Ferrari Merah, bersimbolkan kuda hitam nan gagah, meluncur laju di trek.Sungguh menawan..Namun, tidak sampai beberapa detik, jentera secanggih itu terbalik, meletup beberapa kali di udara.Para penonton melongo, terkesima.
Itu Ferrari Merah..
Schumacher,Irvine,Massa,Raikkonen,Barichello antara yang pernah menjadi pemandu bagi ciptaan gah ini.Seperti kilat di garisan lurus, suatu ketika meluncur mencapai 300 kilometer per jam..
Para penonton masih kaget.Hanya kerlipan mata dan detak jantung menandakan bahawa mereka masih bernafas.Oksigen masih menjalar dalam darah daging mereka.Cuma posisi patung mati itu terus melekat.
Entah pemandu 'angkot' mana yang tiba-tiba diberi kesempatan mengendarai.Dari Bandung bumi si Sule, atau dari Jogjakarta,laman Merapi.Masakan hadirin dapat menebak benar.
Lantas, muncul di benak fikir yang hadir.
"Oh rupanya Ferrari Merah ini berbahaya.Tidak elok..Tak laju pun sebenarnya.Hurm.."
Lama-kelamaan, idea kehebatan Ferrari Merah dari bumi Itali, terhapus dari akal fikir manusia.
Nasib Si Politik..
Suatu ketika..
Berborak santai dengan beberapa orang pimpinan baru pelajar di Bandung, dan mereka adalah insan bernama perempuan.
"Politik itu kotor!"
Ayat biasa didengari.
"Hendak naik dalam politik,perlu membodek, ikut arahan orang atas.."
Tidak salah.Ada benarnya juga..
"Orang perempuan tidak minat politik!"
Yang ini juga, kepala hanya mengangguk setuju. Perempuan lebih suka kepada kecantikan,cerita Korea dan Jepun dan mungkin juga Irfan Bachdim.Hurm...
"Apa rencana 1Malaysia?"tanya seorang sejawat.
Diam membatu.
Belum lagi ditanya soalan-soalan tahap tinggi,soalan mudah pun belum tentu dapat dijawab.
"Siapa nama Menteri Pengajian Tinggi,Menteri Dalam Negeri?"
"Siapa nama Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat?"
Masih mujur jika jawapan yang diterima Ibrahim Ali, orang yang 'perkasa'.Walaupun salah, 'Datuk Paduka' ini masih lagi seorang ahli Parlimen.Malang nian jika soalan yang ditanya,dijawab dengan soalan..
" Dewan Rakyat itu apa?"
Untung bukan itu jawapan yang keluar..
Politik= Ferrari Merah
Jangan katakan politik kotor, kerana politik itu hanyalah alat.Dan alat itu bersifat neutral.Bergantung pada tangan si pengendali mahukan negatif,ataupun positif.
Ferrari adalah jentera hebat pada tangan Schumi, namun ia ibarat kereta lembu pada tangan seorang pakcik 'angkot'..
Salahkah Ferrari?
Salah itu pada sang pakcik..Kualifikasi dia belum memadai untuk mengemudi. Bukan sekadar jentera Ferrari yang rosak, malahan imej Ferrari merudum di mata khalayak.
Kesian..Kesian..
Begitu juga politik...
Politik itu kenderaan Rasulullah..
Hijrah Mekah ke Madinah itu strategi politik.
Menewaskan sistem riba Yahudi di Yathrib itu juga agenda politik.
Menghantar Musaab Bin Umair ke Yathrib, sebagai duta kecil juga sebagai perangkat politik.Setiap pintu di Yathrib, berpuluh ribu jumlahnya, habis diketuk oleh sang duta..
Datang Rasulullah, pasca hijrah, disambut puji dan syukur. Tanpa pilihanraya, Rasulullah diangkat sebagai pemimpin negara Islam Madinah...
Hebat strategi itu!
Aku Pedulisme..
"kamu datang mesyuarat agung kan?" tanya saya.
"Datang mengundi,mencari pemimpin baru kan?"lagi hujan pertanyaan.
Angguk dan angguk.
"Nak cari yang baru, kena lah tahu calon itu siapa, bagaimana orangnya, bagus ke tidak.Betul?"peluru masih belum tuntas.
Tiada gelengan.Hanya anggukan tanda setuju.
"Dan akhirnya seorang pemimpin baru dilahirkan.Kamu setuju, itu suara demokrasi.Kamu datang, hadir, tanda kamu peduli siapa yang akan memperjuangkan nasib kamu!"
"Hanya orang yang memikirkan tembolok sendiri sahaja yang masih tidur, bergoyang kaki di rumah!"
"Kerana kita orang yang peduli, makhuk sosial!"
"Kerana kita Melayu, yang semangat sosial, pemilik semangat gotong royong dan kepedulian sesama yang tinggi.Kerana kita Muslim, yang menjaga hubungan sesama kita!"
Dan begitu juga senario yang sama dalam politik negara tercinta sekarang.
Umur 21 tahun..
Umur ini sudah dikira bijaksana.Sudah boleh berfikir mana yang baik,mana yang jelek.
Sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, menjalankan pilihanraya umum sekitar 4,5 tahun sekali.Bermula pada 1955, sehinggalah pada kali ke 12, pada 8 Mac 2008.Dan khabar angin semakin memuncak, mengatakan bahawa pilihanraya sudah semakin dekat.Hanya menunggu masa Dato' Seri Najib mengatakan bila dan ketika.
Tanda kita peduli, kita hendaklah turun mengundi.
Hendak mengundi, kenalah mendaftar sebagai pemilih terlebih dahulu.
Masuk sahaja angka 21 tahun, terus mendaftar.
Sediakan salinan kad pengenalan, pergi ke pejabat pos, isi borang berkenaan, dan selesai.Anda sudah menjadi seorang pemilih, siap segar untuk mengundi bila-bila masa.
Syarat pertama AKU PEDULISME POLITIK sudah selesai.
Syarat kedua pula..Tika memilih calon manakah yang sesuai.Ini bukan proses memilih ikan di pasar,semudah itu. Memilih calon harus ditilik latar peribadi, agenda politik dan rekod perkhidmatannya.
Kaki lompat tolak.
Toyol korupsi tidak sesekali.
Pelakon adegan lucah di video, jauh panggang dari api.
Pencadang hub hiburan, lempar ke api.
Penguras harta marhaen rakyat, bakulsampahkan.
Bahkan perokok tegar,pencandu arak, tiada dalam senarai.
Orang Kelantan kata,
"Pakoh dacing ko bule?"
Pada saya, sama ada calon itu dari jenis yang 'mengangkasakan Melayu menjunjung keris', mahupun jenis bersimbolkan 'bulan purnama ', mahupun roket sekalipun, kalaulah dia ada ciri-ciri di atas, secara automatik, TERTOLAK.
Tolak ketepi agenda manifesto yang ingin dibawa seandainya diri sendiri pun lingkup akhlak, murah maruah menjual badan.
Titik...
Kerna Kita Muslim,Sebab Kita Melayu
Ayuh, mulakan langkah.
Kita makhluk sosial, bukan makhluk individu.
Usah difikir tembolok sendiri.Lapar mahu diisi, kenyang membuntal di kamar.Itu ibarat haiwani darjatnya.
Bukan disuruh menjadi Mahathir Mohammad,Nik Aziz Nik Mat, mahupun sesiapa. Apa yang diminta hanyalah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim mencari pemimpin, peranan kita Melayu mencari penghulu.
Pemimpin menunjukkan jalan nikmatan, satu duniawi, dan pastinya juga menjejak jalan ke Syurga..
Dan janganlah terus menuding pada 'Ferrari'. Ayuh tunggangi 'Ferrari', dan buktikan pada dunia bahawa kitalah penunggang 'Ferrari' handalan...
Perhatian :
Sedikit info berkenaan daftar pemilih dari http://www.spr.gov.my/
PENDAFTARAN PEMILIH | |||||||||||||
1. Latar Belakang | |||||||||||||
Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. | |||||||||||||
Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002. | |||||||||||||
2. Kenapa Anda Perlu Mendaftar ? | |||||||||||||
Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih. | |||||||||||||
3. Siapa Boleh Mendaftar ? | |||||||||||||
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut: | |||||||||||||
| |||||||||||||
4. Jenis-Jenis Pendaftaran | |||||||||||||
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu: | |||||||||||||
| |||||||||||||
5. Jenis-Jenis Pemilih? | |||||||||||||
Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan 2 jenis pemilih iaitu: | |||||||||||||
| |||||||||||||
6. Di Mana Tempat Untuk Mendaftar? | |||||||||||||
Untuk Pemilih Biasa | |||||||||||||
Sekiranya anda adalah warganegara yang telah layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih atau seorang pemilih yang ingin mendaftarkan pertukaran alamat pusat mengundi, anda boleh melakukannya di: | |||||||||||||
| |||||||||||||
Bagi warganegara yang tidak layak mendaftar sebagai PTH, tetapi berada di luar Negara, anda masih boleh mendaftar sebagai pemilih biasa melalui pejabat-pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. | |||||||||||||
Untuk Pemilih Tidak Hadir | |||||||||||||
Sekiranya anda adalah tergolong dalam golongan yang layak mendaftar sebagai PTH, ada boleh mendaftar di tempat-tempat seperti yang berikut: | |||||||||||||
7. Bagaimana Cara Untuk Mendaftar? | |||||||||||||
Untuk Pemilih Biasa | |||||||||||||
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu: | |||||||||||||
| |||||||||||||
Untuk Pengundi Tidak Hadir | |||||||||||||
Anggota Tentera | |||||||||||||
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu: | |||||||||||||
| |||||||||||||
Nota: | |||||||||||||
| |||||||||||||
Warganegara Malaysia yang Berada di Luar Negara | |||||||||||||
Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu: | |||||||||||||
|
3 ulasan:
politik di fitnah oleh manusia
cikeh kawaii~
Angguk..Angguk..
Ayuh bersihkan nama politik :)
bagus!
samhani
Catat Ulasan