Rabu, 14 Januari 2009

HIJRAH; Peduli Palestin!!












Diri  ini memang sudah tidak tahan menanggung rasa pedih menikam ulu hati,.

Disiat hidup-hidup lebih ringan rasanya..

Siapa yang tahan melihat saudara di Gaza disembelih membabi buta..

Siapa yang tidak sayu melihat deretan jenazah anak-anak terbujur kaku..

Hati mana yang tidak berduka lara andai hanya rerumput hijau sebagai santapan penerus nafas..

Hati mana yang tidak bermuram durja jika masjid,sekolah, kediaman dibedil hancur sesedap rasa..

Isteri-isteri pasrah sekelip menjanda..

Anak-anak kecil hingar meraung yatim..

Terkulai layu sang bayi di ribaan sang abi..

Darah manusia tertumpah murah..

Kini, SIARAN LANGSUNG  khas dari Gaza, Palestin.,,,,,,,,

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

HIJRAH; PEDULI PALESTIN

Alhamdulillah, ucap puji syukur kepadaNya..

Tamat sudah satu lagi program..

Tertera jelas di atas HIJRAH ; Peduli Palestin!!

Bukan sekadar program cukup syarat..

Bukan hanya pelengkap kedatangan 1430 Hijriyah..

Ia lebih dari itu semua…

Sesungguhnya kami INSAN PEDULI !!

 

7 Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430 Hijriyah..

Detik yang memahat tinta sejarah di bumi Fakultas Kedokteran UNPAD..

Tentatifnya:

1730 Kedatangan para pelajar

1810 Ifthor Puasa Ashuro’ Berjamaah

1830 Solat Maghrib Berjamaah bersama bacaan Qunut Nazilah

1845 Slot Tausiyah dan Tayangan

          Tabung Palestin diedarkan

2000 Solat Isya’ Berjamaah bersama bacaan Qunut Nazilah

2020 Solat Jenazah Ghaib untuk Syuhada’ di Gaza

2030 Bersurai

Rancangan yang dibentuk tampak sempurna.Ditambah apabila  melihat panitia program yang bersemangat membara..

Lumrah membuat program,seteperinci manapun suatu program itu dirancang,kadang-kadang tetap ada kesulitan yang tiba-tiba datang bertandang.Sebagaimana persetujuan bersama, program ini tidak akan menguras dana dari para pelajar.Hanya mengharap pelajar menyumbang sedaya mungkin untuk saudara kita di Gaza..

Asal mahu menggunakan fasilitas dewan di Bale 4,tetapi apakan daya , pihak pengurusan memang cukup menjengkelkan hati.Pelbagai hikayat dan omongan mereka lontarkan.Jelas mempersulit rencana..

Terpaksa haluan dialihkan ke fasilitas di fakulti.Masjid As-Syifa’ dan ruangan A33 Theatre menjadi pengganti bidan terjun.Dan Alhamdulillah urusan dipermudahkan walaupun bekerja pada saat-saat terakhir.

Daripada anggaran awal,maksimum yang akan datang lebih kurang dalam 200 orang.Jumlah normal mana-mana aktiviti yang dijalankan sebelum ini..

Masjid As-Syifa’ tidaklah sebesar mana.Kalau yang datangnya betul-betul 200 orang,pasti keadaannya cukup tidak enak.Pasti sendatnya mengalahkan ikan sardin dalam tin.Kerisauan mencengkam kamar hati.Namun hanya doa mampu kupanjatkan  agar semuanya berjalan lancar..

5 minit lagi azan Maghrib akan berkumandang..As-Syifa’ sudah sampai ke tahap maksimumnya.Sewaktu azan dilaungkan,masih ada pusuan pelajar yang datang.Petang ini,semuanya nak tak nak belajar ‘bersempit-sempitan’..235 bungkus nasi habis sekelip mata.Terpaksa ajk makanan berkejar membeli makanan tambahan..

 

 

 

 

Keputusan drastik dibuat..Solat Maghrib berjemaah terpaksa ditukar ke lapangan di luar As-Syifa’.Di luar kemampuan masjid ini untuk solat yang makmumnya punya 280 orang!!

Subhanallah!! Engkau sememangya sebaik-baik PERANCANG.Tidak terbayang andaikata tetap Bale 4 menjadi tempat berkumpulnya hamba-hambaMu ini..

Sujudku penuh kesyukuran padamu Ya Rabb…

Dalam keheningan senja nan merah,saudara Hazwan mengimamkan solat Maghrib..

Damai..

Tenang dalam kekalutan..

 

 

 

 

Gerombolan pelajar merangkak perlahan menuju ke A33 Theatre.Anak tangga terakhir, mereka disambut  oleh…….

 

Dan apa yang dilakukan?? Tiada jawapan yang paling tepat ketika berbicara dengan keturunan kera dan babi kecuali….


 

 

Kapasiti maksimum dewan ini hanyalah sekitar 220 orang.Alhasilnya, demimu Gaza, saksikanlah dari kami..

 

 

 

 

Muncul di hadapan,saudara Radzi membentangkan orasi.Turut diselitkan tayangan animasi ‘Syahid Muhammad Durroh’..Diakhiri sebuah deklamasi sajak yang mulus didendangkan hati yang ikhlas.Semoga dewan ini menjadi saksi  insan-insan tersedar dari lena,bangkit dari alpa yang panjang…

Ameen Ya Rabb…

Usai acara di dalam dewan,semuanya kembali menapak ke Masjid As-Syifa’.

Jam di tangan menghampiri jarum 10.Sudah agak lewat…Waima demikian,kelibat  para pelajar tidak menyusut.Semua tampak besemangat..

 

Soff diluruskan..

Allahuakbar…

Ucapan Allah Maha Besar lantang dikumandangkan imam..

Rembesan cahaya qomar tersipu-sipu malu di balik bayangan awan..

Gelita meraja..

Dingin sang malam menyelubungi hamba-hambaNya..

Tunduk sujud,khusyuk dalam ketaatan..

Esak tangis gemersik..

Mengenang nasib mereka di sana..

Apakah hidup apakah mati..

 

"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka

Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka

 

Qunut Nazilah kami iringi..

Melodi syahdu di malam hari..

Penuh tawakkal menghina diri..

Menadah tangan menagih simpati..

Mutiara jernih melirik pipi..

Sebagai saksi kemudian hari..

Ameen Ya Rabbul Izzati…

 

 

 

Usai Isya’ berjamaah, hadiah buatmu Syuhada’ di bumi Gaza..

Tanda ingatan kami di bumi Jatinangor..

4 takbir buatmu saudara-saudaraku..

Insyaallah suatu hari kita kan bertemu..

 

 

Kemuncak acara sebelum orakan langkah pulang…

Khaibar Khaibar Ya Yahud,

Jaishu Muhammad saufa ya’ud..

Ingatlah Khaibar Wahai Yahudi,

Tentera Muhammad  pasti kan kembali..

ALLAHUAKBAR…

ALLAHUAKBAR…

ALLAHUAKBAR…

 

Teriakan takbir mengguntur langit FK..

Gempita memecah hening suasana..

Andai ditanya padamu..

Di mana kan kucari Khalid Al-Walid..

Kalau disoal di pelosok mana Salahuddin Al-Ayyubi..

Jika dicari sosok persis Muhammad Al-Fatih..

Bangunlah dengan berani wahai sahabatku,

Bangkitlah berjiwa perwira wahai temanku,

Dan laungkanlah…

Akulah Khalid!!

Akulah Salahuddin!!

Akulah Al-Fatih!!

ALLAHUAKBAR!!!!!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10 ulasan:

syuhadah berkata...

laknat Israel!tak perikemanusiaan!
smpaikan para syuhada` 4 thn dibiarkan anjing untk merobek daging..Ya Allah..hancurkan tentera Israel!
Progrm yg sgt membantu MENYEDARKAN mereka yg msih lena di ulik kemewahan..insyaAllah..takbir!!

'Abid Sakina berkata...

indah benar bahasanya..
subhanallah...=)
Khaibar ya Yahud~!Allahu akbar~

muniri berkata...

nice entry...
keep writng...
hehehe mntk izin nk link blog

Unknown berkata...

erm..
Actually kan,entry ni xsiap lagi..Ada gambar yang xbuley upload.Jadi nampak sangat ada part agak tergantung..
Nati Insyaallah try nak upload gambar ;-)

hud berkata...

kembalikanlah kami kepadaMu dlm keadaan berjuang di jalanMu..
izinkan kami syahid menemuiMu..

p/s:lama x dgr tazkirah akh fahmi..

Unknown berkata...

Hud-baik dengar tazkirah orang len yang lebih elok
;-)

hud berkata...

em..tp kt cni,tmpt baru ni xde akhi..
nasib baik ada internet ni..

Unknown berkata...

Hud-tanggugjawab makin besar.Jangan bimbang IA kan ada dalam jangka masa terdekat taalim rutin untuk semua anak Malaysia.Lebih sistematik dan teratur...Doakan lar

p/s kalo kat Mulana,bincangakn nak awat katne ngan Faiz n Kak Aimi.IA selagi terdaya,akan ada yang turun ke sana ;-)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hud berkata...

em,rasanya sy da buat akh fahmi t'salah fhm..
sy huda,ex-fk07..sy bukan kt unpad lg..