Selasa, 9 Mac 2010

KUBI Masih Ku Kasihi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Di dalam dunia hari ini, kuasa persepsi itu sungguh luar biasa.Manusia boleh jatuh dan naik hanya dengan sebuah tulisan.Kadang-kadang, perspektif si penulis dalam merakamkan perkataannya itu, tidak semua pembacanya memahami dengan gaya dan sudut pandang si penulis tadi...

Penulis-penulis blog yang jauh mendahului saya dalam bab ini, telah bertimbun pengalaman mereka.Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan juga Ustaz Zaharudin sebagai contoh..

Sebelum saya melangkah jauh, saya , dengan rendah hati, meminta maaf atas tulisan saya yang mungkin boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap bekas pimpinan KUBI sesi 2007/2009.Bukan sebab saya tidak berfikir panjang, saya tahu, cuma saya tidak serik untuk menulis lagi dan lagi..

Pertamanya, surat itu ditulis dengan terbuka untuk membuat semua orang boleh berfikir dan jangan menjadi pak turut. Satu sikap Melayu yang cukup buruk adalah TIDAK BERANI MENYATAKAN KEBENARAN DI HADAPAN.Cakap belakang sahaja yang pandai..Dan beranilah dalam menyatakan HAK diri.Mungkin ada akan bertanya kenapa saya pun sama?jawapan saya, kalau tidak berani, mikrofon di Puri Khatulistiwa tidak akan saya sentuh pasti.Dan anda tidak akan mendengar suara ini bercakap...Anda berani??!!

Keduanya, dalam kes akaun, saya dengan sepenuh hati percaya akan keamanahan mereka yang bertanggungjawab menguruskannya.Tiada ragu...Cuma saya pertikaikan dengan ayat ini..

"Tiada LANGSUNG tertera sama ada dalam sesi 05/07 atau 07/09, DI MANAKAH PERGINYA wang tersebut??"

Saya telah menyokongnya dengan BUKTI dari Laporan AKAUN sesi 05/07 dan 07/09. Memang tiada data yang ditunjukkan pada hadirin tentang hal ini. Saya malas mahu memanjangkannya. Cuma perhatian yang saya ingin bawa adalah JANGAN AMBIL MUDAH URUSAN WANG. Kalau ini tidak ditekankan sekarang, rentetan yang sama mungkin sahaja akan terjadi pada sesi akan datang.Dan sikap lumrah Melayu adalah memang suka MENGAMBIL MUDAH dan TIDAK KISAH...Saya mengingatkan anda tentang amanah dan sistematik..

Ketiga, saya tidak akan menarik surat terbuka kerana saya yakin saya tidak salah. Tidak perlu rasanya bekas MT dan pimpinan dahulu menjelaskan kepada saya pendetailan akaun bagaimana yang sepatutnya.Saya PERCAYA kalian!! Cuma kalau saya tidak bangun berkata di laman blog sendiri, lumrahnya memang benda ini akan dipandang RINGAN!!

Keempat, saya menulis dengan fakta yang saya percaya saya benar dan tidak salah. Cuma permasalahan yang saya perlu akui adalah apabila saya meninggalkan pembaca dengan PERSOALAN.Dan setiap PERSOALAN memerlukan jawaban, dan apabila tiada jawaban diberikan, JAWAPAN yang DIBUAT SENDIRI, adalah solusi yang terbaik..Hasilnya adalah SANGKAAN!!

Kelima, sesiapa yang bersangka bahawa bekas MT KUBI ada niat menggelapkan wang,saya berkata pada anda, SAYA sendiri akan BANGUN mempertahankan SAHABAT-SAHABAT saya tadi!!!!
Mereka insan yang penuh dedikasi dalam persatuan, menjunjung tinggi matlamat kebajikan agama, bangsa dan negara..Dan disebabkan inilah SAYA MENYAYANGI MEREKA!!!

Keenam, apabila ada sangkaan, sila DIRECT TERUS kepada saya. "Kerana kebanyakan sangkaan itu ADALAH DOSA". Saya mengimani ayat Al-Quran ini..Terima kasih kepada mereka yang sudi bertanya direct kepada saya..Terima kasih juga kepada yang sudi memberi komen dengan beradab dan berakhlak di laman saya...Kalau tidak beradab, saya akan buang terus pandangan anda..Anda tidak cukup layak untuk masuk ke http://www.maxchempaka.blogspot.com/, kerana anda MANUSIA PLASTIK!!!

Ketujuh, saya sekali lagi , dengan RENDAH DIRI, memohon MAAF kalau TUJUAN saya DISALAHERTIKAN oleh sesetengah PIHAK yang mencari RUANG dan PELUANG untuk menjatuhkan KUBI. Saya bukan seperti ANDA, saya bukanlah INSAN OPORTUNIS cuba menge'cah keting' KUBI tetapi saya adalah SEORANG AHLI yang SAYANGKAN KUBI!!

Kelapan, kepada pimpinan baru, semoga maju jaya. Jangan takut untuk melangkah ke hadapan..Masih banyak ruang yang perlu diterokai, dan BERUSAHALAH SEDAYA UPAYA untuk memajukan KUBI dengan bermatlamatkan KEBAJIKAN, demi AGAMA,BANGSA dan NEGARA!!


Yang Benar,

Ahmad Zulfahmi Bin Mohd Kamaruzaman


...................................................................

Sedikit LINK dari web Ustaz Zaharudin tentang isu BERSANGKA BURUK.Semoga bermanfaat buat semua..

http://www.facebook.com/#!/notes/zaharuddinnet/mengapa-perlu-sangka-buruk/379214166082

5 ulasan:

Dr Amad berkata...

Aku tanya Feendi, beliau mengatakan sudah selesai. Aku baca blog mung, pun sudah mengatakan sudah selesai.

Tetapi masih ada insan duk menyalak diluar. Mic tidak berani nak pegang, duk membuncit perut bantai nasi di AGM.

Orang macam itu kata murabbiku

"Hanya sekadar itu tarafnya dirinya...yang masuk melalui mulut sama apa yang dikeluarkan dibawah."

Ayam tak patuk, itik tak sudu!

KUBI tetap terbaik yang pernah dihasilkan dibawah produk bernama UMNO.Walaupun keinginan dan kekuatan itu adalah dari INSAN DIDALAM KUBI sendiri, bukan dari pimpinan atas di Kuala Lumpur. Bukan satu tugas mudah, tapi Presiden, MT dan AJK KUBI mampu realisasikan.

Satu perubahan paradigma yang baru!

Kepada Feendi, MT dan AJK...anda semua adalah terbaik!

Kepada generasi baru, legasi baik Feendi dan teman-teman didalam KUBI tinggalkan anda harus kekalkan. Yang kurang, anda harus baiki.

Usah takut dengan tanggungjawap yang anda pikul kerana ia mungkin...

Satu dari ladang pahala yang anda akan tuai jika AMANAH

Tetapi tidak lupa jua saya ingin saya kongsi

Mungkin satu dari lubang neraka jika anda KHIANAT.

Pimpinan yang lepas, Tahniah!

Yang baru, Best of Luck!

Unknown berkata...

Dr Amad~

Setuju..

Jzkk

FiRUs berkata...

Assalamualaikum

Sauadara Ahmad Zulfahmi,

Terima kasih, atas penjelasan anda, semua pasti mengerti.
Saya seikhlasnya menyusun sepuluh jari atas sebarang kekhilafan yang tidak mampu dielakkan oleh KUBI 2007/2009, mewakili semua pucuk pimpinan KUBI 2007/2009.

Kepada pimpinan baru, daripada PKPMI mahupun KUBI, mintalah tunjuk ajar daripada para pemimpin yang mendahului anda, jangan segan dan malu supaya segala kekurangan dapat di atasi dan supaya persatuan kita akan lebih matang.

Saya berharap, tiada yang berselisih faham, dan berspekulasi, teruskan ikatan persahabatan, kerana persahabatan bukan untuk dipakai buang. Semoga persahabatan kita semua tetap kekal dan utuh selamanya.PEACE!!!

Kredit kepada Dr Amad.

Best of luck kepada yang bakal menduduki ujian=)

p/s:saya ni, x tau macam mana nak tinggalkan ulasan, x punya blog pun...susahnya, tu yang 2 kali terhantar ulasan yang sama:)

Dr Amad berkata...

Stylo lah uncle...

Ini baru bersahabat didunia, berjiran disyurga...

Unknown berkata...

Firus@Uncle~

Waalaikumussalam...

Terima kasih atas komennya..

Juga diri ini menyusun sepuluh jari atas segala kekhilafan yang dilakukan..

Benar2 meminta maaf dari kalian semua..