Isnin, 6 Disember 2010

Sebuah 'Jerangkap Samar' Pola Fikir..



Alhamdulillah Tahun Baru Hijrah bakal menjelma.

Kiranya sudah 1432 tahun silam di mana perjalanan historis itu berlaku.Medan di antara Mekah dan Madinah bersaksi.

Dan seringnya kedatangan tahun baru hijrah dihiasi dengan pelbagai aktiviti ibadah.

Antaranya doa awal tahun dan akhir tahun..


Doa Di Ambang Tahun Baru

Asar terakhir tahun lama, ditutup dengan doa akhir tahun, dan Maghrib pertama Muharam tahun baru, dimulakan dengan bacaan doa awal tahun.

Seringkali di masjid-masjid terdapat acara sebegini.

Terus kepada pokok bicara.

Ada orang mengatakan bacaan doa ini sebagai BIDAAH,suatu yang tiada asal usulnya dalam agama.

Dan ada yang berhujah mengatakan DOA ini tidak salah, walaupun Rasulullah tidak mencontohkannya.

Pada pendapat saya yang ilmunya hanya sejengkal, ya, BERDOALAH, cuma sila betulkan POLA FIKIR dalam beribadah.

Berdoa disunnahkan, malahan jika berdoa pasti akan dimakbulkan.Itu janji Ilahi dalam Quran. Walaupun doa itu tidak persis dalam hadis,wujud dalam Al-Quran, tetaplah berdoa, dalam bahasa apa-pun.Arab,Melayu,Sunda,Inggeris, dan pelbagai yang lain..Kerana Dia Maha Mengetahui dan Mengerti..

Berdoa dengan ayat-ayat khas dalam bahasa Arab, walaupun tiada nas sebegitu, diwujudkan untuk memudahkan orang untuk membaca doa tahun baru..Al maklum, tidak semua orang mampu membacakan doa dalam bahasa Arab..

Silakan mencetak, membuku, dan sebagainya.Itu adalah pahala, ada ganjaran di sisi Robbi.Ya ,menggalakkan orang berdoa dan mendekati Tuhan.Pasti ada saham di situ..

Cuma pangkal masalah adalah apabila bacaan-bacaan doa sebegini dihadirkan dengan fadilat-fadilat.Fadilat itu bermaksud kelebihan,pahala-pahala yang bakal didapatkan.

Dari mana sumber pemberitaan sebegini?

Kalau ada ayat Quran,mahupun Hadis berkata sedemikian, apa-apapun, tunduk dan patuh seharusnya..

Seorang pekerja berkata,

"Oh bos saya suka warna hijau.Baik aku catkan pejabatnya warna hijau"

Gembira sang pekerja,dengan anggapan sang bos pasti memuji tindakannya.

Lalu sang bos datang..

"Siapa suruh warna hijau?Kan saya kata warna merah!"

Merah padam wajah sang bos.Anggapan itu meleset.Kesian sang pekerja walaupun dia ternyata ikhlas dalam mengecat pejabat,milik sang bos.

Begitu juga kita,walaupun ikhlas, jangan sesekali melampaui kata-kata Allah dan Rasul.Ya, Tuhan dan Rasulullah menganjurkan doa kepadaNya.

Berdoa agar lebih dekat,berdoa tanda seorang hamba.

Ibadah, seninya itu hanya milik Ilahi,disampaikan dengan perantaraan Rasulullah.Hanya Dia yang mengetahui apa mahunya..Namun,seandainya pada akhir zaman, wujud manusia yang mengatakan fadilat-fadilat dan kelebihan sekian sekian untuk ibadah tertentu, pastinya dia mendapat pancaran wahyu Ilahi.Tidak masuk dek akal, kerana Muhammad itu khaatim,sang penutup..Itu kalam Ilahi..


Jerangkap Samar

Menjadi kebimbangan pada diri, jika acara doa awal tahun dan akhir tahun ini menjadi suatu acara yang dikatakan sebagai SUNNAH RASULULLAH.

Manusia-manusia yang mungkin dangkal ilmunya mungkin senang untuk mengikuti.Disangka ritual khas dalam agama olehnya.

Sama-sama perbetulkan POLA FIKIR kita. Berdoa itu sunnah, waima apapun keadaannya. Ada bacaan khas itu mungkin tidak mengapa.Boleh mempermudah kaedah..

Namun jangan kita curang berpandukan fadilat yang bukan-bukan.Kita mungkin ikhlas 'mengecat warna hijau', tetapi sayang seribu kali sayang kalau Sang Pengarah mahunya 'berwarna merah'..Hati-hati dalam tindakan, tingkatkan pemahaman.

Semoga dengan hadirnya 1432H, kita sama-sama berazam untuk mempertingkatkan kualiti diri,demi agama , bangsa dan negara. Dan jangan lupa diselitkan sama dalam doa kita, pembebasan bumi Al-Aqsa di sana.

Selamat Tahun Baru 1432Hijrah...



Tiada ulasan: