Jumaat, 2 Julai 2010

Wahai Perempuan, TOLONGLAH kasihani kami!




Kepada Insan Bernama Perempuan,

Sesungguhnya saya terseksa dengan perangai sesetengah dari kalangan anda.

Pakai baju nampak pusat, pakai skirt pendek.

Ketat-ketat bak sarung nangka, terbonjol sana tertonjol sini.

Sanggul atas, sanggul tepi, sanggul belakang.

Rambut hitam, oren, pink dan hijau.



Perangai Sengal

Saya bukan membenci sesiapa secara khas.

Saya secara khas, membenci sikap dan perangai khas, waima milik siapa pun perangai itu bertapak.

Aku suap engkau, engkau suap aku.

Ambil gambar bersama, biar nampak romantik, biar ku peluk pinggang rampingmu.

Baru pasangan bahagia kata orang.

Saya kata,

Kesian bakal suami anda!!

Kalau suami anda tiada marah, pasti dia jenis yang dayus. Isterinya jenis 'bisa pakai' (bespak kata orang Indonesia). Hak milik awam, kegunaan bersama..

Saya marah dengan perangai ini.

Saya sedih dengan sikap ini.


Melayu Dulu, Melayu Kini

Melayu 70-an cukup pantang anak dara mereka keluar malam, berdua-duaan apatah lagi.

Walaupun zaman itu, zaman rambut tersembul jambul, Melayu sedar tatasusila adat dan agama.

Melayu alaf baru pula pantangnya berbeza. Bertudung kebanyakan, tetapi tudung sekadar adat, bukan ibadat.

" Balik jangan lambat sangat.Pukul 10 malam ye!"

Laung seorang ibu dari kejauhan. Tersenyum puas melihat anaknya cukup laris. Ada lelaki yang sudi menjengah.

Melayu bergerak ke arah kehancuran.

Melayu tanpa Muslim bergerak ke arah celaka.

Tidak ajaib bin hairan, apabila akhir zaman, lelaki yang paling baik sekadar berkata..

" Kalau ye pun nak berzina, buat la elok-elok kat tepi jalan. Tengah-tengah jalan ni kan kena langgar kereta .Tak kan bahaya!"


Hak Asasi Saya Seorang Lelaki!!!

Anda mahu berfesyen ala Britney Spears?

Paris Hilton atau Lady Gaga?

"Suka hati kami la. Inikan hak asasi kami"

Ada perempuan sengal yang berkata sedemikian. Rasa ingin mencili-cili terus mulut yang bercakap tanpa menggunakan kepala akal.

Fitrahnya lelaki suka kepada perempuan.

Apa-apa yang diwajibkan syariat untuk dilindungi, pasti terkandung hikmah di sebaliknya.

Lelaki juga punya hak asasi!

Kalau ada lelaki yang terangsang melihatkan aksi-aksi anda, anda perempuan telah MELANGGAR HAK ASASI kami untuk hidup tenang dan damai.

Bolehkah kami menyentuh dan membelai anda, usai anda mempertontonkan badan di khalayak?

Anda biarkan pandangan lelaki meratah badan anda.

Sudikah pula anda biarkan lelaki meratah pula badan anda?

Inikan hak asasi kami sebagai lelaki..

Jangan berselindung di sebalik hujah Pak Pandir itu.



Lelaki Proaktif, Lelaki Reaktif

" Lelaki tundukkanlah pandangan. Jangan tengok kami!"

Hilang Pak Pandir, muncul Pak Kadok.

Percayalah saya, kami lelaki berasa terseksa. Menunduk itu perlu, melarikan pandangan itu patut.Sedaya upaya, jerih dan perih diusahakan.


Tetapi percayalah saudari-saudariku, di pihak anda pun janganlah menjadi punca celaka itu.

Sudah tahu kucing sukakan ikan, janganlah pula digoreng enak, dihidang di depan sang kucing, dengan mengharapkan sang kucing melihat semata-mata.





Saya MARAH dengan PERANGAI!

Saya bukan mentarget individu, saya konsisten membenci perangai.

Saya tidak menghakimi orang, saya hanya katakan perangai itu salah.

Ada yang sengaja berperangai, ada yang tidak sedar dan sebagainya.Ada juga yang terikut-ikut.

Kerana ISLAM konsisten dengan prinsip.

Manusia boleh berubah, tetapi PRINSIP itu tidak.

Salah tetap salah, benar tetap benar.

Walaupun saya pelaku salah, saya mohon dibetulkan.

Kerana pembetulan sesuatu yang SALAH, adalah TANDA kita saling mencintai dan menyayangi.

Kerana senipis-nipis IMAN, adalah kita membenci.

Jika sudah tiada BENCI, masihkah ada HARAPAN IMAN di HATI??

Maaf SAUDARIKU, AKU MENYAYANGIMU!!



23 ulasan:

dr.illy berkata...

*tepok.tepok.tepok*

syabas.hebat.pengakuan jujur.susah dapat ni.teruskan usaha.

Unknown berkata...

dr Illy~

Tak perlu la Illy.Cuma melampiaskan kebengangan dalam bentuk tulisan.hehe..

Semoga yang berperangai sedmikian, mendapat hidayah :-)

mutiara solehah berkata...

salam.... menarik artikel ni.. izin copy ya.. biarlah dilempiaskn kebengangan agar wanita2 di luar sana sedar.

Unknown berkata...

mutiara solehah~

Salam. Silakan ambil andai ada pengajarannya.

Terfikir ada ke tidak akta gangguan seksual untuk melindungi para lelaki di luar sana.Hurm..

sambalgorengikanbilismakchah berkata...

jiwang amat gambr last...
hahaha...

Unknown berkata...

sambalgoreng~

romantik bro :-)

lyannayahya berkata...

salam.

mohon copy artikel ini.

menarik untuk dikongsikan.

Unknown berkata...

lyannayahya~

Salam..

Silakan (^^,)V

nurqamarina berkata...

salam...
artikel yg menarik...thx coz send link kat ym...hehe..
lame tak dgr kabar...sehat tak?

Unknown berkata...

nurqamarina~

Salam.

Alhamdulillah sihat2 je..

Orang Jakarta apa cerita? :-)

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...rajin kite menjage org perempuan...

tp nanti dlm majlis ilmu....org laki satu kerat...gadis bertudung berduyun2 macam laut....

jgn lupekan org laki jugak ye....
(majlis ilmu tu kurang org laki sebab worldcup...so...boleh di'maaf'kan la kot)

Unknown berkata...

Tanpa Nama~

Alhamdulillah la..

Terima kasih atas nilai tambahnya. Penulisan artikel inipun serampang dua mata dalam menyelamatkan lelaki-lelaki yang semakin hari semakin pupus..

Ada hubungan sinergis antara etiologi permasalahan ini, apabila dikaitkan dengan kaum hawa..

Worldcup, Worldcup jugak.. Solat Subuh kena la berjemaah kat masjid jugak.

Jom :-)

nurqamarina berkata...

sehat juge..skrg kat karawang..RS Bayukarta...lg stase bedah n anestesi..

Unknown berkata...

nurqamarina~

Dah coas ye.. Semoga berjaya hendaknya :-)

nurqamarina berkata...

mekaseh...buat fahmi juga...smg sukses sll...

Tanpa Nama berkata...

bgs2.itula org kate"rights come with responsibility".bile dah dpt hak,kene la btgggjawab.org dah bg kebebasan,pndai2 la pilih ape yg patut.kalo dah tepilih yg xptt,terimela bile org gelar diri"murah".saje menumpang.harap xmngundang marah :)

Unknown berkata...

nurqamarina~

Amiin..Minggu depan plan nak pergi Jakarta, Insyaallah :-)

Unknown berkata...

Tanpa Nama~

Comel kalau TN menggunakan nama yang lebih mesra, nama asli umpamanya :-)

Terima kasih atas nilai tambahnya.

ASH Sinar berkata...

Salam Tuan Blog...

Satu luahan hati yang baik..
moga2 ada Insan yang berubah apabila membaca luahan hati saudara...
Izinkan saya share di facebook saya k.. dan izinkan saya buat note n saya link kan blog saudara..
Terima Kasih..
Assalamualaikum...

Unknown berkata...

ASH Sinar~

Waalaikumussalam..

Silalah kalau ada manfaatnya..

Saya hanya mencuba dan berusaha, hanya Sang Pembolak Balik Hati yang mampu membuka pintu hidayah..

Sama2 kita doakan kita semua yang telah faham terus istiqamah..

Dan bagi yang tidak, juga kita doakan agar mereka juga berubah. Tidak sekarang, mungkin esok lusa, atau sepuluh tahun lagi..

Wallahualam :-)

ASH Sinar berkata...

Terima kasih...

Kita hanya boleh berusaha..
Hanya Allah saja yang boleh memberi hidayah kepada manusia..

Mudah2han dgn sedikit usaha kita ini dapat membuka pintu hidayah kepada mereka2 yang masih hanyut dgn kehidupan dunia..
Insya Allah...

Unknown berkata...

ASH Sinar~

Yuk.. Semangat temen2
(ayat motivasi sahabat2 Indonesia)

:-)

mirmashi berkata...

alhamdulillah . still ade adam yang tegas macam awak :) . semoga diberkati .