
Saya paling tidak menyukai lelaki yang tidak punya semangat,hidup tiada arah tujuan,hanyut mengikut arus kehidupan…
Lelaki perlu hidup dengan semangat.Semangat yang berkobar-kobar memberi nyawa kepada seorang lelaki..Lelaki boleh jatuh berkali-kali,tetapi setiap kali dia jatuh,harus bingkas bangkit kembali.Tidak mengenal erti putus asa..
Ujian dapat markah teruk,kalah dalam pertandingan,harus dianggap suatu proses untuk menggapai kejayaan,bukan rentetan gagal dan kalah..
APABILA ADAM BERTEMU HAWALelaki harus berpandangan jauh ke depan,ada visi dan misi..
“Ko nak nikah bila dengan dia??”pernah saya utarakan persoalan kepada kawan-kawan yang sudah berpunya buah hati pengarang jantung..
“Entahla…,”sepotong jawapan keluar..
Kalaulah itu jawapannya,depan-depan memang kena la sedas dua kawan tadi.Penangan terus dari saya..
Kalau sekadar mahu menduga hati dan perasaan seorang anak hawa,baik tidak payah.SMS dari pagi ke malam,dan berputar malam ke pagi,ayat berbunga-bunga,panas telinga kanan bergayut,telinga kiri pula memikul tugas..Tidak mengapa,asal mendengar suara si dia.Perut berkeroncong minta dilayan,mata yang minta didodoi manja, sanggup dilempar ke tepi…
LELAKI DAN GAMESanggup seorang lelaki bersengkang mata,berjuang demi bermain permainan computer.Berjam-jam menghadap skrin..
“Ko dah ok dah,cuma dah kronik sangat dengan DOTA nih!!!”selamba saya ‘bermanis mulut’ dengan seorang teman,sambil tangannya tangkas mengawal Syllabear.Tower sebelah kiri yang di'push' hampir dimusnahkan…
Kami tergelak bersama.Tidak menafikan, ada keseronokan dengan pertarungan maya,cuma tatkala terlebih seronok,alpa dan lena bermaharajalela…
Begitu juga dengan ‘kipas-kipas susah mati’ Liverpool atau Barcelona.Sanggup bersengkang mata menonton kelibat Messi dan Iniesta,Gerrard dan Torres,pada waktu dini hari.
Sanggup bangun,melepaskan dakapan hangat comforter,dan empuknya tilam…
Tetapi kalau diputar 360 darjah,berapa ramai sanggup bangun menghidupkan penghujung malam,dengan kerelaan hati nurani??
Jawapan saya,paling tepat.Mesti lebih ramai lagi yang sanggup bangun menonton perlawanan bola…
Baiklah,mungkin tahajud itu suatu fantasi yang sukar dijangkau..
Saya bertanya lagi…
Berapa ramai lelaki yang sanggup melepaskan selimut yang hangat un tuk menjawap laungan bilal pada waktu subuh??
Jawapannya mungkin tidak sulit untuk ditebak.Bilangannya mungkin boleh dihitung dengan jari..
Maaf,saya memandang rendah lelaki yang hebat berkata-kata,berani bangun di mata masyarakat,tetapi sekadar solat Subuh 2 rakaat cuma pun belum tentu lulus..
Usah bercakap isu Palestin atau Selatan Thai dengan saya.Anda tidak layak…
‘You are a loser”….
PRIA PUNYA SELERA
Biasa dengar kalimah di atas??
Iklan lumrah di kaca TV di Indonesia..
Iklan R.O.K.O.K……
“Ma,Mi tak nak pergi dengar ceramah Ustaz X !!!,”balasku suatu hari sewaktu diajak emak menemaninya ke kuliyyah Magrib di sebuah masjid berdekatan..
Hari itu giliran Ustaz X,seorang ustaz yang ada pertalian darah dengan keluarga kami..
“Dia hisap rokok.Mi tak dengar kuliyyah orang macam ni,”saya menjawap sebaik mungkin,bernada mulus dengan ibunda.Bukan tidak biasa menemani,cuma kali ini,saya mohon derhaka…
Ustaz dan doktor…
Jikalau ada yang menghembus asap rokok di depan saya,saya memandang rendah anda..
Bagi ustaz,cubalah nanti di Akhirat,anda hembuskan asap rokok di depan Rasulullah.Kita lihat bersama adakah Rasulullah gembira sambil meminta sebatang dari kamu…
Untuk doktor,saya ingin lihat kamu hembuskan setiap sejam sebatang rokok kepada isterimu yang mengandung.Mulakan semenjak awal usia kehamilan lagi…Dan kemudian kita cuba lihat bersama,adakah ‘cantik’ anak yang bakal dilahirkan nanti…
Ustaz dan doktor,andalah calon-calon automatic yang perlu dihantar untuk membebaskan bumi Palestin.Kalau terasa jauh,kita cuba-cuba di Selatan Thai terlebih dahulu…Saya cemburu pada kamu semua.Kamu sungguh berani walaupun sudah tahu bahaya yang bakal menanti…
Sayang sekali,’keberanian’ itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya…
ALASANNYA…..
Saya cukup tidak suka dengan orang yang suka beralasan…
Oh,tiada elektrik…Jawapannya tidur.
La,dah hujan.Jawapannya lena kejap..
Seorang lelaki adalah sosok yang proaktif.Dia tidak akan bersifat reaktif,tertakluk pada perubahan di sekelilingnya..Tiada elektrik,pergilah ke tempat punya elektrik.Masjid Ibnu Sina,Bale Padjajaran umpamanya..
Hujan??Boleh je,membuka helaian buku yang bermanfaat ataupun duduk menonton filem yang berguna..
Apa-apa perbuatan adalah bergantung pada macam mana kita berfikir dan bertindak…
Bergantung pada kita sama ada untuk melihat masih ada setengah air yang terisi di dalam gelas ataupun sudah kosong
setengah gelas itu…
Bergantung pada penilaian kita…
KESIMPULANSaya tidak bermaksud untuk menghentam sesiapa.Target saya dalam penulisan ini adalah SIKAP seorang bernama LELAKI..
Saya tiada masalah dengan sesiapa.Bak pesan murabbi di INTEC dahulu,kita berkawan dengan sesiapa,tetapi kita berbeza..
Berkawanlah dengan sesiapa,tetapi prinsip tetap terjaga..
Dalam berDOTA,saya suka menggunakan Rhasta…
Sesiapa tidak boleh menafikan kegilaan saya pada Manchester United,dari zaman Cantona sehinggalah sekarang..
“Saya ni pakar tentang rokok dan arak,tapi saya tak reti nak buat,”ulas saya kepada seorang sahabat yang bertanya..Manakan
tidak,saya tahu macam mana nak hisap rokok dan pandai dalam etika meminum arak.Nak minum Vodka ada caranya,Beer pun sama.Cuma tahu teori,praktikal belum lagi setakat ini…
Dalam bab keperempuanan,saya mengaku kalah.Saya belum berkahwin,jadi tidak boleh nak bercakap lebat-lebat.
“Teori je lengkap,praktikal entah ke mana,”perli seorang sahabat.Saya mengangkat bendera putih sambil tersenyum..
Sekali lagi,sasaran saya adalah SIKAP bukan orang yang bersikap dengan sikap itu..
Selamanya saya akan MEMANDANG RENDAH SIKAP itu.Bukan orang yang bersikap dengan sikap itu..
Saya bukanlah seorang yang sempurna,kebal dari semua sikap tersebut. Kadang-kadang,saya pun turut terpalit dengan sikap-sikap tersebut.Saya memandang rendah sikap itu,yang turut ada pada diri sendiri..
Yang penting,kita yang berstatuskan LELAKI kena sedar dan saling mengingatkan dan mengajak ke arah tajdid sikap..Perubahan bukan boleh dilihat dalam masa sehari dua,mungkin sampai ke mati,proses transformasi sikap itu berjalan..
Mungkin hari ini kita beluncas yang hodoh dan menggelikan,akan tetapi esok lusa,mungkin sahaja kita rama-rama yang mempesonakan setiap yang memandang..

Wahai LELAKi ,hidup hari ini berwajahkan ‘BELUNCAS’ ,realitinya ‘RAMA-RAMA’ hari esok….
Kitalah sang ‘BELUNCAS’ perindu 'Rama-Rama'...
10. (remember) when the YOUNG MEN fled for Refuge (from their disbelieving folk) to the cave, they said: "Our Lord! bestow on us Mercy from yourself, and facilitate for us Our affair In the Right way!"Surah Al-Kahfi:10