Khamis, 21 Oktober 2010

Salam Terakhir Seorang Teman..





Hari ini saya melangkah penuh semangat, memasuki Rumah Sakit Hasan Sadikin,Bandung.

Sambil berjalan perlahan-lahan, sempat juga bertegur sapa dengan teman-teman yang turut mengorak tapak ke medan memberi kami.

Tiba-tiba datang seorang kawan perempuan. Esakan tangisnya membuat saya kaget. Kenapa dan kenapa bermain di fikiran.

"Nani dah tiada!"

Kawan-kawan mula berkumpul. Khabar yang diterima cuba dikenalpasti kesahihannya.

Masing-masing terkesima. Sungguh mengejutkan..


Di Rumah Sakit Advent

Jenazah ditempatkan di Rumah Sakit Advent, Cihampelas, kira-kira 2 kilometer dari kediaman kami para pelajar Malaysia.

Ruangan Jiwa saya tinggalkan.. Dengan beberapa orang teman, kami bergerak dengan 'angkot' ke sana. Mahu menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat yang terlebih dahulu bergegas ke sana..

Ke ruangan Forensik kami menapak. Berdebar adakah benar berita yang terngiang di telinga.

Usai di destinasi, sudah ramai yang menanti. Membaca Yasin , menguruskan surat menyurat rasmi dan pemberitahuan kepada pihak kedutaan Malaysia, pihak fakulti, saudara mara dan sebagainya.

Hawa dukacita menguasai gelanggang.Suram dan muram.

Ya benar, 100 %. Jasad itu terbujur kaku. Kain diselak, rona wajahnya bersih, memancarkan nur ketenangan. Sempat dibingkiskan kalimah doa, mengharapkan kebaikan dunia akhirat buatnya..


Tunggu Kami Di Sana..

Selesai sudah urusan seorang keturunan Adam dan Hawa di bumi milik Ilahi ini.

Saya melamun jauh. Instrospeksi ke dalam diri yang kerdil..

" Tak rasa apa-apa ke?"

Sengaja saya lemparkan persoalan menikam sukma kepada seorang 'abang', sahabat saya.Nada saya bergurau, dalam mengingatkan sahabat dan diri sendiri. Terasa dekat benar sebuah kata bernama M.A.U.T.

Hakikat sebenarnya, saya merodok jantung, nyawa sendiri. Terasa benar dosa-dosa yang bertimbun , dilakukan saban hari.

Ketakutan ini datang bertandang. Saya betul-betul belum bersedia.

Astagfirullah tidak terucap dengan banyaknya noda-noda hitam yang mengarati hati nan putih bersih.

Buat temanku, Inani Zalikha Binti Zainal Abidin, semoga tenang di persemadian abadi. Dan moga-moga ruhmu dutempatkan bersama hamba-hambaNya yang solehah dan beriman.

Tunggu kami di sana, Insyaallah kami akan mengikuti jejak langkahmu, wahai teman.Jenazah-jenazah ini kan mengiringimu..

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.....




p/s :

1) Inani meninggal dunia sekitar jam 5 pagi di biliknya. Sebab kematian tidak diketahui secara penuh, cuma berkaitan dengan masalah pernafasan.

2) Autopsi untuk mencari sumber kematian tidak dilakukan atas kehendak keluarga allahyarhamah.

3) Keluarga allahyarhamah telah tiba di Bandung, kira-kira jam 1530 waktu Indonesia Barat.

4) Urusan penghantaran jenazah berjalan lancar Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak Fakulti Kedokteran Unpad, pihak PADMA, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan juga para sahabat seperjuangan yang banyak turun tangan.. Insyaallah jenazah akan dibawa pulang melalui Bandar Udara Soekarno Hatta, Jakarta, pada pagi esok, 22/10/2010.

5) Memandangkan berita kematian ini telah dimasukkan ke dalam Bernama, Berita Harian dan juga Buletin Utama TV3, saya sebagai seorang teman, tidak mengharapkan ada pihak yang akan mengeksploitasi kematiannnya untuk kepentingan peribadi, politik dan sebagainya..Hanya harapan seorang teman..

9 ulasan:

=*NuRo0L* = berkata...

arwah seorang sahabat yang baik.. tak penah sekali saya dengar dia complain tentang saya.. malah dia la yang banyak menaikkan semangat saya.. kami penah berjanji,mahu celebrate 'convo' bersama.. kerana tahun 2013 akan menjadi tahun yang paling bebas bagi kami.. dia dengan doktor nya dan saya dengan engineer saya.. tap semua itu tinggal kenangan.. sayang.. sape nak peluk aku lagi..? sape nk bebel padaku lagi..? damai lah kau disana sayang. aku sentiasa akan ingat pada kau.. sabar ye menanti aku.. insyaallah kita akan sama2 lagi...

Ahmad Zulfahmi berkata...

Nurool~

Begitulah dia seorang teman.Walaupun bukanlah teman akrab dengannya, arwah memang istimewa..

Bagi saya, dia jenis low profile. Dalam diam2 dirinya, dia banyak membantu, berkongsi rasa, memberi motivasi sesama sahabat..

Ramai yang terasa kehilangannya..

Bagi kita, sama2 doakan kebaikan akhirat buatnya dan semoga kita bertemu lagi dengannya, di Syurga Insyaallah :-)

Watierman, rmanbkr berkata...

Moga rohnya tenang di sana...Al Fatihah!...Amin!

Ahmad Zulfahmi berkata...

Watierman~

Amiin~

fatimahazzahra berkata...

Salam Takziah untuk keluarganya.
Walau tidak mengenali insan yg bernama Inani Zalikha, hanya membaca di akhbar mengenai berita pemergiannya sahaja, sedikit sebanyak perasaan ini agak merasai kesedihan kehilangannya.

Allah lebih menyayangi. Semoga insan ini ditempatkan dikalangan hambaNYA yang berimah. i'ALLAH. Al-Fatihah..

Ahmad Zulfahmi berkata...

Fatimahzzahra~

Salam...Amiin

hana berkata...

al-fatihah untuk sahabat kamu.. semoga kamu semua tabah k!

adeqmanje berkata...

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..I can also felt my cousin's sadness even though I never knew this gurl, which is her fwen ever..may ALLAH bless her forever and ever..I'm so sorry to hear about this..

=*NuRo0L* = berkata...

arwah tak banyak kerenah.. smpai akhir hayat tak pernah menyusahkan org lain... semoga dia tenang disana..