Ya, Jatinangor.
Bumi di mana kami , anak-anak Malaysia menimba ilmu dan pengalaman buat 4 tahun pertama kembara kami dalam menuntut ilmu perubatan. Sisa 2 tahun bakal dijalani di bandar Bandung, berdekatan dengan Rumah Sakit Hasan Sadikin.
Mulanya Kembara..
24 Ogos 2006, detik bertuah. Antara cita-cita dan air mata, bumi Jatinangor menyapa mesra, menyeka air mata rindu orang tua. Perjuangan bermula.
Katanya bumi Indonesia adalah wadah kelas dua, tiada setara dengan yang lain.
Kata-kata manusia ditelan saksama. Tauladan warga Merah Putih diserapkan sedaya ada, kejelekan direnungi jauh bersama.
Benar pepatah Melayu..
" Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain"
Saya bersyukur pada Tuhan, kerana di sinilah tempat menimba.
Dari tidak pandai mengaju pendapat, saya Alhamdulillah boleh berhujah sedas dua.
Dari pasif meringkuk di penjara kamar, mampu pula bergerak aktif ke sini sana.
Dari reaktif menuju proaktif, dan saya masih terus belajar.
Selongkar Tinggalan
Hati ini maha berat melangkah.
Dengan selonggokan tinggalan yang masih perlu dibereskan.
Projek itu dan ini.
Modul apa dan kenapa.
Silaturahmi sana dan sini.
Semuanya masih berlonggok, di denai sana.
Tetapi maaf Jatinangor, gamitan pulang tanah air disulami rindu bonda ayahanda lebih harus dijawab segera.
Terima kasih atas segalanya.
12 ulasan:
salam, Ayat2 menusuk kalbu... ~like
Touching sngt... mmng suka ayat dlm artikel2 doktor. penuh madah.. =)
Sayu hati baca entry ni...
Semalam borak dengan aak belakang rumah.Dia kata dia sunyi.Surau dah takde Fahmi,Amad,Radzi dan yang lain2 katanya.Kasihan dia.Rindukan kalian mubgkin...Huhu
takpe..tak jauh pon antara bandung dan jatinangor..selalu2lah jenguk kitaorg2 yg masih lagi kat sini..
mutiara solehah~
Salam..
Tak da la madah mana pun.Cuma sehabis baik tulis biar ada manfaat.
Terima kasih atas komentarnya :-)
dr Illy~
Illy of Caspel..
Nanti tolong kirim salam kat Yarid ye.Xsempat berjumpa dia borak2 dulu..
Ukhuwwah itu terasa dekat Illy, dengan semua orang di Jatinangor :-)
Anak Mak~
Memang xjauh sangat. Tapi itu suatu kehidupan dan prjuangan baru..
Insyaallah kan sentiasa datang dan berhubungan dengan anda semua :-)
assalamualaikum..
anak mak la yg plg sedih a.fahmi g bandung sebb die xde org nak bergossip..haha..peace..
selmt berjuang di sna ya dr zulfahmi..doakan kamidi sini untk meneruskan perjuangan
Waaaah...Suka la pulak nama Illy of Caspel tu!!haha
InsyaAllah,nanti Illy sampaikan salam kat Yarid ya=)
Hmm..tinggal2kan kami tapi jangan lupa2 kan kami disini..
assalamualaikum
you do remember this name, don't you?=p
best wishes for the next chapter in your life.
i am gonna have mine next year, wish me luck as well!
thank you for all those reminders you share with us.
please keep on reminding us via your blog,although you are no longer at jatinangor....
people come and go,memories remain...
wassalam
Syuhadah~
Waalaikumussalam.
Ada2 je Mek Sue. Korang semua ni macam adik2 sendiri je. Sayang korang semua.Hehe..
Terus istiqamah ya ukhti. Jom sama2 jadi lebih hebat, pakat bergerak Syurga secara berjemaah :-)
Illy of Caspel~
Di mata kita berpisah, di hati jangan sesekali..
Semoga terus istiqamah ye Illy waima apapun cara dan metode :-)
Melody~
Such a long time since ur last visit here..
Insyaallah sis. Semoga terus istiqamah ye, di Jatinangor, UKM dan sehingga ke akhir hayat :-)
Catat Ulasan