Ahad, 5 Julai 2009

Tatkala Bertemu Seorang Pelacur...(Part 2)





Tatkala bertemu seorang pelacur..Itulah tajuk artikel saya yang lepas.Mungkin tajuknya agak sedikit provokatif.Dengan izin Tuhan,saya ingin menyambungnya..

Di sini,saya imbas kembali situasinya..



Senario:



Ada seorang pelacur ternama..Rambutnya ikal mayang,hidung bak seludang kelapa,muka lawa bujur sirih,mata bundar kejelian,dan warna kulit sempurna,kuning langsat..

Comel-lote bak kata orang kampung saya..

Lenggangnya menggiurkan setiap teruna yang memandang.Senyuman manis menawan sukma..Senyuman bidadari dunia..

Jikalau Paris Hilton terlalu jauh di sana,tidak mengapa.. Asalkan dia ada di depan mata..

Cukup seksi.Teruna berderet menanti kehadiran sang primadona..

Tiada hak ekslusif…

Ingin disentuh dibelai manja,silakan semahunya.Asalkan hanya ada wang sebagai ufti masuk..




Jawapan saya:


Pandangan manusia sangat subjektif.Sangat bergantung kepada suasana,sikap dan
pelbagai faktor eksternal yang lain..

Sejujurnya saya sangat mudah untuk bersikap dengan sikap 1..

Sikap 1:


Astagfirullah..Pelacur rupanya..

Laknat Allah kepadanya..

Mati nanti konfem dah masuk neraka..

Tunggu masa je..
……………………………………






Kalau saya terbabas ke Chow Kit atau Lorong Haji Taib umpamanya,atau deretan dugem(dunia gemerlapan=kelab malam dalam Bahasa Indonesia) di Braga,Bandung,saya pasti lebih memilih untuk melarikan diri..

Sekali tengok sudah.Hati pasti sangat cuak andai PSK(Pekerja Seks Komersial=Pelacur dalam Bahasa Indonesia) menawarkan khidmat mereka.Bentuk badan yang mampu mencairkan iman mana-mana lelaki.Hatta berketayap lengkap,bergelar pak haji sekalipun..

Kadang-kadang,sikap saya,saya akan cenderung untuk menghukum atau memberi nilaian terhadap sesuatu kejadian..

Kalau dilihat pada seorang Badwi yang membuang air kecil sesedap hati di dalam masjid,hati manusia biasa seperti kita pasti akan tersangat marah.Para sahabat sampai mahu memenggal kepala si Badwi kurang ajar,dek amarah yang membakar.

“Ini Masjid nabi,kami solat,tinggal,hidup di sini!!”bentak hati sahabat.Kedaulatan masjid harus dipelihara dengan jiwa dan raga..

Berbeza dengan Al-Amin.Rasulullah menenangkan para sahabat kerana baginda sedar kenaifan si Badwi itu tadi..

Baginda melihat SEBAB,bukan semata-mata mendiagnosa AKIBAT tanpa usul periksa…

Bayangkan yang kencing di penjuru masjid adalah seorang Abu Bakar atau Umar,pasti Rasulullah sangat murka.Anak didik yang cerdik masakan tidak boleh berfikir waras..

Ini si Badwi..Tiada pernah kenal mana satu masjid,mana satu kandang unta.Baginya sama,tiada beza..Asalkan hajat terlangsai lega.Cukup….

AKIBATnya sama,tetapi SEBABnya cukup berbeza..

Saya mengambil suatu contoh yang lebih senang..

Memakan daging haiwan penyebar virus H1N1(sebut babi), boleh menjadi haram atau wajib,bergantung pada keadaan..

Haram kalau disembelih secara berjemaah,dipotong elok,dan dimasak satey..Makan satey babi adalah HARAM secara mutlak..

Jikalau sewaktu tersesat di dalam hutan selama seminggu dan sisa tenaga sudah sampai ke peghujung dan di hadapan hanyalah ada babi sebagai makanan,adalah WAJIB kita mencicipi daging haiwan itu SEKADAR yang patut untuk menyelamatkan nyawa..Tetap HARAM dalam keadaan darurat sedemikian,daging babi itu disantap seperti memakan satey atau seperti melahap steak tenderloin..



KEMBALI PADA PELACUR



Seharusnya bagi kita yang memahami,kita cuba memahami tindakan pelacur tadi memperdagangkan tubuhnya..

Adakah kerana bangga mempunyai tubuh yang gebu?

Adakah kerana kerjaya pelacur pendapatannya lumayan?

Ataupun adakah kerana dianya dipaksa sang suami ataupun dijual tanpa kerelaan kepada bapa ayam??

Seribu satu kemungkinan boleh terjadi di sini..

Sangat jarang orang yang memahami SUNNAH Rasulullah dalam bab ini.

Rasulullah adalah seorang sosok yang sangat SENSITIF dengan rencah suasana!!

Berapa ramai pak-pak ustaz pencegah maksiat yang bersikap prejudis,pandangannya hanya bersifat menghukum..

Adakah ada yang cuba mencari akar permasalahan pelacur tadi?

Jikalau betul-betul bersalah juga ,berapa ramai pula yang bersikap untuk menyedarkan dan merawat,cuba membawa insan-insan tersesat arah tadi kembali ke pangkal jalan..

Manusia menghukum seakan-akan SYURGA dan NERAKA itu KEPUNYAANNYA…




KONTEKS YANG LEBIH LUAS




Saya kagum dengan seorang kawan yang latar belakangnya biasa-biasa,cuma hatinya cenderung ke arah kebaikan..

Dia berkawan dengan pelbagai jenis manusia.Dari pelacur sehinggalah perogol…Dia tidak bersikap prejudis tidak tentu hala,tetapi lebih senang dengan pendekatan memahami SEBAB berlakunya sesuatu perkara.Dan dia cuba menghalakan si pelaku ingkar tadi kea rah kebaikan.Cuba merawat dan menyedarkan,bukan MENGHUKUM membabi buta…

Meletakkan piawaian diri kita sama dengan si pelacur atau perogol tadi adalah sangat TIDAK ADIL,suatu jenayah sosial..

Mereka tahu bahawa kita tahu ini haram dan itu haram.Dalil boleh kita lambakkan dengan dengan lancar dan fasih sedangkan mereka alif ba ta pun belum tentu kenal dan hafal..

Perlakuan mereka secara zahir adalah maksiat tetapi bukanlah kita si TUKANG HUKUM,tuan punya syurga dan neraka..

Siapa sangka Abu Sufyan,teraju kekafiran di era Makkiyah bakal menjadi seorang Muslim pada era Madinah..

Siapa tahu Najashi Ashama’,yang mati dikelilingi orang Kristian,dikebumikan dengan adat istiadat Kristian adalah seorang Muslim di sisi Allah..

Boleh jadi sahaja masih banyak bakal ‘Abu Sufyan’,yang masih mempamerkan kemungkaran,merogol manusia keliling..

Melihat seseorang yang hidupnya sebumbung dengan orang kafir,makan dan tidur bersama,mungkin sahaja dia adalah ‘Najashi Ashama’ ’ di kurun ini..



TUGAS KITA



Bukan tugas kita untuk menentukan penilaian SYURGA ATAU NERAKA,GEMBIRA ATAU DUKA…

Tugas kita adalah melihat SEBAB dan AKIBAT dengan pandangan saksama..

Lihatlah dengan pandangan mengubah bukan menghukum..

Tukar paradigma,mulakan agenda perubahan..

Bak kata siulan kumpulan Scorpion,

“Wind of Change”





23 ulasan:

duha berkata...

salam..

erm..insyaAllah sedang cuba untuk tidak segera menilai manusia..walaupun mmg sifat semula jadi mempunyai lintasan hati yg sukar dikawal..

insyaAllah kalau hati dididik lama2 pasti boleh..positve2.. :)

p/s:saya suka wind of change

Dr.Illy berkata...

salam...

kesimpulannya,jadilah org yang positif.

menilai ikut hati dan akal..

bekerja ikut hati dan akal..

mesti hasil lebih bagus kan3?

kurang gemar orang yang suka menghukum orang lain suka hati tanpa mengetahui sebab sebenar..

tapi kurang gemar juga orang yg membiarkan diri dihukum setelah tahu mungkin ada kesalahan pada gerak geri diri sendiri..

p/s:menegur perlu berhikmah..jangan putus asa ye kawan2...walaupon saket hati..tapi kerja tetap kerja..yang penting, senyum sokmo..=)

SofTFiEyA berkata...

salam..
saya suka artikel ni..semoga makin ramai pendakwah yang berhati seperti rasulullah s.a.w.lebih banyak memahami dan berlembut.fitra manusia menyenangi yang baik dan suka dipujuk.ramai yang pandang rendah pada 'kelembutan'.dikatakan lembut itu "pengecut" atau kurang berkesan.tak dinafikan kelembutan memang akan memberikan hasil hanya setelah lama beruasaha dan menunggu.tapi sedarkah kita,bahawa semua ini mungkin ujian Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran kita?..

Ahmad Zulfahmi berkata...

duha-

Salam..

positive2..

Jangan mudah nak lambakkan dalil ini halal itu haram..

Kita bukan nak berhujah sape benar dan sape salah tetapi biarlah KEBENARAN yang menang walau siapapun yang berkata sedemikian ;-)

p/s:
nak tau dop?ada dikir barat lagu wind of change.. hahaha

Ahmad Zulfahmi berkata...

dr Illy-

salam..

positif2..

Bak kata Dato M.Daud Kilau..

"Senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"

;-)

Al-Tuah Al-Shahab berkata...

salam,
positive thinking mmg ssh tp bagus utk kesihatan,
manusia mmg selalunya prejudice, tp hyppocrite,
dan cakap tak serupa bikin...
penah berbual dgn seorg PSK masa skolah menengah dulu,
lepas nak blah baru tanya dia kerja apa,
mengucap dlm hati,
patutlah lawa nauzubillah...
tapi skrg bkn shj pelacur yg mcm pelacur, yg bkn pelacur pun mcm pelacur dari segala segi...
cuma tinggal kerja xbergaji,
wallahualam

Ahmad Zulfahmi berkata...

Softfieya-

Salam..

Ni bley baca buku 'Bagaimana Menyentuh Hati' tulisan Abbas As-Sissi..

Tegas dalam kelembutan..

Sabar dalam kemarahan ;-)

Ahmad Zulfahmi berkata...

Al-Tuah Al Shahab-

Salam..

Susah bukan bererti mustahil..

xgitu Tuah??;-)

Ahmad Zulfahmi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ahmad Zulfahmi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
3rdmarch berkata...

tapi skrg bkn shj pelacur yg mcm pelacur, yg bkn pelacur pun mcm pelacur dari segala segi...
cuma tinggal kerja xbergaji.

menyedihkan untuk mengakui perkara ini benar..

nauzubillah..

duha berkata...

owh..ade dikir barat ke? tak pernah dengar lagi..maybe nanti abg fahmi n da geng boleh wat persembahan time malam seni budaya..who knows :p

humaira berkata...

salam....

~kita hanya penyeru, bukan penghukum...~

jzkallah atas posting ni...

drrazi berkata...

syabas bete...

semoga lebih ramai lagi dai'e yang berfikiran 'jauh dan luas'.

cuma,jgn kerana terlalu 'lembut dan bertoleransi',maksiat dibiar berleluasa...sekadar renungan bersama...=)

al_madd berkata...

jangan kata pelacur...orang gila pun masyarakat kita pandang hina...padahal dalam islam,orang gila ni xdak dosa,sebab mereka xdak akal untuk berfikir...

Ahmad Zulfahmi berkata...

3rd march-

Nauzubillah..Jangan kita tahu semata2 tapi tidak berbuat sesuatu..

Banyak orang hanya mengatakan kesian..tetapi tiada apa dilakukan .fikirkanlah...

Ahmad Zulfahmi berkata...

Duha-

Aar..ada dikir barat..

Nak dengar ke??lepastu korang berlatih berdikir..

Dulu ada je dikir barat perempuan.
Suh miss susi lead ;-P

Ahmad Zulfahmi berkata...

humaira'-

Salam..

Kita hanya pendakwah bukan pemberi hidayah..

terima kasih ;-)

Ahmad Zulfahmi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ahmad Zulfahmi berkata...

dr Razi-

lembut pun bertempat..

Tengok nak berzina,mencuri,tumbuk je sedas dua secukup rasa ;)

Ahmad Zulfahmi berkata...

al-madd-

Manusia telah kembali pada kurun jahiliyyah..

Kata2 Syed Qutub,

"JAHILIYYAH KORNIN 'ISHRIIN"

Jahiliyyah abad ke 2o


Suatu kata pencetus kontroversi,pencetus amarah penguasa derhaka Yang Esa...

al_madd berkata...

semakin maju semakin jahiliyah..
sebab perbezaan politik ja..seribu juta duit rakyat sebuah negeri kat malaysia xdapat...itulah contoh jahiliyiah..
http://www.youtube.com/watch?v=P7INY7CFXj8

Ahmad Zulfahmi berkata...

almadd-

Lawan tetap lawan ;-)