Ahad, 4 April 2010

Virus Lucah Pemangsa Iman..






Gelisah..

Keluh kesah melimpah..

Hati terserang gundah..

Saya terasa beban yang bertimbun tergalas di pundak.Rasa sudah tidak terdaya menahan galas.

Saya seorang pemuda, melihat penyakit bangsa, mendiagnosa etiologinya salah satunya mungkin bersalasilah dari pemuda..


Sukarno Berkata..

" berikan kepadaku 10 orang pemuda, aku akan goncangkan dunia"

Ini nilai pemuda pada kacamata seorang presiden penuh gengsi milik bumi Merah Putih..

Begitu juga suluhan Al-Quran mengiktiraf kuasa pemuda.Jiwa para pemuda Kahfi penuh membara demi sebuah keimanan, sanggup terasing dari manusiawi.

Perasaan kental pada Musa, menginspirasi longsornya rejim Firaun nan zalim.

Yusuf, sang tabah, dari perosok hina di dasar sumur, bakatnya bersinar sehingga ke tampuk kuasa.

Begitulah ironisnya manusia bernama pemuda...


Buang Bayi..

Pelbagai sebab dan musabab, bak cendawan tumbuh selepas hujan, terjadinya melangit kes buang bayi.

18,000 setahun, nama bayi yang dibin dan dibintikan dengan nama Abdullah dan seangkatan dengannya.Ini belum lagi kes-kes yang tidak didaftarkan dan juga masih murni dari tercampur dengan kes-kes sekedudukan dan zina..

Statistiknya pasti lebih jelek..

Kerajaan tiada keproaktifan, lelaki bernafsu durjana, ibubapa terlalu sibuk keduniaan sampai anak-anak terabai, dan mungkin juga sebab perempuan sengal yang mendedahkan diri dengan pakaian-pakaian seksi ' ala neraka'..

Seribu satu punca boleh diketengahkan..


Virus Lucah..

Sebagai seorang pemuda, sejujurnya saya takut dan bimbang. Musuh-musuh Allah menargetkan para pemuda tiang seri agama ini, sebagai sasaran utama..

Permainan komputer, sukan, dan juga mungkin serangan dari segi seksual..

Saya tidak mahu memperincikan apa wahananya.Cuma cukuplah dikatakan adanya filem lucah (BF= Blue Film), novel lucah, gambar lucah, majalah dan pelbagai lagi laman sesawang porno yang boleh dijengah oleh semua lapisan masyarakat terutamanya bagi para pemuda yang gelodak jiwa nan membakar pada maksimumnya.

Dan melaratnya tontonan dan hidangan lucah ini, akan membangkitkan nafsu di luar kawalan, sehingga akibat negatifnya sehingga terkandung benih haram. Akhirnya,muncullah ke dunia insan mungil yang dilahirkan dari hubungan terlarang...

Ramai yang ketagih, ramai yang menderita.

Ramai yang rendah diri, ramai yang terasa bersalah.

Tetapi tetap sang nafsu bermaharajalela di tampuk singgahsana.



Cerita Kawan..


Sewaktu berada di darjah 5, seorang teman bercerita.

" Perghh..Syoknya tengok cerita **** semalam. Heroin dia buat aku ****!!"

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1997, lebih kurang 13 tahun silam.Ketika itu, saya hanyalah budak lelaki biasa, baru mahu mengenal insan lawan jenis.Sedangkan si kawan, menurut gayanya sudah jauh lebih maju, 'meneroka' alam hidup insan 'lawan jenis' tadi..

Saya insan naif, baru mula belajar.

Kejadian lain..

" Mereka tengok BF secara berjemaah!" lapor seorang teman, memperihalkan sekelompok kenalan kami.

Apa tidaknya, akses kepada internet sudah jauh maju. Sisi negatif boleh sahaja ditaip dan punat 'Search' terus ditekan..

Segala bentuk video, gambar dan sebagainya bakal terpapar.Pakej neraka tersedia.

Sewaktu ke kedai CD..

"Bang,Bang..Semua ada.Mahu Korea, Jepun, lokal, orang putih, semuanya ada!" penjaja-penjaja CD jalanan mempelawa ke jalan 'celaka'.Hanya membuat muka 'dek' dan menapak menjauhi.

Arena pertarungan ini tidak adil.Segala bentuk serangan dihunjamkan kepada para pemuda khasnya. Imuniti tidak akan kebal selama-lamanya untuk mempertahankan tubuh dari noda seksa..

Saya menulis dengan penuh perasaan sedar bahawa saya juga tidak terlepas dari segala jurus serangan ini. Pelbagai 'ter' menjadi hiasan khilaf diri.Hanya istigfar sebagai tonik ekspres penawar derita dosa.


Kepada Anda dan Saya..


Saya tahu permasalahan ini adalah milik umum PEMUDA.Ada yang sembunyi-sembuyi melampiaskan hawa nafsu dan ada yang sudah melampaui norma manusia, merogol dan berzina.

Semuanya jalan menempah gelegaknya azab neraka.



Ingatlah..

“Dia mengetahui khianatnya (pandangan) mata dan apa yang disembunyikan oleh hati” (Ghofir : 19)

Setiap gerak-geri kita tercatat dek malaikat kanan dan kiri.Mahkamah Tuhan kan mencanang ini sebagai bukti, video CCTV, kehidupan 24jam sehari semalam kita di atas muka bumi akan dipertontonkan.

Kulit,mata, tangan dan telinga akan menjadi saksi.Mulut terkunci rapat, bisu seribu bahasa..Tiada laku yang tersisa.Sama ada bahagia atau celaka nilai taruhannya..


"dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)

Dan sebuah Hadis riwayat Bukhari Muslim.

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi setiap anak Adam bahagiannya dari zina, dia mengalami hal tersebut secara pasti. Kedua mata zinanya adalah memandang, kedua telinga zinanya adalah mendengar, lisan zinanya adalah berbicara, tangan zinanya adalah memegang dan kaki zinanya adalah berjalan dan hati berhasrat dan berangan-angan dan hal tersebut dibenarkan oleh kemaluan atau didustakannya”

Cukuplah kita mengetahui perbuatan-perbuatan sebegini ini dimurkai Allah.Dan ini perlahan-perlahan memandu kita ke arah zina. Menjauhi zina adalah dengan menutup semua pintu serapi mungkin. Mata, tangan, lisan, telinga dan kemaluan ada karakternya tersendiri dalam berganding bahu menggalas bebanan neraka.

Saya tidak mahu bercakap memenangkan hujah.Hujah semenjak azali pasti menang, cuma setakat mana ISI hujah itu MAHU DIPRAKTIKKAN dalam kehidupan seharian.Nilaian iman dan taqwa menjadi penentu..

Mungkin sedikit pandangan peribadi diri yan dhaif ini, kepada para pemuda, perbanyakkanlah ibadah ( solat, zikir dan bacaan Al-Quran), jauhi pergaulan terlau bebas di luar kawalan, dan perbanyakkan masa-masa senggang dengan aktiviti berfaedah seperti program kemasyarakatan,kebajikan dan sebagainya..

Dan milikilah sebuah pemetik api peribadi.Bukan gunanya menyalakan rokok atau curut, tetapi siap sedialah mengancam diri dengan bakaran api dunia setiap kali nafsumu di luar kawal..

Kalau berjaya api dunia kamu takluki tanpa ada pedih, sakit, silakan sahaja semahunya..Jika tidak berjaya, ketahuilah api punya neraka, yang menghancurkan binasa, adalah beratus juta kali lebih SEKSA dari punya dunia..

Semoga berjaya buat anda dan aku..

Moga Tuhan merahmati perjuangan milik kita ini..

Moga diperkenankan Ya Rabb..

Tiada ulasan: