Selasa, 4 Mei 2010

Katakan Tidak Pada 'AL-FATIHAH' versi Ashram Cat..



Saya tidak mahu masuk ke dalam perbahasan yang panjang lebar, berkurun lama diperdebatkan, berkaitan suatu isu yang dinamakan sebagai..

BIDAAH...

Jika mahu mendengar perbahasannya, silakan merujuk ulama' muktabar di dalam dunia Islam kini.

Cukuplah kita mengetahui bahawa Bidaah secara syariatnya adalah perkara ibadah khusus yang baru dicipta dalam kehidupan beragama.


Dari Ummul mukminin, Ummu ‘Abdillah, ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahwa Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama kami ini yang bukan dari kami, maka dia tertolak”.
(Bukhari dan Muslim. Dalam riwayat Muslim : “Barangsiapa melakukan suatu amal yang tidak sesuai urusan kami, maka dia tertolak”)


Cikgu Meninggal...

" Cikgu kita, sewaktu Tingkatan 3 dahulu, baru sahaja meninggal dunia.Al-Fatihah..."

Begitulah bunyi pesanan ringkas dari seorang teman persekolahan, mengkhabarkan meninggalnya seorang guru kami.Detik bersama cikgu, berputar laju, mengenang suka duka bersama.Raut wajah asyik tersenyum itu..

Lantas, atas dasar prihatin, saya menyampaikan berita duka kepada beberapa orang sahabat seperjuangan.


" Al-Fatihah tu boleh ke dibaca? Mana ada dalam SUNNAH?"

Terpampang deretan ayat, muncul di skrin telefon bimbit. Nuansa duka yang bertapak di sukma hati, sedikit tersentak.

Serius saya marah, kecewa dengan balasan sedemikian.

Isi utama yang mahu diungkapkan adalah berita pemergian seorang guru. Kesedihan yang berkunjung...

Di sini, pola fikir hendaklah dibetulkan sebaik-baiknya.

Kalau ditanyakan pada saya, saya juga akan mengatakan bacaan khas AL-FATIHAH untuk si mati, adalah SUATU BIDAAH.

Rasulullah tidak pernah mencontohkannya.Begitu juga para sahabat yang terdekat.

Ya..Pasti...

Sedangkan bab kencing, bab romantik suami isteri, semuanya tercatat erat dalam himpunan Bukhari dan sahabat berenam, inikan bab ibadah mendasar dalam agama.Tidak pula diperkatakan secara terus terang.


Orang Kita Sekarang...

Setiap kali kematian, pasti ungkapan Al-Fatihah dikumandangkan sesama Muslim yang masih meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.

Rasulullah menyuruh untuk mendoakan si mati, bukan membaca Al-Fatihah..

" Semoga tempatnya di syurga"

" Semoga dosa dia semua dulu terampun"

Ini juga namanya doa.Untuk si mati..

Secara dasarnya, tiada Al-Fatihah untuk si mati.Cuma boleh difahami, antara ayat-ayat di dalam Ummul Kitab ini, banyak bermaksud elok.

" Tunjukkan kami jalan yang lurus"

"KepadaMu kami sembah, kepadaMulah kami meminta pertolongan"

Doa ini buat kita dan mereka, sama ada masih hidup atau sudah mati.

Doa yang bermaksud cukup baik..

Cuma sayang seribu kali sayang..



Jernihkan Kaca Mata..

" Mari sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada si mati!!"

Laungan yang sering diucapkan.

Hati-hati di sini.Berapa ramai Muslim yang menyangka Al-Fatihah itu KHAS dihadiahkan kepada si mati.

Pahalanya pasti sampai kepada si mati, di alam sana.

Hati-hati dengan kejahilan berfikir ini..

Sesetengah ulama, sangat-sangat menjaga akan hal ini. Bahkan inilah BIDAAH bagi mereka.Kerana cara fikir yang salah inilah pokok pancarobanya.

Teringat kisah The Ashram Cat, yang diceritakan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam banyak presentasinya.

Kisah Guru Nanak, dengan kucing yang sering mengganggu dalam upcara sembahyang penganut Sikh.Lantas, disebabkan kekacauan dek kucing itu, setiap kali ingin sembahyang, kucing itu ditambat di tiang seri kuil, supaya tidak lepas mengganggu.

Lama kelamaan, Guru Nanak meninggal.Dan kucing itu masih di situ, masih ditambat setiap kali upacara sembahyang oleh para pengikut Guru Nanak.

Dan hayat kucing itu, suatu hari, telah berakhir. Para pengikut kaget..Kucing yang ditambat itu telah mati.

Lantas, sebagai ganti, kucing lain dicari dan ditambat ke tiang seri, persis seperti kucing tadi yang sering mengganggu, tetapi telah mati.

Mungkin kita boleh tersenyum, lucu memikirkan penganut Sikh tadi.

Menambat kucing yang mengganggu, disebabkan oleh kebiasaan ataupun adat, lama kelamaan disangka sebagai suatu IBADAT yang diperintahkan.

Kejahilan itu ternyata boleh membunuh keaslian ajaran.


Katakan Tidak Pada 'Ashram Cat'..

Apabila keaslian sudah sirna, apa lagi yang boleh kita harapkan.

Ibadah adalah suatu yang kotak fikir manusia tidak mampu mencernakannya.

Ia datang dari Tuhan, kehendaknya bagaimana. Wasilahnya melalui sang Rasulullah..

Bukan paling pendek,paling panjang..Tidak paling banyak atau paling besar, ibadah yang terbaik adalah setakat mana ia mencontohi RASULULLAH, persis mengikut kata TUHAN..

Si Ashram Cat tidak bersalah.Ia hanya seekor mangsa keadaan.

Begitu juga Al-Fatihah, jangan kita 'memangsakannya', menjadikan Al-Fatihah sebagai wasilah bidaah, mengundang murka TUHAN..

Sama ada mahu membaca Al-Fatihah atau tidak, sama-samalah kita cuba memahami erti sebenar sebuah kefahaman dalam beragama.

Biarlah membaca Al-Fatihah mendapat ganjaran PAHALA, tidak membaca Al-Fatihah dan menggantikannya dengan amalan lain, biarlah juga mendapat PAHALA..

Hati-hati dalam beramal.

Katakan TIDAK kepada JAHIL..







9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kisah The Ashram Cat memang best la akhi. Lawak pun ada. Tapi memang betul, itulah realiti dalam masyarakat.

Unknown berkata...

mrblinc~

Hehe..

Realiti itu perlu diubah dengan usaha2 mereka yang ada kefahaman.

Kebenaran perlu disampaikan, dengan nada berhikmah.Biar kebenaran itu tidak terselindung dek kesalahan kita memperbetul dan memberi pencerahan..

Wallahualam

Ahmad Akmal berkata...

terima kasih atas pencerahan yang diberi. selama ni tak tau pun..

Unknown berkata...

Akmal~

Sama2 kita sebarkan kefahaman dan cara pandang yang benar ye :-)

MissNadeeya berkata...

oh, x tahu pon b4 this pasal al fatihah tuh....

Dr.onCe berkata...

perkongsian yg berguna..ayuh tinggalkan yg bidaah..tukar pola pemikiran umat islam akhir zmn yg dah tersesat jaoh..iAllah,Allah permudahkan segala urusan hambaNya yg menegakkan agamaNya..

Unknown berkata...

Wewe dan Wan~

Tak salah pun baca Al-Fatihah tau..Berpahala lagi.Cuma jangan salah cara fikir je..

Bukan apa, kurang seronok bila teringat apabila perbezaan pendapat di kalangan ulama ini dimanipulasikan oleh sesetengah pihak..

Apabila bacaan Al-Quran dikatakan mutlak sampai pahalanya kepada si mati, ada pihak keluarga si mati mengupah orang-orang tertentu untuk membaca Al-Quran sehingga berapa lama..

Si mati terus me'nop up' pahalanya di dalam kubur. Kalau keluarga si mati kaya, lagilah banyak pahala si mati dapat..Kesian pula kepada yang miskin...

Kalau ikut hadis yang jelas, ada beberpa perkara je yang betul2 dapat menambah pahala si mati seperti ilmu bermanfaat, harta, dan anak soleh serta beberapa lagi...

Perbetul POLA BERFIKIR je.Peace :-)

nicemedicine berkata...

pencerahan yang bagus. kisah the ashram cat itu memang popular.
Disini ingin menambah, yang saudara max tulis tentang amalan yang terbaik adalah mencontohi Rasulullah.
Mengikut Fudhail Bin Iyadh, amalan yang terbaik adalah amalan yang ikhlas kerana Allah dan berlandaskan syariat Allah yakni Quran dan Sunnah.
Sebagai penambahan sahaja.

Unknown berkata...

hanif~

Terima kasih atas nilai tambah..