Sabtu, 25 April 2009

Untuk Anda,Anak Hawa...





Mencintai tidak semestinya memiliki..

Kadang-kadang,cinta tersimpan erat,dipupuk dibaja bertahun lama..
Hanya menunggu masa sesuai untuk dituai hasilnya..
Seringkali,orang mengatakan cinta pandang pertama..
Dari mata jatuh ke hati..
Panahan anak panah cinta,jauh menerobos tangkai hati..



UNTUK KAUM HAWA

"Dia baiklah,solat pun jaga.Hormat orang tua lagi...,"bicara seorang perawan yang khayal dibius sedatif cinta.

"Aku percaya kat dia,caring sangat kat aku.Sakit demam aku dia selalu ambil tahu..,"seorang anak gadis,melafazkan monolog hatinya,berbaiah setia kepada sang jejaka..


Jangan sesekali membuta-tuli hawa percayakan manusia bernama lelaki..Helah madahnya hebat mengelabui mata,membutakan hati.Senyum tawanya manis pemikat sukma..Bicaranya sopan,prihatin sekali..

Jangan pernah percaya dia sukakan kamu kecuali dilafazkan di bibirnya,ikhlas tulus di hati..Andai benar ikhlas,pasti dijaganya maruahmu.Tidak pernah sesekali digelus gemalai rambut ikalmu,dipegang lembut jemarimu,disandang erat pinggang rampingmu ke sisi selagi mana belum ungkapan "Aku Terima Nikahnya" dilafazkannya.Takkan pernah lelaki Muslim sejati,memperkotak-katik bakal isterinya.Jika ada yang begitu,hanya teruna buaya panggilan yang sesuai...

Ayah dan ibu dikunjungi mendambakan restu..


BAIK UNTUK YANG BAIK


Janji Ilahi dalam An-Nur,ayat 26 sebagai bukti..

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji juga untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik utuk lelaki-lelaki yang baik,begitu juga lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia yakni syurga"


Ayat yang membuktikan Si Pipi Kemerahan,Aishah adalah terpelihara dari segala kejahatan.Segenap fitnah menimpa Aishah dibersihkan sama sekali..Aishah adalah perempuan yang terbaik.Dan selayaknya perempuan yang terbaik,sejak azali,ditakdirkan untuk lelaki yang terbaik juga.Dalam kes Aishah ini,Muhammad Rasulullahlah yang terbaik..Kemuliaan bagimu wahai puteri Abu Bakar....


"Aku kan, kalau boleh nak isteri yang bertudung ,Al-Quran sedap baca lagi,mata tengok sedap,hati pun tenang,"tinggi cita-cita seorang mat rempit ,sambil menhembuskan asap rokok berkepul-kepul ke udara,'awek' bak belangkas,membonceng di belakang...


"Hurm,aku nak suami aku tu beriman,soleh,ilmu agama banyak,"mekar senyuman hawa yang skirtnya tersingkap menampakkan pangkal paha,rambut merah menyala..


Bagi yang belum disunting,yakin dan percayalah dengan janjiNya.Dia Maha Benar,Maha Penunai Janji..Lebihkan menjadi yang SOLEH dan SOLEHAH,daripada mengejar dan memburu yang SOLEH dan SOLEHAH.Menjadi yang soleh,kesolehannya Insyaallah berkekalan mudah-mudahan.Bergantung kepada kawalan kepada diri sendiri..Mendamba yang berstatus solehah tidak salah.Baik malahan..Akan tetapi,kesolehahan itu mungkin pudar mengikut peredaran masa dan ketika.Kawalannya senang lepas dari tangan kita sendiri..

Bersikap proaktif,mulakan dengan siapa yang di hadapan cermin..



Bak serangkai kata punya Hamka...

Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan..
Cinta bukan mengajar kita menghina diri,tetapi menghembuskan kegagahan..
Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat...


p/s:

1) Untuk anak Hawa,hati2lah.Saya pun lelaki.Saya pun tau..

2) Bagi anak Adam,jangan main2kan perempuan.Dont be so playboyish..

3) Kena yakin dengan janji Allah..

4) Jangan kata saya jiwang,romantik mungkin ;-)

30 ulasan:

Al-Tuah Al-Shahab berkata...

salam,
dulu ye,
klu crush trus try,
xtggu skjp pun sbb takut melepas,
tp skrg tak lagi,
klu crush xbg tau si dia pun, tp bg tau Allah,
mntk Allah jaga dia baik2,
klu ada jodoh akan ku terima nikahnya,
tp bkn skrg,
bkn Tuah xsedia,
tp mgkin si dia yg xsedia, mana tau dia xsedia?
Allah blum bg hint mksdnya blum smpi serulah tu, kan?
mgkin sbb dia x sedia


p/s:biar btul apa yg Tuah type ni...jiwang la plak,wakaka

Ahmad Zulfahmi berkata...

salam tuah..

cayalah..
bab kata Bob Marley No woman no cry la bebeh ;-)

anasolehah_7 berkata...

Assalamualaikum,

Sungguh menyeramkan pesanan anda.

p/s : Wahai Hawa, sediakan ilmu mempertahankan diri. Tinggal nak zahirkan sahaja kalau ada Adam-adam yang senget menganggu;P

Dr Amad berkata...

Muslimat kadang-kadang ada jgk senget...opsss

Bila hilang pakaiannya... MALU

Ahmad Zulfahmi berkata...

Anasolehah_7-

Waalaikumussalam..

Menyeramkan euy??
Saya cuba menyelamatkan kaum2 anda dari Cassanova2 yang senget..

Hati2 lho.Cassanova di mana2 ;-)

Ahmad Zulfahmi berkata...

Dr Amad-
Bila hilang malu,dan terlebih emo..
oopss

miss susi berkata...

salam..
abg fahmi..ktorg da bau nasi minyak nie..hahaha...bile lagi??jgn lupe jeput deh..kelik kelate pn sanggup..hehe

Ahmad Zulfahmi berkata...

Miss Susi-

Nasi minyak??

Sedap2,saya suke sangat..
Kalo buat tu,ingt2 la jemput makan sekali ;-P

Dr Amad berkata...

Saya pun nak makan nasi minyak juga...nasi minyak itu sedap...nak3

Ahmad Zulfahmi berkata...

Dr Amad-
Jom2..
Bila lagi nak suruh junior berkhidmat kat senior nih..

Ni la masanya ;-P

3rdmarch berkata...

Tau la khatam blake dah "Aku Terima Nikahnya"

ehee~ ;p


p/s : marilah saling menjaga antara 1 sma lain wahai Adam & Hawa..kita dijadikan utk saling melengkapi..bkn memusnahkan antra 1 sma lain...

Ahmad Zulfahmi berkata...

3rd march-

Aku terima nikahnya xmain lar.Barang lama tuh.huhu..

Orang main cinta hingga ke syurga leni ;-P

BaLQis berkata...

salam..

aiyo..seram lak..
tapi ade betol la kan..
my mom pon selalu nasehat cmtu.
my bro gak..adeyh3..

seb bek ade hati yg 'keras' bab laki2 ni..hahaha..

nway, thx for the pesanan..nice post..=)

Ahmad Zulfahmi berkata...

Balqis-

Jadi anak solehah ye cik adik..
Ikut cakap mak,bahagia dunya akhirat ;-)

.:HeArTzTOhEaRtz:. berkata...

wuhuuu..takotnye post nih..
terserlah kelakian sejati..hikhik
dah la kat pesanan 2"kepada anak Hawa.."
nseb bek hawa xde anak lg..muahahaha
yg pling bez yg bwh 2.."jgn kata sy jiwang,romantik mngkin"weuuuuw!!

tuah..tuah jiwang!!!huuuu..smoga kamu dapat ape yg kamu hajati 2 ye..amiin=)

dr.amad..cpat2la nek plamin bru kami junior2 leh berbakti..kiki

Ahmad Zulfahmi berkata...

heartztoheartz-
hawa oh hawa..

Nanti saya mendarat di hutan rimba di jengka,saya nak selamat datang dan kembali...

Huhu...

Buley make ikan haruan besar lengan..best2 ;-)

Dr.Illy berkata...

abg fahmi oh abg fahmi

mendarat di hutan rimba di jengka?
ingin pulang dgn selamat?
adkah abg dgn scra tdak lgsung memperkecilkan tanh lahir hawa?
huhuhu...


ade ke ikan ruan kat jengka?
patin ade la kowt..hehe

fArHaNa berkata...

nak buat knyataan kontroversi ni..
org laki ni mmg xleh pcaye!
so jgn bg muka pd mereka
hohoho

Ahmad Zulfahmi berkata...

Dr illy-
Bukan indirect,tapi memang directly nak cakap...

hehe..

Insyaallah nanti nak g uitm jengka,buleh la g jale rumoh hawa..

Ambo make semo bendo tolak wat haram,kayu besi paku dan seangkatan dengannya sahaja ;-)

Ahmad Zulfahmi berkata...

Farhana-
Lelaki buaya darat jangan percaya..Setuju3..

Tapi anak pak cik yem kene ingat gak,awok tu pompuan,last2 nak nikah ngan insan bernama lelaki jugok kan ;-P

Dr.Illy berkata...

waaaa...ikhlas sungguh bicara..ngeh3

hutan rimba lg tenang dr kota abg fahmi..
ha.sila2..
pakej 3 hari 2 malam kami sediakan..
kite p cmping dlm kobun gotah ko kobun kelapo sawit ko..
hehehe

haih..ambo lg terer la gitu.ambo mkn kayu->ubi kayu.mkn paku->pucuk paku..
yg haram ambo x makan la..hehe

kak fahana - toksah kawen ngn buaya darat.kawen ngn buaya laut...muahaha

fArHaNa berkata...

ye baiklah....-_-*
sy pn cm duha, ABLFKUP08 je.hoho..

hawa-nnt hawa tlgla carikan buaya laut tu k? ssh nk jumpe tu...hehe=p

Ahmad Zulfahmi berkata...

dr illy-
saya terima pelawaan itu,Insyaallah sampai la lagi kat sana..
Adik kat Uitm,sepupu mengajar kat jengka 15..

Then,ambo g la UIA Kuantan,lawat sahabat2 denuh..

Bila kat Jengka,boley la report kat mok ayoh hawa pasal anak dio nih ;-P

Ahmad Zulfahmi berkata...

Farhana-
Apo ko bondo tuh ABLFKUP08 ??

Susoh2.Sakit palo doh nih ;-(

Dr.Illy berkata...

owh yeke..
meh..meh..jomput2..
memg dkat sgt ngn umah hawa da la uitm jngka tu..hehe
tmpat maen hawa je tu..hehe

hah??abg fahmi nk report ape?
hawa taw..abg fahmi nk ckap kat ma abh hawa yg hawa disini sguh baek dan molek..kan3??muahahaha

k.farhana-nnti hawa carikan.yg susah tu yg mahal..terpilih..hehe

Ahmad Zulfahmi berkata...

Dr Illy-

Insyaallah sampai ambo jengko ;-)

Dr.Illy berkata...

abg fahmi...

nak smpai nnti roger2 dlu..
boleh sdiakn tmpat landing heli..
muahahaha=p

Ahmad Zulfahmi berkata...

dr illy-
ambo maghi jale kaki jah ;-P

Dr.Illy berkata...

hok aloh..abg fahmi ni la..
kot ye pon nak exercise toksah la sampai jale kaki jo dari kelate smpai pahe..isk3=)

Ahmad Zulfahmi berkata...

Dr Illy-
Asal ada orang support makan dan tambang,saya menurut dan menerima denga hati terbuka ;-)