Sabtu, 21 Ogos 2010

Hari Ini HARI AL-QUDS SEDUNIA ; Ini Perjuangan KITA!!

Hati ini menangis pilu..

Sendu si yatim menggamit jiwa..

Tiada bapa, kehilangan bonda..

Hanya doa dan air mata kuutus bersama..

Buatmu adik di Gaza sana..



Tika dirimu berlapar durja..

Kami kenyang menggila..

Tika puasa Ramadan ke dakapan kami..

Ramadanmu pula saban hari..



Ya Allah, ya Tuhan..

Maluku pada Al-Faruq Umar..

Makannya kala marhaen kenyang..


YaRahman Ya Rahim..

Berkatilah mereka..


Ya Latif, Ya Mujib..

Kami saudara mereka..

Kuatkanlah kami untuk mengandar sama...


Allah..Allah..

Senduku di subuh Al-Quds Sedunia..






Wahai Sahabat-Sahabat,

Hari Ini Hari Al-Quds Sedunia, sempena peristiwa Al-Aqsa pernah dikejami dengan dibakar oleh seorang pengganas Yahudi, pada 21 og0s 1969..


Bangkitlah semua, jangan hanya kesian meniti di bibirmu..

Perutmu kenyang, sendawamu menggamit raya angkasa, sedangkan mereka kebulur hiba menahan lapar dahaga.

Perjuangan kita hanya sebulan, Ramadan mereka bergilir hari, tiada kesudahan..

Bangkitlah..

Sedarlah..

Doakan mereka..

Sedekahkan sebatas daya..

Khabarilah warkah terkini tentang mereka, hidupkah atau sudah syahid, laparkah atau punya rezeki..

Kenalilah musuh kita bersama, Zionis durjana..

Apa cerita akhlak kita, tilawah firman Ilahi dan pengamalannya..

Sabda Rasul letaknya di mana.. Dijunjung di kepalakah, atau dilempar hina ke tapak kaki..

Ayuh..

Ayuh...

Ini perjuangan jelata Muslim, ini ehwal kita BERSAMA..

Allahuakbar..

Allahuakbar...

Allahuakbar.....


Masalah Bersama KITA..




Peranan KITA Sahabatku, Al-Aqsa kan Terbebas, Insyaallah..



Semangat-Semangat.. ALLAHUAKBAR!!!!




2 ulasan:

syuhadah berkata...

assalamualaikum..
baru taw psal hari Al-Quds nie..
bagi sue sendiri,kita mudah alert dengan perkara-perkara yang berlaku kat sana.kalo mcm su sendiri,mungkin sebab biah di bandung yang sentiasa peka dan didedahkan dengan kesengsaraan mereka kat sana.

tapi bila pulang di Malaysia,seolah-olah apa yg berlaku di Gaza setakat angin yg menghembus dan berlalu begitu sja..
Susah nak bagi mereka alert atau peka atau duduk sebentar untuk melihat atau membca perkembangn di sna..sebab tu isu boikot tak menjadi sesuatu yang penting atau sensitif untk sesetengah org..hmm..what do u think?huhu..

p/s:byk la membebel.mcm blog sendri plak..haha..

Unknown berkata...

Syuhadah~

Waalaikumussalam..

Adat memang macam tula. Benih kita pakat semai di Bandung, dengan harapan benih itu bercambah dan menghasilkan benih-benih yang baik lagi..

Sudah sunnah Rasulullah kan, dan para sahabat..

Tablig dan menyampaikan :-)

Within our circle of concern, apa peranan kita menyedarkan mereka di sekeliling?

" Sampaikan dariku walau satau ayat "

(^^,)V