Dengan nama Tuhan,Pemilik Sekalian Alam..Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani,saya memulakan entry kali ini..
Entry ini sudah lama saya fikir,hadam dan hanya menunggu masa sahaja untuk ditulis.
Saya menulis dengan berdepan risiko yang tinggi.Mungkin ada sahabat-sahabat yang akan marah,mempersoalkan dan juga berpendapat apa yang saya luahkan adalah suatu kerja bodoh..
Saya selesa dengan pendekatan berhemah,tidak marah-marah,tetapi ini tidak bermaksud saya tidak punya prinsip,hidung boleh ditarik sini sana.Saya punya prinsip dan saya bangga mempertahankan prinsip saya anuti..
Telunjuk yang bersyahadah ini tidak sanggup untuk sesekali berkhianat.
Kebenaran adalah perjuangan saya.Keadilan matlamat hidup saya..
Dan "Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran" itu adalah pesananan Rabbani kepada hambaNya..
Deepavali..
Semua mungkin sudah jelas apa itu Deepavali..
Perayaan kawan-kawan yang berketurunan India ,beragama Hindu..
Di sini ingin saya tegaskan bahawa MUSLIM DILARANG MERAYAKAN PERAYAAN AGAMA LAIN!!!
Sama ada ke kuil bersama-sama,mendoakan keselamatan agama mereka,dan acara-acara lain.
Apabila pernyataan ini dikeluarkan,maka akan muncul banyak kesalahfahaman.Dan di sini,baiklah saya terangkan sedikit sebanyak sebatas pengetahuan dan kemampuan saya..
Pertama,ada yang mengatakan Islam ini 'rasis' atau berbaur perkauman kerana memisahkan perayaan kaum.Ketidakadilan telah berlaku mungkin antara slogan yang bakal dibangkitkan..
Ini sama sekali tidak benar.Sejarah telah membuktikannya..
Kawan-kawan beragama Hindu adalah sangat dihormati dan dihargai.Saya sendiri bersama kebanyakan kawan-kawan India tiada masalah bermain futsal,makan,belajar hatta sewaktu lepak-lepak bersama.Seronok...Cuma maaflah dalam berbual ,ada kalanya saya menegur dalam canda tentang budaya arak dan rokok yang tegar di kalangan kawan-kawan saya tadi.Sorry bro!!
Begitu juga kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar.Isu negara umpamanya..Sebagai pemimpin,hak-hak rakyat tidak kiralah Muslim atau tidak,adalah tanggungjawab mutlaknya.Sakit demam,makan pakai adalah bebanan sang pemimpin..
Pemimpin Muslim pasti jelas bahawasenya mereka akan dipertanyakan satu persatu perihal rakyat di bawahnya.Melayu yang menderita lapar di kampung,India yang tidak mampu menyekolahkan anak di estet-estet,waima kaum Cina yang tertindas ekonominya...
Semuanya akan diminta pertanggungjawaban..
Leaders are people's servants..
Juga saya selaku Yang Dipertua PKPMI-CB,turut punya tanggungjawabnya.Kebajikan dan perpaduan para pelajar di Bandung adalah perjuangan kami,bukan sekadar retorik kosong,menanam tebu di pinggir bibir..
Sebarang acara atau program dari kawan-kawan Non-Muslim adalah menjadi keutamaan kami.Diwali Nite,upacara sembahyang,keagamaan semuanya,berdasarkan keperluan semasa,akan cuba difasilitasikan sedaya mungkin..
Tidak ada istilah perkauman di sini walaupun saya sendiri seorang Melayu Muslim.Kerana ini adalah suatu tuntunan kewajipan seorang bergelar pemimpin.
Idola saya Muhammad Al-Amin.Yahudi buta yang mengutuknya sewaktu sang Rasul menyuap makan menjadi iktibar terbaik perilaku seorang Muslim..Melintasnya jenazah seorang Yahudi,bangun sang Rasul,tanda hormat...
Adakah ini suatu seruan yang 'rasis'??
Kalaulah Islam itu seruannya bermotifkan perkauman,sudah lama Muslim India tidak berdotti,Melayu Muslim tidak berbaju Melayu berbaju kurung..Juga pasti sudah lama pupusya bahasa Mandarin,Kantonis di China,diganti dengan bahasa Arab..
Fikirkanlah dengan saksama...
Kedua,mungkin ada yang mengatakan bahawa Deepavali atau mana-mana perayaan lain adalah bukan perayaan bersifat keagamaan..
Saya sendiri tiada bermasalah menyambut Tahun Baru Cina,Tahun Baru India,Pesta Tanglung dan lain-lain lagi kerana ini semua adalah perayaan kaum..
Silakan memakai baju merah,mempersembahkan tarian singa dan sebagainya,Insyaallahl saya tumpang sekaki..
Permasalahannya ada yang mendakwa bahawa Deepavali sebagai contoh, adalah suatu perayaan kaum.Untuk ini,saya mengajak bagi sesiapa yang mahukan kebenaran,biar kita duduk semeja,berdiskusi dengan semangat persahabatan,kita menelusuri bersama kebenarannya..
Saya tiada masalah untuk dipertikaikan.Masing-masing ada hujah,dan apabila berhujah,bukanlah emosi dan marah yang patut menang,tetapi pada mencari kebenaran adalah matlamat bersama kita..
Seterusnya,mungkin juga segelintir berpendapat bahawa kaum Cina dan India umpamanya,adalah golongan kelas kedua.Aidilfitri boleh sahaja yang India,Cina datang merayakan bersama,kenapa tidak perayaan kami??Itu mungkin contoh persoalan yang ditimbulkan...
Untuk ini kita harus kembali kepada prinsip pegangan agama masing-masing.Islam ada caranya,begitu juga India dan Cina...
Untuk urusan ibadah dan agama,Muslim diminta berbeza dengan penganut agama lain.Diulangi, IBADAH dan KEAGAMAAN sahaja!!!
Kami ada cara solat sendiri,begitu juga cara berpuasa sendiri..
Tetapi sesekali Muslim diingatkan dalam Al-Quran,bahawa Muslim dilarang sama sekali mencerca agama lain,meremeh-remehkan ibadah dan lain-lain lagi..
Andai ada kawan-kawan Non-Muslim ingin mempunyai tempat peribadatan seperti kuil,gurdwara,tokong dan sebagainya,LANGSUNG TIADA MASALAH untuk merealisasikan tempat tersebut..
Sembahnyanglah,puasalah wahai kawan-kawan non-Muslim,kami menghormatinya...
Sejujurnya bagi saya,India atau Cina bukanlah golongan kelas kedua di bumi Malaysia.Saya sendiri mengkagumi kehebatan Mahatma Gandhi,sampai saya punya buku autobiografinya di rumah.Mother Theresa juga sama.Pernah saya membelek-belek penuh minat autobiografi wirawati pejuang ini,buku kepunyaan kawan saya..
Perjuangannya mulus suci...
HARAPAN...
Di sini saya tidak menyertakan dengan kukuh dalil dan bukti dari Al-Quran dan Sunnah.Sudah banyak pihak berautoriti yang memperkatakannya seperti para mufti dan syeikh di seantero dunia..
Apa yang saya harapkan adalah sikap yang terbuka dalam menerima kepelbagaian warna dan corak kita semua beragama dan berbudaya..
Jikalau punya ketidakpuasan hati,silakan bertemu,bersemuka dengan saya sendiri.Saya MEMANDANG RENDAH KAKI CAKAP BELAKANG.Lembik!!!
Saya TIDAK HORMAT KEPADA PENCINTA KEROSAKAN DAN PERMUSUHAN..Hina!!!
Kepada rakan-rakan Muslim,mungkin sahaja punya pendapat berbeza,saya meraikannya jika anda lebih tepat dalam Al-Quran dan Sunnah.Kebenaran adalah berdasarkan kedua-dua sumber itu tadi..Jikalau entry ini punya kesalahan,saya mohon dibetulkan dan diberi tunjuk ajar...
Saya menyusun sepuluh jari kemaafan atas artikel ini..

2 ulasan:
Salam,
Baru je lepas diajak untuk sama-sama 'memeriahkan' majlis sambutan keagamaan satu agama ni.
Alhamdulillah, kawan non muslim dapat terima dengan baik cuma yang peliknya, kawan sesama muslim pula yang bertubi-tubi tanya kenapa tak nak datang?kenapa itu?kenapa ini?
lepas terangkan dengan panjang lebar, saya mengharapkan kawan tadi faham tapi sebaliknya.
Tugas kita menyampaikan dah selesai, kalau dia tak faham, dia boleh bertanya tapi kalau dia menolak, itu bukan tanggungjawab kita untuk pastikan input di'blend & digest' dalam otak dia
semoga terus istiqamah menegakkan yang haq, membanteras yang munkar
wallahualam
Hati-hati,didunia bahkan disekitar kita masih wujud "si kitul" atau "abdullah bin ubai". Memasuk jarum untuk satu pihak melenting dan marah.
Wa penah kena beb!
Lu mau rasa?
Keep it up, bro. Kita manusia berprinsip. Bukan lalang yang ayunan rentak lenggok ditentukan oleh angin.
Kurang kelakian tu!
Catat Ulasan