Siang dan malam itu orbitnya 24 jam.
24 jam yang sama untuk setiap manusia.
Apa yang berbeza adalah bagaimanakah caranya peruntukan 24 jam itu digunakan oleh setiap manusia.
Dan manusia sangatlah sukar untuk istiqamah dalam kehidupan sehariannya.
Kadang-kadang iman naik mendaki bukit, dan adakalanya menjunam drastik menuruni cerun.
Yang Terbaik..
"Amalan yang terbaik adalah yang berterusan walaupun sedikit"
Hadis riwayat Muslim ini menceritakan perilaku amalan yang terbaik.
Banyak secara pukal bukanlah yang terbaik, kerana ia senang mendatangkan jemu untuk beribadah.
Sedikit tetapi istiqamah dalam melakukannya lebih disukai.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, kata nenda Melayu kita.
10 Minit
Disiplinkan 10 minit setiap hari melakukan ibadah tertentu, anda akan istiqamah melakukannya.
Ya, hanya 10 minit.
Sedangkan ber'facebook' berjam-jam lamanya, layan Hindustan atau Korea 3 jam terasa sebentar.
Alah bisa, tegal biasa..
Begitulah Abdul Malik al -Qasim mengajarkan dalam coretan tintanya, 10 Menit..
Antara 10 minit itu..
Solat Duha
Baca Al-Quran
Selawat
Solat jenazah
Zikrullah
Tasbih, tahmid dan tahlil
Bersama anak
Berdoa
Muhasabah diri
Qiyamulail
Membaca
Telefon bertanya khabar
Hafal hadis
Menolong isteri
Berziarah
Mulakan sekarang..
Apa yang penting, mulakannya sekarang.
Bertangguh-tangguh itulah perangkap syaitan.
Bertangguh tidak akan selesai sehingga detik akhir penamat nyawa.
Jom mulakan, sama-sama 10 minit mencari CINTA.
Pilih satu idaman anda, teruskan istiqamah.
Semoga bermanfaat (^^,)V
2 ulasan:
betul juga kan..
sediakan hanya 10 minit dari 24 jam untuk amalan2 tersebut.
:)
yg penting istiqamah walau 10 minit.
insyaAllah.
Ahmad Akmal~
Betul..Betul...Betul..
Malu akhi..
Ashabul Gaza, dalam keperitan hidup, mereka boleh menjadi sedekat2 hamba dengan TuhanNya..
Kita pula dipenuhi dengan keluangan masa yang terlalu banyak.Atas kita untuk menentukan. Semua dalam tangan..
Pakat istiqamah dan mohon kekuatan dariNya :-)
Catat Ulasan