Selasa, 31 Mac 2009

Selamat Tinggal Duhai Nendaku..


Getaran telefon bimbitku mematikan lamunan.Tertera nama Mama di skrin.Jarang sekali waktu siang-siang begini Mama menelefonku..

Punat ditekan....

"Assalamualaikum Long!Ni Ijah,"pertama kali adik bongsuku,Faizah , mendail nomborku..

"Nenek dah takda!!"perlahan suaranya menyampaikan khabar.

"Pagi tadi dalam pukul 10,masa tu mama,abah,mak long,chik ada kat tepi,"aku senyap terkelu lidah mencari kata.

"Innalillahi wainna ilaihi rojiun,"balasku sebak..

"Long tak leh balik Ijah,nanti kirim salam kat mama dan abah.Nanti malam Long kol,"perit air liur ditelan,menggapai sedikit tenaga penawar duka.

SELAMAT TINGGAL NENDAKU

Rupanya pulangku yang sekejap kelmarin,itulah detik terakhir berbakti kepadanya.
Masih teringat linangan air matanya setiap kali ingin aku kembali ke Bandung.

"Maafkan nek,"itulah kata-kata yang sering terungkap dari mulutnya.Manik jernih,mulus menuruni pipinya.Entah apa silapnya padaku,tidak pernah aku bayangkan.

"Sepatutnya Mi yang minta maaf,"tersenyum aku melihat telatah nenek sambil aku kucup tangannya memohon restu.Anak nakal yang suatu ketika dahulu sering dimarahi,dipulas telinga,adalah yang lebih harus mencari maaf nenda..

Kini dia telah tiada.Pergi menyahut seruan Ilahi..Menemui suami tercinta,bersatu di alam sana..

Allahummag firlaha Ya Allah,waja'alaha minal muttaqin..
Ampunkan Nendaku Ya Allah,dan jadikanlah dia dari kalangan orang-orang yang bertakwa..

Selamat Tinggal Duhai Nendaku....

7 ulasan:

sRiPOeRNaMa berkata...

innalillahhiwainnailaihirrajiuun~
semoga beliau dtempatkan bsama org2 yg beriman&mndapat rahmatNya
*skurg2nye ko sempat jga btemu+mmohon ampun dgn beliau~

chiEchiE berkata...

innalillahhiwainnailaihirrajiuun~
takziah..

zulfadli-md aris berkata...

انّا لله وانّا اليه راجعون..

takziah..sabarlah ye..ramai yang diuji dengan kehilangan keluarga lately..ana dah rasai kehilangan pertama 2tahun lepas, kebetulan opah meninggal time balik bulan 2..ada hikmahnya semua ni..izinkan ana ulas sket di entri baru nanti ye

Hanis Syamimi Che Ab. Karim berkata...

semoga tabah menghadapi kehilangan nenda tersayang..moga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya..
"ALLAH tidak membebani seseorang sesuai dgn kesanggupannya.."(Al-Baqarah;286)

semoga ia menjadi tarbiah terbaik dari ALLAH..

irshaISMAIL berkata...

inalillahiwainnailaihirrajiuun..
salam takziah..
tabahkan hati..

Bella Billa berkata...

salam takziah...

Ahmad Zulfahmi berkata...

Terima kasih semua..Semoga ruhnya dicucuri rahmat.Ameen...