Isnin, 15 Jun 2009

LELAKI dan BELUNCAS




Saya paling tidak menyukai lelaki yang tidak punya semangat,hidup tiada arah tujuan,hanyut mengikut arus kehidupan…

Lelaki perlu hidup dengan semangat.Semangat yang berkobar-kobar memberi nyawa kepada seorang lelaki..Lelaki boleh jatuh berkali-kali,tetapi setiap kali dia jatuh,harus bingkas bangkit kembali.Tidak mengenal erti putus asa..

Ujian dapat markah teruk,kalah dalam pertandingan,harus dianggap suatu proses untuk menggapai kejayaan,bukan rentetan gagal dan kalah..




APABILA ADAM BERTEMU HAWA



Lelaki harus berpandangan jauh ke depan,ada visi dan misi..

“Ko nak nikah bila dengan dia??”pernah saya utarakan persoalan kepada kawan-kawan yang sudah berpunya buah hati pengarang jantung..

“Entahla…,”sepotong jawapan keluar..

Kalaulah itu jawapannya,depan-depan memang kena la sedas dua kawan tadi.Penangan terus dari saya..

Kalau sekadar mahu menduga hati dan perasaan seorang anak hawa,baik tidak payah.SMS dari pagi ke malam,dan berputar malam ke pagi,ayat berbunga-bunga,panas telinga kanan bergayut,telinga kiri pula memikul tugas..Tidak mengapa,asal mendengar suara si dia.Perut berkeroncong minta dilayan,mata yang minta didodoi manja, sanggup dilempar ke tepi…



LELAKI DAN GAME


Sanggup seorang lelaki bersengkang mata,berjuang demi bermain permainan computer.Berjam-jam menghadap skrin..

“Ko dah ok dah,cuma dah kronik sangat dengan DOTA nih!!!”selamba saya ‘bermanis mulut’ dengan seorang teman,sambil tangannya tangkas mengawal Syllabear.Tower sebelah kiri yang di'push' hampir dimusnahkan…

Kami tergelak bersama.Tidak menafikan, ada keseronokan dengan pertarungan maya,cuma tatkala terlebih seronok,alpa dan lena bermaharajalela…

Begitu juga dengan ‘kipas-kipas susah mati’ Liverpool atau Barcelona.Sanggup bersengkang mata menonton kelibat Messi dan Iniesta,Gerrard dan Torres,pada waktu dini hari.

Sanggup bangun,melepaskan dakapan hangat comforter,dan empuknya tilam…

Tetapi kalau diputar 360 darjah,berapa ramai sanggup bangun menghidupkan penghujung malam,dengan kerelaan hati nurani??

Jawapan saya,paling tepat.Mesti lebih ramai lagi yang sanggup bangun menonton perlawanan bola…

Baiklah,mungkin tahajud itu suatu fantasi yang sukar dijangkau..

Saya bertanya lagi…

Berapa ramai lelaki yang sanggup melepaskan selimut yang hangat un tuk menjawap laungan bilal pada waktu subuh??

Jawapannya mungkin tidak sulit untuk ditebak.Bilangannya mungkin boleh dihitung dengan jari..

Maaf,saya memandang rendah lelaki yang hebat berkata-kata,berani bangun di mata masyarakat,tetapi sekadar solat Subuh 2 rakaat cuma pun belum tentu lulus..

Usah bercakap isu Palestin atau Selatan Thai dengan saya.Anda tidak layak…

‘You are a loser”….



PRIA PUNYA SELERA






Biasa dengar kalimah di atas??

Iklan lumrah di kaca TV di Indonesia..

Iklan R.O.K.O.K……

“Ma,Mi tak nak pergi dengar ceramah Ustaz X !!!,”balasku suatu hari sewaktu diajak emak menemaninya ke kuliyyah Magrib di sebuah masjid berdekatan..

Hari itu giliran Ustaz X,seorang ustaz yang ada pertalian darah dengan keluarga kami..

“Dia hisap rokok.Mi tak dengar kuliyyah orang macam ni,”saya menjawap sebaik mungkin,bernada mulus dengan ibunda.Bukan tidak biasa menemani,cuma kali ini,saya mohon derhaka…

Ustaz dan doktor…

Jikalau ada yang menghembus asap rokok di depan saya,saya memandang rendah anda..

Bagi ustaz,cubalah nanti di Akhirat,anda hembuskan asap rokok di depan Rasulullah.Kita lihat bersama adakah Rasulullah gembira sambil meminta sebatang dari kamu…

Untuk doktor,saya ingin lihat kamu hembuskan setiap sejam sebatang rokok kepada isterimu yang mengandung.Mulakan semenjak awal usia kehamilan lagi…Dan kemudian kita cuba lihat bersama,adakah ‘cantik’ anak yang bakal dilahirkan nanti…

Ustaz dan doktor,andalah calon-calon automatic yang perlu dihantar untuk membebaskan bumi Palestin.Kalau terasa jauh,kita cuba-cuba di Selatan Thai terlebih dahulu…Saya cemburu pada kamu semua.Kamu sungguh berani walaupun sudah tahu bahaya yang bakal menanti…

Sayang sekali,’keberanian’ itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya…



ALASANNYA…..

Saya cukup tidak suka dengan orang yang suka beralasan…

Oh,tiada elektrik…Jawapannya tidur.

La,dah hujan.Jawapannya lena kejap..

Seorang lelaki adalah sosok yang proaktif.Dia tidak akan bersifat reaktif,tertakluk pada perubahan di sekelilingnya..Tiada elektrik,pergilah ke tempat punya elektrik.Masjid Ibnu Sina,Bale Padjajaran umpamanya..

Hujan??Boleh je,membuka helaian buku yang bermanfaat ataupun duduk menonton filem yang berguna..

Apa-apa perbuatan adalah bergantung pada macam mana kita berfikir dan bertindak…

Bergantung pada kita sama ada untuk melihat masih ada setengah air yang terisi di dalam gelas ataupun sudah kosong
setengah gelas itu…

Bergantung pada penilaian kita…



KESIMPULAN



Saya tidak bermaksud untuk menghentam sesiapa.Target saya dalam penulisan ini adalah SIKAP seorang bernama LELAKI..

Saya tiada masalah dengan sesiapa.Bak pesan murabbi di INTEC dahulu,kita berkawan dengan sesiapa,tetapi kita berbeza..

Berkawanlah dengan sesiapa,tetapi prinsip tetap terjaga..

Dalam berDOTA,saya suka menggunakan Rhasta…

Sesiapa tidak boleh menafikan kegilaan saya pada Manchester United,dari zaman Cantona sehinggalah sekarang..

“Saya ni pakar tentang rokok dan arak,tapi saya tak reti nak buat,”ulas saya kepada seorang sahabat yang bertanya..Manakan
tidak,saya tahu macam mana nak hisap rokok dan pandai dalam etika meminum arak.Nak minum Vodka ada caranya,Beer pun sama.Cuma tahu teori,praktikal belum lagi setakat ini…

Dalam bab keperempuanan,saya mengaku kalah.Saya belum berkahwin,jadi tidak boleh nak bercakap lebat-lebat.

“Teori je lengkap,praktikal entah ke mana,”perli seorang sahabat.Saya mengangkat bendera putih sambil tersenyum..

Sekali lagi,sasaran saya adalah SIKAP bukan orang yang bersikap dengan sikap itu..

Selamanya saya akan MEMANDANG RENDAH SIKAP itu.Bukan orang yang bersikap dengan sikap itu..

Saya bukanlah seorang yang sempurna,kebal dari semua sikap tersebut. Kadang-kadang,saya pun turut terpalit dengan sikap-sikap tersebut.Saya memandang rendah sikap itu,yang turut ada pada diri sendiri..

Yang penting,kita yang berstatuskan LELAKI kena sedar dan saling mengingatkan dan mengajak ke arah tajdid sikap..Perubahan bukan boleh dilihat dalam masa sehari dua,mungkin sampai ke mati,proses transformasi sikap itu berjalan..

Mungkin hari ini kita beluncas yang hodoh dan menggelikan,akan tetapi esok lusa,mungkin sahaja kita rama-rama yang mempesonakan setiap yang memandang..






Wahai LELAKi ,hidup hari ini berwajahkan ‘BELUNCAS’ ,realitinya ‘RAMA-RAMA’ hari esok….

Kitalah sang ‘BELUNCAS’ perindu 'Rama-Rama'...





10. (remember) when the YOUNG MEN fled for Refuge (from their disbelieving folk) to the cave, they said: "Our Lord! bestow on us Mercy from yourself, and facilitate for us Our affair In the Right way!"


Surah Al-Kahfi:10

18 ulasan:

Dr.Illy berkata...

salam..wahai lelaki

two thumbs up 4 dis entry n tuan punye blog ini yg bernama 'lelaki'!!
kenape?
sebab anda jujur..sikap yg sy hormati
katakanlah yang benar walaupun pahit..hehe

p/s:saya sayang kaum lelaki..sebab datuk,pakcik,ayah,dan adik sy lelaki..ahahaha=p

Ahmad Zulfahmi berkata...

Dr Illy-

Salam anak hawa..

Asyik pasal perempuan.Saya boring xda orang tegur orang lelaki ,jadi tulis la sikt2 ;-)

*F.Y* berkata...

Salam..
Eh..ada je yang tegur lelaki..saya pn orang jugak...Betul2. Penat sang perempuan je yang dihentam, lelaki macam mana?hurm~

Lelaki, sila jadi lelaki.
Dan perempuan, sila jadi perempuan.

,")Y

Ahmad Zulfahmi berkata...

FY-

Salam...

Hurm klau bercakap atas dasr kebenaran Lelaki ke perempuan ke,semua patut ditegur...

lelaki dan perempuan saling melengkapi ;-0

*F.Y* berkata...

Oho..betul2. lelaki dan perempuan, moga sama2 nnt jd rama-rama yg cantik.. ameeen ya rabb (^^)Y

Ahmad Zulfahmi berkata...

FY-

Rama-rama ye,bukan beluncas.Ameen ;-)

duha berkata...

salam..
erm..

nka tgk kekuatan sesuatu negara pun..lihat pada pemudanya kan? lebih kepada lelaki la..tapi perempuan pn main peranan yg sgt penting jugak..

bab rokok tu..memang kurg berpuas hati laa dengan mereka yg mengamalkan perbuatan tuh..erm..sy ade je pak cik yg isap rokok..dah tegur tapi masih belum mahu berhenti..tak tahu nak cakap ape lg..

tapi..kalau seseorang tu betul2 paham islam, dia takkan memudaratkan dirinya..sebab islam mengharamkan perbuatan sebegitu..

begitu jugak dengan seorang Dr atau bakal Dr..kita belajar siang malam tentang kesihatan..tapi ape guna kalau kita org pertama merosakkan kesihatan sendiri kan..erm..just think about it..

artikel best..walaupun utk lelaki..tapi menyedarkan yg lain jugak iA..

p/s:yg komen stakat ni perempuan saje..tak termasuk tuan blog..hehe..yg laki nye mane? :p

Ahmad Zulfahmi berkata...

duha-

Salam..

Mintak izin guna bahasa kasar sikit..

Orang Melayu kalau bab BABI,semua haram.Tengok pun jijik..Bayangkan orang tengah hisap rokok tu tengah 'kekoh' paha BABI GORENG..

Takda bezanya babi ngan rokok..Dua2 haram..

Di sebalik keheban seorang lelaki,pasti kan ada seorang wanita di belakangnya ;-)

miss susi berkata...

salam~
post yg hebat!
harap smua dpat manfaat!
buat penulis blog,trima kasih ats tunjuk ajar n semngt yg diberikan~
=)

duha berkata...

betul, tapi manusia skrg bagi pelbagai alasan sebab TAK MAHU terima yg rokok tu haram..bukan TAK TAHU..tapi cr jalan utk menghalalkannya..

'-__-

Ahmad Zulfahmi berkata...

Miss Susi-

Salam..

Biasa2 je..

Semangak2..kan tu slogan akhwat ;-P

Ahmad Zulfahmi berkata...

Duha-

Tahu tapi xmahu..

Sebab tu la rokok tu anggap je macam BABI CELUP TEPUNG.Konfem kurang penghisap rokok..

Biasala duha,ayat Allah dalam al-Maidah :100 pun ada cakap..Keburukan dan dosa iti lebih menarik hati..

Haih...

syababus sunnah berkata...

sy tertarik dgn isu rokok.....org Melayu sgt sensitif dgn babi tp tidak dgn rokok....kpd perokok2,sila hisap rokok di dalam bilik anda spy org lain x sedut asap tue....takut byk dosa anda kena tanggung sbb memudaratkan org lain....kpd insan bernama LELAKI,jadilah seorang yang mampu mendidik insan bernama WANITA!

Ahmad Zulfahmi berkata...

Syababus Sunnah-

Melayu ditanam persepsi turun temurun tentang babi.Begitu juga kesnya dengan hantu dan kepercayaan lain..

Untuk bakal ibu dan bapa,mungkin kita boleh mulakan dengan melabel rokok dengan 'rakan-rakan haram' seangkatan..

Insyaallah kurang jumlah bilangan perokok ata muka bumi ni ;-)

3rdmarch berkata...

Salam~

gila2 remaja punye batasnye..

jgn sbb dota xbgn subuh..

jgn sbb blogging xsmyg..

jgn sbb tido xjumaatan..

jgn sbb kejantanan tercabar abes punoh anak dara org..

jgn sbb mengaku diri pria hbs 2,3kotak rokok sehari..

jgn2..

p/s :

maaf sbb mengarot d sini..

saya kadang2 menggila jugak.. ;p

Ahmad Zulfahmi berkata...

Salam..

Jangan jadi gila betul ;-)

haikal ambri berkata...

salam satu perkongsian yg baik dari anak mama..

rasa terkesan gak..saya sokong bahawa manusia ni memang tak sempurna tetapi kita jgnlah berputus asa dan harus terus mengorak langkah mencari kesempurnaan.

masing2 punya akal dan mampu berfikir secara waras dan seharusnya tahu membezakan membezakan antara yg salah dan betul.nasihat saya..jgn mulakan satu dosa atau kesalahan itu kerana jika dosa itu dilakukan secara berterusan,ia akan bertukar menjadi kebiasaan.Inilah yg menyebabkan halal dan haram bercampur.

kadg2 ader juga manusia yg mengetahui kebenaran tetapi menolak kebenaran tu secara mentah2 disebab persepsi akal yg sudah utuh menguasai jiwa.seperti kes hisap rokok ni.

ambil pengajaran wahai lelaki!!saya suka kata2 last tu..
"hari ni beluncas yg hodoh". hari esok mungkin rama2 yg cantik.."

Ahmad Zulfahmi berkata...

Salam anak mak...

Hurm betul tu..

Manusia yang betul-betul manusia,ialah manusia yang mendahulukan akal dalam segala perkara ;-)