Khamis, 5 Februari 2009

Katak Jadi-Jadian....





Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Ingatlah hai teman ingat,
Soal dari Rabbul Izzati....



Malas nak fikir sebenarnya tapi kalau tidak difikirkan kita ni samalah dengan orang yang hidupnya hanya memikirkan memenuhkan tembolok sendiri,tidur nyenyak atas tilam yang empuk dan saling tidak tumpah dengan manusia yang mempertuhankan nafsu sendiri sahaja..

Susah kalau manusia ni,hidupnya berorientasikan duniawi semata..
Duit yang banyak,kuasa paling tinggi,makanan paling sedap,kereta paling mewah,isteri paling cantik..
Pasti itu yang bermain di akal..
Hidup yang tidak akan menemui titik penamat yang bernama PUAS..
Segala cara yang ada,dieksploitasikan..
Benar atau salah,itu hanyalah cara,yang penting matlamat sampai..
Susah..
Sukar..

Apabila otak di'brainwash' dengan taa'sub "Aku akan hidup selamanya.."
Sedikit lagi nak mencapai tahap Firaun "Aku Tuhanmu yang paling tinggi..."

Jelas..
Cukup jauh..
"Jauh je'lak" bak kata orang kampung ambo..
Ini bukanlah identik dengan sosok "Kiamat-Oriented Person"..
Hidup hanya memikirkan baik atau buruk,pahala atau dosa..
Setiap langkahan dicermati..
Setiap lantunan kata diperhalusi..
Setiap lirikan anak mata biar bererti..

Resmi orang yang percaya adanya Tuhan Yang Esa..
Tiap-tiap satu ada balasannya..
Andai di mizan,pahala juara,Syurga ganjarannya..
Tetapi alangkah celaka andai dosa muncul wira,azab neraka pasti kan menanti..

Benda yang tidak nampak,perlukan yakin dan percaya...
Itu IMAN namanya..


PEMIMPIN 

Di akhir zaman,payah benar mencari jelmaan Umar Abdul Aziz..
Adil saksama,kebajikan rakyat terjaga..
Tangis lemah di penghujung malam,menginsafi diri..
Tidak kaya asal rakyat bahagia..
Makan berpada asal rakyat kenyang sentiasa..
Disayangi semua,doa sering kunjung tiba..

Dalam era demokrasi,pemimpin manifestasinya kemenangan undi..
Undi terbanyak dikira menang..
Rakyat percaya padanya..
Keadilan,kesopanan,bertanggungjawab,amanah dan setia pada prinsip..
Itu pilihan kami,rakyat jelata....

Kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya..
Lebih handal kerbau,jika manusia mungkir janjinya..

Kadang-kadang terfikir,adakah ada orang yang sangat bengap yang dengan senang boleh diperkotak-katikkan prinsipnya..
Sekejap sana,sekejap sini..
Adakah layak itu namanya pemimpin????

Jika kamu hebat,pegang pada prinsip..
Bukan melompat-lompat, bodoh mengikut seperti lembu kasi..
Di manakah rasionalnya diri dalam membuat keputusan??
Kiranya persoalan diripun tidak mampu anda selesaikan..
Bacul sekali terus ingin memimpin orang..


TAQWA

Ingatlah hati itu raja..
Baiknya hati,baiklah seluruh tubuh..
Rosaknya hati,rosaklah seluruh tubuh..
Kiranya hati itu punya TAQWA..
Tunduk,patuh,sujud,pasrah padaNya..

Teringat kata-kata Umar Al-Khattab..
"TAQWA itu ibarat kamu melalui jalan yang penuh ranjau dan duri,sentiasa berhati-hati dalam melangkah..Andai cuai sejenak,padahlah jawapnya.."

Ingatlah wahai diri yang alpa..
"Sesungguhnya DIA mengetahui apa yang dibisikkan hati,dan DIAlah yang lebih dekat daripada urat lehermu.."

Itulah nukilan Ilahi dari surah Qaf:16..

Wahai manusia,perbuatlah sesuka hatimu semahu nafsumu..Akan tetapi ingatlah ada Raja Segala Raja di hari akhir nanti.
Aku menunggu,engkau menunggu..

Tunggulah...
Yang penting...
Kebenaran yang akan berbicara gah di mahkamahNya..
Tertunduk layu di kandang penjenayah,si bisu Kebatilan..

Iyyaka nastai'n Ya Rahman..
Amiin..







5 ulasan:

duha berkata...

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..

tak jatuh di tanah ketika di dunia, jatuh ketika di titian siratul mustaqim..

Liyana berkata...

indah

Dr Hana berkata...

hm, smlm ade terbaca comment ni..
"jika tidak berkata perkataan yang baik, maka berdiam dirilah akan situasi di perak.bukan bermaksud tak mengambil tahu, cuma berdiam diri demi menjaga kemaslahatan ummat"
huhu. agak terasa la bila baca, sebab nak tak nak sedar atau tak sedar mungkin ada perkataan buruk yang dikeluarkan...uhuhu..

pendapat?

Unknown berkata...

Duha-Erm yup betul tu ;-)

Puding Caramel-Muchas gracias (' ',)

Farhana-Apa2pon kita kembali pada Allah dan Rasul.Ada hadis riwayat Bukhari "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir,berkata baiklah ataupun jika tidak,diam.."..Xsengaja itu berbeza dengan mengeluarkan kutuk seranah yang sengaja..
Yang penting kita mengeluarkan pendapat setelah melihat sudut pandangan dari kedua2 pihak dan pelbagai aspek yang lain berteraskan AlQuran dan Sunnah..
Rasulullah pun nak berbuat baik tetapi tanpa sengaja melukakan hati Abdullah Ibnu Ummi Maktum,seorang sahabat yang buta..
Bila tersedar atau ditegur,kita menerima dengan hati yang tebuka dan ISTIGFARlah....
Wallahualam...

Dr Hana berkata...

tenang sket lps baca kupasan anda.
terima kasih, apa2 pn kite kenalah berhikmah kan..