Ahad, 22 Mac 2009

Sulaman Cinta Adam dan Hawa


Selesai mencoretkan sesuatu sewaktu menunggu detik penerbangan pulang ke Kota Bharu,kaki ku heret menuju kaunter ‘check-in’.Boleh tahan la, menunggu menanti jam 1500 dari pukul 0800..

Kepala masih lagi teringat-ingat persoalan-persoalan yang dilontarkan beberapa orang teman berkisar tentang CINTA,cinta,si ‘dia’ dan pelbagai lagi ragam orang bercinta..

Bercakap pasal cinta,bukan boleh dilambakkan dalil dan hujjah semata.Cinta hidup bermandikan hati dan perasaan..

Bukan tidak mahu bercakap berkenaan CINTA,tetapi mungkin kali ini,saya fokus pada cinta sesama makhluk berlainan jantina,satu dari Marikh dan satu dari Venus..Bak dendangan Misha Omar,Cinta Adam dan Hawa…

Dan bercakap pasal ini,saya bukanlah orang yang tepat dalam memberikan pandangan.I'm still solo but not available .Peace!!

Cuma mungkin dari perspektif seorang lelaki biasa,dan menilai dengan neraca pengalaman teman-teman dan secebis pengalaman sendiri,Insyaallah,kaca mata saya boleh dijadikan pedoman.Silakan diambil kalau molek,kalau kurang tegurlah seadanya.Hanya kata-kata seorang yang penuh teori,belum cukup praktikal…

 

HATI ITU MILIKNYA,BERTEMU SIFU CINTA…

Pabila hati seorang ibu teringat anaknya.Ringgg…Pantas sang anak menelefon bertanya khabar.Intuisi hati,diikat oleh Yang Maha Kuasa..Sayang menyayangi antara makhluk..

Hati ini teringat guru yang banyak mengajar erti hidup.Memberi warna kepada kehidupan…

Dari jauh kelibat 5 beranak itu kuperhatikan.Sang ayah berbadan agak gempal.Huhu..Sambil ditemani isteri di samping,dan anak-anak comel pelengkap keluarga bahagia..

“Assalamualaikum ustaz!”sapaku sambil menguntumkan senyum..

Sang ayah membalas salam.Muka yang mewah dengan senyuman.

“Owh hantar bibi rupanya,ingatkan dah ke Pangkor,”balasku lagi menambah bicara..

Melihat gaya seluruh keluarga yang agak berkejar,aku hanya sempat bertanya khabar,sedikit memberikan pandangan tentang artikel sang ayah yang terbaru,dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Abi 3 kanak-kanak comel tadi..

Pertemuan yang singkat,tetapi memberikan seribu erti kepadaku..

 

KISAH DI KAMPUNG

Pulang yang sebentar,haruslah dimanfaatkan sebaiknya..

Cuti kali ini,bersamaan pula dengan cuti sekolah.Maka ramailah yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis ‘Raja Sehari’ masing-masing.Dalam sela masa hanya beberapa hari,lebih kurang 5 walimatul urus aku datangi..

Usai dijemput emak dan ayah,belum lagi memijak laman rumah,destinasi pertama adalah ‘bekwoh’(kenduri dalam dialek Kelantan) sepupu ayah yang baru melangsungkan perkahwinan.Langkah kanan…Festival makan pun bermula..

Bukan itu persoalannya…

“Apa,RM 15,000 ringgit!!!Jual anak ke pe!!,”menyinga marah wakil dari pihak pengantin lelaki.Lantas menyuruh sang pengantin lelaki mencari ganti yang lain sahaja.Sulaman cinta yang sudah erat, berkubur.Mimpi indah hari semalam,realitinya hari ini tidak kesampaian…

“Biar betul,RM 3003 je!!”terkejut sang emak mertua mendengarkan nilai hantaran untuk seorang pensyarah.Anak dan menantu merahsiakan nilai hantaran sehingga detik-detik terakhir ijabkabul..

“Family akak mitak RM 12,345,”kata seorang senior bakal doktor.Agak lumayan jumlahnya.Menarik juga urutan nombor.Mujurlah bukan urutan dari belakang.Kalau tidak……

“Kalau mamalah,mama takkan bagi murah sangat,biasa-biasa je ikut nilai semasa,”emakku memberikan komentar…

Memang benar ada hadis sahih mengatakan sebaik-baik perempuan yang dinikahi itu,adalah yang murah maharnya.Itu jelas..Tetapi benda ini subjektif,harus diselusuri dari pelbagai aspek dan sudut..

Faktor pekerjaan suami,faktor keluarga,faktor adat setempat antara yang harus diberikan pertimbangan sewajarnya.Kalaulah sang lelaki ahli perniagaan berjaya,setakat dua,tiga puluh ribu itu biasa.Bagi seorang yang masih belajar,belasan ribu sudah dianggap beban..Belum lagi biaya kenduri,kad jemputan,baju pengantin,kamera video dan yang seangkatan dengannya..

Lihat pula faktor keluarga.Ada keluarga faham agama,patuh dan cinta pada Sunnah Rasul,lantas berhujah dengan mengeluarkan hadis di atas,mahar dikurangkan.Itu yang terbaik…Lebih-lebih lagi kalaulah keluarga pengantin perempuan mampu menanggung biaya perkahwinan sedikit sebanyak.Apa salahnya…Akan tetapi ingatlah,tidak semua orang sama kondisinya dengan kita.Di mana pula letaknya keluarga yang kurang mampu,hanya mengharapkan hantaran kahwin semata-mata..Kalau melihat situasi di sini,wajarlah nilaian itu meningkat.Bukan kehendak hati ingin menjual anak,tetapi kehendak wang biaya yang menghambat…

Sebaliknya,jika Melayu sekarang berperangai Arab,harus menyediakan banglo mewah,kereta sport dan hantaran berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan seorang anak gadis,memang sangat-sangat relevan,perangai Melayu ini dinyahkan…

Semakin banyak wang dilaburkan di medan perkahwinan,semakin tinggi status merpati dua sejoli itu.Wang melambangkan status sosial.Kehebatan,kemegahan mendaki singgahsana kemahsyuran..Lambang kami Raja Sehari gamaknya…

 

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Keramat benar kata-kata sang empunya Taming Sari.

Mengangkasakan Melayu,kata seorang pemimpin berjiwa angkasawan,halatuju membulan jauh.

Melayu….

Melayu itu punya adat dan budaya,juga ada panutan dalam beragama.

Agama itu bersendikan adat dan budaya.Agama dan adat saling menyatu..Andai dipisah,lemah tiada berjiwa,hampa..

Akan tetapi,jangan digolok gadai agama demi suatu adat picisan..

Hantaran yang tinggi,sekali dilihat melestarikan kedudukan pengantin.Dua kali dilihat,kehebatan seri pengantin mungkin makin menyerlah.Tiga kali dilihat,nampak berantakan.Pesona menghilang.Hutang menggunung tinggi,demi indahnya majlis nan sebentar..Bahtera rumahtangga mungkin  bergoyang hebat tatkala baru selangkah dua musafir kembara baru bermula…

Maaf kalau bahasa yang digunakan sedikit kasar.Tuntutan hantaran yang tanpa musabab rasional,hanya layak digunakan untuk pelacur elit sahaja.Menjual diri demi habuan wang sahaja..

Ingatlah kita kata-kata Umar Al-Khattab 

“Kita dulu adalah umat yang hina,yang kemudiannaya Allah muliakan dengan Islam.Jika kita kembali meninggalkan Islam,nescaya kita akan kembali dihinakan”…

Mungkin ini sedikit pengalaman di waktu cuti,memerhatikan tingkah dan telatah makhluk bernama manusia.Wajar sahaja perspektif ini dipersetujui atau ditolak…

Islam dinobat,adat dimartabat.Peace ;-)

19 ulasan:

Abell M berkata...

wah2..
dh nmpk tnde2 nk mnuju ke step strusnye nih..hehe

yup..psl mahar tu..trgntung kpd situasi la..setakat yg mampu..
tp klu sy, mahar x pyh mahal2..heee =p

Unknown berkata...

Bella Billa-
Step seterusnya.huuu

Bagus la kalau ditanya bella nak yang tak mahal sangat..

Bercakap atas angin bella senang.Berada atas realiti tak semudah itu..Ada benda kena tolak dan tarik ;-)

ummujannah berkata...

salam.
kelik kelate ado hajat rupenya!

best2 makan bekwah..rasanya nak kelik tp tak dpt.

"12,345"mcm penah dgr?kak oyak ke cik punya badan.hee.

tulaa sekarang ni mcm ada harga pasaran plak hantaran.huu..bila kedua2 pihak dah setuju dgn hantaran tp bila harga semasa tak kena,kesian kpd pihak lelaki..

Semoga urusan dipermudahkan!Doakan akak jugak(^_^)!

Unknown berkata...

Iman Aisyah-
Biasa la balik,kena la buat serampang 2,3 mata.Takkan nak balik tangan kosong je kan..

Hoho..
Nanti kem salam kat cik 12,345..

Kepada akak2, abang2 senior dan semua yang ingin melangsungkan perkahwinan,Allahumma yassir lakum ;-)

Tanpa Nama berkata...

=) smga dpemudahkn urusan nnt..

hmm..mahar tu bkn ke mas kawin..n slalu nya, kn ikut ngri..cm perak rm 80..(kot la..xsure)..

yg mhl tu hantaran kn?a.k.a. blanja kenduri kawin bak kata org melayu la..huhu..

if silap betul2 kn la k..=)salam

Unknown berkata...

nsrezwan-
Erm memang.Maskahwin tu mahar,ikut negeri...
Hantaran ni belanja kahwin...
Sori kalau da yang silap faham...

Salam ;-)

Tanpa Nama berkata...

"Memang benar ada hadis sahih mengatakan sebaik-baik perempuan yang dinikahi itu,adalah yang murah maharnya.Itu jelas..Tetapi benda ini subjektif,harus diselusuri dari pelbagai aspek dan sudut.."

so..rs nya..mahar tu mmg murah..yg mnjadi mslh adalah hantaran pkahwinn..

"............hantaran ni subjektif..harus d telusuri dr pelbagai aspek dn sudut......"

mmg ayat ni lbih tepat..=)
smga dpermudahkn utk step sterusnya..amin..

Tanpa Nama berkata...

alamak..ad slh eja..huhu..
*mmg ayt ni lbh tepat..
sila tukar kpd..
*mgkin ayt ni lbh tpt..

abg fahmi jgn mrh ye..sori..
sy ni xpndi bab2 nk komen ni..ni 1st time komen kt blog..dn ni la 1st blog sy komen..huhu..sori tau(cuak lk if abg mrh)..

Dr Hana berkata...

bella mantaaaaaap.. pas ni ada la tu orang masuk line....kikiki...
(bella, jgn mara....:p)

Unknown berkata...

ns rezwan-
saya pon budak baru belajar.Kena belajar lagi beza hantaran,maskahwin,mahar dan wang belanja...

Tolong2 ;-0

Unknown berkata...

Farhana-
Ada orang masuk line ka??

Siapakah itu??

Sila jawab anak pakcik Yem ;-)

Dr Hana berkata...

Erm..org yg dmaksudkan adalah bella...

Bkn saya...!!
harap maklum.
hohohohoho*_*

Unknown berkata...

Farhana-
Bella rupenya...
Untuk Bella,kena belajar kawal baran tu.biar panas dia kurang sikit..
Nanti takut-takut,orang yang nak masuk line takut ;-)

syuhadah berkata...

salam ziarah..
menarik tajuk..sulaman cinta adam dan hawa..membuat org tertarik untk meneroka satu per satu coretan hasil si penulis..
semua tergantng pde pendpt msng2..smua org ade alsn sndri untk buat sesuatu perkra..yg lainnya sama ade keputsan itu di buat ats dasar akal atau kata hati..smoga berjumpa jodoh yg sesuai..amin..~

Unknown berkata...

Miss Susi-
Terima kasih kerana ziarah dan komen..
Amiin ;-)

3rdmarch berkata...

salam..
ya akh..kapan mao nikah?
ehee~

bella ngan farhana cam promote diri je..haha..

semoga semua dipermudahkanNYA..amen~

Unknown berkata...

3rd march-
xda la bella n farhana ni adik2 je.kan3...hihi
Semoga dipermudahkan untuk semua orang ;-)

Dr Hana berkata...

jijol ni tak sayang body agaknya.....grrrrrrr
(kerana mulut badan binasa)

bek mintak maap cpt!T_T

Unknown berkata...

Farhana-
Blog saya bukan gelanggang tinju.Mana boleh gaduh2 nih..Kepada Jijol,baik mitak maap cepat.Xgentleman ngenak budak perempuan ;-)