Ahad, 17 April 2011

Impian Apatche : Kayangan Syurga Seorang Rantisi



Aku tidak segagah dirimu..
Dirimu di langit dan aku sekadar mendongak mampu..
Mekar mewangi, bauan Syurga milikmu..

Sibuk bukan alasan..
Gelar doktor bukan kayangan..
Datangnya gelar seribu khuatiran..
Takutkan amanah tiada aman..

Hatiku cemburu malu..
Pabila menjeling diari hebatmu..
Doaku di pojok kalbu rindu..
Agarku turuti jejak saktimu..

Maut itu taulan jauhan..
Menjemput jalan ke ribaan Tuhan..
Walau serangan jantung menghumban..
Hatta Apatche berbondongan malahan..
Dikau tetap di gunung sabar nian..

Walau merangkak, walau kura-kura sang laju..
Pahatku di perdu kalbu..
Kan denai ini tertaut istiqamah padu..


Ahmad Zulfahmi
17 April 2011
Sukagalih,Bandung




~ Sebuah puisi sempena 7 tahun syahidnya Dr Abdul Aziz Rantissi. Di tangan peluru-peluru helikopter tempur Apatche.

Darah sang syahid sudah tiada di mata, namun jangan sesekali disangka dianya mati meninggalkan kita. Perginya bukan mati, tetapi terus hidup di hati yang tidak kenal erti mati..

Sebuah perjuangan Rantisi bukan untuk dikenang-kenang, tetapi ia sebuah perjuangan yang menjadi obor bakaran semangat untuk terus berkorban dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.

Sesungguhnya hidup dan matiku demiMu Tuhan...




Tiada ulasan: