Allahumma Soyyiban Nafiaan..
Wahai Allah,turunkanlah hujan yang bermanfaat..
Begitulah bunyinya doa ketika turunnya rintik-rintik manik jernih dari langit kepunyaan Sang Pencipta..
Tatkala adegan sepak meyepak bola futsal tim Cikuda d Oranje terganggu dek hujan..
Cikudian 1st Year
Gerimis anak bertukar menjadi hujan menggila…
Makhluk-makhluk lelaki dewasa mengingat kembali zaman anak-anak fitrah.Berlari berkejaran mengejar bola,bersorak riang dengan teman,bermandi manda dalam kesejukan.Begitulah episod fitrah anak-anak Cikuda d Oranje….
Subhanallah,hebat sungguh Tuhan..
Hujan itu cantik…
Tika mencecah bumi,melantun lembut mencipta riak akrobatik di lantai kawanan air yang bertakung..
Hebat Sang Pencipta!!
SIBUK
Sibuk itu alasan,symptom orang bergelar Mat Jenin..
Impian menggunung,usaha sekelumit pusu anai-anai pun tidak punya..
Masa betul-betul menghambat semenjak dua tiga menjak ni.Tidak cukup tangan untuk bertindak..
Jumaat 13 Feb : Pagi ujian CRP 2,petang sampai malam berada di Puri Khatulistiwa,makan malam dengan KPT..
Sabtu 14 Feb : seharian suntuk berada di Embryo 2,Subang.Penat naik motor 2,3 jam..Malam baru berada di bilik..
Ahad 15 Feb : pagi sampai zohor ada lomba futsal.Malamnya bergerak ke Mulana,ada sesi ramah mesra mingguan bersama Twin 07 lelaki…
Minggu ni pun sama rentaknya.Beberapa sesi mesyuarat dan pertemuan rasmi dan tidak rasmi menjadi juadah tetap harian.Buku pun hanya sempat diselak sebentar dengan sisa-sisa masa dan tenaga yang masih ada…Pergerakan yang cukup maksimum.Masih dalam proses adaptasi….
Sering terfikir “kenapala nak hidup ni nak jadi camni?”…
“Boleh ke aku tahan sampai setahun?”
Antara persoalan yang sering menjengah kamar kalbu..
Dan sering persoalan ini dirungkai dengan mengingat kembali dengan tujuan hidup manusia diutus ke dunia fana’ ini..
HAMBA dan KHALIFAH Allah…
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
Az-Zaariyaat :56
Inilah kata kuncinya..
Setiap pergerakan,untaian kata yang dihambur,helaan nafas oksigen,semuanya manifestasi kita sebagai hamba…Sumber kekuatan yang tidak pernah kenal haus dan dahaga…
Kadang-kadang terfikir,”boleh je aku jadi hamba biasa-biasa,tak perlu nak sibuk-sibukkan diri?”..
Ada benarnya…..
MUHAMMAD SANG TELADAN…
Rasulullah…
Pemimpin Negara…
Imam solat…
Panglima perang..
Peniaga..
Ayah..
Suami…
Datuk…
Semuanya dia dalam satu masa dan ketika..
Semuanya dia dalam setiap detik dalam 24 jam..
Semuanya dia,pakej lengkap seorang makhluk Tuhan..
Super sibuk orangnya!!!
Tetapi dia mampu..
Sempurna kerjanya..
Hebat…
Jika ditelah melihat senariomu,kerdil diri ini..
Jika dibanding,bagai langit dengan bumi itu lebih dekat..
Makhluk-makhluk bernama manusia mengidam peribadimu…
Alangkah malu wahai diri,engkau punya cukup sifat..
Alangkah segan wahai diri,Ahmad Yasin itu lumpuh berkerusi roda..
Alangkah manja wahai diri,Ahmad Yasin itu kabur pandangan,bicaranya hampir tidak nyata..
Masih punya kaki,masih ada tangan sepasang lengkap..
Mulut berbicara pantas dan fasih…
Alangkah lupanya kamu wahai diriku,engkau mengeluh nan beban sedikit..
Bukan pun ada apa jika dipadankan dengan Bapa Intifhadah…
Aku turuti denai yang telah engkau terokai..
Likunya sama,Cuma orangnya berbeza..
Terima kasih Rabbul Izzati…
Terima kasih Al-Amin Muhammad..
Hidup ini cukup bermakna pabila mengenali inti hidup…
KepadaMu Allah,kuserah jiwa dan raga..
P/S Artikel ni ditulis sekejap menunggu masa untuk berangkat ke Siwah,hutan berdekata dengan Gunung Tangkuban Parahu..Ada perkhemaha diselenggarakan olah fakulti untuk pimpinan persatuan dalam fakulti..Tempatnya bercuaca ekstrim,bisa bikin hiportermia..Suhu 5 darjah Celsius minimum dan maksimum 21 darjah Celsius di siang hari…
Dan harap maklum YDP dan TYDP PKPMI tidak akan dapat dihubungi sehingga ahad malam..
Di sana tiada talian telefon,signal pon tiada,Sob3..Sedih tidak dapat nak berSMS dan membuat panggilan.Daaa ;-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan