Ahad, 5 April 2009

Lenggok Siyasah Seorang Muslim









Iklim  politik Malaysia sekarang kian hangat dengan naiknya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi nakhoda kapal Malaysia menggantikan Pak Lah Badawi.Ditambah lagi dengan peperangan demokrasi di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai pada tanggal 7 hb nanti..

Begitu juga,pentas politik di bumi Hamka ini.Kerancakan pemilihan umum kian menampakkan petanda..Poster-poster calon legislatif dan partai masing-masing mula mewarnai deretan jalan raya.Dari dominasi Golkar(Golongan Karya),hebatnya Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono sehinggalah profesionalnya Partai Keamanan Sejahtera…

Dari pemimpin parti paling atas,mencongak strategi, sehinggalah pak cik-pak cik di kampung dengan politik kedai kopinya.Politik kopi secawan,menghembus rokok sebungkus,mendetak-detak papan aji,tetapi bicaranya arena politik..Hebat!!

Sewaktu menunggu emak mengajar kelas malam,borak bapa-bapa yang menunggu keluarnya anak masing-masing dari kelas,pokok bicaranya,politik…

“Debe Awe Adek,segho buleh mene ko,”kata seorang pak cik berketayap putih berkain pelikat,memulakan mukaddimahnya..

“Janji wat dulu,dop bui-bui lagi,janji jah ngheti!!”sambung pak cik pengawal merencahkan lagi suasana..

Mendengar aku sambil tersenyum sendiri..

Itu senario di Bachok,Kelantan.Tempat di mana majoriti orangnya mencari rezeki,berjawatankan nelayan penangkap ikan,penanam tembakau,.Sungguh sedar politik mereka itu walaupun kelulusan akademik tidak seberapa…

 

DACING ATAU BULAN?

 

“Huh,dasar orang dacing,hampeh.Boleh blah,pergi jahanam!!”melalak seorang anak muda pemasang  bendera parti berlatarbelakangkan bulan purnama..

“Dasar keparat.Pancing undi dengan serban.Dah la negeri mundur,takda apa-apa sejak 18 tahun lepas!!”menikam sukma bidasan seorang pak cik yang memakai topi berlambangkan dacing adil berwarna biru…


Usah berdalih mencari helah.Bangkai gajah masakan disembunyikan…

Realiti alam Melayu khasnya,masyarakat Malaysia amnya,memang sedemikian.Mungkin tidak banyak,tetapi segelintir itu pasti.Sesiapa yang berlainan kubu,memang sudah ditakdirkan sudah  musuh sejak azali.Tiada dalam kamus hidup perkataan damai..Ibarat suratan Rasulullah ,lawannya Abu Jahal.

Apa sahaja perkataan dari geng sendiri,nescaya diiakan.Andai dari pihak lawan,semuanya pasti salah.Kebenaran itu neracanya dari kubu mana ia dikeluarkan..

Teringat kisah seorang Ibrahim dari Pasir Mas,Kelantan..

Asalnya,pejuang keris yang lantang bersuara.Tahun 1990.keluar memperjuangkan ‘perpaduan ummah’,mengingati kembali semangat 1946.Kelantan bertukar wajah mulai saat itu.Judi berlesen,kelab malam,pelacuran di Jalan Hamzah sekelip mata diberantas…

Usai semangatnya lebur,kembali Ibrahim menjulang kerisnya. Tidak puas hati,bertanding dia di Pasir Mas,berwajahkan ‘payung’.Kalah….Terbaru,Ibrahim seorang ahli Parlimen Bebas,bukan dacing,mahupun bulan..

Saat dirinya dacing,hebat dia dikutuk.Pengampu,pembodek dan lain-lain lagi.Tetapi saat dirinya,bersemangat 1946 dan ber’payung’,orang berkata,”Takpe,dia orang kita!!”..

 

Wahai orang-orang yang beriman!Jadilah kamu penegak kebenaran kerana Allah,menjadi saksi dengan adil.Dam janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorongmu untuk berlaku tidak adil.Berlaku adillah.Kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.Dan bertakwalah kepada Allah.Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”

Al-Maidahh:8

Sesungguhnya keadilan itu diberikan kepada sesiapa tanpa mengenal bulu dan warna.Bukan juga mengatasnamakan kerabat atau sahabat,jauh ataupun dekat…

“Nescaya kalaulah Fatimah Binti Muhammad mencuri,pasti kan ku potong tangannya,”tegas sang Rasul,kata-kata bertunjangkan adil dan saksama.

Allah itu Maha Adil!!

Hatta dialog Balqis dimemorikan di dalam Al-Furqan,walaupun Balqis dan kerajaannya hidup bertuhankan matahari,melupakan terus siapa Yang Maha Kuasa..

Sesungguhnya para raja,apabila menaklukan suatu negeri,mereka tetu membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina,dan demikian yang akan mereka perbuat,”

Bait-bait  lafaz Balqis itu suatu kenyataan.Kebenaran tetap suatu kebenaran.Kebenaran tetap diangkat walaupun dari kubu mana sekalipun ianya dikumandangkan…

 

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA


Pasca penggulingan Dato Seri Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak tempoh hari,banyak yang memperkatakan teori Machiavelli dalam bukunya “The Prince”.

Sejujurnya,saya masih belum berkesempatan untuk menatap buku itu.Cuma sedikit sebanyak, tahulah pokok bicaranya.Matlamat menghalalkan cara!!

Dengan mengandaikan kita semua di sini adalah insan-insan yang bermusuh dengan KORUPSI,pasti kita akan bangkit,lawan tetap lawan,sehinggalah noda-noda jelik korupsi dihapuskan langsung dari segenap urat saraf masyarakat,dari yang ‘bilis’ kepada yang ‘jerung’.

Tetapi tetap ia ada caranya..

Perlu ada prosedurnya..

Matlamat itu tidak menghalalkan cara..

Tiada lagi istilah Robin Hood,hero dari hutan Sherwood ataupun Pancho Villa di Mexico,menjadi hero idaman memperjuangkan hak rakyat tertindas,dengan mencuri kemudian memberi..

Islam mengajar kita berani bangun menentang kebobrokan dan kezaliman.Islam juga mengajar kita prosedurnya.Dan Islam jugalah yang membangunkan akhlak dalam memperjuangkan keadilan..

Sering dalam melaungkan slogan keadilan,kita bersua dengan saudara seMuslim yang khilaf dalam percakapannya.Salah dalam perbuatannya,menyeleweng dalam pemahamannya.Sering…

Walaupun mengucap kalimah yang sama,bertuhankan Allah Yang Esa,tidaklah semuanya Muslim dari segi amalinya..

“Tengok ni…,”laung seorang pemimpin negara seraya menaikkan jari hantunya ke atas,sambil mengejek sekumpulan manusia berlainan fahaman dengannya.Tanpa segan silu,beliau(konon-kononnya) berbahasa F.Sesedap rasa,semewah bahasa..Langsung tidak berakhlak.Maaf kalau sedikit kasar...Pemimpin ini cukup layak menjadi pemimpin kawanan kera liar,sesuai berundang-undangkan rimba..

“Mufti ni bapak setan.Sesat lagi menyesatkan..”membahang panas telinga mendengarnya.Lafaz melampau dari seorang berpangkatkan ustaz,seringkali mengeluarkan asmaullah dalam bicaranya,putih bersih ketayapnya..Tetapi sayang,akhlaknya jauh panggang dari api.Konon-kononnya bercita-cita mahu menegakkan syariat Islam di muka bumi Malaysia..

“Usah bicara negara Islam,andai belum tertegak negara Islam dalam dirimu,”bicara seorang bernama Hasan Hudhaibi,pelopor gerakan Ikhwan suatu ketika dahulu..

Diri ini sangat cintakan Allah dan RasulNya.Al-Quran dan sunnah Rasulnya dijadikan pedoman hidup..Pernah Al-Amin Muhammad bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

Mengeji seorang Muslim itu fasik,dan membunuh seorang Muslim itu kafir”

Diri yang dhaif dan hina ini langsung tidak layak menghukum sesiapa.Mungkin sahaja,pemimpin dan ustaz di atas,tersalah bahasa dan kata.Mungkin sedang dibakar emosi penghangat jiwa.Mungkin juga mereka telah bertaubat.Dan mungkin juga keadaan kehidupan yang mencengkam,memaksanya bertindak sedemikian rupa.Hanya Allah mengetahuinya.Mereka insan-insan yang jauh lebih soleh,lebih kaliber,dari yang dhaif ini..

Mata ini melihat ada ‘anggota’ yang cedera,mohon diharap kata-kata garapan tidak seberapa ini ,walaupun menyembuhkan itu jauh dari mampu,setidak-tidaknya,ia boleh mengurangkan sakitnya bisa..

Hati ini rindukan ukhuwwah Islami,sakit setitik anggota,seluruh badan meraung meratapi..

Wahai Muslim,inilah dia lenggok siyasah milikmu!!

 

 

 

 

5 ulasan:

Hijau berkata...

''Saudara-saudara sekalian.

Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO.

Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir.

''Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.''Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku''.

Unknown berkata...

Hidup biar bermanfaat-
Amanat Haji Hadi ek??Allahuakbar!!

Ucapan yang dah betul tapi tak jelas..
Banyak yang salah faham.sehingga mengkafirkan sesama Muslim.Makanan sembelihan orang Ameno,haram dimakan.Kahwin ngan orang Ameno,xsah..
Dan banyak lagi la kesnya..Padahal semua sama2 Muslim,hakikatnya..
Hatta para sahabat tetap solat di belakang Al-Hajjaj Yusuf As-Saqafi,yang zalim...

Ini hakikat yang perlu ditelan.Kena bertanggungjawab terhadap kata-kata sendiri..

Maaf kalau ada perkataan yang kurang memuaskan...

Hijau berkata...

Hakikat yang perlu dihadapi. Budaya ilmu yang tiada dalam negara dan masyarakat kita yang disuburkan oleh UMNO dan BN. Sistem pendidikan sejak dari zaman penjajah yang gagal.Para pelajar gagal belajar berfikiran kritis walaupun adanya dasar KBKK. Media dikongkong dengan sangat ketat dengan alasan keselamatan. Rakyat dimomokkan dengan pelabagi provokasi hingga takut membuat perubahan. Rakyat diajar utk menjadi bodoh dan bebal selamanya. Kerana mereka yang bodoh dan bebal sahaja masih menyokong UMNO.
Sistem demokrasi tidak sesuai diamalkan ketika rakyat bodoh dan kurang informasi serta para pemimpin korup dan rasuah.
Adios.

duha berkata...

aslmkm..
erm..nak menyatakan sokongan kene jelas sebabnya, bukan main sokong je sehingga menjadi pengikut yang taksub..sehingga mnde salah pun dibenarkan..naudzubillah~

insyaAllah, kalau semua manusia jelas dgn konsep ni kebenaran tu tak susah ditegakkan..sebab yang salah takkan diangkat dan disokong..walau sesiapa pun die

3rdmarch berkata...

Sokong yang benar..
Sanggah yang salah..
Tp apakah definisi benar?
Siapakah benar?
Tepuk dada tanya akal serta iman~