Sudah agak lama jemari ni tidak menari…
Lebih dari seminggu rasanya..
Kongkongan masa yang betul-betul menghambat..
Terkejar-kejar mencari rentak..
Beban dalam kehidupan kian bertambah..
Bukan menangisi tanggugjawab cuma tersangatlah berat memikul amanah…
HARI ITU 17 JANUARI..
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pelajar Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) cawangan Bandung kali ke 37 diadakan di Gedung Bersama..
Tugas sebagai Pengerusi Tetap hanyalah sekadar mengawal-selia perjalanan mesyuarat agar lancar dan tersusun.Tiada yang istimewa..Buka majlis,jemput orang ni orang tu,sekadar tu sahaja..
Amanah dijalankan sebaiknya..
Sesi pembentangan dari Bendahari PKPMI agak hangat.Setiap keluar masuknya wang,dipersoalkan..Tiada masalah.Hak mereka di lantai bawah untuk bertanya..
Paling mengerah keringat,pastilah Biro Agama Hindu..Banyak yang mempersoalkan wang sebanyak 92 juta Rp yang digunakan untuk Deepavali Nite..
Bukan sekarang membicarakan pro dan kontranya…
“Dengan ini saya mengisytiharkan pimpinan PKPMI sesi 2007/2008 dibubarkan,”sepatah demi sepatah untaian kata diucap oleh Saudara Izlan,mantan Yang Dipertua…
Wajah setiap yang berada di depan tersenyum gembira.Helaan nafas panjang ditarik…Hilang beban yang mencengkam sanubari semenjak setahun yang lepas..
Rehat seketika…
Tugas terakhirku; mengendalikan proses pemilihan pimpinan baru sebelum Pengerusi Tetap yang baru dilantik..Dalam ayat yang lain,sebelum diri ini betul-betul bergelar mantan Pengerusi Tetap..
“Pengerusi Tetap baru kita semua adalah……saudara Lutfi!,”ucapku sambil menghulur tangan menyerahkan mikrofon padanya.Terselit ucapan tahniah di sebalik huluran itu..
Mikrofon berpindah tangan, begitu jugalah diri ini sudah tidak bergelar Pengerusi Tetap lagi…
Gembira..
Ringan…
Tidak tergambar monolog bicara hati tika itu..
Kaki melangkah suka ke dalam dakapan hadirin yang lain..
YDP BARU…
Dudukku yang santai, mengejut terhenti..
Seorang adik tahun pertama bangkit dan berkata “Saya cadangkan Saudara Ahmad Zulfahmi sebagai YDP yang baru”..
Cadangannya bersambut sokongan teman di sebelahnya..
Diriku tidak keruan..
Lantunan istigfar spontan keluar dari mulut..
Andai pencalonan itu datangnya dari teman seperjuangan,tidaklah sampai tangkai jantung ini hendak tercabut dibuatnya..
Jemariku bergetar rancak.Saat kaki melangkah ke hadapan untuk mengenalkan diri dan menghamburkan sedikit manifesto,jelas jiwaku bergolak cuak..
“Adakah aku sudah tidak waras nak menerima jawatan ni??”pertanyaan yang tidak bersambut jawapan..Jawatan paling tinggi di bumi Bandung ini untuk para pelajar Malaysia..Bukan sedikit masa,tenaga,wang yang perlu diguras.Semuanya mengandalkan pengorbanan yang tidak sedikit jumlahnya..
Hanya punya 2 calon.Langsung pencalonan ditutup..
Dewan sepi..
Menanti penuh sabar ucapan masing-masing calon..
Memang mati kutu,apalah yang nak diungkapkan dalam keadaan yang cukup tidak bersedia sebegini..
Sorotan mata pasti menjadikan aku sebagai fokus.Kian rancak dansaan jemariku.Lututku menyambut senang ajakan jemari..Kedua-duanya bertanding siapa lebih hebat..
“Skripnya sudah tertera di atas,sudah maklum oleh PENGARAHnya,”
“Siapapun pilihan anda semua,sokonglah dia,dokonglah dia,bantulah dia!!”
“Yang penting,PKPMI ini milik kita semua,bukan milik YDP,bukan punya Majlis Tertinggi,milik kita semua!!”
“Gunakan hak anda memilih yang terbaik kerana dia yang akan mewakili kita semua”
Itu sahaja upaya yang mampu kukatakan..
Entah dari mana semangat itu datang.Tiba-tiba datang berkunjung.Hatiku membara dibakar..
Pengundian dijalankan..
Seketika..
Calon yang dua dijemput masuk ke dalam dewan..
Lantas diumumkan..
“Yang Dipertua yang baru kita……Ahmad Zulfahmi!!,”terasa macam ada sergahan yang maha kuat kepada pemilik tubuh ini.
Segenap urat sendi menggeletar lemah..
Langsung tiada mimik muka ini menguntumkan senyuman..
Takut amat..
Seram sejuk…
AHMAD ZULFAHMI SUATU KETIKA DAHULU..
Usai mengucup tangan ibu tercinta bapa tersayang..
Seorang budak lelaki,berbaju kemeja putih berseluar panjang hijau,bersongkok hitam,tenang mengendarai basikal Nishiki birunya..
Rutin laluannya setiap hari adalah dari rumah ke sekolah yang sekadar berjarak kira-kira 3 kilometer..
Seorang budak yang hanya kenal rumah dan sekolah..Rumah untuk makan,tidur,bermain dan hidup dengan keluarga.Sekolah sekadar untuk menadah ilmu di kelas daripada cikgu-cikgu..
Seorang budak yang punya berat 90 kilogram,seluar bersaiz 39,40..Punya keyakinan yang cukup-cukup rendah.Fizikal menjadi penghambat..
Melihat teman menendang bola laksana Azman Adnan,berkawad mantap seperti polis dalam siri Roda-Roda Kuala Lumpur,hasratnya dipendam.Hanya melihat sekadar membenih kagum di kamar hati..
Dalam kelas,mengungsi kerusi pojok paling belakang.Tiada pernah mengaju pertanyaan,hanya menjadi pendengar setia.Pernah diuji bercakap di hadapan,senyap bak mayatlah jawapannya.Peluh dingin merembes keluar.Lutut lemah melonglai..
Akan tetapi tetaplah normal orangnya.Tetap punya kawan,tetap pandai bercakap..Cuma ‘Inferiority Complex’ tingginya menandingi Everest,sang juara..
Orangnya Alhamdulillah dikurniakan akal yang baik.Dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5,selalu menyelit di antara pelajar cemerlang..Cuma dirinya,tidaklah miliki nama segah teman sekelas..
Pasrah menunduk,cukup hanya untuk menggembirakan ibu yang melahirkan,bapa yang mendodoi membelai..
Walaupun bersekolah agama,masjid bukanlah tempat kunjungannya yang biasa.Hanya tengahari Jumaat,rutin tetap mingguannya..Tiada apa yang istimewa dengan masjid.Hanya tempat sang pencen melangsaikan kehidupan di dunia..
5 tahun,itulah jadualnya…
Ringkas..
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysianya boleh tahan, 9A1 dan 2A2..
Ditakdirkan Rabbul Izzati,dia melangkah keluar dari bumi tempat bermain,Kelantan Darul Naim..Tempat yang dituju Shah Alam ,Selangor.Bumi yang cukup asing,berenggang dengan ibu bapa suatu keterpaksaan..
Segalanya sukar..
Komunikasinya bermasalah.Loghat Kelantan tidaklah sukar untuk diubah cuma dia takut dengan manusia bernama perempuan.Mana ke tidaknya,5 tahun memandang lelaki semata.Perempuan itu hidupan dari planet luar,makhluk asing.Tiada dalam kamus hidup…Jalan mesti menunduk lantai.Tiada kompromi..
Entah kenapa..
Terasa ada benda yang kosong..
Surau Cemara,punya asrama, menjadi kunjungan rasmi setiap Maghrib dan Isya’.Mungkin sebagai ‘defense mechanism’ dengan persekitaran yang cukup menekan dan pelik baginya.Maklumlah budak kampung…
Suatu hari..
Datang seorang abang mendekati mengajak bicara..
“Awak dilantik untuk mengepalai Biro Ekonomi PSC!,”sepatah ayat keluar dari mulutnya. Tidak ada logika bak kata Agnes Monica…
Tergamam seraya melopong mulutnya..
…………..
ERA PROFESSIONAL STUDENT SOCIETY (PSC)
PSC..
Begitulah kependekannya..
Persatuan yang menjaga hal-ehwal pelajar terutama Muslim di tempatnya..
Patuh pada arahan,menerima tanggungjawab,pasrah padaNya..
Apalah yang ada pada budak hingusan itu.Menjadi ketua biro,ekonomi pula portfolionya..Pengalaman seciput pun tidak punya.
Di hatinya,memikirkan hanya kehancuran biro di bawah kendalian.
Di hadapan,duduk ahli-ahli bironya.Makhluk-makhluk asing bernama perempuan itu juga ada.Bahkan jumlahnya 4 lagi..Bukan sedikit..
Tazkirah pembuka majlisnya hancur berkecai.Sudahlah pertama kali ingin menyampaikan peringatan.Punca fobianya juga bermain depan-depan mata..Terlekat tanpa kata 2,3 minit.Memalukan..Andai muka dan badan boleh disorok ketika itu,pasti dia lakukannya..
Bersama Sahabat Seperjuangan@Bukit Bendera...
Suatu ketika diberikan tanggungjawab menjadi pengerusi majlis suatu ceramah.Bukan calang-calang orator yang datang,Ustaz Maszlee Malik,tokoh agama di Lembah Kelang yang bertandang..Sekadar berbekalkan pengalaman mengendalikan mesyuarat biro sendiri yang baru 2,3 kali dilakukan,sekarang betul-betul menjadi pengerusi majlis…
Degupan jantungnya seakan-akan Watson Nyambek yang baru selesai memecut 100 meter.Butir percakapannya sukar dikenalpasti..Hadis yang ingin diungkap hilang bersembunyi malu di celah belahan otak.Ustaz Maszlee tersenyum memandang..Merahya muka usah ditanya..
“Sumpah aku tak nak jadik Pengerusi majlis lagi selepas ni,”tuturnya bernada menyesal tidak sudah..
Itu secebis liku-liku pengalamannya.Jalan cerita bak mitos Melayu dahulu.Rekaan semata-mata…
Sekarang,tahun 2009 ,sudah tahun ketiga dia berada di bumi Merah Putih.Mengejar matlamat menjadi insan mulia penyelamat nyawa manusia,seorang yang bergelar doktor..
Dia orang yang punya prinsip..
Insan penuh manfaat pada diri dan keliling..
Mencabar diri terus maju meniti jambatan hari..
Dia yang sekarang bergelar Yang Dipertua PKPMI cawangan Bandung..
Dialah AHMAD ZULFAHMI itu..
KATA-KATA MANUSIA
HambaNya ini jelas diwarnai kelemahan nan banyak.Tidak terkira dek jari..Kelebihan jika ada,pasti boleh dibilang jari.Sedikit itu jelas…
Diri ini ternyata senang dengan berurusan sesama manusia, pendekatan secara lembut dan berhemah.Lebih bersabar dan menahan nafsu amarah..Gaya persis meniru Usman Al-Affan, Dzun Nurain,pemilik dua bola mata..
Bukan tidak pandai bertegas atau menghamburkan bicara panas membara,akan tetapi semua itu pasti ada tempatnya.Siapa yang mengenaliku,pasti pernah melihat kelibat tegasku..
Maaf kupinta kepada teman-teman dalam program ISK,penganjur Taraweh Dokter dan semasa sesi pengundian hari kelmarin..Maaf juga kalau ada yang terasa diejek,dicabar sewaktu malam Hijrah:Peduli Palestin!!.
Transformasi dari Usman menjadi Umar Al-Faruq apabila keadaan memerlukan..
Kuteringat junjungan besar kita Muhammad.Bagindalah orang yang paling lembut dengan isteri,bagindalah orang yang cukup mesra membelai anak yatim..
Tangan bagindalah yang sabar tenang menyuap makanan ke mulut Yahudi perempuan yang hebat mengutuknya secara langsung..
Akan tetapi Baginda jugalah yang merah padam mukanya,mengguntur suaranya,tegap berdiri laksana panglima berada di medan perang,tatkala menyampaikan khutbah Jumaat..
Insan kerdil ini pingin mengikuti SUNNAHmu wahai Rasulullah!!
ISLAMOPHOBIA
Tidak ajaib jika yang takut kepada Islam adalah dari kalangan mereka yang namanya Mark,Christina,Samy ataupun Michael.Akan tetapi,tersangatlah pelik bin hairan andaikata yang takut kepada Islam adalah mereka yang mengalunkan ungkapan “Ashadu alla ilahaillallah waashaduanna muhammadar rasulullah”..
Akhir zaman,semua itu pasti…
Ramai semata,tetapi kekuatan langsung tidak punya,dayus melata.Bak buih,banyak di lautan tetapi pecahnya senang sekali..Benar sekali amaranmu wahai Rasulullah..
Mungkin ada yang pesimis apabila jawatan Yang Dipertua dipegangku…
“Habislah PKPMI jadi persatuan agama,”
Aku tergelak…
“For sure,tahun ni dah takda Malam Seni Budaya,”
Aku ketawa geli hati..
Andai dalam fikiranmu,seorang yang berimej agama adalah seorang yang tidak pernah berhibur,seorang yang duduknya di masjid 24 jam,seorang yang tidak tahu tentang sukan dan arena perfileman,buta tentang adat dan budaya, jelas sekali fikiranmu cukup-cukup dangkal…
Islam agama yang luas lagi syumul..
Islam memandu kearah jalan yang betul..
Berhibur silakan..
Menonton filem jom..
Bersukan bila-bila masa..
Bercinta takkan kulepaskan..
Adat budaya kupertahankan..
Cuma Islam itu bersifat menjaga…
Ibarat papan tanda lalu lintas…Harus diikuti.Cubalah anda memandu sesedap rasa tanpa mengendahkan peraturan jalan raya,percayalah jenazah anda bila-bila masa akan dituntut keluarga di hospital…Pedih untuk dirasa,tetapi inilah hakikat kebenaran…
PEMIMPIN MUSLIM
Tidak ditunggu semua orang menjadi Muslim baru dikatakan itu pemerintahan Islam. Madinah itu ada Muslim,dan ada juga Yahudi dan Nasrani.Aman damai,muafakat menjadi teras.Setiap kebajikan individu terjaga.Adil dalam pemerintahan…
Itulah Islam..
Sayang seribu kali sayang.Indahnya Islam terpalit noda Muslim..Muslim sesama Muslim pun kurang percaya.Inikan pula bukan Muslim terhadap Muslim..
Teringat Umar Al-Khattab,pemikul bendera sang khalifah.Memikul guni gandum,menghantarnya sendiri ke rumah sang perlu.Pabila ditanya pembantunya seraya menawarkan bantuan,Al-Faruq membalas..
“Sanggupkah engkau memikul bebanan dosaku di Akhirat kelak?”
Hari itu pasti..
Tatkala tangan berkata tulus,kaki wenang bersaksi,mulut sekadar rapat terkunci.Tiada yang sisa bisa bersembunyi.Semuanya dipertontonkan di kemudian hari..
Andai aku saksama,naungan Allah menjadi imbalan di sisi..
Andai aku cuai semberono, makanan berduri,air hangat bernanah menjadi santapan rasmi..
Wahai teman-teman..
Kiranya punya kesalahan pada diri,tegakkan kebenaran itu.Jangan biarkan leka menguasai diri.Jika kuasa itu dambaan hati,lancarkanlah pedang lisan membanteras infeksi nafsu yang bersarang..
“Jangan engkau biarkan aku sendirian memegang amanah kaum Muslimin..”
“Tidakkah engkau kesian pada hambaNya yang bernama Umar..”antara dialog Umar ketika menawarkan jawatan Gabernor kepada seorang sahabat..
Begitulah aku…
Tanggungjawab maha berat ini rasanya tidak tertanggung dek diri.Bantulah diri ini andai masih ada sayang di kamar hati..
Hati ini dambakan manisnya ukhuwwah di jalanMu..
“One body,one set of domino,an orchestra”
14 ulasan:
aslmkum sheikh....
anda masih beruntung kerana di zaman anda menjadi 'khalifah', Abu Bakar, Umar, dan Ali masih 'hidup'.
jangan malu untuk menerima teguran dan jangan takut untuk membuat PERUBAHAN+KEMAJUAN. tunjukkan apa ada pada 'pemimpin ISLAM'.
baaaarakallah ya akhi,
wallahua'alam...=)
Nta tidak berseorangan...Jika semua insan mencemuh dan membenci disaat kamu taat pada Allah,ketahuailah Allah bersamamu.Jalan kita pilih bukan jalan pilihan semua orang,bukan jalan kesenangan,bukan jalan mencetus kebanggaan melainkan jalan yang akan dipertanggungjawabkan oleh Rabb diakhirat sana....
Disaat Abu Bakr,Umar,Ali "masih" hidup....
Dr Razi-
waalaikumussalam
Teguran sentiasa dialu-alukan.
;-)
Assalamualaikum..
tahniah krana dpilih menjadi YDP pkpmi...
smoga berjaya dlm memimpin kami dan mcam drRazi ckp kat atas..tunjukkan apa ada pada pemimpin Islam..
Dr Amad-
Tidak ada ketaatan pada makhluk dalam bermaksiat pada Sang Kholiq..
alhamdulillah kalo masih ada Abu Bakar,Umar dan Ali dalam dunia ni..
Sebarang waktu dan ketika,silakan menegur ;-)
3rd March-
Terima kasih pada anda..
Harap time cuti ni dipenuhi benda2 bermnafaat.
Peace ;-)
terkedu seketika membaca entry kali ni, imbas kembali gelar hanzalah didapat di intec,beberapa titis airmata mencecah bumi..jazakallah ya akhi atas peringatan..
Zulfadli-
Still u can be that hanzalah right know..
Just mengingatkan, kenapa kita berada dalam medan ni akhi??
Jawapannya masing-masing tahu cuma kadang-kadang terlupa..
Afwan ;-)
sngguh anda btul2 anak jati kelantan..sampai jd blogger pun masih menyelitkan logo negeri anda!tabik spring loo..
sama2..
terima ksh kembli uk nasihat 2..
Dr Mohd Hafiz-
Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat 20 tahun hidup dihabiskan dengan pelbagai rencah kehidupan ;-)
3rd March-
Pesan2 dengan kebenaran dan dengan kesabara..Welkem ;-)
salam..tahniah atas pelantikan jd YDP..moga dipermudahkan Allah dalam urusan kepimpinan..
menjadi pemimpin tu satu amanah n tugasan yg berat sebenarnya,bukan calang2 org dapat mnjalankan tugas dengan baik. tapi Allah menjanjikan ganjaran besar bagi pemimpin yg adil dan mampu mentadbir dengan baik..(mcam nak tadbir negare laa pulak kan..hehhe..)..insyaAllah abg fahmi adalah org yg dipilih Allah utk tugasan tu, jd moga segalanya berjalan dengan lancar..insyaAllah..
Duha-
Terima kasih atas sokongan dan dokongan..
Mendapat jawatan itu sukar..
Mengisi jawatan itu peritnya tidak terkata..
"Walk the talk"...
p/s kepada cik duha dan kawan2,isilah masa cuti yang sejenak dengan baik..Kata kat belle dan syu "Jangan dok meronggeng je keje..."
C ya ;-)
Harus komen ek? hoho..
komen saya adalah:
Anda orang yang terpilih, n saya yakin anda dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya...
Tak perlu dihiraukan mereka yang kata lepas ni PKPMI jadi persatuan agama...actions speak louder than words...yang penting tunjukkan teladan yang baik n insyaAllah orang akan nampak..
All the best pada anda.:)
Catat Ulasan