Isnin, 8 Jun 2009

Dunia belum berakhir...




Alhamdulillah segala puji milikNya….

Hari ini,tanggal 8hb Jun,tamat sudah ujian SOOCA saya,ujian lisan pembentangan kes-kes yang telah dipelajari sepanjang tahun…

Dermatomusculoskeletal System,Hematoimmunolgy Sysytem dan Cardiovascular System…

Sistem Kulit,Otot dan Tulang,Sistem darah dan Imun,Dan Sistem Jantung..

Pujian bagiNya..

Nilai yang dapat,langsung tidak terbayang..

Sekadar cukup markah lulus..

Kecewa adalah hiasan manusiawi bagi suatu benda yang tidak dapat dimiliki..

Pasrah dan redha pada ketentuan Ilahi..
Dia Maha Mengetahui apa keputusan terbaik untuk hambaNya..



Akan kuatkah kaki yang melangkah,bila disapa duri yang menanti….
Akan kaburkah mata yang meratap ,pada debu yang pastikan hinggap…




Ujian ini milik sang diri…

Andai disapa badai dan taufan,halang dan rintang menanti,tetap kaki kan melangkah.Kerana sentiasa ada Tuhan di sisi seorang hamba..

Perjuangan masih belum selesai..

Semoga kaki nan sepasang,dikuatkan dan pasak teguhnya masih terus memijak bumi..

Ameen Ya Rahman…..

9 ulasan:

anasolehah_7 berkata...

Salam ya akhi

Alhamdulillah, syukur.
Banyakkan muhasabah.
Perjuangan masih panjang.

Tujuan kita jelas
Perjalanan kita panjang
Tanggunggjawab kita banyak

Teruskan berdoa seikhlasnya, berusaha dan bertawakkal sepenuh hati:)

3rdmarch berkata...

tahniah dan syukur kerana masih lg selamat setelah socca..

ehee~

markah cukup mkn 2 brape??? o_0

dr.illy berkata...

salam abg fahmi..

hidup tak selalunya indah
langit tak selalu cerah..
suram malam tak berbintang(sebab hujan)..hehe
itulah lukisan alam..
begitu aturan tuhan..
Allah kan lagi tau apa yang terbaik untuk hamba2nya..
betul kan3??
semoga terus sukses!!
sabar..sabar..sabar..sabar tu kan syurga...=)

Unknown berkata...

anasolehah_7-
Salam..
alhamdulillah la..

Usaha,doa dan tawakkal...
Cuma terkadang apabila tersadung,rasa sakit gak..

tapi,nak xnak,kena bangun mneruskan langkah ;-)

Unknown berkata...

3rd march-

Sekadarnya xperlu remedial boh.huhu

Unknown berkata...

Dr Illy-

terimaa kasih..

Sabar la nih.Kalu dok,dok jerit dalam bilik la ambo ;-P

dr.illy berkata...

hahahaha..orang laki pon maen jerit2 jugak ke?
ingatkan hok popmpuan je yang wat cenggitu...heeee~~

Unknown berkata...

Jerit tu dalam dialek kelantan bermaksud menangis la cik hawa ;-)

dr.illy berkata...

ahahaha...maapke ambo
ambo dop taw...ngeeee~~=)