Isnin, 8 Mac 2010

Surat Terbuka Buat Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI)



  • Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan selamat sejahtera, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pimpinan Kelab Umno Bandung Indonesia (KUBI) di atas jayanya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan buat kali ke 14,bertempat di Puri Khatulistiwa, kelmarin.



  • Tahniah dan takziah saya ucapkan kepada Pengerusi KUBI yang baru, sahabat saya, Farhan Saroni dan timbalannya Syed..Juga tidak lupa kepada Exco-Exco yang terpilih untuk memegang amanah mengendalikan KUBI bersama iaitu Hairul Firi, Illiyyinna, Hairina, Hafiz Shaarani, Arif Marsin, dan Qayyum. Semoga anda semua terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negara..



  • Saya percaya mereka adalah insan-insan yang baik, amanah dan bertanggungjawab dalam memikul amanah yang berat ini.Saya doakan mereka agar terus berada di atas jalan kebenaran.



  • KUBI, dari perspektif saya, sebagai seorang ahli biasa KUBI, adalah persatuan yang mendaulatkan kebajikan para pelajar walaupun namanya sediikit kontroversi kerana dipalitkan dengan nama UMNO. Jika dibuka perlembagaan KUBI, tertera jelas di Fasal 4, ASAS dan TUJUAN.. " Kelab adalah pertubuhan yang menyokong dan mendukung cita-cita parti politik UMNO Malaysia.." dengan huraian di bawahnya, menjelaskan objektif-objektif yang sangat BAGUS. Saya tidak ingin menyentuh tentang UMNO dan politik Malaysia, mungkin di ruangan lain pada masa mendatang, Insyaallah..



  • Di sini, saya ingin mengambil sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit warkah terbuka untuk pucuk pimpinan KUBI , untuk mengingatkan kalian dengan tugas yang maha berat ini..



  • Saya sebagai ahli biasa akan mengutarakan pandangan dan nasihat saya.Kerana agama, diin itu nasihat, dan di dalam Surah Al-Asr, kita Muslim diminta untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..Kali ini, giliran saya bersuara dan berkongsi, dan jika di lain waktu, silalah berbuat hal yang sama kepada saya dan orang lain.Saya berbesar hati untuk ditegur dan dibetulkan segala salah dan silap, asalkan caranya berhemah dan berakhlak..



  • Pertama sekali, bagi saya, KUBI sangat hebat selama 2 tahun ini. Cuma suka saya ingatkan , TUJUAN kita adalah KEBAJIKAN pelajar, bukan mengejar top 5 atau top 10 dalam ranking Kelab Umno seluruh dunia..Kalau dapat, alhamdulillah, jikalau tidak, itu bukanlah tanda kegagalan atau kemerosotan..



  • Kedua, saya percaya pimpinan sesi yang lepas adalah mereka yang bertanggungjawab dan amanah. Semua sahabat saya..Cuma AGM KUBI menampakkan kepincangan yang ketara di bahagian kewangan khasnya. Saya bukan ingin bersangka buruk cuma sekadar mengingatkan..Di dalam penghujung akaun sesi 2005/2007, baki akhir November 2007, adalah Rp 66, 361, 800, seperti mana yang tertera di Laporan Tahunan KUBI 2005/2007. Jumlah yang besar bagi saya..Tetapi dalam sesi 2007/2009, akaun dimulakan dengan Januari 2008 dengan jumlah awal sebanyak Rp 47, 937,00. Ada defisit hampir Rp 20,ooo,00.Ada kehilangan akaun untuk bulan Disember 2007 di sini.


  • Kemungkinan Rp 20,000,00 dikeluarkan ketika bulan Disember 2007 ini, di mana sesi pertukaran antara yang lama dan baru diadakan..Dan saya berharap ini adalah semata-mata kecuaian manusia yang tidak mendetailkan akaun keluar masuk dengan jelas dan sistematik..



  • Kita akan memahami had batas seorang manusia, pasti ada kesalahan dan ketidaksempurnaan. Dalam bab-bab kecil, itu lumrah. Saya juga bekas pemimpin organisasi pelajar, dan saya memahaminya. Cuma apabila bab tiada data melibatkan Rp 20,000,00 atau RM 8,000, ini memang sepatutnya dipersoalkan. Pengeluarannya harus jelas, tidak boleh ambil mudah dalam pengeluaran wang..INGAT, KUBI adalah milik semua ahli, pimpinan hanya menjalankan amanah. Adalah hak kami sebagai ahli untuk mengetahuinya...Saya sangat berharap sesi baru akan lebih kritis dan sistematik dalam menjaga perihal akaun dan kewangan ini, Insyaallah...



  • Ketiga, saya sebagai ahli, melihat adanya MASALAH KOMUNIKASI yang ketara di dalam internal KUBI. Buktinya, AJK-AJK bawah sendiri yang bangun mempertikaikan pucuk pimpinan atas. Saya mendengar dan melihat selama ini, tanpa memberikan komen..Cuma apa yang saya boleh kongsikan kepada MT Tertinggi, walaupun KALIAN PUNYA KUASA dan VETO, AMBIL KIRALAH pandangan AJK bawah dan JANGAN TERLALU BERAHSIA antara SESAMA SENDIRI. KEPERCAYAAN dan KESEFAHAMAN antara MT Tertinggi dengan AJK-AJK bawah adalah kunci kekuatan sesuatu organisasi. Jika tiada kedua-dua unsur ini, organisasi itu akan menjadi FIZIKAL YANG TIADA RUH, lemah longlai tidak bermaya..



  • Kesimpulannya, saya mengharapkan KESALAHAN dan KEKURANGAN yang JELAS TERTERA pada sesi yang lalu, mampu untuk diperbaiki oleh sahabat-sahabat dalam sesi 2009/2011. Saya mendoakan kalian semua agar sentiasa di bawah naungan rahmatNya..Ketahuilah, surat ini datang dengan rasa kasih dan cinta untuk melihat KUBI terus maju jaya dalam mendaulatkan agama, bangsa dan negara, dan tiada niat sedikitpun untuk menjatuhkan dan memalukan pihak pimpian KUBI.Saya sayang kalian...


Sekian, terima kasih..



Yang Benar,


Ahmad Zulfahmi Bin Mohd Kamaruzaman





...................................................................................................

Berikut artikel dari YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam tentang perihal ini..

Tuntutan Menegur Pemimpin

Telah berkata Saidina Abu Bakar setelah dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama:

“Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukan lah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah dengan ku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkan lah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…”(Dipetik dari m/s 27, buku itmamul wafa fi sirah al-khulafa, syeikh Muhammad bin afifi albajuri)

Seringkali kita mendengar petikan ucapan Saidina Abu Bakar semasa beliau dipilih untuk menjadi khalifah yang pertama bagi ummat Islam selepas wafatnya Rasulullah (SAW) dan bahagian permulaan ucapan beliau saya sertakan di atas sebagai rujukan sekiranya ada yang kurang jelas. Bagi saya ianya jelas merupakan ucapan yang memohon teguran dan pembetulan dari ummat supaya memantau beliau sebagai seorang khalifah.

Ini dipohon secara ikhlas kerana Saidina Abu Bakar amat menyedari betapa besarnya tanggung-jawab sebagai pemimpin ummat Islam. Tindakan beliau membawa implikasi bukan sekadar kepada ummat Islam sahaja, tetapi kepada agama Islam itu sendiri.Sepanjang ucapan beliau itu, tiada sebarang bentuk arahan agar diberikan kepadanya ketaatan secara membuta tuli. Malahan teguran dipohon sekiranya dianggap ada yang perlu diperbetulkan.

Bukan sekadar itu, Saidina Abu Bakar juga telah menyebut “Menyata yang benar itu adalah amanah dan pembohongan itu adalah khianat…” Ini membawa pengertian bahawa seseorang itu mestilah nyatakan secara berterus terang akan kebenaran pandangan dan tindakkannya, jika setuju katakan setuju, jika tidak katakan tidak dan mengapa. Janganlah pula menjadi si pembodek yang sebelum habis lagi ayat sudah terus menjawab, “kami setuju, wala’ dan taat!”

Jenis manusia yang sebegini tiada manfaat kepada jemaah. Malahan Saidina Abu Bakar menganggap mereka ini sebagai pengkhianat kerana mereka telah berdusta dengan meng’iya’kan perkara yang salah tanpa sebarang usul periksa. Terdapat kemungkinan yang di’iya’kan itu satu kesilapan besar dari sudut hukum atau strategi dan ianya membawa kerugian besar kepada jemaah.

Dalam pada itu, terdapat juga mereka berhujjah, “pemimpin sudah istikharah, kita ikut sahajalah”. Tetapi apa yang peliknya ialah, Saidina Abu Bakar sendiri yang mendapat Islam ditangan Nabi (SAW) tidak beristikharahkah? Sehingga meminta untuk diperbetulkan sekiranya salah? Golongan yang berhujjah sebegini, seperti kata DS Presiden di dalam satu muktamar di Kelantan satu ketika dahulu, “ingin memperkudakan Allah”. Mereka ingin Allah berkhidmat untuk mereka bukan mereka berkhidmat untuk Allah! Semua persoalan tidak mahu difikir atau dianalisa untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Mereka ingin Allah tentukan untuk mereka melalui istikharah pemimpin dan mereka akan ikut sahaja. Istikharah itu sememangnya digalakkan tetapi ianya tidak boleh digunakan sebagai hujjah yang qat’i dan masih perlu dibahaskan.

Sekiranya perbahasan menemui kebuntuan dan semua tidak tahu jalan keluar, maka dengan itu istikharah menjadi pemecah kebuntuan.Budaya taat secara membuta tuli ini adalah apa yang pernah dituntut oleh pemerintahan gereja suatu ketika dahulu. Kami adalah yang terdekat dengan Tuhan dan Tuhan bercakap melalui kami, kata paderi-paderi pada ketika itu. Oleh itu, sesiapa yang tidak mentaati arahan Gereja maka mereka dianggap berdosa dan melanggar perintah Tuhan.

Mereka diseksa sehingga mereka tunduk kepada arahan itu demi ‘menyelamatkan’ roh mereka. Islam tidak sebegitu dan gerakan Islam tidak boleh terikut dengan budaya seperti itu. Pemimpin mesti bersedia untuk ditegur dan pengikut mestilah digalakkan untuk menegur kesilapan pemimpin, sepertimana ucapan Saidina Abu Bakar.Itulah sebabnya dalam semua persoalan kita melihat Saidinna Abu Bakar berhujjah dengan para sahabat untuk mencari tindakan yang sebaik-baiknya.

Termasuklah juga dalam persoalan memerangi golongan murtaddiin. Hanya dalam persoalan perlantikkan Usama sebagai ketua angkatan perang beliau tidak berbincang kerana keputusan itu telah dibuat oleh Rasulullah sebelum Baginda wafat dan Saidina Abu Bakar tidak akan mahu menolak pilihan Rasulullah (SAW).Kaedah bermusyawarah ini sebenarnya dapat dipelajari dari amalan Rasulullah (SAW) sendiri. Dalam kisah peperangan Badr, Uhud dan sebagainya malahan dalam semua persoalan yang bukannya wahyu, Rasulullah (SAW) membawa berbincang dengan para sahabat Baginda.

Sekiranya tidak dibincang di peringkat awal sekalipun, maka dijelaskan selepasnya apabila didapati terdapat sungutan sepertimana dalam persoalan pembahagian Ghanimah selepas perang Hunain. Namun ianya tetap dijelaskan dan kebijaksanaan serta keadilan tindakan berkenaan menjadi nyata kepada semua. Tidak pernah teguran dan sungutan dijawab dengan menuntut wala’ dan taat semata-mata. Melainkan ianya di dalam situasi kerahsiaan seperti peperangan.

Walaupun dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah (SAW) berusaha menjelaskannya dengan sebaik mungkin dan apabila melihat para sahabat masih bersedih dan tidak berpuas hati, Baginda MEMINTA PANDANGAN dari isterinya Ummu Salaamah dan beliau menasihati Baginda untuk meneruskan upacara korban tersebut secara bersendirian. Apabila ianya dilihat oleh para sahabat yang lain, lantas mereka pun turut melakukan korban. Lihatlah sikap Rasulullah yang sanggup meminta pandangan hatta dari isteri Baginda sekalipun tanpa rasa segan silu.

Ini amat berbeza dengan sikap sesetengah golongan yang menganggap pemimpin dewasa ini hampir maksum dan tidak boleh ditegur atau dinasihat.Dapat kita lihat, dalam persoalan perjanjian Hudaibiyyah ini, tiada Rasulullah (SAW) menuntut wala’ dan taat dengan begitu sahaja, tetapi Baginda berusaha menjelaskan ketepatan tindakannya dan akhirnya tindakan Rasulullah (SAW) tersebut telah disahkan oleh Allah melalui wahyu yang diturunkan yang mengisytiharkan perjanjian tersebut sebagai satu kemenangan. Hakikat bahawa ianya sebuah kemenangan telah terus terbukti sehingga berlakunya Fathul Mekah hasil dari pelanggaran perjanjian tersebut oleh kaum Quraisy.

Berdasarkan semua yang di atas, konsep wala’ kepada pemimpin jelas tidak membawa erti ketaatan membuta tuli. Ahli berhak bertanya dan memohon penerangan dan pemimpin wajib menjelaskan, bukan sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat. Pemimpin yang tidak berusaha memberi penjelasan dan hanya sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat adalah pemimpin yang akhirnya akan menyebabkan robohnya institusi wala’, thiqah dan taat di atas sebab kelemahan diri sendiri. Mereka seolah-olah ingin menjadikan wala’, thiqah dan taat sebagai candu kepada ahli sedangkan pada hakikatnya, sekiranya difahami secara tepat, ianya bukanlah candu, tetapi lebih merupakan kepada rasa hormat menghormati dan keikhlasan dari kedua belah pihak.

Selain dari golongan pembodek yang ingin sentiasa meng’iya’kan pandangan pimpinan walaupun tidak memahaminya, terdapat juga golongan yang sentiasa ingin mencari alasan untuk membangkang. Mereka terus membangkang walaupun sudah dibahas dan dijelaskan berserta kekuatan hujjah yang telah terbukti tidak menyebelahi mereka. Golongan ini juga tidak berdiri di atas dasar “Menyata yang benar” tetapi lebih di atas dasar dengki kesumat atau agenda tersendiri yang hanya mereka sahaja yang tahu. Golongan seperti ini juga tiada manfaat kepada jemaah dan jatuh juga dalam kategori pembohong yang khianat. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua golongan seperti ini jelas tidak dapat menghayati konsep wala’ yang telah dianjurkan oleh Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah Islam yang pertama.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD







20 ulasan:

Dr Amad berkata...

Hati-hati...mungkin ada insan yang tidak suka mendengarkannya...jadi bersiap-sedialah =)

dr.illy berkata...

saya takut baca ini...hwaaaa...='(

Ahmad Zulfahmi berkata...

Dr Amad~

Hati-hati.Kalau xcakap, kalau Allah tanya, lagi la teruk nak jawab pe ntah nanti kat Mahsyar...

Ahmad Zulfahmi berkata...

dr Illy~

Saya pun takut time tulis.Tapi Insyaallah asalkan niat nak menasihat secara elok dan xda niat nak menjatuhkan, xda salahnya..

Kesalahan adalah resmi manusia.Cuma apabila salah, mengakulah dan perbetulkan..

Tiada kurang maruah dan martabat diri apabila kita mengaku salah..

Mr.NJ berkata...

Saya tidak berkesempatan untuk hadir ke AGM tersebut.

Tetapi, apa yang dapat diulaskan based on informasi dari rakan-rakan dan juga dari penulisan Gapo, dapat dilihat di sini, perkara dasarnya adalah hampir semuanya berkaitan dengan "kewangan".

Diharap, ada pihak yang dapat memperbaiki kelemahan yang ada di dalam KUBI, baik internal mahupun external. Ketelusan dan kejujuran itu sangatlah penting dalam kepimpinan.

Menjadi "Amir" atau "Amirah" bukanlah suatu perkara yang mudah. Jika mahukan jawatan semata-mata untuk populariti dan glamor, adalah lebih baik bagi anda untuk menjadi artis ataupun model.

Ingatlah, setiap sesuatu tanggungjawab anda sebagai pemimpin, kelak akan ditanya dan disoal-siasat oleh Allah.

Buat rakan-rakan MT baru, Tahniah di atas perlantikan anda. Buat Ex-MT, anggaplah teguran itu akan memberikan anda suatu momentum dan azam baru bagi urusan yang mendatang.

Akhir kata, ucapan maaf didahulukan jika ada terkasar atau tersilap bahasa.

Terima kasih.

Mr. NJ :D

Ahmad Zulfahmi berkata...

Mr NJ aka Adib~

Memang tak mudah bro.Jawatan ini ujian bagi pemegangnya.Senang sangat nak hanyut...

Pengalaman pun banyak mengajar.

Yang penting, kita-kita yang berada di luar ni jangan sekadar tengok dan lihat semata-mata, dan kemudian buat ulasan di belakang..

Perangai orang Melayu, depan-depan tak berani, belakang macam tak cukup mulut nak bersuara..

Kita kena suarakan pendapat dan nasihat dengan beradab dan berakhlak :-)

drrazi berkata...

beranilah kerana benar...

dan insafilah kalau salah...

kenapa perlu takut untuk tegur yang benar, dan kenapa perlu takut untuk terima teguran yang benar.

orang tegur tanda sayang...

nasihat pada pimpinan KUBI baru dan lama: jangan melenting kalau ditegur, jangan padam/buang teguran ikhlas orang yang menegur. (jadi jangan spam blog gapo lepas ni ye? rugi korang tak dapat ilmu jiwang gapo nanti. ngee~)

drrazi berkata...

terlupa, teguran yang ikhlas takkan terasa kalau dikritik kan?

so untuk teguran yang ni, saya nk kritik sikit. sikiiiit je....hehe.

pastikan data dan fakta anda yang anda tegur tu betul dahulu ye? takut kalau terfitnah nanti pahala tegur jadi dosa pulak. okai? jangan bersangka-sangka ok? bwk bincang, bercakap....komunikasi....peace.=)

Faridhil Athrash Bin Sallehan berkata...

gapo.. bg aku ape ko wt ni salah.. ko da slidik ke? ko xbaik wt mcm ni.. aku mmg mrh sgt2.. slidik n siasat la dlu.. MANUSIA msT la ade salah.. siasat la dlu.. jgn main nk hentam then ckp kt blog!! FITNAH kalo ape ko ckp SALAH!!! aku xleh trime ape ko wt n aku xsuke..

Faridhil Athrash Bin Sallehan berkata...

cube kire, Rp125k darab 300org.. brape?? cube kire.. makan kt Puri sorg je dah Rp125k.. kene la pK.. manusia mmg la buat ralat.. maaf sbb aku marah.. aku mmg akn marah bile org xtahu, then, wt spekulasi!!

FiRUs berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FiRUs berkata...

Assalamualaikum
Mr. NJ,
Astaghfirullah...kami mendapatkan jawatan yang dibebani ke atas kami sedikit pun tidak untuk mengejar populariti dan glamour...dan merupakan hasil undian daripada ahli-ahli KUBi sesi 2005/2007
Tlg betulkan penyataan, ataupun nasihat anda..Klu orang lain baca, dah timbul unsur2 syak wasangka
dalam hati pembaca.

Saudara Ahmad Zulfahmmi,
Mcm ni ceritanya,klu Saudari Bendahari menerima wang sebanyak Rp47.937.000,00 daripada Bendahari sebelum ini yang TIDAK termasuk dalam pimpinan KUBI 2007/2009, adakah cara lain bagi dia untuk menuliskan wang sebanyak Rp66.361.000,00 yang ditinggalkan oleh pimpinan KUBI sesi 2005/2007 sebelum perbelanjaan AGM pada waktu itu diselesaikan?
Sebab yang betul2 diterima banyak itu saja...(Rp47.937.000,00)
Pembayaran hotel bagi AGM 4 tahun lepas diselesaikan oleh pimpinan sesi 2005/2007.Saudari bendahari hanya dipertanggungjawabkan wang sebanyak itu (Rp47.937.000,00).
Saya percaya Saudara Ahmad Zulfahmi, pembaca2 lain di seluruh dunia yang membaca surat ini akan bersangka buruk, seolah2 ada penyelewengan wang di sini..belum lagi adik2 yang belum mendaftar belajar di Jatinangor ni sewaktu itu.
Klu ada masalah atau kurang mengerti sebaiknya bertanya kepada yang seharusnya...kepada kami2, mungkin anda boleh mendapatkan penjelasan yang lebih baik, kita boleh berbincang secara berdepan..Daripada menimbulkan syak wasangka..
Sesungguhnya, bukanlah niat saya untuk menjatuhkan sesiapa disini, melainkan menyatakan kebenaran, dari dalam hati saya, saya meminta maaf terlebih dahulu, kalau ada yang tersinggung.

Wassalam.
Mohd Hafiz Bin Idrus

Ahmad Zulfahmi berkata...

Atrash~

Terima kasih kerana sudi membetulkan.Aku percaya semua amanah..

Kedua, aku cuma nak benda itu dinyatakan dalam AGM dalam bentuk bertulis..

Ketiga, dengan aku ada laporan sesi 05/07 dan 07/09, semuanya xdinyatakan.Buktinya kat situ.

Keempat, semua ko cakap tu betul tentang harga dan sebagainya.Cuma my point is, tolong sertakan dalam laporan Bendahari. Itu sahaja..

Faridhil Athrash Bin Sallehan berkata...

mungkin sy ada slh psal hrga kt puri.. info terbaru yg sy dpt adalah rp75 per person..

Mr.NJ berkata...

Dearest Hafiz,

1. Teguran mengenai populariti dan glamor itu - bukanlah berniat untuk memburukkan sesiapa sahaja ahli MT baik KUBI, PKPMI, ataupun mana-mana persatuan pelajar yang ada di dunia ini.

Itu adalah contoh manusia akhir zaman, tatkala dunia modern sekarang, semua pihak mahu memimpin, tetapi, sesetengahnya mahu memimpin bukan kerana amanah, tetapi mahu memimpin disebabkan gila kuasa, pangkat, populariti, glamor dan sebagainya, seperti yang berlaku dalam negara kita sendiri.

Diharap anda jelas di sini, niat saya hanyalah mahu memberikan contoh dan juga teguran kepada mana-mana pihak yang membaca ulasan ini supaya ikhlas dalam kepimpinan. Mungkin ada kesalahfahaman di situ. Tidak berniat untuk memburukkan lagi keadaan mahupun sesiapa sahaja.

To all,

2. Saya tidak berapa mengetahui apakah masalah dalaman KUBI. Jika ada antara ahli-ahli MT KUBI yang bermasalah dengan ahli yang lain, eloklah diselesaikan secara personal terlebih dahulu sebelum AGM diadakan. Kan tidak elok kalau masalah antara MT disebarkan semasa AGM.

3. Point Gapo berkaitan isu kewangan.

Bagi saya, masalah kewangan ini memang akan berlaku di mana sahaja. Bukan sahaja di antara organisasi seperti KUBI, PKPMI, di antara manusia dengan manusia yang lain juga ada masalah kewangan. Saya cukup tidak enak jika sesuatu persatuan itu, bergaduh disebabkan duit ataupun kewangan.

Jadi point saya di sini, semua laporan yang disediakan haruslah lengkap dan details. Jika tidak, itu akan menyebabkan orang-orang yang membaca laporan sangat mudah untuk menjadikan ia sebagai suatu isu besar.

4. Sekali lagi, niat saya menulis bukanlah untuk memburukkan lagi keadaan. Saya cuma menyampaikan pendapat saya terhadap isu-isu ini. Tidak berniat sama sekali untuk menuding jari kepada mana-mana individual.

Kepada mana-mana pihak yang merasakan teguran saya itu ditujukan kepada individual, sekali lagi saya menyatakan, teguran dan nasihat ini adalah secara GENERAL, bukan kepada individual.

Terima kasih.

Ahmad Zulfahmi berkata...

Kepada Mr NJ dan Firus, tahniah kerana berhemah dalam menegur dan berkomunikasi.Saya menghargainya..

Bacalah entry terbaru saya..

Terima kasih..

nicemedicine berkata...

tahniah kepada saudara zulfahmi di atas teguran itu..
saya akui, saudara bukanlah menghentam pimpinan tapi adalah atas niat untuk bernasihat kearah kebaikan.
semua pengeluaran wang patutlah di catatkan.
cara saudara zulfahmi tegur telah mengingatkan saya kepada Hamka.
pada pendapat saya, saudara menegur pimpinan persis sebagaimana Hamka menegur mufti Johor suatu ketika dahulu.

Ahmad Zulfahmi berkata...

Nicemedicine~

Alhamdulillah.Ada jugak yang faham diri ini.Saya peminat no satu HAMKA..

Inilah TEGURAN SUCI saya.Terima kasih :-)

hepar berkata...

Salam,

Sebenarnya hal ni jelas. Tiada syak wasangka dan tiada perspektif buruk yang akan timbul jika diambil teguran ini dengan sebaiknya.

Betullah dari apa yang saya alami dahulu. Kritikan demi kritikan dapat dipadamkan jika kita berusaha membetulkan dan didahului dengan ucapan, maaf.

Hal yang Gope bawakan ni jika kita lihat asasnya mudah. MT maklumkan semua, ahlipun akan tahu. Tapi macam mana kalau hal ni (laporan tahunan) dibaca oleh pimpinan KUBI 10 tahun lagi? Jika dapat yang aggresif, senang-senang je boleh didakwa sebab KUBI ada sebuah pertubuhan yang sah, segala dokumentasi dan laporan kewangan tu sangat perlu diaudit dengan rapi.

Jadi menurut saya, apalah salahnya akaun sesi AGM 2005/2007 ditarik ke bulan pertama pimpinan KUBI 2007/2009. Untuk dokumentasi, minta bukti (resit pembelanjaan) dari sesi lepas. Tapi oleh kerana perkara ni tak diletakkan dalam laporan, tak disokong dan tak dibantah dalam AGM hari tu, tak pasti pula macam mana prosedurnya.

P/s: Tak sepatut komenpun. Orang luar tumpang lalu :)

Ahmad Zulfahmi berkata...

Hepar~

Tq ya atas pandangannya..