Selasa, 22 Jun 2010

Sentuhan Positif Seorang Berjiwa Pemimpin




Kes 1 : " Ali, projek ni engkau yang kena buat!"


Kes 2: "Ali, tolong buat projek ni ye !"



Kedua-dua ayat di atas mempunyai maksud yang sama, tetapi di sini, ada benda yang berbeza.

Ya. Struktur ayatnya, jenis penggunaan gaya bahasa berbeza.



Pemimpin = Pakar Komunikasi


Saya bukanlah pemimpin atau ketua yang hebat. Saya tiada bakat itu, cuma saya bertatih dalam belajar. Setiap kali jatuh, saya bangun. Dan sekarang, saya masih terus belajar.

Sepenggal memegang jawatan, pengalaman ditimba cukup banyak, sebagai aset pelajaran untuk masa depan.

Saya belajar dengan orang, dan orang lain juga belajar daripada saya. Hubungan sinergis ini sentiasa wujud, jika manusia mencarinya.

Antara ciri seorang pemimpin yang baik adalah kemampuannya untuk berkomunikasi. Saya bukanlah seorang yang ahli. Bercakap sahaja, masih terketar-ketar, tergagap-gagap. Tetapi mungkin ada sedikit perkongsian ingin diceritakan.

Dalam ruang perbincangan atau mesyuarat, sewaktu tugas mahu didisribusikan, di sini, gaya percakapan memainkan peranan yang cukup penting.

Pemimpin harus membiasakan dengan penggunaan kata-kata positif.

Arahan diberikan kepada makhluk bernama manusia, dan manusia punya hati dan perasaan. Emosi positif perlu ditanamkan ke dalam hati mereka, perasaan itu perlu diraikan.


3 Perkataan Ajaib..


Terima kasih..

Setiap kali permintaan dianjurkan dan arahan telah dilaksanakan, seorang pemimpin harus pandai mengungkapkan ucapan terima kasih. Bukan ucapan terima kasih secara formaliti, tetapi berterima kasihlah seikhlas hati.

Pandang anak mata si anak buah, jabat tangannya, tepuk bahunya, dan ungkapkanlah ucapan ini. Nescaya, orang bawahan kita akan terasa dihargai. Kita bahu membahu dalam menjayakan suatu program , masing-masing ada tugasan tersendiri. Masing-masing punya lelah dan penat, ukirlah ungkapan ini, berbungalah hati, hilanglah anasir penat dan lelah.


Maaf..

Seandainya, ada kesalahan, kelewatan tercipta, ringankanlah diri untuk merendahkan hati untuk menyusun sepuluh jari , pinta kemaafan, hatta dari orang bawahan kita. Mengakui kesalahan tidak akan mengurangkan martabat seseorang, bahkan ia tanda keberanian seorang perwira.

Ucapkanlah dengan tulus, pasti manusia senang menerimanya, dengan syarat, kesalahan dan kelewatan adalah sesuatu yang bukan kebiasaan atau tabiat peribadi diri.



Tolong..

Setiap kali mahu bekerja, atau meminta sesuatu dibuat, raikanlah hati manusia. Gunakanlah perkataan tolong sebaiknya..

Seperti contoh di awal artikel di atas, kedua-dua arahan bermaksud sama, tetapi tindakbalas manusia yang mendengarnya seringkali berbeza.

Manusia lebih suka bertindakbalas, memberi reaksi positif apabila perkataan 'tolong' digunakan.

Hati yang diraikan, tidak akan membuat sesuatu perkara atas dasar terpaksa, hati membuatnya dengan rela dan suka.


Kata Paling Penting

Kita

Seringkanlah menggunakan perkataan ganti diri ini. Kita adalah perlambangan anti- pentingkan diri sendiri. 'Kita' mengajak semua orang untuk berpartisipasi.

Kita.. Kita..Dan kita..

Dan jauhkanlah dari perkataan..

Aku

Aku adalah lambang kemegahan diri, berfikir untuk diri sendiri.

Seorang pemimpin yang sering ber'aku-aku', susah untuk mendapatkan perhatian dan kepercayaan orang.





Alhasilnya

Saya juga terus belajar. Kadang-kadang, saya juga terbabas. Ilmu dan pengalaman ada waktunya terlupa dek minda.

Sampai sekarang, kalau saya diberi arahan atau disuruh untuk membuat sesuatu, saya sukar menerima orang yang susah mengungkapkan perkataan TOLONG di pangkal ayatnya..

Sehingga kini, kalau saya bekerja untuk sesuatu bersama-sama dengan manusia lain, saya suka mendengar ucapan TERIMA KASIH. Bukan mahu meminta, cuma tolonglah raikan perasaan manusia lain.

TERIMA KASIH oleh seorang atasan, akan meningkatkan motivasi untuk terus bekerja seorang bawahan, dan TERIMA KASIH kepada orang atasan juga tanda penghormatan seorang bawahan.

Pendek kata, hubungan antara manusia memerlukan penggunaan kata-kata ini dengan efektif dan efisien.


Asas

Setiap pemimpin harus menguasai bahasa positif yang asas ini.

Saya teringat sepotong hadis, terdapat di dalam hadis ke 40 dalam Hadis 40.

" Jadilah kamu di dunia seperti seorang asing atau pengembara"

Fokusnya bukanlah kepada matan atau isi hadis, tetapi pada penceritaan gaya Rasulullah dalam membicarakannya.

Ibnu Umar terlibat dalam perbicaraan ini dengan Rasulullah.

" Rasulullah mendekatiku, dan memegang bahuku.."

Kemudian barulah sang Al-Amin Muhammad, melantunkan nasihatnya.

Bagaimanakah perasaan kita apabila dinasihiti dalam keadaan sebegitu seperti Ibnu Umar?

Sang hati pasti berbunga, kata-kata nasihat terus menusuk kalbu.

Sentuhan dan bahasa yang cukup positif.

Rasulullah sudah mencontohkan, bagaimana kita pula, wahai para pemimpin...

8 ulasan:

syuhadah berkata...

Assalamualaikum..
nice one..communication memng sngt penting..dalam berorganisasi bnyk mengajar kita untuk bertutur dengan lebh baik..

sesuatu perkara itu akn menjadi indah apabila kita pandai menggunakan bahasa..so,sesuatu kerja yg diberi akan lebih mudah diterima atau dijalankan jika yang memberi amanah pandai menggunakan bahasa.. =)

Unknown berkata...

Syuhadah~

Waalaikumussalam..

Terima kasih atas ulasan tambahan, yang menambah rasa artikel..

Jom berbahasa positif..

p/s : Lupa pulak. Untuk bakal2 ibu, ajari anak2 anda ini dengan bahasa2 sebegini.Insyaallah mereka akn membesar dengan akhlak dan budi yang benar :-)

Ahmad Akmal berkata...

Akmal menghampiri Fahmi,
lalu menepuk bahunya.
"terima kasih Abg Fahmi atas perkongsian ini".

Fahmi membalas,
"Afwan, jom kita pergi makan. Saya belanja".

~Alangkah indahnya pemimpin macam tu. Orang bawahan merasa diraikan.~

*nama adalah khayalan semata2, tiada kena mengena dengan penulis komen atau penulis artikel.

dr.illy berkata...

assalamualaikum..
like!like!alhamdulillah..perkara yang biasa pun boleh menjadi luarbiasa hanya dengan mengubah intonasi dan menambah satu perkataan2 ajaib ini.
perlakukan oranglain sama seperti mahu diperlakukan..berkata2 lah yang baik sebab ini pun salah satu cara kita bersyukur dengan nikmat berkata2 yang Allah bagi kan3??hehe

p/s:suka komen diatas=p

Unknown berkata...

Ahmad Akmal~

Pandai betul ye abg akmal kita ni.Hehe..

Insyaallah la deh (^_^)V

Unknown berkata...

dr Illy~

Waalaikumussalam..

Terima kasih atas nilai tambahnya.

Anyway, Illy dalam organisasi sekarang, pakat2 perhati la cara mereka yang memimpin macam mana.

Sama2 ambil pengalaman dengan melihat dan belajar cara orang lain bekerja..

Jom pakat2 berbahasa positif :-)

cik Nurul berkata...

comel dak baju hijau putih 2... ^_^

Unknown berkata...

Cik Nurul~

Comel..Comel..

Dan dia adalah seorang yang bersemangat dan positif :-)