Di abad ke 21, sistem manusia dalam bekerja semakin tertata elok. Waktu masuk bekerja ada 'punchcard', begitu juga waktu mahu pulang.Istilahnya profesional..
Bukan mahu menyalah ertikan semua pekerja sebagai suka mencuri tulang, culas dan sebagainya,namun, sistem ini tidak dinafikan akan memudahkan para majikan untuk mengecam 'kambing hitam' dalam syarikatnya. Manusia akhir zaman, perilakunya tidak dapat diantisipasikan oleh akal fikiran.. Sekalipun masuknya mungkin sahaja jam 9pagi tepat, tetapi ada kemungkinan selang waktu antara 9pagi sehingga jam 4 petang, ada kecurian masa yang dilakukan oleh ' kambing hitam' tadi..
Chatting, berinteraksi di laman sosial seperti Facebook, bermain permainan komputer dan mungkin sahaja melayani video atau filem ,dengan mahsyuknya di hadapan komputer meja masing-masing, mungkin antara senarai popular perilaku para pekerja di pejabat-pejabat. Segelintir bukan semuanya...
Titip ABSEN??
Mahasiswa mahasiswi mungkin belum mengecap erti sebuah pekerjaan.Dunia mereka masih lagi di ruang-ruang kuliyah dan makmal eksperimen. Tetapi jika diteliti, sudah ada 'benih-benih celaka' yang mulai ditanam semenjak usia setahun jagung..
Di Bandung khasnya..
Istilah tempatan 'TITIP ABSEN'..
" Tolong tandatangan untuk aku!!"
Ini pula lenggok bahasa rutin oleh segelintir mahasiswa Malaysia yang mula besar kepala, ibarat fakulti adalah milik bapa sendiri.Kelas tidak didatangi, disuruhnya sang teman menandatangani daftar kehadiran untuknya..
Lenggok celaka, lagi derhaka..
Celaka pada diri sendiri dan teman, derhaka pula pada Sang Penguasa di atas..
Pengalaman hampir 4 tahun dengan fakuti perubatan di sini, membungakan pelbagai pengalaman, ada yang manis dan ada juga , hempedu pahitnya..
Kehadiran perlu 100%. Sebarang ketidakhadiran perlu surat rasmi dari klinik universiti ataupun surat tunjuk sebab rasmi dari penjaga..Jika mahu berani mati melanggar ketetapan ini, alamat tiadalah nama kita dalam senarai mereka yang boleh mengambil ujian..
Nama anda akan dibuang, dicoretkan..Harus menunggu ujian susulan, di akhir semester. Sekali pandang, bagi saya, memang agak tegas. Lama-kelamaan, saya dapat menjustifikasikan kenapa..
Saya melihat administrasi dan para dosen ( pensyarah) kebanyakannya lunak dengan para mahasiswa. Tolak-ansur dan kerjasama banyak mereka fasilitasikan..Bab kelemahan mereka itu lumrah, tetap ada, tetapi USAHA ke arah perbaikan taraf dan infrastruktur itu ada dan sedang berjalan...
Saya mahu fokus kepada para mahasiswanya. Masalah mungkin sahaja muncul dari mahasiswa tempatan dan juga dari sahabat-sahabat dari bumi seberang , Malaysia. Masalah sikap, kedua-duanya ada dan punya.Sepakat...
Kedatangan 100% adalah untuk mendidik disiplin para mahasiswa,bakal-bakal doktor di masa hadapan. Walaupun 100% di atas kertas, sebenarnya ruang untuk bernafas dan 'cuti' sebenarnya masih ada. Budi bicara pihak fakulti sangatlah senang untuk didapatkan, asalkan kena pada tempat dan ketika. Keluarga terdekat kahwin, sakit, meninggal dan sebagainya, semuanya diambil kira..
Namun, sayang seribu kali sayang...
Ada 'sampah' mahu membikin onar. Peraturan diimplementasikan untuk menjaga keharmonian hidup dan tatacara dalam muamalah seharian. Pihak fakulti memberi ruang..
Walaupun begitu, seringkali dalam sejarah dunia peradaban manusia, pasti ada yang suka mengambil kesempatan atas sebarang kelonggaran. Titip absen, menipu surat sakit, dan sebagainya..Itu teknik murahan. Asam garam kehidupan mereka jauh lebih daripada kita. Mereka tahu, tetapi mereka membiarkan seketika..
Peraturan dibuat untuk mendidik, mengajar. Tutorial dan kuliyah itu kelengkapan teori seorang doktor, hadir kuliyah dengan bertandantangan sendiri, adalah gajet disiplin seorang doktor..
Masa adalah nyawa bagi seorang doktor. Seminit terlambat, pasti ada pesakit yang merana derita. Sakit bertambah parah boleh ditelan, kalau nyawa dan mati itu barang tagihan, amatlah penting orientasi dan pola fikir seorang doktor di sini..
Lambat itu boleh menendang celaka, apatah lagi kalau TIDAK HADIR terus. Itulah tsunami celaka bagi seorang doktor...
Segala-galanya bermula semenjak seorang doktor itu masih di bangku pengajian. Kalau setiap pagi 15, 20 minit lambat itu biasa, ini adalah orientasi seorang DOKTOR CELAKA..
Apatah lagi dengan yang PONTENG terus.Hanya ada ' hantu' menandatangani kehadiran untuknya.. Tidak layak bergelar doktor.
Jangan pentingkan tembolok sendiri wahai kawan.Hari ini anda santai, gembira, esok lusa siapa yang tahu..Andai pihak berwajib mengambil tindakan, memang patut dan PADAN dengan perangai anda. Pun begitu, cubalah dihala perspektif nilai kepada sahabat-sahabat di luar sana..
Celaka sendiri boleh diterima, kerana ia hasil adegan sendiri, Tetapi jika pihak berwajib 'merembat' semua anda dan sahabat anda yang tidak pernah terlibat dengan kejijikan ini, anda TANGGUNGlah sendiri SAKIT dan DERITA mereka yang tidak pernah bersalah, tidak pernah membenarkan perbuatan anda...
Laratkah slogan MAAF dilaungkan pada semua?
Mampukan MAAF itu diterima semua, ikhlas dari sudut hati nan dalam?
Berapa banyakkah pertanyaan akan dipertanyakan pada anda, pada hari yang tiada naungan, selain naunganNya?Mampukah anda menjawab kesemuanya?
Berhati-hati dalam tatacara, kelak badan sendiri yang binasa..
Kecelakaan Beragama..
Islam adalah agama penuh integriti. Bukan namanya Islam, kalau ponteng dan lambat itu kebiasaan peribadi.Itu hanya muslim plastik, muslim buangan, muslim pencemar agama, bangsa dan negara..
JPA,MARA, ATMA, FELDA menghantar kita belajar dengan wang rakyat. Wang rakyat adalah hasil usaha dan titik peluh segenap warganegara Malaysia..
Jerih-perih petani berkubang di laman sawahnya..
Perit tekak guru mengajar anak bangsa di muara sekolahnya..
Panas membahang sinaran mentari mengena kepala buruh-buruh di tepian jalan..
Ini namanya AMANAH. Belum lagi amanah ibubapa yang mempercayai seluruh jiwa dan raga, terhadap anaknya di bumi asing..
" Belajarlah sebaiknya anakku. Ibu selalu mendoakanmu!!"
Dasar Si Tanggang. Amanah ibu sanggup dipermainkan.Doa si ibu memohon kebaikan, namun kepalang hancur qalbu bonda, melihat si anak bermain celaka..
Juga ingatlah pencak munafik dalam arena kehidupan.Rasulullah pernah bersabda,
"..apabila dia diberi amanah, maka dia khianati!!"
Mahu memungkiri Al-Amin Muhammad, silakan seadanya..Jika pada hari ini, Rasulullah berada di kalangan kita, baginda pasti masih tersenyum. Tetapi ingatlah, Rasulullah tidak akan mengunjungi jenazah si celaka tadi.Dia tidak akan disolatkan, dan diiringi ke kubur..
Kerana apa??Kerana dia berada di dalam senarai MUNAFIK CELAKA, simpanan utuh milik Huzaifah..
Buat Kita..
Kemalangan etika ini sungguh mencelakakan. Diri itu pasti, sekitar juga barangkali..
Wahai sahabat, jauhilah kebobrokan ini..
Jika tertempel pada anda sikap ini, insafilah diri.Buanglah ke penjuru dunia sikap 'malaun' ini..
Andai degil masih bertakhta di hati, ingin kutanyakan padamu..
"Mahukah anda PAKEJ SEKSA? "
"Doktor CELAKA, Muslim DERHAKA, dan akhirat NERAKA..."
Tepuk dada, tanyalah iman...

6 ulasan:
salam,
pnah buat n cuba taubat,
bkn tabiat lama tp mula cuba di sini,
rasanya x guna salahkan org..
pedasnya di celaka Gapo,
bkn calang2 org,
insyaallah xkn buat lagi,
lmbt atau signkn org atau suruh org sign,
mohon doanya...
Tuah~
Salam..
Pernah buat gak.Tapi dah taubat..
Benda manusia cipta nie, wajib kita taati selagi tidak bertentangan dengan Allah dan Rasul..
Tapi tengok keadaan la.Lampu trafik wajib kita ikut tapi waktu pagi buta, jam 3,4 pagi kalau xda kereta, jalan je la...
Kes titip absen.Kalau perlu, sakit, pening, dan sebagainya, bolehla consider.Tapi kalau hampir tiap minggu ada, ini dah masuk kategori celakala.Hehe..
Semoga kita semua terlepas dari golongan ini.Ameen ;-)
Salam..
Kalau di UNPAD 100%, di tempat saya cuma 80 % attendance yg dperlukan utk blh masuk ujian. Tapi malangnya masih juga ramai yang sibuk menjadi penandatangan dan yg menyuruh ditandatangankan. Saya xpernah TA (Titip Absen), tapi pernah juga ponteng kelas, alasannya syg cuti 20% yg diberikan tdk digunakan..Kononnya ponteng nk dekat exam week utk bykkan waktu study, tp hakikatnya xstudy pun kalau x ke kuliah..
Sepatutnya kita sndiri harus mengerti apa tujuan kita ke kuliah sebenarnya. Mungkin kita blh baca sebanyak2nya sendiri tp hakikatnya pembacaan tnpa guru berakhir dgn pemahaman yg tersesat..
Sy sudah insaf.. Sekarang cuma x ke kelas jika ada keuzuran shj. Bagi teman2 yg lain, sedarlah..tanggungjawab kita bkn setakat markah ujian yg bagus, tp bgaimana berkatnya ilmu itu nnti sehingga blh diaplikasikan sewaktu mnjadi doktor..
Jgn nnti bila pasien tanya, "Dok, sy ini sakit apa?"
Bisik kita dlm hati: ,"Jap2..Patutlah aku xtau..aku xmasuk kuliah rupanya.."
Peringatan utk kita semua.. Terima kasih Gapo..
Mellow~
Salam..
Terima kasih atas perkongsiannya..
Saya menulis pun sambil mengingat diri jugak :-)
saya setuju..
Saya pun kurang berkenan dgn org yg minta titip absen (yang selalu) tp kalo shbt tu seorang yang rajin n tak pernah ponteng kuliah tapi tiba2 ada hal yg tak boleh dielakkan n terpaksa titip absen, itu saya ok je. Hehe:)
Rafahiah~
Hehe..
Emergency case.Ambulans, kereta bomba, kereta polis pun langgar lampu isyarat kan...
Keadaan biasa, jangan nak menggatal :-)
Catat Ulasan