Rabu, 8 Julai 2009

Politik dan Saya...

Bosan dengan pelbagai rencah perangai dan sikap orang politik atau nama lainnya politikus.Saya tidak bosan dengan politik,justeru saya menyukainya..

Tidak kisahla dari pihak mana satu sekalipun,sama ada dari parti berlatarbelakangkan keris atau bernaungkan bulan purnama..

Saya bukan politikus,tetapi saya sangat sedar politik.Semenjak dari setahun jagung di sekolah rendah,saya sudah mengenali apa itu politik.Mungkin pada waktu itu antara yang paling saya ingati adalah perkataan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Mahathir..

APU,gabungan PAS dan semangat 46,yang berjaya menawan,bumi kelahiran saya,Tanah Serendah Sekebun Bunga,memunculkan pemimpin yang saya ikuti perkembangannya sehingga kini seperti Ayahanda Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Tengku Razaleigh Hamzah atau nama mesranya Ku Li..







Saya bosan dengan orang politik.



Saya mesra politik!!


SIKAP SEORANG MUSLIM POLITIKUS



Walau apapun jenama politik kita,sukacita saya ingatkan bahawa anda seorang Muslim,ada agama.Bukan komunis seperti Karl Max,atau Theodore Hertzl,si bapa Zionis,dan juga tidak langsung sama dengan rejim kejam,Khmer Rouge di bawah sang diktator ,Pol Pot…

Pengalaman saya dengan orang politik tidak elok walaupun ada banyak juga manfaat dan kebaikan yang saya peroleh.Saya tidak menafikannya langsung cuma ada beberapa perkara yang patut untuk ditegur..


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Kalau dah namanya Umno,memang orang nya semua celaka,bangang!!”teriak seorang pak ustaz berketayap putih litup di atas kepala.Ini kejadian sewaktu berumur 13 tahun,tahun 1999.Saya mengunjungi sebuah ceramah politik yang meriah.Ribuan orang dan pastilah daya tarikan utama adalah ayahanda TGNA..

Saya terfikir pada masa itu juga..

Bahasa politik si pak ketayap putih adalah sangat kasar.Seakan-akan ketayap putih itu adalah ‘lesen’ penghalal bicara.Langsung tidak sesuai,bercakap atas nama agama,tetapi percakapannya MENENTANG AGAMA..


“Mengeji seorang Muslim itu fasik,dan membunuh seorang Muslim itu kafir”


Itu amaran sang Rasul dalam sahih Muslim.Jelas dan benar..

Jaga bicara anda,jangan sandarkan agama pada pakaian semata-mata.


“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Kiamat,maka berkata baiklah atau baik diam sahaja”

Kerana mulut badan binasa…


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Pulang dari sekolah mak bercerita..

“Tadi ada pegawai datang,dia suruh cat sekolah warna lain,jangan warna hijau,”panjang lebar ngomelan bunda tercinta.Mengeluh sikap seorang manusia..

“Kenapa ma??Hijau tak lawa ke??”tanya saya,seorang anak di awal belasan tahun..

“Tak dala.Sebab hijau itu PAS!!”tersentak saya dengan kesengalan seorang pegawai.Cerdik belajarnya,tetapi bodoh seperti keldai ,dangkal ilmu politiknya…


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..


Pernah suatu ketika ada siaran langsung di kaca TV, dari perkarangan kompleks sekolah-sekolah,Kota Bharu,Kelantan.Tokoh yang datang bukan calang-calang,Perdana Menteri Malaysia ketika itu,mamanda Tun Dr Mahathir..

Bangkit seorang politikus Kelantan,membodek,’mengipas’ sang PM..

Berdegar-degar bercakap menjilat…

Teringat seperti umpamanya seekor anjing dikisahkan di dalam Al-Quran.Diberi sesuatu anjing menjelir-jelirkan lidahnya,jika tidak diberi apa-apapun,tetap ia menjelirkan lidah..

Politikus pembodek itu sekarang kaki lompat di Kelantan…

Manusia berperangai katak!!


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Pada tanggal 8hb Mac 2008,saya pulang ke Malaysia,menunaikan kewajipan sebagai seorang warganegara.Di DUN Chempaka,Parlimen Pangkalan Chepa,Insyaallah saya akan membuang undi..

Sesiapa yang mesra politik pasti tahu kawasan ini milik siapa..

Turun-temurun milik PAS semenjak 1959.Lebih-lebih lagi inilah tempatnya ayahanda TGNA berkhidmat pada rakyat…

Usai melaksanakan kewajipan,saya bersama seorang kawan melakukan ‘rondaan’ sekitar Pengkalan Chepa.Sempat singgah di Peti Undi Kawasan untuk Barisan Nasional dan juga PAS..Di tempat BN,keadaan agak huru-hara.Peti Pos ditutup lebih awal..
Bukan kerana pergi merayakan kemenangan,tetapi kerana sudah tahu nasib kekalahan persis penggal dulu,akan berulang kembali..

WANG yang DIBERIKAN kepada setiap pengundi,telah dilarikan oleh AJK.Ye la…Kenapa harus menabur duit di kawasan pasti kalah,baik masuk poket sendiri.

“Lebih baik kita ke Pos PAS,sana ada duit jugak!!”selamba seorang abang motor,melaungkannya,tanda ketidakpuasan hati kepada AJK bertugas di POS BN.Marah…

Saya bersama kawan beralih arah ke sana.2km dari pos BN tadi,mencuba nasib di sana..
Sesampainya di sana,kami mendaki ke lantai dua dan ternyata ramai yang sedang menunggu giliran.Dari dalam ada seorang pakcik memanggil satu-persatu nama.Dihulur not-not RM 5o...Ada yang dapat 2.Ada juga cuma satu...

“Ambillah walaupun tidak dapat cover tiket pesawat,tetapi setidak-tidaknya meringankan beban!!”jelas sang pakcik,penuh berhemah.

Saya bertanya pada diri..

Apakah perbezaan kedua-dua tempat itu tadi.Bagi saya tiada bezanya..Selepas mengundi,bagi duit..Seperti mendapat bayaran setelah menyelesaikan tugas.

Sama sahaja…

Satu dari parti bermatlamatkan nasionalis,satu lagi dari bernamakan Islam..
Bagi saya,UMNO dan pakatan mereka pasti akan hancur tidak lama lagi jikalau pemimpin atasan dan bawahan terus bermatlamatkan material..

Betapa bodoh,pemimpin disabitkan rasuah pun boleh menang..

Ada kes khalwat pun nak bertanding lagi…

Teringat pesanan Rasul lagi.Manusia akhir zaman semakin teruk sehingga yang dinaikkan adalah pemimpin yang jahil dan rosak…

Benar sekali wahai Rasul!!

Bagi PAS pula,saya menegur juga.Kenapa perlukan wang sebagai alat untuk menarik manusia??

Islam tidak akan naik dengan cara yang salah..

Matlamat tidak menghalalkan cara!!!

Apakah bezanya cara anda dengan perumpamaan seorang lelaki yang membeli sebotol Champaigne dan menyedekahkannya kepada orang lain??

Fikirkanlah…



PENUTUP….



Saya pohon kemaafan dari mana-mana pihak yang terkait secara langsung atau tidak langsung dengan artikel ini..

Bagi pendokong UMNO,tanya-tanyakanlah ke mana hala tuju anda…

Untuk penyeru kepada PAS,fikirkanlah Islam versi apakah yang ingin dibawa..

Sejuta kemaafan saya minta,jika ada terguris kata,terkasar bahasa..

Sebagai penutup ingin saya kongsikan sebuah puisi karya mantan Mufti Perlis,Dr Asri Zainal Abidin…

“Aku Bukan Musuh Harta”











Di sini saya memetik sedikit kenyataan akhbar oleh Dr.Asri sewaktu lagu ini di'gam',


"Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh anda bahawa andalah orang khusus dari am itu.Saya menulis lirik itu untuk peringatan kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat.Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik sebegini pun diharamkan?Isinya umum dan untuk kesedaran semua pihak, mengapa ada yang rasa bersalah?"

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baarakallahu fik...

baru lepas baca artikel saifulislam,macam musim artikel politik plak sekarang ek? hehe...

siapa kata orang bermanhaj salaf buta siasah? kan3?? kami tak buta. cuma belum terlibat secara langsung sahaja. yang penting, SEMUA kena berubah kepada kebaikan. tak kira la siapa pon,kalau duk macam tu je dari dulu baik tak payahla...

Tanpa Nama berkata...

mesti nabi sedih kalau tengok cara kita berpolitik sekarang...=(

Dr Amad berkata...

Adakah bersikap non-partisan itu terbaik untuk sekarang?

Tidak salah pada manhaj salafi itu sendiri,kerana salafi itu sendiri memerdekakan minda dengan "mengharam" lurus bendulnya pemikiran.

Yang celaka adalah bagi yang mentsabatkan pemikiran dan idea itu pada salafi. Seolah-olah salafi mandul politik. Naive bila melontar pandangan.

Prinsipnya adalah amar makruf nahi mungkar... UMNO buat maksiat kita sanggah, Pas buat mungkar kita tentang. InsyAllah tidak mandul pemikiran.

Nabi sedih melihat cara berpolitik, nabi juga sedih melihat cara fikir kita...

Allahuakbar!!!

Unknown berkata...

drRazi-

Hehe..
Musim politik ke??

Ayo contreng no 2.Lanjutkan ;-)

Xsemua orang bermanhaj salaf buta siyasah,dan xsemua orang siyasah bermanhaj salaf..

fikir2 kanlah...

Unknown berkata...

Dr Amad-

Ada beza tu manhaj salaf dan salafi..

Xdinafikan ada orang bermanhaj salaf,tetapi orientasi cara fikir memang kurang tepat..

"Prinsipnya adalah amar makruf nahi mungkar... UMNO buat maksiat kita sanggah, Pas buat mungkar kita tentang. InsyAllah tidak mandul pemikiran"

Setuju sangat ;-)

Dr Amad berkata...

Dikala kita tenang mempunyai pandangan bahawa manhaj salaf dan salafi itu berbeza begitu juga kita perlu tenang dengan hati terbuka mengatakan manhaj Pas dan pengikut Pas itu komponen berbeza, tetapi saling berkaitan.

Kaitannya baik buruk pengikut Pas ataupun salafi akan mahu tidak mahu mengheret sama manhaj Pas dan manhaj Salaf

Sanggah kezaliman,tegakkan keadilan!

Tanpa Nama berkata...

err...
agak2 orang lain faham tak apa yang di komenkan kat sini? hehe...

tapi sekarang ramai dah celik ilmu agama,faham kot salafi2/manhaj salaf ni. n insyaAllah faham kot pasal Pas n Umno ni. if ada yang tak faham,sila bertanya...kan2?

semoga tetap berada di jalan yang lurus,amiiin...

Dr Amad berkata...

hahahaha...Buleh tu follow sikit-sikit.Tak faham pi tanya Gapo,aku sibuk...hehe

Unknown berkata...

Dr Amad-

Kan awal2 dah cakap..

Politik dan politikus itu berbeza..

Islam dan Muslim itu berbeza...

nak tengok benar,tengok politik..

Nak tengok agama,tengok pada Islam...

Islam Cinta Keadilan ;-)

Unknown berkata...

Dr Razi n Dr Amad-

Sapa yang timbulkan isu salaf ke x ni?

Saya xkene mengena..

Langsung takda perkataan tu dalam artikel nih..

Hahahaha

al_madd berkata...

kaitan salafi dengan artikel ni apa??salafi ni ada berpuluh mazhab..memg pening nak faham..huhu...ni ada artikel kawan amk MA kat azhar tulis..
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/237/Kesimpulan_Perbahasan_Dalam_Membezakan_Antara_Manhaj_Salafi_Palsu_dengan_Manhaj_Salaf_Sebenar?replies_read=49

dan saya dengar di mesir berlaku pertembungan antara IM dan azhar sebab IM skrg pemikiran mereka adalah manhaj salafi,jadi azhar byk mengkritik mereka...

apa-apa pun..salafi wahabi xdak kaitan dengan artikel ni..

politik itu penting itu untuk mengembalikan islam,dan islam perlu dibangunkan kembali...

contoh politikus yang bodoh apabila saya mendengar sinar.fm pagi tadi..

kerajaan bercadang untuk mengambil 1000 guru dari luar negara..???terkesima sebentar...