Di dalam sebuah pelayaran, seorang nakhoda kapal berdiri tegak di buritan. Pandangannya jauh, melewati sorotan luas saujana mata memandang.
Awak-awak kapal menfokuskan perhatian kepada sang nakhoda.Masing-masing menunggu dengan penuh kesabaran akan pokok bicara sang nakhoda.
" Makanan dan minuman dah dibawa naik?"
" Ubat-ubatan pula macam mana?"
" Jaket keselamatan, pelampung dan sampan semua dalam keadaan elok tidak?"
"Alat-alat komunikasi semua dalam keadaan optimum?"
Begitulah peri pentingnya peranan seorang nakhoda kapal. Pelayaran yang bakal ditempuhi jauh ke depan, diantisipasi setiap jenis masalah yang mungkin membawa onar dan sial.
Bersiap-siap dengan segala kemungkinan.
Ilmu, pengalaman antara ramuan yang perlu dilengkapi dengan mahir oleh seorang nakhoda. Di tangannya, segala kejayaan atau kesalahan terpikul di bahunya. Itulah beban yang harus digalas seorang bergelak nakhoda.
Nakhoda Kehidupan
Dalam sebuah kehidupan, lelaki adalah terajunya.
Sama ada statusya sudah beristeri atau masih bujang solo, kendali rencana menjadi tanggungjawab yang harus sedia ditanggung.
Waima menjinjing ringan, ataupun memikul berat, itulah kapasiti seorang lelaki.
Dan di dalam arena moden hari ini, antara komponen penting untuk kehidupan yang layak adalah sesuatu yang kita kenali sebagai WANG.
Wang bukanlah segala-galanya, tetapi wang penting untuk segala-galanya.
Yang penting biarlah tangan kita berkuasa terhadap wang, dan bukannya wang yang menguasai hati kita.
Dialog Bulanan
" Alamak duit dah kering. Biasiswa lambat lagi masuk!!"
" Kena ikat perut la lepas ni!"
Inilah antara dialog rasmi bagi para pelajar, terutamanya di setiap hujung bulan.
Apabila kocek penuh kembali, sakan berbelanja membeli itu dan ini, sampai lupa dunia. Sesal yang sudah tiada guna.
Setiap orang manusia berbeza-beza tahap kemampuan kewangannya.
Bagi yang berlatar keluarga yang berada, semua yang dihajati boleh didapatkan dengan mudah.
Blackberry berharga RM 2, 3 ribu.
Motorsikal baru berharga RM 5,6 ribu.
Komputer riba berjenama hebat.
Pakaian-pakaian berjenama luar negara.
Kalau ada yang mahu pulang ke tanah air, tiket pesawat ditaja secara penuh oleh orang tua.
Seandainya mahu kahwin, setakat hantaran belasan ribu ringgit dan lembu 2,3 ekor, ayah dan emak boleh menanggung.
Saya tidak menyatakan salah bagi yang mendapat kelebihan ini. Alhamdulillah, kurnia Tuhan buat mereka.
Saya cuma mengharapkan bagi yang mempunyai kelebihan, tolonglah bersifat empati kepada yang lain.
"Tidak semua orang seperti anda!"
Bagi seorang yang dari keluarga biasa-biasa, aliran keluar wangnya adalah cukup terhad. Setiap sen yang keluar perlu direncanakan terlebih dahulu.
Mahu telefon genggam yang baru?
Alamat menabunglah 2, 3 tahun.
Mahu pakaian, kasut baru?
Tunggulah beberapa detik menjelang raya.
Hati teringin mahu menikah?
Niat diundurkan terlebih dahulu. Duit belum ada untuk itu..
Cerita Seorang Teman
Saya ada seorang sahabat. Orangnya biasa-biasa dari penampilan luarnya. Tetapi hatinya sungguh baik.
" Berapa simpanan kau sekarang?" suatu hari saya bertanya lewat Yahoo Messenger.
Masih saya ingati, perkongsian saya dengannya tentang isu perkahwinan, tentang hantaran, mengenai persediaan dan persiapan kami sebagai seorang lelaki.
" Alhamdulillah kat sini, banyak benda yang boleh dijimatkan. Sekarang dah ada dalam RM 30,000!!" jawabnya spontan.
Saya terkesima. Cukup banyak jumlahnya.
" Dah layak nikah tu.." saya membalas dalam nada bergurau.
" Betul tu. Ada juga rencana ke arah tu, tapi sekarang, aku ingat nak bagi ayah aku la. Dia ada hutang RM 20,000 lebih. Aku nak bayar untuk dia. Lagipun dia tak berapa sihat sekarang!"
Saya terkedu.Sayu.
Rupa-rupanya ayah sang sahabat baru terkena serangan jantung.Mungkin banyak biaya yang diperlukan.
Hebatnya kamu, sahabatku!!
Cerita Seorang Adik
"Kenapa sampai gastrik, tak makan ke?" saya bertanya lewat sistem pesanan ringkas.
Tanggungjawab saya sebagai Yang Dipertua pelajar pada waktu itu dan memandangkan adik itu adalah antara yang rapat dengan saya.Saya meringankan diri bertanya, berkongsi masalah.
"Macam mana boleh tak ada duit, bukan biasiswa kan?" saya bertanya, penasaran.
" Saya dapat RM 800 per bulan, tapi bang..Saya hantar balik ke rumah RM 500!" dia membalas, masih menyempatkan diri menulis ikon smiley.
"Rumah kena bayar, elektrik, makan minum ayah yang sakit, adik beradik lagi. Kerja kilang emak manakan cukup!" jelasnya mulus tulus.
Ya Allah.. Maafkan aku, aku tidak mengetahuinya.
Pada waktu itu juga, hati saya terasa sangat perit. Masih ada insan semulia ini, berjuang di rantau orang, bertungkus lumus, perut sentiasa diikat..Pulangnya setahun sekali. Hati meruntun pulang, masakan mungkin dengan wang yang tiada.
"Mulia benar hatimu wahai adikku!!
Di sinilah, titik perubahan paradigma saya. Tidak semua pelajar yang
mendapat biasiswa tetapi masih susah, disebabkan boros berbelanja.
Bergeraklah Ke Arah Perkahwinan
Saya juga bukanlah berasal dari keluarga berada.Tetapi segala puji bagiNya, semuanya mencukupi.
Masing-masing ada keupayaan kewangan tersendiri. Subjektif per individu.
Bagi seorang lelaki, sang nakhoda pelayaran hidupnya, rencana kewangan adalah sesuatu yang perlu mendapat prioriti dalam kehidupannya.
Langkahan pemikiran dari usia dini harus dimulakan. Jangan sibuk memikirkan perkahwinan, kenduri, baju pengantin dan sebagainya, tetapi habuk pun tiada untuk berakit-rakit ke arah itu.
Di sinilah benih tanggungjawab sebagai seorang suami, nakhoda sebuah kapal rumahtangga, harus dipupuk dan bercamnbah.
Sang mertua, terutamanya sang bapa menilai di sini.
" Makan pasirkah anakku nanti?"
" Bagaimana kalau sudah beranak pinak?"
Melepaskan baton tanggungjawab seorang ayah kepada lelaki lain, adalah satu detik keputusan yang sukar bagi seorang ayah. Seorang ayah pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya, terbaik seperti dia memberikan yang terbaik untuk anakandanya yang tersayang..
"Adakah tatangan minyak penuh yang akan diberikan lelaki ini untuk anakku?"
Monolog seorang ayah pasti berbicara.
Mulakanlah..
Mulakan dari alam bujang lagi. Menabung sedikit-sedikit secara rutin.
Bagi yang berada di Indonesia, silalala sertai skim perkhidmatan simpanan yang diberikan oleh bank-bank di Indonesia.
Umpamanya, Bank Niaga ada meyediakan skim Niaga Mapan.
Setiap bulan, bergantung pada tarikh dan jumlah yang kita tentukan, simpanan kita akan dikeluarkan dari akaun utama.
Wang itu akan dikumpulkan sampai mencapai jumlah yang kita mahukan atau sampai tarikh yang kita mahukan, wang akan dikembalikan ke dalam akaun utama.
Ramai sahabat yang sudah mendaftar, bagi yang belum silakan.
Kalau dulu, kalau tidak silap, minimum persyaratan adalah Rp 100,000(Rm40) sebulan selama setahun.
Lumayan untuk setahun mendapat 1,2 juta secara tidak sedar.Hampir Rm 500.
Dan di sini, bukan untuk memuji abah dan mama saya, tetapi hasil didikan mereka membuatkan saya berhati-hati dengan pengeluaran wang.
Bagi yang sudah berumah tangga, simpanan pendidikan sebagai contoh, antara contoh yang baik.
Orangtua saya umpamanya, membuka akaun Tabung Haji untuk kami adik beradik semenjak kami kecil lagi. Setiap bulan, RM 10 dimasukkan ke dalam akaun kami.
Mungkin sedikit bagi sesetengah orang. Tetapi layaklah bagi kami yang seadanya hidup. Yang penting, abah dan mama mencontohkan teladan yang baik buat kami.Saya percaya orang tua anda juga ada perancangan yang tidak jauh bezanya.
Saya teringat juga. Dalam beberapa tahun dahulu, saya mendapat informasi. Jikalau sewaktu anak kita dilahirkan dan kita membuka akaun bank untuknya pada saat itu juga, dan dimasukkan sebanyak Rm 1000, ketika anak kita berusia 55 tahun, wang yang disimpan sebanyak RM 1000 tadi, tanpa dikeluarkan dan ditambahi, anak kita akan bergelar jutawan pada ketika umurnya 55 tahun..
Satu fakta yang menarik bagi saya..
Kata kuncinya, mulakanlah walaupun sedikit..
Jangan Ikut Trend
Belajarlah mengawal diri dalam berbelanja dan jangan senang mengikut fesyen semasa.
Orang ada IPhone, kita pun nak. Padahal tiada manfaat untuk diri.Lainlah belinya untuk kemanfaatan maksimum.
Orang pakat cari kasut Adidas terbaru, kita pun turut terkinja bersama, padahal deretan di rumah, masih banyak pasang kasut yang tersimpan elok.
Jangan menjadi insan reaktif terhadap suasana. Susah hidup jadinya..
Di sinilah erti disiplin dan keberanian berkata tidak sangat-sangat diperlukan.
Pendek Kata
Status kewangan bukanlah segalanya.
Tetapi apa berkisar tanggungjawab, banyak dipengaruhi oleh status kewangan.
Belajarlah bertanggungjawab wahai anak Adam.
Tanggungjawab itu bukanlah suatu proses pembelajaran alam skim cepat kaya.
Ia perlukan waktu dan pengalaman.
Jom jadi bertanggingjawab kawan-kawan Adam sekalian..
10 ulasan:
Mahu telefon genggam yang baru?
Alamat menabunglah 2, 3 tahun.
Mahu pakaian, kasut baru?
Tunggulah beberapa detik menjelang raya.
Hati teringin mahu menikah?
Niat diundurkan terlebih dahulu. Duit belum ada untuk itu..
assalamualaikum...suka dengan part ini.beginilah hidup saya juga.tapi hidup beginilah mengajar saya lebih matang dan bersederhana=)
abah dan mama juga yang mengajar kami adik beradik menabung...dengan sedikit ganjaran,siapa yang wang akaunnya lebih banyak apabila dicek abah setahun sekali akan dapat hadiah.yeay!!tapi sekarang dah tak boleh lawan lagi.saya dah ada biasiswa,angah dah ada kerja sedangkan yang berdua kat bawah masih belajar.mana nak terlawan..hehe.menabunglah demi masa depan anda..kikiki
ha,perempuan juga kena menabung untuk urusan pernikahan.takkan nak harapkan kepada bakal suami semata.sekadar pandangan...hehe=)
dr Illy~
Waalaikumussalam.
Pointnya adalah kalau ada perempuan di luar sana seperti anda, malu sakanlah lelaki yang tidak bersikap seperti anda semua.
Lelaki itu kan nakhoda kapal. Tetapi tak salah pun kalau anak kapal banyak yang cuba menyaingi sang nakhoda.
At least kalau nakhoda sakit, atau perlukan bantuan, adalah seseorang yang boleh diharap.
Dan terima kasih atas nilai tambah ye (^,^)V
nak kawen!!!
alamak!!duit xcukop.. (sedih sambil menundukkan muka ke lantai yg berhabuk..huhu)
wang bknlah perkara utama tp wang sbg medium penggerak..
sbg nakhoda,ilmu sbg seorg nakhoda lebih penting..
slmt beramal....hehe=)
perkongsian yg baik..boleh menyedarkan sdikit sbyk diri yg sdg alpa..
jzkk ya akhi..=)
dr.Zulfahmi- malu eh?kalau gitu memang nak ghoyak lah bagi malu sikit yang laki ini.perempuan ni nampak je boros tapi simpanan ada taw.haa...yang lelaki apa tunggu lagi.menyimpanlah..senang bila waktu susah nanti.hmmm..betul jugak tu.simpanan kami boleh menyumbang tika kapal perlukan bantuan.hehe
dr.once- usaha!usaha!jangan dok tekur lantai saja.haha..semoga dipermudahkan jalannya untuk anda berdua ye=)
pssst..ni blog siapa sebenarnya ni?macam saya pulak tuan blog =p
dr Once~
Sikap yang mahu kita cambahkan inilah satu metode mensolehkan diri, agar yang solehah juga mendekati.
Hehe.
Semoga berjaya untuk diri kita semua (^_^)V
dr Illy~
Saya jumpa banyak je perempuan yang berhemah dalam berbelanja.
Terutamanya bagi suami yang berpendapatan cukup makan.Tetapi yang cantik, adalah rezeki mereka barakah.Isteri pandai uruskan kewangan keluarga.
Siap boleh menabung untuk korban kambing lagi sempena Aidil Adha..
P/s : Blog cik Illy macam dah banyak habuk je. Exam dah nak habis kan?
Apa kata kita berlumba2 ke arah kebaikan. Ajak lagi geng blog berhabuk.Siapa ek? :-P
blackberry takdala sampai 2,3 ribu..haha
Hati teringin mahu menikah?
Niat diundurkan terlebih dahulu. Duit belum ada untuk itu..
+ sedih a camniii... +
Hafiz~
Gw mana tau donk.Hehe..Ingat wat Javelin jah wat mughoh siket
Ahmad Akmal~
Yang penting adalah usaha yang bersungguh.
Kan Allah dah janji,
" Sesiapa yang bersungguh2 dalam berbuat sesuatu semata2 untukKu, nescaya Aku akan menunjukkannya jalan"
Usaha, doa dan tawakal :-)
Catat Ulasan