“ Kenapa dah tak nak join persatuan-persatuan ni?Bukan ko banyak pengalaman,sayang sangat!!”kataku kepada seorang teman,teringin hendak tahu kenapa pasifnya semacam, padahal tuan punya badan memang maklum kemampuan dirinya..
“Bukan apa,aku dah malas.Dulu dah banyak terlibat masa sekolah.Sekarang fokus belajar sudah,”balasnya tenang seraya menjawab persoalan yang bermain di fikiranku..
Berpersatuan ini penat!!
Tidak dinafikan sama sekali.Sehari-hari terpaksa menghayun langkah,mengorbankan masa untuk menghadiri pelbagai mesyuarat dan pertemuan.Aneka ragam program dan acara bergilir-gilir mengintai daftar masuk rencana ke depan..Wang,masa,tenaga terpaksa dikorbankan demi orang lain.Masa untuk diri sendiri semakin suntuk..
Karnival-karnival bersifat sukan dan budaya,kelas-kelas pembelajaran luar,pertandingan-pertandingan ilmiah dan tidak ilmiah dan juga acara-acara kerohanian, antara contoh yang biasa yang mewarnai aneka rencah persatuan..
Kenapa kita berPERSATUAN??
Tanya soalan ini wahai teman sekalian kepada diri anda.
Sayang sekali,andai sudah berpenat-penat dari pagi sampai malam,menghempas sahaja badan di atas katil,terus automatik terlelap,semuanya tidak membawa ke mana.Pening kepala merancang,sakit kepala dengan kerja bertimbun,pusing kepala memikirkan ujian MDE,berputar dunia dengan masalah yang kunjungnya tiba-tiba…Semuanya pengorbanan sia-sia.
Masuk angin keluar asap!!!
MANIFESTASI SEORANG HAMBA
“ Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Pemilik Seluruh Alam”(6:162)
Ada suatu benda,semakin lama semakin jauh kita daripadanya.Biarpun dihamburkan emas setinggi Bukit Uhud,tetap tidak akan mampu kita menebusnya.
MASA!!!
Ya,masa..Ada 86,400 detik dalam penuh orbit bumi sehari semalam.
Setiap detik kita hambaNya..
Tiap-tiap saat kita abdiNya..
Hidup dan mati kita..
Setiap apa yang kita lakukan,tetap kita seorang hamba.Resmi hamba,mengikut telunjuk tuannya.begitu juga kita.Biarlah setiap yang kita lakukan adalah keranaNya..
Datangnya kita ke mesyuarat,hanyalah memikirkan ini sebahagian lambang ketaatan kita padaNya..
Tidak semestinya nilai kehambaan itu hanya terpancar dari persatuan berorientasikan Islam semata-mata.Bikin ceramah agama,buat bacaan Yasin malam Jumaat,rencanakan sambutan hari Raya Puasa dan Korban,semuanya antara platform kehambaan kita..
Macam mana pula persatuan berorientasikan sukan,budaya,pendidikan dan teknologi??Adakah mereka semuanya entity-entiti yang sepatutnya bukan bercirikan Islam??
Konsep yang menyeleweng sekali jika ini dijadikan doktrin kehidupan..
Adakah Islam anti-Budaya?Jika Rasulullah melarang kaum Ansar menyanyi sewaktu majlis perkahwinan mereka,barulah Baginda anti kepada Budaya.Akan tetapi ,sebaliknya berlaku.
“Di mana nyanyian Ansar?,”tanya Rasulullah kepada kepada Ansar,kehairanan melihat majlis perkahwinan yang sunyi sepi bak hari pengebumian mayat..
Adakah orkestra muzik yang menampilkan Vanessa Mae dan Maksim versi Islam itu suatu kesalahan?Gesekan violin yang lembut mendayu,irama mengasyikkan piano,tiada salahnya dalam membungakan ketaatan kepadaNya..Gedik Kitaro juga hebat..
Vanessa Mae
Bermain futsal atau bola jaring dengan teman-teman.Lihatlah itu suatu bentuk acara memekarkan ukhuwwah antara satu sama lain.Yang belum kenal,menjadi kenal.Yang jauh,kembali merapat..Fizikal yang sihat dan cergas menjadi idaman.Sang Rasul pernah berkata mukmin yang kuat itu lebih disukai olehnya dari yang lemah tidak bermaya..
Kumaha' Damang Neng?? ;-)
Belajar Bahasa Sunda tidak tercatat sebagai sunnah yang jelas.Tiada langsung Rasulullah menyuruh kita belajar Bahasa Sunda,hatta Bahasa Melayu..Sibawaih,seorang ulama tatabahasa Arab juga sama.Mengajar orang tentang tatabahasa bahasa Arab.Macam orang Melayu belajar apa itu penjodoh bilangan,simpulan bahasa ataupun tanda pengikat kata..Ini ilmu teman-teman..
Bukan Sang Rasul dahulu melepaskan tawanan perang yang mengajarkan orang Islam tulis dan baca??Islam menjunjung tinggi tradisi ilmu.Manakah mungkin Iqra’ yang pertama sekali diungkapkan ,kalau tidak kerana itu suatu yang penting…
HAYAT DAKWAH
“Takpela,kita bagi kat adik-adik pula kali ini,”seorang teman mula mengundurkan langkah dalam perjuangan..
“Saya dah lama,sejak tahun pertama lagi.Sekarang bersara dah la,”ungkap seorang kenalan yang merasa sudah banyak berbakti pada agama,bangsa dan negara..
Bukan hasrat hati,mengenakan siapa-siapa.Cuma mari kita renung bersama-sama setiap langkah kita satu persatu semenjak zaman kita baru bertatih mengenal Islam dahulu..
Zaman diri masih erat memeluk erat koleksi komik Mutiara Naga,Misteri Naga,Dr Slump, Doraemon dan Pendekar Laut..Dari Pendekar Laut berkuasa berkuasa beberapa ribu Hp sehinggalah Pendekar Laut dan anak cucunya berkuasa lebih sejuta Hp..Dari zaman Goku anak kecil,sehinggalah beranak pinak,menjadi Super Saiya ketiga…
Zaman diri hantu cerita Sangam,Yadoo Ki Baarat sehinggalah Kabhi Kushi Kabhi Gham,Om Shanti Om..Dari zaman Amitabh,Rajesh Khanna,Jetandra,adik-beradik Kapoor,Rajnikandh sehinggalah sekarang arena SRK,Salman Khan,John Abram,Kajol dan Preity Zinta…
Rajnikandh Padayyapa
Dato' Shah Rukh Khan
Dakwah itu tiada hujungnya.Kita hanya mata rantai,penyambung hayat dakwah..Cuba mengislahkan manusia kea rah yang lebih baik..
Bukan hanya semata kita ahli biro agama,bukan selama mana kita masih pelajar under-graduate..
Dakwah itu bukan kewajipan eksklusif mereka yang bergelar ustaz ustazah,mereka yang bertudung labuh,berserban ekor berjuntai ataupun berpersatuan agama semata..
Erma Fatima ada gayanya,Mawi ada bahagiaannya..Yusri Che Lah pun kena,tanpa terkecuali mamanda kita,cucu Abdullah Fahim,Pak Lah kita dari Kepala Batas..
Biro Kebudayaan dan Keseniaan pun ada,Biro Sukan pun jangan lari jauh-jauh,Biro Pendidikan jangan buat tidak sedarkan diri juga..
Firman Allah,”Kamulah sebaik-baik ummah dari kalangan manusia,menyeru ke arah kebenaran,mencegah kemungkaran,dan beriman kepada Allah”.Ayat ini bukan ekslusif sasarannya.Sasar tujunya adalah kita,ummat Muhammad,ummat akhir zaman…..
Mereka,engkau dan aku, mata rantai itu wahai teman!!
10 ulasan:
salam..
hmm...thanx krna mengingtkan dri ini jgak..setuju dgn anda.. bile berorganisasi,kter lebh menghargai mse..n niat kna btul dlm setiap perkara yg kter buat..luruskn niat..insyaAllah diberkati..=)
miss susi-
sama2 lah.
Niat xmenghalalkan cara.huhu...
bdw awok ni sapo??
nok tahu jugok lar ;-)
salam..
baca gok ek pendekar laut..
wira tunggal x baca ke?
huuurmm..
semoga setiap perkara y dilakukan ketika berpersatuan ikhlas demiNYA dan diiringi pahala..
dgn kata lain lillahitaala..
Amen~
3rd march-
baca gak,minat wunan yang ada 100 petala langit.huhu..
Ameen ;-)
dakwah sepanjang hidup, tak pernah ada kata 'bersara'
berpersatuan atau berorganisasi bukn hy utk pengalaman,kutip ilmu dan bersosial tp sbnrnye kite akn dpt byk peluang2 lain utk sebar dakwah iA..
insyaAllah saling mngingati :)
Salam,
mcm Tuah tekena je, sbb kat cn Tuah mmg tolak segala jawatan or organisasi...
bkn sbb dah puas kat sekolah dulu n nk bg peluang org lain plak or xminat berorganisasi,
cuma xlarat dgn isu politik n kerenah birokrasi...
mmglah klu sapa2 ajak Tuah mmg xlarat nk kata setuju sbb hati tu xingin dah n xlarat dah,
tapi, klu utk kemaslahatan umum Tuah bleh consider,
muslim yg terbaik ialah yg mmberi mnfaat kat org lain...
tp, ada ler kira2nya...wakaka
Duha-
Kerehatan yang pasti adalah di akhirat
Len x,jangan presure sangat kalo banyak keje.Kongsi ngan kengkawan.Chill ;-)
Al-Tuah Al-Shahab-
Orait Tuah.Review balik,whats ur point joining an organization...Gunakan kelebihan kita pada tempatnya.Ingat borak kita pagi tadi tau ;-)
Assalamualaikum,
Tuntutan dakwah bukan kerana persatuan. Tetapi tuntutan dakwah adalah beban setiap individu yang bersyahadah. Bila menyebut "Dakwah" ramai, baik non muslim mahupun muslim sendiri memandang ianya suatu STIGMA yang hanya dipikul bagi mereka yang:
- Sekolah Agama
- Pakai tudung labuh
- Ahli biro agama
sedangkan dakwah punya pelbagai cara andai perspektif setiap individu dibuka luas. Elemen penting seperti Ukhuwwah juga patut disemat erat kerana dakwah itu dengan berjemaah.
p/s: can not go baca komik2 ni :P
Anasolehah-
Terima kasih atas nilai tambah itu..
Saya menghargainya..
Tapi bab mengkritik bacaan saya,tu xdapat nak diterima (belang tarung Pendekar Laut muncul)..
;-)
sabor boss..
p/s:dlm ms y sama tgh tahan belang tarung topeng perak..wawawa~
Catat Ulasan