Isnin, 11 Mei 2009

Tribute Untuk Anak Akhir Zaman



“Mi,lihat sekeliling.Rumahnya penuh…Tapi,kita-kita aja yang memakmurkan masjidnya,”ungkap Pak Dudu dalam nada bersahaja sewaktu kami,dalam keheningan pagi, bergandingan pulang dari solat Subuh berjemaah.Cahaya mentari masih malu-malu berselindung di sebalik bukit..

Dalam nada mendatar,terselit irama hiba dalam alunan suaranya..

Pak Dudu,imam rasmi Masjid As-Solihaat,Cikuda.Sudah 3 tahun usia perkenalan kami.Sering bersongkok hitam,berkain pelikat,dia menapak ke masjid jagaannya…

Semangatnya masih utuh,waima kelihatan sendirian berjuang..

“Pak,kenapa nggak ada taalim untuk bapak-bapak di sini?”tanyaku suatu hari,mengeluarkan persoalan terbuku di lubuk hati.Sedikit pelik melihat,kaum Hawa sentiasa aktif dengan taalim mereka,setiap hari Selasa,selepas Zohor.Pasti kan terdengar suara ibu-ibu dari corong pembesar suara membesarkan Tuhan Yang Maha Esa..

“Bukan nggak ada,tapi dah mati.Udah dibikin tapi nggak ada sambutan!!”jawapnya sambil menghela nafas keluhan.Pohon yang ditanam,buah yang diharapkan.Realitinya,masakan berbuah,baru sehari dua pohon ditanam,sudah layu menyembah bumi.Hati mana tidak berbunga kecewa..

Aku juga berbungkus duka..


AKHIR ZAMAN SUDAH



Setiap kali Jumaat,pasti masjid itu sendat sesendatnya, mengungsikan manusia di sekitar..Semuanya berpeci putih,bersongkok hitam,berbaju koko(baju Melayu versi Indonesia)…

Pasti semuanya Muslim,pasti..

Cuma sayang seribu kali sayang..

Jumaat itu lebih kepada adat,bukan ibadat.Terasa janggal solat Jumaat ditinggalkan..Bahkan Wallahi,tidak pernah sekalipun alunan As-Sajdah dan Al-Insan diperdengarkan pada Subuh hari Jumaat sepanjang hidupku di sini..Walaupun itu Sunnah bukan kewajipan solat,dendangannya seakan-akan memberi nyawa kepada sang penghulu segala hari..

Jauh panggang dari api.Solat fardu sehari semalam pun susah..Bukan bilangan sofnya yang ingin dijadikan kayu ukur,untuk dijadikan aras kemakmuran suatu masjid itu..Azanpun tiada yang proaktif berani maju ke depan.Kadang-kadang,senyap sunyi masjid pada waktu Subuh,Zuhur,Asar,Maghrib,dan Isyai’..Kadang-kadang,sang imamlah imam,sang imamlah bilal,dan sang imam jugalah makmumnya.Semuanya imam..

Bukan niat mengutuk mengeji.Sekadar perkongsian,baik dijadikan teladan, buruk dijadikan sempadan..

Sang bilal bukannya tiada.Kediaman hanya beberapa langkah dari masjid.Cuma entah kenapa,hari Jumaat sahaja,kakinya diizinkan Allah, bertenaga melangkah ke masjid.Oh, terlupa, semasa bulan Ramadan dan hari raya juga..

Maaf pak!!

Hatiku cukup benci dengan arak dagangan di toko milikmu.Bukan disebabkan arak itu arak,hanya kerana perintah Allah dan RasulNya.Aku dengar dan aku patuh..Walaupun bapak sang bilal terhormat,taatku hanya pada Al-Quran dan Sunnah…

Tokomu kuboikot..


ZAMAN RASULULLAH



“Jika manusia mengetahui pahala dan ganjarannya,nescaya mereka berebut-rebut mengalunkan azan dan menduduki saf pertama”


Ini pesan Muhammad Rasulullah 1400 tahun yang silam..

Zaman Bilal Bin Rabah dan Abdullah Bin Maktum,diberi kehormatan memperdengarkan
bait-bait azan.

Hayya alas solah…

Hayya alal falah…


Sulit sekali hari ini,di sini,mencari jelmaan Bilal,orang Habsyah yang gelita, dan si buta ,Ibnu Maktum.

Sulit sekali hari ini,di sini,melihat saf-saf penuh,bahu-bahu merapat,masjidnya makmur sentiasa..

Sulit sekali hari ini,di sini,mencari kelibat Al-Amin,hatta menderita sakit,dipapah susah ke masjidnya..

Masjid itu rumah Allah..

Masjid itu berada di Indonesia,negara yang gah dengan bilangan umat Islam paling ramai,bukan berada di Itali atau di Argentina..

Pernah sewaktu Comrel,aku berbual dengan Bro Mursyid,dari Saba Islamic Media di Tanggerang,Jakarta..Pengalamannya 20 tahun di bumi Pak Cik Sam..

“Paling tidak,ada 3,4 sof penuh tatkala solat Subuh di masjid,”ulasnya,tertancap kekaguman di hatiku.Suatu sensasi yang hanya bersifat ilusi di sini.Alhamdulillah,di bumi yang punya kota judi dan maksiat, Las Vegas,di bumi seks bebas bermaharajalela, nilai keIslaman tumbuh subur di sana..

Syukur….


PERANAN KITA,WAHAI SAHABAT



Usah ditunggu azan dikumandangkan,biarlah kita yang mengumandangkannya..Jangan ditunggu iqamah,baru bergegas ke kamar mandi,mengambil wuduk..

Jangan lena di hadapan laptop,’syok’ mempergunakan Rasta dan Pudge,menunggu ‘tower’ kiri dan kanan dihancurkan..

Jangan terpaku melihat kelibat magik Shah Rukh,di alam Om Shanti Om.Biarkan Shah Rukh angau dibuai pesona Deepika Padukonenya..

Jangan berbalut mulus di dalam bungkusan hangat ‘comforter’ seharian,berikan masa ‘comforter’ itu dingin seketika..

Sesungguhnya sahabat-sahabat,Rasta dan Pudge tidak akan mampu melawan kuasa Malik,penjaga neraka,walaupun berjuta kali kuasa ‘ultimate’ dikeluarkan…

Ingatlah sahabat-sahabat,magik Shah Rukh tidak akan mempesonakan hurul ain di mahligai syurga.Sebelah matapun tidak akan dilihat Shah Rukh itu..Hanya pemuda beriman,menjaga pandangan,yang menjadi pujaan hati,dambaan jiwa ,sang bidadari bermata jeli…

Hakikatnya sahabat-sahabat,nikmat ‘comforter’ itu hanya picisan berbanding nikmat abadi di syurga kelak…

Menjadi pemuda pilihan di akhir zaman,ibarat mencari sebutir gula di dalam adunan tepung nan putih.Susah bukan bermaksud tiada..Jalan anak-anak Kahfi mengandalkan segala-galanya..



“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridhaan Kami,benar-benar Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”
Al-Ankabuut:69

6 ulasan:

drrazi berkata...

buang yang keruh,ambil yang jernih. subuh yang paling critical ni,mujahadah ubatnya,insyaAllah! huhu...smgt2....

Ahmad Zulfahmi berkata...

drrazi-
Rileks jah..
Cuma kesian plak pk apa akan jadi bila dah xda pak dudu dan kita2 kat sini ;-)

duha berkata...

slm...
erm..mmg sdeyh bace artikel ni..pemuda2 yg benar2 didambakan dalam islam sukar dicari zaman ni.. bila agaknya akan tiba satu masa di mana solat sbuh di masjid bagaikan solat jumaat? ketika di mana org kafir takkan berani menyerang umat islam..

"ya Allah, julangkanlah islam kembali"

p/s:sian pak dudu..perjuangan die mmg mencabar..bkn sng sndirian dikala yg lain tak ikut memberi support kat die~

p/s2:apakah Rasta dan Pudge??

p/s3:umat islam masih memerlukan pendekatan tarbiyah yang mantap utk menyedarkan kembali tntg islam..bukan tradisi..bukan ikutan..atau bukan pengisi status agama..tapi it's a way of life.

p/s4:td tgk "the arrival"..risau~

Ahmad Zulfahmi berkata...

duha-

Salam ukhti...
Insyaallah kena mulakan dengan diri sendiri dulu n ajak yang lain..

P/s:pak dudu adalah imam,dudu plak ???

Rasta n pudge watak dalam DOTA,xcaye tanya akmal..

The arrival??apakah itu??

duha berkata...

owh..begitu..pnah main DOTA sbb tgk kat komputer umah ade game tu..tapi BOSAN..so tak jd main..hehe..

(tak smpat jumpe pun Rasta dan Pudge..atau mungkin berjumpa tapi tak knal..cam muke je kot :p macam org pulak heh..)

pak dudu adalah imam..dudu pula adalah seorang bdk baik..kalau tak silap la..saye pun tak knal sgt dudu nih..lalla~

hurm..the arival adalah dokumentari yang wajib ditonton..(tapi ade gmba tak elok sket)..cume bagus sbb die menyedarkan tentang pengusaan zionis ke atas dunia kita skang..nnt nk wat tayangan..

tapi utk perempuan je..haha

RICOCHET berkata...

o0..
rasta n pudge 2 hero dota ke..
dah tanye akmal tapi die kate penah dengar.

penambahan utk the arrival.
yg gamba2 kurg elok 2 ade, tp dlm 10 episod awal. lpas 2 dokumentari 2 dah concentrate kt isi die.

saya rate 5 bintang utk the arrival ni.

n jgn lupe tgk the divine book plak.
bole search kt youtube o surf www.wakeupproject.com
memberitahu anda keajaiban al quran di samping menerangkan asal usul agama lain.
boleh kata COMREL alam maya la~