Khamis, 9 April 2009

Lagu Sang Hati



Hari ini terasa sangat berat.Segalanya tidak menjadi...

Tekanan hidup yang tiba-tiba memuncak,menjulang tinggi,mengawan..

Senyuman kurang terukir di bibir.Tidak seperti biasa,ramuan mesra itu pudar….

Mehnah dan ujian sering bertandang mengikut giliran.Datang dan pergi tanpa henti..Datangnya tanpa dipinta,perginya sesuka hati..

“Akh,nggak capek(penat dalam Bahasa Indonesia) seharian penuh aktivitas dan bebanan kerja?”tanyaku suatu hari kepada murabbi yang disegani.Kami dalam perjalanan menuju destinasi taalim,berduet manja di atas motor.Dia baru sahaja sampai dari Bandung,’kenyang’ memakan asap bas Damri,’lena’ diulit nyanyian merdu pengamen..

Tersenyum dia seraya menjawab ..

“Capek juga sih.Tapi demi inilah hidup dan mati kita.Ujian dalam  kehidupan kita…”

“Allah tidak akan membebani ini pada antum kecualilah antum mampu untuk memikulnya.Ujian ini akan meninggikan nilai kehambaan antum di sisiNya,”jelasnya ringkas tetapi memberkas di jiwa yang tengah memuncak dengan tekanan..

Tertunduk…

Merenung…

“Benar sekali wahai sang hati,baru sedikit yang datang,sudah berkerut,masam mencuka,”monolog sang hati menginsafi diri..

 

“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup,Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri,dengan rahmatMu aku meminta pertolongan,perbaikilah segala urusanku,dan janganlah diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata(tanpa mendapat pertolongan dariMu)…

Ameen Ya Allah….


5 ulasan:

duha berkata...

lagu generasi harapan ni waktu awal2 dga dlu (time darjah 5 ke 6 tah) asek gelak je..sbb video clip die kelakar..tapi time tu budak2 lsgi kan..tak tau ape..

skang ni bile hayati lirik die (tanpa tgk video clip) sebenarnye sangat memberi kesan..

generasi yang kita damba dan impikan skrg..dimanakah mereka? insyaAllah kitalah yang bakal menjadi mereka yang berada di saf2 hadapan mempertahankan agama..bak "pasukan badar yang berani" :)

Unknown berkata...

duha-
Time tu budak2 lagi??Sekarang macam sama je.Hehe...
Lagu ni pembangkit semangat penawar duka untuk diri ini ;-)

duha berkata...

eh..tak2..skang dah besar n matang bebanding dulu :p

erm..betul..lagu ni bg smangat pd kita..kalau cite ttg tokoh2 n pahlawan2 islam dulu insyaAllah sering dpt bangkitkan smgt..sbb dapat lihat betapa mulia dan agungnya islam tu sebenarnye..cume zaman skrg ni belum nampak.. '-_-

Unknown berkata...

duha-
Erm ye la tu cik dudu.Hehe..

Di mana dicari pemuda Kafi,
Terasing demi kebenaran hakiki,
Di mana jiwa pasukan Badar berani,
Menoreh nama mulia perkasa abadi..

Mari kita sama2 jawab..
"Di dalam diri inilah pemuda Kahfi,di sinilah berkumpulnya pasukan Badar berani"
Allahuakbar!!!

anasolehah_7 berkata...

Assalamualaikum,

Semoga terus kuat menghadapi ujianNya.
Unik sekali bentuk ujian Allah. Tidak dibiarkan hambaNya semua diuji sakit atau diuji dengan kesempitan waktu.
Pasti caturan Allah punya alasanNya. Jadilah mukmin yang redha dengan ujian dan menyakini setiap ujian itu pasti ada hikmahnya