Isnin, 27 April 2009
Pemimpin Berjiwa Rakyat...
Bekas Presiden Turki Ismet Inounou,ketika pernah terjadi gempa bumi di Turki pernah memperlihatkan kehebatan seorang pemimpin...
Dia pergi ke daerah yang ditimpa malapetaka itu.Didatanginya khemah-khemah orang yang kehilangan rumah mereka.Ditunjukkannya muka yang sedih dan penuh belas kasihan.,bertemu anak-anak disapanya,bertemu dengan perempuan tua demikian pula..
Sehingga seorang peempuan tua berdiri memagutnya sambil meratap,mengadukan halnya seolah-olah seorang anak mengadu kepada ayahnya.Ismet memagutnya pula dengan hati yang terharu dan menyuruh sabar...
Sedang pegawai-pegawai pengiring tegak termenung melihat bagaimana kejujuran hati dan air muka dapat mempertalikan Presiden yang tercinta itu dengan rakyat di dusun-dusun....
Tidak usah kami diberi kata,
Dipakai kata akan luntur,
Tidak usah kami diberi nasi,
Dimakan nasi akan habis,
Berilah kami hati yang suci,muka jernih,
Budi baik dibawa mati............
P/S:
Petikan dari buku Falsafah Hidup,karya HAMKA...
Hebat benar seorang pemimpin berjiwa rakyat,bukan sekadar pandai memerintah dan mengarah,juga sanggup turun ke padang rakyat..
Senang sama-sama dicicipi,sakit sama-sama dirasa....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Pemimpin Malaysia lagi berjiwa rakyat la...Orong Johor banjir,depa pi rasmi kedai nasi kandar kat Australia.
Dr Amad-
Huhu..
Kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan...
P/S:
Macam mana nak kera dan anak dua2 disusukan?? ;-)
kera kat hutan suruh laa mak die yg susukan..tak pun kasi botol susu..abg amad byk koleksi kan?? hehhe..
nk jd pemimpin yg berjiwa rakyat bukan sng..kne betul2 perihatin n aware keadaan sekeliling..
macam Khalifah Umar yg sanggup meredah malam untuk mengintip nasib rakyatnya..bukannye setakat duok goyang kaki atau terima laporan n tanda tangan ketas kat office..
jd pemimpin mmg bukan mudah..tapi kenape ramai yg merebutkan kedudukan tu??
hurm~
duha-
kenape ek rebut kedudukan?
Best woo..
Duit banyak,semua benda nak dapat..
Sama2 kita menghayati erti hidup sebagai hamba dan khalifahNya..
Wahai pemimpin,ingatlah kata2 Rasulullah kepada Abu Zar
"Sesungguhnya amanah jawatan itu akan datang pada hari Kiamat sebagai suatu penyesalan"
Catat Ulasan