedukaan bersama..

Bukan bercakap tentang ukhuwwah atas dasar retorik,kita kena mulakannya..

Syarat pertama adalah KENAL….

Cukup kecewa kalaulah teman sekelas pun tidak kita kenal namanya.Belajar bersama,bertahun lama,tetapi,kenal pun tidak ..
Usah bermimpi menjadi teraju membina ukhuwwah Islami jika itu yang terjadi..

Sukar dimengerti bagaimanakah tikus ingin membaiki labu..

Pasti tidak berjaya..Kenallah mereka di sekeliling kita

Kawan-kawan seangkatan biarlah bertegur sapa..

Mak cik kantin biarlah bermanis muka dengannya walau bahasa perbualannya bahasa Indonesia..

Biarlah kita tahu siapa pakcik pengawal di asrama.Bukan hanya memandang sepi tanpa mata..

Jangan kita remehkan pakcik makcik petugas di tempat kita belajar..Mereka juga manusia bisa berbicara..

“Aku tak kenal dia,jadi aku buat dunno je la,”selamba badak seorang anak muda berjalan tidak nampak hidung apabila melintas seorang pakcik pengutip sampah..

Apakah salahnya jika senyuman diukir dan salam dilontarkan.Hatinya pasti berbunga segar.

“Rupanya ada yang perasan kewujudanku!!”monolog sang pakcik bahagia..

Senyum bertemu salam,salam bersua kata,kata berhalus seri…

Dan seri berbuah ukhuwwah..




JANGAN JADI SAYA DULU


“Sheikh,kenapa anta buat macam tu?Ini tidak adil..”saya membentak marah seorang sahabat seperjuangan setelah saya tidak berpuas hati dengan suatu peristiwa..

“I’m being backstabbed by my own skin,my beloved friends!!”hati saya sudah tidak mengenal kata sabar..

Orang kata air mata lelaki adalah sangat mahal..

Tetapi saya tidak kisah.Airmata tidak dapat dibendung lagi.Empangan yang sekian saat dibina pecah..

Hati remuk-redam.Tangisan sayu terus hanyut dalam sujud kepadaNya..

Sang sahabat datang menyerah rela.Menjelaskan dengan penuh tenang dan santai,dengan bahasa ukhuwwah..

“Ya Allah!!

Saya tersempuk lelah.Tidak disangka hakikat sebenarnya..

Banyak mata yang menangis kerana saya.Hati mana tidak sakit bak disayat pisau nan tajam,kerana perlakuan seorang sahabat yang khilaf..

Aku khilaf..

“Maafkanku sahabat-sahabatku!”tulus mulus hati ini berbicara,penyesalan mencengkam rasa..

Sekali lagi manik airmata tertumpah murah.Bukan kerana marah dan kecewa,cuma kerana singkat fikiran,dihasut syaitan pendamba marah..



SEBUAH NASIHAT


Ukhuwwah itu bukan sekadar bersalam,bermanis muka tatkala bersua tetapi juga seni hati dalam berkomunikasi..

Apa gunanya bersalam tetapi hati menolak ‘bersalam’ sesama..

Apa gunanya bermanis muka kalau hati kelat sekelat-kelatnya..

Pernah Syeikh Mustafa Mahsyur berkata sewaktu disoal sebuah pertanyaan..



“Andai antara kader-kader dakwah pun bertegang leher,bermasam muka,memunafikkan hati, JANGAN SESEKALI DIHARAP MAMPU MERAPATKAN UKHUWWAH SELURUH UMAT ISLAM!!!!!”




Usah berfikir melangkah laju dalam dakwah Islami,kalau sejak dari awal ,kaki sudah tempang sebelah..


“Sesungguhnya mukmin itu BERSAUDARA,”
Al-Hujuraat:10






Bersama sahabat seperjuangan di puncak Bukit Bendera...

Sabtu, 27 Jun 2009

Kita Munafiq??






Mata nan sepasang ini sudah memberi petanda mahu berehat.Mulut sudah dibuka tutup lebih dari kadar yang sepatutnya..Badan sudah bekerja lebih waktu…Sepanjang hari berprogram..

Saya cintakan agama ini.Saya kaji dan terokai sehingga tertancap teguh kebenaran hakiki dinul haqq..

Dan saya PERCAYA Islam mestilah naik dan bangkit dengan caranya sendiri,CARA ISLAM…

Islam tidak akan naik dengan menghalalkan politik wang dalam transaksi pilihanraya…

Islam tidak akan bangkit dengan pemimpin Islam masih lagi fitnah-menfitnah sesama Muslim..

Dan Islam tidak akan selamanya tertegak selagi Muslim belum membungkuskan diri dengan balutan Islam..



JANJI MELAYU


“Sekarang sudah pukul 1930.Kita mulakan pertemuan kita dengan Ummul Furqan,Al-Fatihah..”ini merupakan ayat biasa mukaddimah suatu pertemuan yang dikendalikan saya sendiri..

Titik pentingnya bukanlah pada memulakannya dengan Al-Fatihah.Akan tetapi pada masanya…

Jika sudah berjanji,memberi kata komitmen pada tarikh sekian dan sekian,jangan sesekali mungkirinya..Berjanji pada 1930,maka pada 1930lah,kita sudah ada di tempat dijanjikan..

Bukan lambat 5 minit.Bukan juga seminit… Lambat itu seharusnya tiada di dalam kamus seorang Muslim.Lambat tanpa sebab,sengaja, jenis lambat yang lembap dan sebagainya..

Saya tidak kisah kalau pada detik 1930 itu masih belum cukup korum pertemuan lagi,saya tetap akan mulakan Insyaallah..Bukan tidak boleh ditunggu,Cuma apabila yang sering lambat itu ditunggu,KELAMBATAN itu akan menjadi TABIAT.Dan tabiat adalah tidak mengapa,sudah selesa..

Maaf,tabiat ini tidak terdaftar dalam kamus hidup saya..

Dan apabila bercakap dengan Muslim dan lebih-lebih lagi organisasi diterajui Muslim,saya tidak akan bertolak ansur..

Anda bercakap mahu menaikkan Islam..

Anda berbicara Al-Quran dan Sunnah..

Anda war-warkan cinta Allah dan Rasul…

Mahu saya bertanya…

Islam versi manakah mengajar kita lambat??

Al-Quran manakan yang ada ayat yang bersumpah dengan nama al-Asr???

Muhammad manakah yang mengatakan orang yang tidak menepati janji itu adalah MUNAFIQ???


Oh…

Kalau Islam yang berbeza,ada Al-Quran versi kamu dan punya Muhammad sendiri,tidak mengapa..

Kamu bukan golongan Muslim.Kamu tidak bersalah.Saya yang silap…

Saya faham.Kamu adalah Melayu yang berjanji dengan janji bangsa..


JANJI MELAYU……



HABIS TU………


“Semua orang lambat.Takkan la nak datang awal sorang-sorang je!!!”balas seorang yang kurang berpuas hati ditegur..

“Kalau awak tengok semua orang dengan lahap mencicipi najis lembu yang masih ‘segar’,adakah awak akan turut sama terjun bergabung??”keluar sedas persoalan dari mulut saya..

Sering soalan saya balas kembali dengan soalan..

“Ha,taknak la.Bodoh la kalau turut serta!!”pandai dia menjawab..

“Tau takpe..Macam tu jugalah dengan komitmen masa tadi.Dah faham kan??”saya memberikan jawapan KO kepada si dia tadi..

Terkesima dalam kebodohan..

Begitulah manusia.Hanya menilai atas pandangan mata manusiawi..

Andaikata,bercakap tentang kerugian wang,mereka faham.Tetapi apabila bercakap bab masa dan rugi,banyak yang masih selesa…


Untuk pejuang dakwah,pencinta agama Muhammad da Ibrahim..

Kita tidak akan mampu mengembalikan izzah Islam selagi mana komitmen sekecil inipun tidak kita mampu selesaikan..

Usah bicara soal undang-undang Islam,dakwah dan tarbiyyah..

Ingatlah,

Bicara munafiq tidak dilayan Allah dan Rasul..


Isnin, 15 Jun 2009

LELAKI dan BELUNCAS




Saya paling tidak menyukai lelaki yang tidak punya semangat,hidup tiada arah tujuan,hanyut mengikut arus kehidupan…

Lelaki perlu hidup dengan semangat.Semangat yang berkobar-kobar memberi nyawa kepada seorang lelaki..Lelaki boleh jatuh berkali-kali,tetapi setiap kali dia jatuh,harus bingkas bangkit kembali.Tidak mengenal erti putus asa..

Ujian dapat markah teruk,kalah dalam pertandingan,harus dianggap suatu proses untuk menggapai kejayaan,bukan rentetan gagal dan kalah..




APABILA ADAM BERTEMU HAWA



Lelaki harus berpandangan jauh ke depan,ada visi dan misi..

“Ko nak nikah bila dengan dia??”pernah saya utarakan persoalan kepada kawan-kawan yang sudah berpunya buah hati pengarang jantung..

“Entahla…,”sepotong jawapan keluar..

Kalaulah itu jawapannya,depan-depan memang kena la sedas dua kawan tadi.Penangan terus dari saya..

Kalau sekadar mahu menduga hati dan perasaan seorang anak hawa,baik tidak payah.SMS dari pagi ke malam,dan berputar malam ke pagi,ayat berbunga-bunga,panas telinga kanan bergayut,telinga kiri pula memikul tugas..Tidak mengapa,asal mendengar suara si dia.Perut berkeroncong minta dilayan,mata yang minta didodoi manja, sanggup dilempar ke tepi…



LELAKI DAN GAME


Sanggup seorang lelaki bersengkang mata,berjuang demi bermain permainan computer.Berjam-jam menghadap skrin..

“Ko dah ok dah,cuma dah kronik sangat dengan DOTA nih!!!”selamba saya ‘bermanis mulut’ dengan seorang teman,sambil tangannya tangkas mengawal Syllabear.Tower sebelah kiri yang di'push' hampir dimusnahkan…

Kami tergelak bersama.Tidak menafikan, ada keseronokan dengan pertarungan maya,cuma tatkala terlebih seronok,alpa dan lena bermaharajalela…

Begitu juga dengan ‘kipas-kipas susah mati’ Liverpool atau Barcelona.Sanggup bersengkang mata menonton kelibat Messi dan Iniesta,Gerrard dan Torres,pada waktu dini hari.

Sanggup bangun,melepaskan dakapan hangat comforter,dan empuknya tilam…

Tetapi kalau diputar 360 darjah,berapa ramai sanggup bangun menghidupkan penghujung malam,dengan kerelaan hati nurani??

Jawapan saya,paling tepat.Mesti lebih ramai lagi yang sanggup bangun menonton perlawanan bola…

Baiklah,mungkin tahajud itu suatu fantasi yang sukar dijangkau..

Saya bertanya lagi…

Berapa ramai lelaki yang sanggup melepaskan selimut yang hangat un tuk menjawap laungan bilal pada waktu subuh??

Jawapannya mungkin tidak sulit untuk ditebak.Bilangannya mungkin boleh dihitung dengan jari..

Maaf,saya memandang rendah lelaki yang hebat berkata-kata,berani bangun di mata masyarakat,tetapi sekadar solat Subuh 2 rakaat cuma pun belum tentu lulus..

Usah bercakap isu Palestin atau Selatan Thai dengan saya.Anda tidak layak…

‘You are a loser”….



PRIA PUNYA SELERA






Biasa dengar kalimah di atas??

Iklan lumrah di kaca TV di Indonesia..

Iklan R.O.K.O.K……

“Ma,Mi tak nak pergi dengar ceramah Ustaz X !!!,”balasku suatu hari sewaktu diajak emak menemaninya ke kuliyyah Magrib di sebuah masjid berdekatan..

Hari itu giliran Ustaz X,seorang ustaz yang ada pertalian darah dengan keluarga kami..

“Dia hisap rokok.Mi tak dengar kuliyyah orang macam ni,”saya menjawap sebaik mungkin,bernada mulus dengan ibunda.Bukan tidak biasa menemani,cuma kali ini,saya mohon derhaka…

Ustaz dan doktor…

Jikalau ada yang menghembus asap rokok di depan saya,saya memandang rendah anda..

Bagi ustaz,cubalah nanti di Akhirat,anda hembuskan asap rokok di depan Rasulullah.Kita lihat bersama adakah Rasulullah gembira sambil meminta sebatang dari kamu…

Untuk doktor,saya ingin lihat kamu hembuskan setiap sejam sebatang rokok kepada isterimu yang mengandung.Mulakan semenjak awal usia kehamilan lagi…Dan kemudian kita cuba lihat bersama,adakah ‘cantik’ anak yang bakal dilahirkan nanti…

Ustaz dan doktor,andalah calon-calon automatic yang perlu dihantar untuk membebaskan bumi Palestin.Kalau terasa jauh,kita cuba-cuba di Selatan Thai terlebih dahulu…Saya cemburu pada kamu semua.Kamu sungguh berani walaupun sudah tahu bahaya yang bakal menanti…

Sayang sekali,’keberanian’ itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya…



ALASANNYA…..

Saya cukup tidak suka dengan orang yang suka beralasan…

Oh,tiada elektrik…Jawapannya tidur.

La,dah hujan.Jawapannya lena kejap..

Seorang lelaki adalah sosok yang proaktif.Dia tidak akan bersifat reaktif,tertakluk pada perubahan di sekelilingnya..Tiada elektrik,pergilah ke tempat punya elektrik.Masjid Ibnu Sina,Bale Padjajaran umpamanya..

Hujan??Boleh je,membuka helaian buku yang bermanfaat ataupun duduk menonton filem yang berguna..

Apa-apa perbuatan adalah bergantung pada macam mana kita berfikir dan bertindak…

Bergantung pada kita sama ada untuk melihat masih ada setengah air yang terisi di dalam gelas ataupun sudah kosong
setengah gelas itu…

Bergantung pada penilaian kita…



KESIMPULAN



Saya tidak bermaksud untuk menghentam sesiapa.Target saya dalam penulisan ini adalah SIKAP seorang bernama LELAKI..

Saya tiada masalah dengan sesiapa.Bak pesan murabbi di INTEC dahulu,kita berkawan dengan sesiapa,tetapi kita berbeza..

Berkawanlah dengan sesiapa,tetapi prinsip tetap terjaga..

Dalam berDOTA,saya suka menggunakan Rhasta…

Sesiapa tidak boleh menafikan kegilaan saya pada Manchester United,dari zaman Cantona sehinggalah sekarang..

“Saya ni pakar tentang rokok dan arak,tapi saya tak reti nak buat,”ulas saya kepada seorang sahabat yang bertanya..Manakan
tidak,saya tahu macam mana nak hisap rokok dan pandai dalam etika meminum arak.Nak minum Vodka ada caranya,Beer pun sama.Cuma tahu teori,praktikal belum lagi setakat ini…

Dalam bab keperempuanan,saya mengaku kalah.Saya belum berkahwin,jadi tidak boleh nak bercakap lebat-lebat.

“Teori je lengkap,praktikal entah ke mana,”perli seorang sahabat.Saya mengangkat bendera putih sambil tersenyum..

Sekali lagi,sasaran saya adalah SIKAP bukan orang yang bersikap dengan sikap itu..

Selamanya saya akan MEMANDANG RENDAH SIKAP itu.Bukan orang yang bersikap dengan sikap itu..

Saya bukanlah seorang yang sempurna,kebal dari semua sikap tersebut. Kadang-kadang,saya pun turut terpalit dengan sikap-sikap tersebut.Saya memandang rendah sikap itu,yang turut ada pada diri sendiri..

Yang penting,kita yang berstatuskan LELAKI kena sedar dan saling mengingatkan dan mengajak ke arah tajdid sikap..Perubahan bukan boleh dilihat dalam masa sehari dua,mungkin sampai ke mati,proses transformasi sikap itu berjalan..

Mungkin hari ini kita beluncas yang hodoh dan menggelikan,akan tetapi esok lusa,mungkin sahaja kita rama-rama yang mempesonakan setiap yang memandang..






Wahai LELAKi ,hidup hari ini berwajahkan ‘BELUNCAS’ ,realitinya ‘RAMA-RAMA’ hari esok….

Kitalah sang ‘BELUNCAS’ perindu 'Rama-Rama'...





10. (remember) when the YOUNG MEN fled for Refuge (from their disbelieving folk) to the cave, they said: "Our Lord! bestow on us Mercy from yourself, and facilitate for us Our affair In the Right way!"


Surah Al-Kahfi:10

Selasa, 9 Jun 2009

Bercakap Tentang SUNNAH........





Saya sering bercakap tentang SUNNAH.Dengan sahabat,kawan,adik-adik kelas dan sesiapa sahaja..Bahasanya mungkin secara langsung dan mungkin juga tidak langsung..

Apabila di dalam bulatan usrah atau tazkirah,mungkin penekanannya lebih kepada definisi,pengertian dan sebagainya.Itu bahasa usrah..

Lain pula lenggoknya apabila bermain futsal atau berborak dengan pakcik dan makcik Sunda di sebelah rumah.Bergantung pada tempat dan masa,juga orang yang kita lawan bercakap…

Konteks pemahamannya yang menjadi intisari utama,walau apapun bentuk cara dan prosedur bercakapnya..



SUNNAH ITU SYUMUL



Ada orang menganggap sunnah itu sekadar menggerakkan jari sewaktu bacaan tahiyyat atau mengelakkan diri dari mengenakan kain atau seluar bawah pangkal buku lali..

Ada segelintir golongan mengatakan sunnah terbesar adalah mengenakan hukuman hudud semata-mata di dalam sebuah negara berkerajaan..

Golongan anak Adam pula seronok mempromosikan poligami.Sering nama Sunnah dieksploitasikan dalam usaha mencukupkan kuota isteri nan empat..

Sering terjadi,SUNNAH itu tidak lagi syumul pemahamannya akan tetapi,dikerat-kerat..

Ada manusia yang berkepuk dalil Al-Quran dan Sunnah di benaknya,hebat mewar-warkan Sunnah tetapi sekadar ucapan di mulut..

Apabila bergaduh,terlupa Sunnah Rasul yang mengutamakan akhlak dan perilaku…

Sering juga orang memanggil saya mat blues,jiwang dan sebagainya..Saya tidak kisah,hanya mampu tergelak…Teringat kisah lumba lari Rasulullah dengan Humaira.Terlintas romantiknya seorang suami berkongsi secawan air dengan isteri tercinta.Minum pun dicari tempat bibir yang sama bibir sang isteri melekat di cawan…Tetapi praktiknya juga harus betul.Khas untuk yang sudah berumahtangga.

Berserban litup,janggut sejemput,tetapi mulut celaka,mengumpat,berkata dusta..

Berkopiah putih bersih,rupanya perogol anak kandung sendiri..

Bertudung elok,berbaju kurung sopan,rupanya mencari ‘pelanggan’ di jalanan..

Sekerat sunnah itu binasa namanya…

SUNNAH itu adalah dari sekecil membuang halangan di jalanan,atau mengukir senyum
sapaan tatkala bersua sehinggalah pergi mengerjakan haji dan berjihad fissabilillah…

Semuanya SUNNAH,jangan pernah perkecilkan walau sedikit…

Tatkala Umar rebah ditikam sewaktu solat,para sahabat datang menziarahi..

“Wahai kamu yang melabuhkan seluarnya,itu bukan sunnah Rasulullah,”sempat Amirul Mukminin melirik sejenak pakaian sahabat dalam kesakitan yang amat..

Bagi Umar,sunnah Rasulullah itu amat hebat dan agung,walau sekecil manapun ia..


Suatu hari,Abdullah Ibnu Masud ditanya oleh para sahabat dek perlakuannya yang pelik..

“Kenapa wahai Abdullah engkau berkeliling dengan untamu 3 kali terlebih dahulu sebelum turun darinya?”Tanya para pemerhati yang merenung.Aneh sekali…

Tersenyum..

“Sesungguhnya dahulu aku pernah melihat Sang Rasul membuat begitu dengan untanya sewaktu melalui kawasan ini,”tenang Ibnu Masuud menjawab..

Peribadi Al-Amin itu teladan sepanjang zaman…..

Kerana sayang dan cinta..

Demi iman dan percaya..

Jangan cemarkannya demi kepentingan diri..

Memilih yang suka,membuang yang benci..

Isnin, 8 Jun 2009

Dunia belum berakhir...




Alhamdulillah segala puji milikNya….

Hari ini,tanggal 8hb Jun,tamat sudah ujian SOOCA saya,ujian lisan pembentangan kes-kes yang telah dipelajari sepanjang tahun…

Dermatomusculoskeletal System,Hematoimmunolgy Sysytem dan Cardiovascular System…

Sistem Kulit,Otot dan Tulang,Sistem darah dan Imun,Dan Sistem Jantung..

Pujian bagiNya..

Nilai yang dapat,langsung tidak terbayang..

Sekadar cukup markah lulus..

Kecewa adalah hiasan manusiawi bagi suatu benda yang tidak dapat dimiliki..

Pasrah dan redha pada ketentuan Ilahi..
Dia Maha Mengetahui apa keputusan terbaik untuk hambaNya..



Akan kuatkah kaki yang melangkah,bila disapa duri yang menanti….
Akan kaburkah mata yang meratap ,pada debu yang pastikan hinggap…




Ujian ini milik sang diri…

Andai disapa badai dan taufan,halang dan rintang menanti,tetap kaki kan melangkah.Kerana sentiasa ada Tuhan di sisi seorang hamba..

Perjuangan masih belum selesai..

Semoga kaki nan sepasang,dikuatkan dan pasak teguhnya masih terus memijak bumi..

Ameen Ya Rahman…..