Khamis, 6 Oktober 2011

Dia Yang Bernama SUAMI..



Sewaktu melangkah ke ruang solat masjid, saya disapa seorang makcik.

" Tolong ya dipanggil suami saya di depan sana, yang sedang sujud lama.Ibu lagi sakit perut sekali!"

Aneh menerjah ruang fikir.

Mendekati si pakcik tua.

Esak tangisnya sayup kedengaran dari belakang, usai solat Asar, menghadap Tuhan Yang Maha Esa.

" Punten pak.Ibunya lagi di belakang.Nyeri perut katanya!"

Perlahan-lahan dia merangkak dari sujudnya.Matanya basah, digenangi keramat air mata.

Saya hanya mampu tersenyum.

Saya tiada menafsirkan apa-apa.

Cuma apa yang saya mengerti, air mata itu mungkin sekali milik seorang suami yang mempunyai seorang isteri yang sedang sakit kronik.Segala kebergantungan dirinya kembali kepada Yang Maha Berkuasa di atas.

Sungguh seorang suami teladan!!

Tiada ulasan: