Rabu, 10 Mac 2010

Saya : Antara Sebukit Perasaan, Segunung Kesabaran dan Secebis Keegoan..





Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..



Biasanya dalam menulis dan berkongsi, jarang rasanya saya menjustifikasikan kembali setiap langkah dan pencak. Saya tahu buruk dan baiknya.Saya timbang kedua-duanya dengan saksama dan kemudian saya akan menulis, dengan penuh perasaan, datang dari hati..



Dua artikel saya yang terkini, tidak dapat dinafikan , mencetuskan kontroversi yang tidak sedikit. Persepsi manusia yang boleh melihat sesuatu benda dari semua sudut 360 darjah , mendatangkan aroma yang positif dan juga negatif. Terpulang kepada si pembaca mahu menghalakan ke arah mana..



Antara Saya dan Kelab Umno Bandung..


Seawal tahun pertama, saya tidak menafikan ada senior-senior mula mengajak dan mempelawa saya untuk turut sama dalam KUBI, sama-sama menggerakkannya. Namun, saya berfikir dan saya sudah menetapkan matlamat untuk memilih berjuang dalam PKPMI-CB.Bukan sebab apa, sebab saya tahu saya tidak cukup sabar untuk berada di dalam KUBI, sambil berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dari Malaysia, pimpinan Melayu ber'keris' .


Saya tidak pernah menganggotai mana-mana pertubuhan politik tetapi setakat ini, saya seorang yang cukup sedar tentang politik.8 MAC 2008, 2 tahun sudah, saya pulang ke tanah air dan membuang undi, dengan penuh bangga..



Politik..Saya tahu sepak terajangnya, pahit getirnya..Sebab itu saya memilih untuk tidak berada secara formal di dalam KUBI..Saya pasti tidak tahan.



Tetapi, hidup di dalam PKPMI-CB, juga tidak jauh berbeza. Banyak sabar perlu ditancapkan di hati, ada air mata perlu dikesat di pipi...Hampir sama, persis ,cuma lambang PKPMI, tiadalah berlatarbelakangkan keris Melayu, mengangkasakan Melayu dan sebagainya..



Dan pada zaman saya bergelar YDP PKPMI-CB, banyak tolak ansur saya junjung bersama. Dulu mungkin sedikit tidak selesa dengan KUBI. Tetapi saya memilih untuk bersama bertolak ansur dengan KUBI, kerana pada pandangan saya selaku YDP, matlamat KUBI sangat rapat, mirip dengan idealisma saya selaku seorang pemimpin persatuan...



Tenaga yang ada lebih baik digabung, membina situasi menang-menang, dari saling memburukkan dan menjatuhkan sesama..Itu harapan dan matlamat saya, dan sepanjang saya meneraju pimpinan PKPMI-CB, inilah orientasi saya..



Sering saya ingatkan dalam mesyuarat, jangan cari masalah, lebih baik bertolak-ansur, kepada teman-teman MT dan AJK persatuan.Selagi mana KUBI bermatlamatkan penghujung yang sama, mereka adalah SAHABAT kita. Kita tolong mereka, dan mereka tolong kita..



Alhamdulillah, semua memahami...





Saya...



Banyak insan apabila disebut untuk menggambarkan saya, pasti akan mengatakan saya berperwatakan lemah-lembut, kurang tegas dan sebagainya.Namun, jarang yang mengetahui bahawa saya adalah seorang yang SANGAT SENSITIF, mudah berkecil hati...



Sering kalau hati sudah terasa, sakit terhiris diderita, saya hanya menguntumkan senyuman. Topeng senyuman ini ternyata berjaya mengaburkan kondisi sebenar perasaan..



Saya juga seorang yang mudah marah,mudah menjadi emosi tetapi seringkali senyuman juga menjadi penawar penghancur irama negatif tadi..



Saya juga punya ego, tetapi pada banyak keadaan, saya tekan dan kecilkan ego pada diri. Saya mekarkan senyum sambil mengingati erti perjuangan diri dalam menjadi manusia bermanfaat untuk agama , bangsa dan negara..


Biarlah saya kongsikan perasaan di sini berkaitan KUBI..

Ada bahagian saya marah dan berkecil hati. Tetapi SENYUM jugalah menjadi tonik mujarab pengubat lara hati. Sangka baik sering saya iringi dalam kehidupan seharian...

Program Semaian Bakti di Kuala Kedah, Kedah..

Saya turun membantu, dan ikut berkontribusi. Program yang penuh manfaat pasti menjadi keutamaan saya..Cumanya, saya tidak berpuas hati dengan banyak ucapan dari pemimpin sewaktu acara. Ucapan boleh membawa kefasikan bagi saya, ucapan yang seakan-akan UMNO dan MELAYU itu adalah sebuah agama dan anutan akidah..Hati panas membara, taubat tidak akan datang lagi program KUBI di Malaysia..Kerusi dihentakkan ke sisi, saya keluar majlis!!!

Saya sayangkan Allah dan Rasulullah.Kerana itu arahan Kitab dan Sunnah ketika berada dengan orang mempermainkan agamaNya..Saya keluar!!

Saya marah pada mulanya pada KUBI. Tetapi lama kelamaan, saya faham itu bukan kehendak mereka. Semuanya di luar batas kawalan MT dan AJK.Semuanya datang dari atas...Sangkaan baik saya sebagai sahabat, memadamkan api yang dibarakan oleh para pemakai songkok hitam tadi...Saya senyum kembali..

Tan Sri Muhyidin Yasin Golf Charity, Bandung...

Saya memahami seperti biasa. KUBI mendapat giliran kerana sumbernya dari atas. Saya tidak menafikan langsung..Namun, saya berkecil hati sangat dengan para AJK. PKPMI-CB dimaklumkan, tidak mempunyai satu kuota pun untuk ke majlis makan malam, hatta saya sebagai YDP..Sering selama saya mendapat undangan, pasti saya sisihkan tempat untuk KUBI..Prinsip saya, tidak perlu terhegeh-hegeh meminta belas ihsan, saya ada maruah dan ego. Tetapi selepas difikirkan kembali, 2 hari sebelum acara, saya turunkan ego, bertanya kepada AJK yang berkenaan melalui SMS. Tiada balasan diterima cuma sehari sebelum acara, nama saya tersenarai dalam senarai mereka yang diberi pelepasan untuk terlibat dalam acara tersebut..

Saya masih sinis. Niat mahu memulaukan acara bermain di fikiran. Tetapi, saya senyum kembali dan bersangka baik dengan sahabat-sahabat saya. Mereka ditekan dengan hebat oleh orang atasan, emosi mereka tidak stabil..Dan mungkin sahaja, sebagai manusia, mereka terlupa..

Kesian mereka.Saya menghadirkan diri sebagai tanda sokongan. Demi sahabat saya yang saya sayangi, saya turunkan ego dan senyum kembali..

AGM PKPMI, 17 Februari 2010..

Hari ini, adalah penutup kerjaya saya sebagai seorang YDP. Saya bangga dengan pencapaian kami selama ini dalam memartabatkan KEBAJIKAN dan PERPADUAN para pelajar di Bandung. Saya melepaskan jawatan dengan tanpa sesal. Saya bangga dengan MT dan AJK PKPMI-CB.

Namun, saya kecewa dengan bilangan hadirin yang datang. Hanya dalam lingkungan 70 orang sahaja pada permulaan majlis. Saya menantikan untuk melihat sahabat-sahabat dari KUBI datang. Tetapi ternyata saya berputih mata..Hanya Farid dan Radzi, sudi menjengahkan diri.

Saya bertanya kepada seorang MT KUBI beberapa hari sebelum tarikh keramat bagi saya. Saya yang dianugerahkan dengan perasaan sensitif ini, terasa bagai disiat-siat hati.

"Oh, ada AGM ke Sabtu ni? Tak tahu la pulak!!"


Saya hanya mengukir senyum sambil mengharapkan apabila sudah mengetahuinya, mungkin dia punya hati untuk sudi menghadiri.Semoga Tuhan membuka hatinya..Tetapi, harapan saya tinggal harapan. Kecewa lagi...

Saya kembali senyum dan bersangka baik. Banyak yang sibuk dengan tesis, ada yang sakit dan sebagainya. Terima kasih kepada Feendi, sang Presiden yang bercuti di Malaysia,kerana masih lagi sempat mengucapkan tahniah lewat Facebook, saya menghargainya..


AGM KUBI...

Hati saya pernah berbisik. Buat apa pergi AGM KUBI, kalau mereka pun tidak pernah mahu menghargai. Sekilas rambu syaitan bermain di fikiran..

Tetapi, sekali lagi, saya tekan EGO saya. Saya senyum kembali dan berkata kepada diri..

" Nak jadi insan bermanfaat ni susah. Ibarat sebuah pokok, walaupun sering orang lempar batu, pokok tetap berkhidmat memberikan buah kepada orang.."

Saya senyum kembali..

2 hari sebelum AGM KUBI, bumi Cikuda menjadi saksi. Berpuluh-puluh pasang telinga mendengar dan bersaksi..Usai kita semua melamakan waktu sujud terakhir, mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat kita di Bandung yang sakit dan saudara kita di Palestin, saya beraksi di hadapan..

Saya menjadi bidan terjun memberi tazkirah berkenaan SUNNAH. Allah dan hadirin menjadi saksi, saya berkata tentang WAJIBNYA menghadiri undangan asalkan undangan itu tidak berunsurkan maksiat kepadaNya..

Saya menyeru sahabat-sahabat supaya datang ke AGM KUBI, datang memenuhi undangan, bertanyakan sebarang masalah dan kekeliruan dan tunaikanlah kewajipan untuk memilih calon pemimpin yang baru...

Ego di hati ditekan sehabisnya. Walaupun orang tidak datang AGM saya sebagai YDP, dengan surat undangan dan SMS dihantar kepada semua, saya tetap menyeru supaya hadirlah ke AGM KUBI...Hati yang sensitif tidak membenarkan, tetapi demi sebuah kebenaran dan keadilan, saya mengajak sahabat-sahabat di Cikuda untuk berpartisipasi..

Hari Ahad, AGM KUBI, saya datang alhamdulillah.Mengorbankan masa untuk belajar, tesis, berehat dan aktiviti lain...

Sesi pembentangan kewangan, saya berdada ke hadapan, memegang mikrofon. Tangan saya terketar-ketar, mahu bertanyakan soalan.Penyakit 'inferiority complex' semenjak kecil sempat singgah sebentar, tidak pernah benar-benar sembuh..

Saya secara profesional bertanyakan tentang peralatan dan harta KUBI, dan juga tentang akaun KUBI yang tidak jelas. Sejujurnya saya tidak puas hati, tetapi saya percaya dengan sahabat-sahabat saya..Tamat di situ, tidak perlu dipanjangkan ke luar AGM..

Usai dibubarkan sesi lama, saya menghampiri pimpinan baru, Farhan, memeluk dengan erat, penuh kehangatan, sambil mendoakannya..

" Jangan bimbang,aku akan menjadi penegur kalau ada salah dan silap!"


Sahabat-sahabat dari sesi yang lama, saya temui dan penuh senyuman dan ramah, saya mengucapkan tahniah. Satu persatu...


Tetapi malang...



Niat saya ikhlas, baik...


"Apasal ko, aku benci ko!!"




Tiba-tiba, huluran persahabatan yang saya suakan dibalas dengan makian dan sebuah kemarahan tanpa adab..


Senyum yang saya ukirkan dibalas kata-kata tajam seperti itu. Saya faham mungkin anda stress, anda penat, dan sebagainya..


Kalau ye pun, ada salah silap yang saya lakukan, saya tidak SUKA dimarahi, dihina di depan khalayak..Lebih-lebih lagi di depan adik-adik yang memanggil saya sebagai abang, yang menghormati saya...Terus saya tawar hati untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain.

Bukan apa, hati dah parah. Saya malas mencari masalah baru. Mungkin saya yang menghamburkan marah kepada seseorang yang tidak patut, dan mungkin juga saya akan dimarahi lagi...






Saya seorang yang sangat sensitif, penuh dengan perasaan. Serius hati saya hancur berkecai..Saya marah tetapi saya lawan agar saya tidak melawan api dengan api..Saya tidak membalas balik kemarahan anda, cuma apa yang saya mampu dan tahu, seperti biasa, SAYA SENYUM, lagi dan lagi..





Hati yang lara, dibawa ke penjuru dewan. Saya melampiaskan ketidakpuasan hati kepada beberapa sahabat.Cuba menenangkan..




Pulang ke rumah, saya berborak lewat telefon dengan Mohsein, sahabat saya di Bandung agar beban hati saya berkurang. Agar rasa terhina dimalukan tadi, mampu dicairkan..




Alhamdulillah, permintaan maaf sahabat tadi saya terima. Rasulullah juga tidak mampu sahabatku..Wahsyi, si pembunuh Hamzah, dihapuskan dosanya oleh Allah, sewaktu memeluk Islam, tetapi tetap Rasulullah mengelakkan diri bertemu dengannya. Bukan disebabkan Rasulullah benci, tetapi hanya kerana Wahsyi akan mengingatkan diri sang Rasulullah kepada Hamzah yang dicintainya...





Begitu juga saya, apatah lagi..





Kesannya mungkin adalah pada penulisan saya.Surat terbuka memang telah saya rancangkan seminggu awal.Para pemimpin di Malaysia, juga Rasulullah mencontohkannya..Dibuat terbuka agar boleh diambil pengajaran oleh semua. Disebabkan ini, saya berani...




Cumanya...




Setiap kali jemari beraksi, akal akan memandu fakta dan bicara, dan hati akan mengepalai rasa dan jiwa. Dan inilah istimewanya saya, saya menyampaikan dari hati ke hati dalam setiap artikel saya..Saya sudah benar dan betul..Bukti dan hujah di pihak saya. Cuma hati ini ternyata lukanya lebih dalam, goresan luka masih hangat dan pedih, pisau masih tertancap erat menikam qalbu..




Hati yang sakit sedang berbicara dengan hati-hati lain.Mungkin ia mahu dimengerti atau mahu dikasihani.Hati mengarahkan sang mata untuk menangis, akal tidak sekuat hati yang tiba-tiba bangkit hebat..




Kepada mereka yang berkenaan, saya SEJUJURNYA meminta maaf atas luahan hati saya.Akal berasas fakta tetap wujud, cuma rasa hati lebih dominan, dalam menyampaikan..


Saya punya segunung kesabaran, yang sering memujuk hati dan perasaan. Anugerah Ilahi kepada saya apabila menghiaskan hati yang sangat sensitif dan mudah merajuk, dengan SABAR yang cukup tinggi..SABARlah juga yang merendahkan ego yang bertapak di hati.





Tetapi kadang-kadang Allah mempergilirkan kemenangan. SABAR, kamu tetap kuat, namun, kadang-kadang lautan tsunami hati , mampu mengalahkanmu...




Terima kasih SABAR kerana seringkali menguntumkan SENYUMAN bermakna..




Terima kasih SABAR kerana mahu menjadikan saya seorang LELAKI yang kuat versi

Rasulullah, yang memiliki dan mengawal dirinya sewaktu marah.





Terima kasih....








13 ulasan:

hud berkata...

usah bersedih wahai saudaraku..
pahitnya segala apa yang dirasa,
aku turut merasa pilu yang menyeksa batinmu..namun ku tahu, dirimu cekal dalam menerima kekasaran dan meniup pergi api amarah..akan ada rasa manisnya segunung kesabaranmu..
manusia yang paling kuat adalah yang dapat menahan kemarahannya..

Al-Tuah Al-Shahab berkata...

salam,
senyum banyak membantu dlm hidup yg penuh cabaran,
Tuah juga sprti anda, cuma dia suka terus terang, dan senyum ketika marah,
senyum ubat mujarab!
sila tunaikan janji anda menasihati pimpinan baru

Faridhil Athrash Bin Sallehan berkata...

Salam gapo.. tahniah atas entry baru anda..
sy suka sikap trus trang anda dlm tulis blog..
n sy suka org yg senyum tatkala sakit or marah..
tahniah..
sy suka sbb anda xberdendam psal AGM PKPMI-CB & KUBI (mksud sy anda still dtg AGM KUBI even ko mrh sbb MT KUBI dorg xdtg AGM PKPMI korg..tahniah.. :)
psal yg org tengking ko tu. aku tau sape.. ko jgn la amik hati.. biase la manusia.. aku pn alami bende same mcm ko tyme AGM tu kt puri.. but aku sabar.. :) tp aku da luahkn kt org yg aku mrh tu spaya die tau aku mrh dia.. bukan sbb aku nk dia ase bsalah but sbb aku xnk dia wt bnde mcm tu kt org len.. ko wt la bende same if ko blum wt.. insyaALLAH ko tau ape sbbnye n ko bleh bntu die ubah cara die yg ko ase slh n ko akn tau knape die wt mcm tu.. k?

Faridhil Athrash Bin Sallehan berkata...

ok2..

ni bahagian -tive plak..
bg pndapat aku,
pemahaman ko & segelintir ahli IMAN (aku terpaksa mention whether u like it or not)
salah..
sbb ape salah?
sbb korg terlalu fikirkan politik dalam persatuan..
tak salah bfikiran politik sbb umo kite smua da atas 21.. kcuali bdak 1st year la kn.. hihi
but, dlm mslh kita sbg student,
korg xleh pandang KUBI sbg kelab politik.. mcm slalu ditekankn.. ko tau x.. knapa aku msuk KUBI??
sbb wktu awal 1st year, aku tgk, KUBI sgt2 bkualiti berbanding PKPMI..
kualiti dari segi apa?
aku tgk tyme AGM.. tsusun.. cantik..
best sbb kami kna handle..
tyme 1st year, AGM PKP agak hambar n kurang sambutan sbb xramai AJK 1st year.. so, aku TAK fikir POLITIK!!
aku masuk sbb KUALITI.. siyes tak tipu..
so, ksimpulan nye.. ko n sgelintir ahli IMAN or sape2 yg salah pemahaman or ideologi ni,
kna perbetulkan. aku tau,
KUBI bnaung dibawah parti ber'keris'
& IMAN n ko sniri bnaung dibawah parti 'BULAN'.. but, mulai harini,
sma2 kita ubah persepsi..
tiada KERIS mahupun BULAN dalam berpersatuan di UNPAD!!
is it OK??
sbb POLITIK selalu POLLUTED!!
kita juz apply benda ni dlm idup bpesatuan..
TOLONG fikir matlamat utama bpersatuan iaitu KEBAJIKAN STUDENT &
aku nk tambah, KEKELUARGAAN STUDENT..
jgn fikir politik!!
aku risau, if IMAN pegang ideologi yang salah iaitu, if masuk KUBI anda msuk UMNO maka lingkuplah KUBI pnye matlamat kt UNPAD ni..
pandanglah KUBI sbg kelab2 tyme kita bpesatuan tyme skolah mnengah..
aku TAK pernah pandang UMNO.. mybe
sgelintir ahli KUBI ada pikir mcm tu..
aku xpnh tpK pn msuk KUBI ni da msuk UMNO n kot2 nnT bleh jd pmuda UMNO.. xtringin aku..
so, ksimpulannya skali lg,
bila msuk bab psatuan mahasiswa,
jgn pikir politik!!

ok?

Faridhil Athrash Bin Sallehan berkata...

then, psal aktiviti kubi.
e.g kt smaian bakti..
aku tau, pmimpin2 umno asik promote
psal UMNO n kutuk2 parti len..
ko pekakkan tlinga & fokus kt
MENYEMAI BAKTI..
aku xdgr pn ape die ckp sbb
aku pn mnyampah..
aku tau byk slh nye.
so, aku amik benefit tyme kt SEMAIAN BAKTI tu..
aku enjoy dpt mnyemai bakti mnabur jasa..
bes sgt2..
ko xperlu nk kluar dewan pn actually,
ko pandang org yg ckp tu mcm
boneka..
sy juz mngarut kt dpan..
aku tau ko org kuat PAS..
aku plak org kuat DAP..
hahaha.. xdela..
xksah la ko org kuat mane2.
ape salahnya join aktiviti yg disponsor oleh org UMNO ke arah kebaikan..
n alhamdulillah ko join.
jgn join sbb ko kesian kt SAHABAT kt KUBI, but joinlah sbb tu
aktiviti kemasyarakatan.
k?
(pandai je aku nasihat)
terimalah if ko ase perlu..
aku nasihat bkn sbb aku bagus,
but, aku btolkn ape aku ase salah.
tu je.. tak bajet bagus pn..

*panjangnye komen aku..*haha

Faridhil Athrash Bin Sallehan berkata...

ko nampak x ape aku nk sampaikan?
pandanglah KUBI sbg saluran kedua slepas PKPMI..
actually, kubi ni ade bagus gk..
sbb dia sediakn variasi kt student..
contohnye, PKPMI-CB byk wt program
kbajikan sesama ahli & mybe susah nk wt program besar sbb dana.
so, adanya KUBI, kita dpt join aktiviti2 besar yg positif.
contoh semaian bakti.
aku puji aktiviti IMAN yg dia
wt CryNoMore & yg kt m'sia tu..
but, try serapkn kt PKPMI..
so, sume ahli bleh join n nonmuslim xdela
ase ragu2 nk join.. sbb IMAN of course la untuk muslim..
huhu..

so, dgn adenye KUBI gk, kite
dpt satu ag alternatif baru dlm bpersatuan..
but, be careful..
bila ada dua psatuan, akn
ada pecah belah..
so, kita try bykkn kolaborasi..
so, xperlu nk bsaing2..

ok2..
finally at last,
aku nk ckp,
jgn la sekat ahli IMAN dari join KUBI.. please sgt2..
kcik hati kubi..
bila korg wt mcm tu,
seolah2 korg mcm anggap KUBI
ni psatuan neraka.. hoho..
jgn la wt mcm tu..
apa slhnya ahli IMAN join kubi
or jd AJK KUBI..
xde salahnya..
asalkan niat, matlamat die betol..
nk jaga kebajikan student..
k?? aku harap sgt..
aku kcewa if hal ni brulang..
(aku mntak maaf if aku pndai2 wt
crita.. ni ape yg aku dpt tau)

akhir kata,
renung2kn..
PKPMI-CB & KUBI saluran KEBAJIKAN MAHASISWA & keluarga MAHASISWA MALAYSIA di Bandung..
sekian.. wassalam.
Wallahualam.. :)

Faridhil Athrash Bin Sallehan berkata...

haaa. ade lg.. psal yg AGM tu.. mybe org yg xtau info psal PKP tu mybe die
xdpt jarkom or info psal meeting tu.. think +tive je la..

then, psal TSM..
aku antara AJK awal2 jumpe
dato' plaksana..
die kate..
die utamakn ahli KUBI..
die xckp sdiakn seat utk MT PKP..
so, mybe AJK plaksana TSM tu
xpK utk sdiakn seat utk MT PKP..
sbb TSM Charity pnye plaksana (dato2 n so on) ckp juz sdiakn seat
utk Presiden2 kelab umno srata indonesia..
but, spatutnya AJK KUBI kna la
pK gk seat utk MT PKP..
mungkin lupa..
sama mcm situasi aku tyme
Dato' Shabery Cheek dtg..
aku mmg LUPA!!
bukan aku xnk sdiakn seat utk MT
PKP..
kdang2 benda2 simple mcm ni
pn kita lupa..
mujur Yoyo sms aku tnye seat PKP..
n aku baru sediakn..
aku mmg lupa.. n aku ase MT KUBI pn
mybe tlupa psal TSM tu..
aku wakil KUBI mnyusun jari mmohon
ampun & maaf kt ko n MT PKP..
aku tau mmg bende mcm ni akn wt korg
trasa.. but, past is past.
kita try ubah k? lpas ni..
all the best gapo!!

Unknown berkata...

Hud~

Terima kasih kerana memahami..

Unknown berkata...

Tuah~

Senyumlah seindah suria, yang membawa cahaya..

Senyumlah dari hati, duniamu berseri..

tq :-)

Unknown berkata...

Atrash~

Salam..

Terima kasih kerana berhemah dalam menulis..

Alhamdulillah banyak part setuju..

Tapi ada nak komen sikit..

1st, politik sebahagian dari ISLAM. Jadi selamanya politik akan dekat di hati..Masalahnya adalah pada orang yang BERPOLITIK, tidak kisahla sama ada dari UMNO, PAS, DAP..Semuanya ada rekod buruk dalam pandangan diri..Cuma , ambillah sebagai teladan...

2nd, tentang IMAN. Itu namanya sangka buruk adikku. Tolong bagi facts n figures tentang ajk IMAN boikot KUBI. Kata2 manusia tanpa bukti, itulah sangkaan.

Sedangkan diri ini sendiri, menaikkan nama sahabat sendiri dalam KUBI,Radzi, kerana kualiti yang ada pada dirinya. Kalau ada yang berpandangan sedemikian , itu mungkin sahaja adalah pendapat peribadi. Bukan sahaja tertakluk pada IMAN, mungkin sahaja dari saluran2 lain.

We ask people to thik positive, it should also start from us, ourselves to THINK POSITIVELY to others..

3rd, tidak timbul isu xnak kolaborasi. Prinsip ini jelas tertera..PDI dan INFO, Keseniaan dan Kebudayaan, IMAN dan BAIK, SUKAN dan sebagainya..

4th, tiada masalah LANGSUNG nak berpartisipasi di mana, sama ada KUBI atau PKPMI. KIta bekerja keranaNya, kerana DIA yang akan menilai.asalkan ada manfaat untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA.. Yang sengal adalah, mereka yang dok GOYANG KAKI, REAKTIF, DATANG MAKAN SEMATA-MATA dan AGM KUBI dan PKPMI xpernah nak pergi...

Lastly, TERIMA KASIH Kerana banyak memberi pandangan bernas dan berhemah. Alhamdulillah, I Loike It :-)

Faridhil Athrash Bin Sallehan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
EdAlia berkata...

Salam,
Sy hanyalah pembaca setia blog saudara..
Pertamanya, tahniah kerana keihlasan yang ditunjukkan dalam tulisan-tulisan saudara.
Keduanya, saya setuju, politik tidak boleh diasingkan dalam kehidupan. Mana-mana pun ada politik, dalam keluarga, antara kawan-kawan. So tak boleh cakap jangan campurkan itu atau ini dengan politik.
Ketiga, tahniah kerana masih mampu tersenyum di kala hati sedang sakit. Saya pun pernah ditengking oleh sahabat sendiri di depan junior. Juga tentang krisis dalam persatuan.
Apa pun, teruskan menulis! Berusaha! :-)

Unknown berkata...

Edalia~

Terima kasih atas perkongsian saudari..

Insyaallah, selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menulis Insyaallah :-)