Ahad, 12 Jun 2011

Falsafah Sekujur Bola



Orang kata bola itu bulat.

Dan memang betul bola itu bulat.

Dan bola itu sinonim dengan permainan bola sepak.

Ada 90 minit, dengan tambahan masa.

Ibrah dari permainan bola sepak,

" Jangan sesekali berputus asa selagi wisel penamat belum ditiup oleh sang pengadil"

Manchester United menunjukkannya pada tahun 1999 sewaktu menentang Bayern Munchen.Dan malam ini, skuad Penyu mengecewakan Skuad Tok Janggut.


Dan saya sukakan semangat sebegini.

Walaupun begitu, permainan tetap sebuah permainan.

Tangan tetap dihulur, tanda persahabatan.Tahniah kepada Terengganu.

Namun, Kelantan tetap bertakhta di hati.Jiwa kesatria tetap membuak di sanubari anak watan bumi Tok Janggut..

Tetap melangkah...

2 ulasan:

duha berkata...

assalamualaikum

saja mengomen disini..

ibarat bermain bola, bila sang pemain tau, dia hanya ada 90 minit untuk mengejar kemenangan, maka dia bersungguh2 menggunakan 90 untuk merembat gol sebanyak-banyak nya..

maka kita sebagai manusia yg sedar, hidup ni pun ada time limitnya, patut bersungguh2 juga "merembat gol" agar mendapat kemenangan sebelum masa tamat tiba..

wallahu'alam~

Ahmad Zulfahmi berkata...

Duha~

Waalaikumussalam

Terima kasih atas nilai tambahnya.

:))