Apa perasaan anda apabila melintas di hadapan anda,seorang anak kecil dalam usia 3,4 tahun,compang-camping pakaiannya,meminta sedikit belas ihsan daripada kita?Pandangan matanya memancar sinar,menagih simpati,dengan harapan beroleh sesuatu daripada kita..
Kita ada beberapa pilihan..
Satu mungkin dengan menghulurkan seribu dua rupiah sambil mengucapkan ungkapan “Kesian budak tu”..Kedua,mungkin juga perkataan belas kasihan tadi hanyalah sekadar permainan spontan bibir,sambil pandangan mata diheret pada sang anak,hinggalah dianya hilang dari pandangan mata..Ketiga,mungkin sahaja kita langsung tidak menghiraukan entiti mungil itu.Maklumlah,sudah menjadi pemandangan lumrah di Indonesia ini.Nothing so special…
Dan tidak kurang juga ada yang mungkin menyampah sangat.Lebih-lebih lagi,datangnya anak kecil tadi,pada waktu bersantap.Mungkin sahaja makhluk mulus itu tadi diherdik tanpa punya harga diri..
Mana satu pilihan di hati,lihatlah pada diri sendiri..
SUATU KETIKA DI GERBANG UNPAD
Bersama beberapa orang sahabat ,kami sedang enak berbual mesra.Lama sudah tidak ketemu,saling bertanya khabar,apakah sakit ataupun sihat…
Bualan hangat tiba-tiba terganggu.
Tercegat di tepi,muncul seorang mak cik,kusut-masai tidak terurus..
“Sep(panggilan untuk anak lelaki dalam bahasa Sunda),”hanya satu patah perkataan itu sahaja keluar dari mulutnya,seraya menghulurkan tangan,meminta belas ihsan dari para pemuda di hadapannya..
Memandang…
Sinis…
“Kacau betul,orang tengah sedap-sedap borak nih,Ish….”hatiku yang bermonolog sudah berasa jengkel.Menyakitkan pandangan mata sahaja bentakku dalam diam.
Aku mengangkat tangan,isyarat supaya mak cik itu pergi menjauhi kami.Tanpa rasa bersalah,tanpa rasa kasihan..Sewaktu mahu melangkah menjauh,ada tangan yang menghulur,memberi sedikit kepada ibu tua tadi.Muka sang ibu berbunga senyum sambil menapak pergi..
“Dan terhadap orang yang meminta-minta,janganlah engkau mengherdiknya.Dan dengan nikmat Tuhanmu,hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur,”
Ad-Dhuha :10-11
Bait-bait ayat dari Ad-Dhuha dilantunkan seorang sahabat di sisi.Mulanya pelik tidak mengerti..Kenapa tiba-tiba terpacul ayat-ayat Allah itu dari mulutnya..
Sejenak berfikir..
Akhirnya aku faham dan tertunduk malu..
Mak cik itu meminta,menagih simpati.Mengharapkan ihsan,bukan menyeluk poket mencuri wang kepunyaan.Rezeki itu milik Allah,harus bersyukur atas nikmatNya..Dan tanda kita bersyukur,adalah dengan berkongsi dengan yang kurang kemampuan..
Apakah bezanya mengherdik dengan tidak memberi,memaki di hati?
Sama sahaja,cuma herdik itu lebih jelas..
Kedua-duanya,sama memekarkan kekecewaan kepada sang peminta,menancapkan duka di sukma jiwa..
Sesungguhnya aku insan pelupa,tidak sedar dek untung..
MEMBERI ITU SUATU KEPUASAN
Ada suatu sensasi seronok sewaktu tangan menghulur..
Puas..
Bahagia..
Bukan sekadar hati si penerima berbunga suka,hati si pemberi yang ikhlas juga turut menguntum gembira..
Mari kita menoleh ke belakang,melihat sirah sang Rasul.Pernah Baginda bersabda “Tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah”..Dan tinta sejarah juga bersaksi,sekali-kali Muhammad tidak akan membiarkan setiap peminta yang berkunjung,pulang dengan putik kecewa.Pasti ada sesuatu sebagai tanda mata hatta beberapa biji kurma sahaja..
Memberilah walau sedikit cuma.Rogohlah kocek walau seratus rupiah keluarnya..
Walaupun tidaklah sebesar berperang jihad fisabilillah,TETAP ini suatu sunnah Rasul.Cara hidup insan yang dianugerahkan gelar sosok teladan sepanjang zaman..
Belajarlah kita untuk memberi.Jadikan ia suatu akhlak..Tidak perlu disuruh ini dan itu,biarlah memberI itu spontan,menjadi akhlak penghias diri..
Hayatilah ayat-ayat dari sang Pencipta,gelarnya Al-Wahhab,Maha Pemberi dan dari kekasihNya Muhammad,insan berjiwa pemberi…
P/S : Marilah mari kita mengundi.Hari ini 9 April…Pastikan contreng Pojok Kanan Atas ;-)
6 ulasan:
Hmm, kadang-kadang memang rasa susah nak bersangka baik dengan manusia.."Ni mesti sindiket ni.. karang bukan budak ni yang dapat! Masuk mulut orang lain jugak."
Bersedekah dapat menyucikan jiwa... sindiket ke, tak sindiket ke, hakikatnya hidup mereka lebih susah dari kita. Tak salah kita menghulur. InsyaAllah Allah akan balas dengan berlipat kali ganda, di dunia atau akhirat, kita tidak tahu:)
Mengundi? Saya warganegara malaysia=)
salam,
btul tu, alasan yg tepat,
ssh btul nk tentukan nk bg ke tak,
kadang2 siap pikir ssh nk cr alasan xnk bg sedekah kat bdk2 tu,
good point..
hari sabtu lepas baru je ade belajar sedikit tafsir pasal surah Ad-Dhuha ni..satu surah yg menarik n sangat best..surah makkiyah berbentuk pujukan dan nasihat dari Allah taala kepada nabi muhammad SAW..(kalau ade mase bacalah tafsir fi zilal ttg surah ni,this is where i got my name from..hehhe)
tapi surah Dhuha ni mmg mengajar kita supaya berbuat baik pada anak yatim dan org2 miskin..kerana nikmat tu sume datangnya dari tuhan yang Maha Esa..
p/s:rasanya semua yg berada di sini pasti pernah mengalami keadaan macamni..tapi tak salah utk berubah kepada yg lebih baik..insyaAllah~
yup..blajr utk jd lebih baik dr semlm..
Tringt ari tu ad sorg budk kecil ni around 7 yrs old ikut kteorg dr bank bni kt gerbang smpi nk dekat bale 4 smate2 nk meminta secebis bantuan dr kteorg..
time tu xde duit kecik, so sy hulurkn alat tulis sbg ganti..but still bdk ni ikut kami..
punyela tension coz die tak abis2 teh..teh..(kakak dlm bhs sunda)
disbbkn ketidakrasionaln diri dan ketidakstabilan emosi yg tinggi dlm diri pd waktu itu, sy tlh meninggikn suara pd dia( dlm kate len tengking)..langsung die pergi..
huu..rse berslh sgt3~
kalau dorg dh dtg, terpaksa gak bg..kalau tak, taknak pegi..huhu~
tp yg kalau kt paun tu, yg cm pondan tu, haaa..yg tu mmg takkan bg..
selain gerun tgk, die tu cm ngade2..
org bg 100rp, die kate "100 je??"
ceyh~ tak bersyukur pnye org~
nway, nice post =)
Farhana-
Kadang2 memang rasa macam dorang sindiket.Tapi bagi jela sikit..
Hehe..
Catat Ulasan