Sabtu, 31 Julai 2010

Muslim versi Michael Schumacher..

Pengaruh adalah suatu unsur yang signifikan dalam medan kepimpinan dan dakwah.

Pengaruh bukanlah semata-mata diukur dengan banyaknya pengikut, berapi-apinya orasi di khalayak ramai, dan gahnya kostum luaran seseorang.

Pengaruh banyak ditentukan oleh integriti seseorang individu.

Dan bagi saya, saya susah untuk dipengaruhi sebegitu mudah.

Ada langkah dan tatacara yang harus dipenuhi terlebih dahulu untuk menambat hati saya.

Saya melihat, memerhati dari atas ke bawah, mendengar dengan mata dan akal, dan saya menjustifikasikan apa yang diperbuat dan dibicarakan oleh sang pemimpin.

Dengan neraca Islam berteraskan Al-Quran dan Sunnah semestinya..


Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Yang Kukenali..



" Dia waris, saudara Tuk Guru juga, asal Kelantan juga orangnya" suatu masa dahulu bonda bercerita.

Patutlah tidak pelik sekiranya pertuturan dialek Kelantannya ternyata masih pekat, masih berlidah budu dalam bicaranya.

Mastautin di ceruk Jengka, tetapi darahnya masih lagi Kelantan.

Dan tadi, ditakdirkan Tuhan, majlis kuliyyah ilmu di Dataran Ilmu Kota Bharu, dimulaikan oleh Ustaz Tuan Ibrahim, bekas Adun Jengka di Pahang. Sudah lama tidak bersua secara berdepan-depan dengan pemimpin hebat ini.


Medan PRU lepas, rezeki perjuangannya tersekat seketika di arena Jengka. Jengka dimenangi oleh YB Wan Salman(gambar atas) dari Barisan Nasional

Pertuturannya lembut, tetapi disulami ketegasan berprinsip.


Suasana Medan Ilmu Kota Bharu 30/07/2010



Islam Di Hati

" Kita tentang UMNO, bukan dengan orang-orang UMNO, tetapi atas dasar prinsip!"

" Bila kita bertemu, tegur sapa dan ramah mesra itu tuntutan Islam"

Kalibernya sebagai Naib Presiden PAS ternyata hebat.

" Rasulullah dulu, baginda membelai hati dan jiwa Abu Sufyan sewaktu Pembukaan Kota Makkah!"

" Rasulullah mengatakan, Sesiapa yang ingin selamat jiwanya maka masuklah ke rumah Abu Sufyan, pemimpin Makkah!"

" Islam menjaga hati dan maruah seorang pemimpin walaupun dia adalah seorang bukan Muslim!"

Runut-runut kalimahnya diutarakan satu persatu secara jelas dan tenang.

" Sehari dua ini, ada penulis blog tulis Haram Sani, Haram Jadah dan sebagainya, ini tidak betul, bukan cara Islam!!"

Benar sekali katanya. Sedangkan mayat Yahudi berlalu di hadapan Sang Rasulullah, baginda bangun memberi penghormatan.

Teguran diberikan kepada penulis-penulis blog yang tidak beradab sopan melabel SS Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria dengan pelbagai panggilan tidak baik. Mahu memperdengarkan bicara Islam, tetapi nuansanya nyanyian yang tidak diredhai Allah dan RasulNya.

Akidah dan perjuangan mungkin berbeza, tetapi penghormatan manusiawi tetap tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

Matlamat tetap tidak menghalalkan cara.

Tiada istilah Robin Hood of Sherwood versi Islam, dan juga tiada Pancho Villa of Mexico di dalam kamus kehidupan seorang pejuang Islam.

Hati saya damai mendengarkan untaian bicara Ustaz Tuan Ibrahim.

Berilmu tetapi merendah hati


Penutup Islam, Penutup Pergerakan Islam

Islam mahjubun bil muslimin, Islam itu tertutup oleh Muslim sendiri. Kata-kata mutiara dari Muhammad Abduh, seorang wirawan pejuang agama.

Enjin Ferrari memang berada di kelasnya tersendiri. Memecut sehingga 400km/jam dalam laluan lurus, itu adalah kemampuannya.

Syarat yang mesti dipatuhi adalah pemandunya mestilah Alonso atau Massa. Schumacher telah membuktikannya. Juara dunia 7 kali, 3 kali dengan pasukan Merah Hitam dari bumi Itali. Kuda hitam itu sentiasa megah di podium kemenangan.

Bayangkan jika sang pengemudi adalah seorang pak cik penarik beca di Bandar Hilir Melaka ataupun seorang supir angkot di belantara batu di Jakarta dan Bandung..Oh tidak tercapai dek akal waras insani.




Begitu juga Islam, sebuah revolusi yang cukup hebat. Hebat sebenar-benar hebat seandainya sang pendokong adalah Muhammad Al-Fateh, Salahudin Al Ayyubi, Umar Abdul Aziz dan yang lain-lain. Inilah 'Schumacher' yang sebenar-benarnya.

Keadaan boleh berputar 360 darjah seandainya mat-mat rempit, minah bohsia, couple jalan pegang tangan, pencaci maki di pentas ceramah, kaki gosip jendela, ahli keluar masuk penjara dan sebagainya, dibiarkan memandu suka hati ' kereta Ferrari' yang hebat tadi.

Silap-silap ngauman enjin pun belum tentu kedengaran.

Teringat kata-kata seorang sahabat.

" Kawe pun tawar hati nak ikut mana-mana organisasi Islam. Tengok orang tu ceramah agresif sangat, fanatik, jumud dan sebagainya!"

Nukilan kecewa seorang sahabat yang bernuansa Islami, tetapi kecewa dengan pendekatan segelintir individu dari gerakan Islam yang dikenalinya.

Islam yang cuba ditonjolkan oleh gerakan Islam itu , kelihatan jelek dan buruk di mata pandangannya. Semata-mata disebabkan 'promosi' yang buruk oleh ahli gerakan Islam tadi.

Promosi Islam ternyata mencacatkan wajah Islam. Sang tikus cuba membaiki labu, niat sang tikus baik, tetapi labu itu tidaklah semakin bagus, makin buruk malahan.


Tegakkan Islam Dalam Dirimu, Nescaya Tertegak Negara Islam Di Tempatmu

Hasan Ismail Hudaibi mengingatkan umat Islam akan hakikat ini.

Wajah Islam dicemarkan oleh orang Islam sendiri.

Walaupun saya tahu teh tarik manis dan sedap, tetapi apabila melihat air liur dan hingus meleleh, santun dengan pelanggan tidak dijaga, saya rela menjauhkan diri dari gerai itu.





Bicara Dr Asri Zainal Abidin ini wajar dijadikan iktibar dan teladan dalam kita mengamalkan ajaran Islami.

Islam itu adil dalam menilai dan memberikan hukuman. Tiada istilah pilih kasih dan matlamat menghalalkan cara.

Kepada saudara-saudaraku yang sama-sama bersyahadah, jadilah kita Michael Schumacher. Kita bukanlah sang penarik beca , bukan juga supirnya angkot..


p/s:

Rakaman kuliah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz di medan ilmu pagi tadi boleh dimuat turun di http://www.mediafire.com/?c5c2t3pycb618jr manakala rakaman kuliah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di alamat http://www.mediafire.com/?ewlzzcvd5vrbo3p

12 ulasan:

dr.illy berkata...

Jengka....

Lain dulu masa Tuan Ibrahim Tuan Man bawa dengan Wan Salman bawa..

Unknown berkata...

dr Illy~

Jengka, apa bezanya ye. Tetap sama fizikalnya, KFC baru dibuka, Felda tetap banyak.Hehe..

Dato Tuan hebat, berkarisma, penuh pengalaman.

YB Wan Salman, setakat yang dikenali, melalui borak dengan dia tempoh hari, masih lagi boleh dikategorikan baik.

Cuma wallahualam, setakat mana pembangunan sahsiah ditekankan di Jengka sekarang..

YB Wan Salman hari tu pun turut mengakui gejala sosial pun makin banyak, meracuni anak-anak Felda..

Al-Tuah Al-Shahab berkata...

salam,
suka dengar ceramah,
tak pernah nagantuk bila dengar,
tapi sakit telinga selalu

kecik hati pakcik beca kat bandar hilir kalau baca ni

cuba suruh Schumacher bawak angkot,
mesti cepat sampai tujuan,
kan bagus

dr.illy berkata...

fizikal Jengka pun dah banyak berubah.Projek rumah banglo sana sini,rumah teres lagi,KFC dan dengar kata pasaraya2 besar pun nak buka juga.Felda tetap macam tu jugakla.tapi bab pembangunan sahsiah tu memang dah mula sejak lama.tak mahu salahkan sesiapa.biarlah sesiapa pun yang memimpin Jengka,asalkan Jengka masih harmoni dalam agama sudah Alhamdulillah.Anak Jengka pun ramai yang tak duduk Jengka.Masing2 berebut jadi orang KL.Orang yang kena hantar ke Uitm di ceruk Jengka merungut2 kena masuk hutan katanya.Aduhai...haha

Unknown berkata...

Al Tuah Al Shahab~

Salam.. Part sakit telinga tu yang kurang best sikit, kadang2 sampai mencemarkan nama Islam..

Beca dan supir tu analogi sahaja..

Setiap manusia ada tempat sesuai yang dia boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara :-)

Unknown berkata...

dr Illy~

Jengka pun xjauh beza dengan tempat2 lain di Malaysia.

Sahsiah manusia semakin berkurangan. Dan atas kita yang memahami apa itu Islam untuk mengerakkannya dan memahamkan hakikat islam kepada saudara2 kita yang lain..

Kita adalah jambatan kepada mereka..

Be the message, as ustaz Hasrizal once said.

anyway, ke ceruk Jengka pun bagus juga. Cuma tidak sesuai la dengan mereka yang suka dengan One Utama, Midvalleey, time Square, Sunway, dan sebagainya..

Bagus juga, sebagai medan merasa relaiti.hehe

dr.illy berkata...

insyaALLAH..kadang2 memang orang tempatan sendiri yang mengharapkan muka2 baru,jiwa2 muda yang duduk merantau ke luar negar atau ke luar Felda ni balik buat perubahan kat tempat sendiri.Masalahnya tak ramai yang sahut cabaran tu.Padahal Illy rasa kat Jengka lagi senang nak buat program sebab Jengka masih "bandar orang Melayu" tau yang jelas2 rata2 penduduknya Muslim.Ha,nampaknya mereka tinggalkan cabaran buat Illy tu..hehe.

Kalau tengok kat Uitm tu banyak juga orang belah2 KL ni,yang semua memang Midvalley dan One Utama tempat utama.Apa yang bagus bila mereka ada,sistem pengangkutan bertambah baik(bas Jenka-KL yang dulu sejam sekali sekarang dah 30minit sekali),sistem sosial (baik ke buruk ek=p),sistem pendidikan pun(dah ada sekolah teknik,lepastu ditutup dan dijadikan Matrikulasi,ada kolej dan lain2).Biasalh apa2 pun masih ada pro dan kontranya..

Biarlah,yang anak watan Jengka belajar jadi 'orang KL'di KL dan di tempat sendiri,yang anak watan bandar belajar jadi orang susah sikit.Nama pun pelajar..haha

Unknown berkata...

dr Illy~

bagus2.. Ada wawasan yang future oriented.

Syabas bette , syabas..

Semoga Jengka akan banyak melahirkan orang seperti anda.. Anyway Illy, Insyaallah akan jadi ke sana antara 6-9hb ni. xpasti lagi, belum arrange waktu exact lagi..

org jengka berkata...

nak tahu ttg YB Wan Salman, tanyalah org jengka macam saya nih..haha

dr.illy berkata...

InsyaAllah..harap doanya untuk istiqamah dan berani melangkah=)

wah,jadi ye?jemput2..nanti illy bagi no.tel mama ataupun illy bagi no.tel a.fahmi kat mama boleh?senang nanti nak contact2.hari tu dah khabarkan kat mama dah juga.hehe

eh,ada orangjengka jugak atas ni.hehe

Unknown berkata...

Orang Jengka@ Al Sheikh Ustaz Fadhlullah~

Salam akh.. Nantila kita share borak2. Ambo dop leh nak menilai dengan adil, setakat bertemu muka sekali jah.Hehe..

ambo nak g Jengka ni. Ada denuh dop? :-)

Unknown berkata...

dr Illy~

Insyaallah.. Kena datang pahang dengan serampang dua tiga mata.

:-)