Selasa, 6 September 2011

Bahana Si VODKA..




"Hurm, jarang kes sebegini!" hati kecilku berbisik halus.

"Alcohol Intoxication!"

Seingat diriku, sewaktu di bahagian Mata, ada kes seorang lelaki yang hilang pancaindera penglihatan, akibat meminum minuman keras tiruan.Minuman yang dipercayai mempunyai kadar metanol yang tinggi.

Biasanya harga minuman keras yang murah, lebih berkemungkinan.Kerna kadar metanol dicampurkan dengan lebih banyak.

Alhasilnya, berlakulah gejala toksik di retina saraf mata.

Buta buatan, bahana meneguk air syaitan.


Cerita di Wad

Hanya melihat sekilas status pesakit, daku menyangka pastilah si pesakit itu lelaki,bermuka ganas, bertatu mungkin.

Namun, jauh benar panggang dari api.

Lelaki yang ditebak, rupanya seorang puan empunya diri.Ibu dua orang cahaya mata lagi.

Pabila ditanya kenapa ter'masuk' ke dalam wad, si ibu tersipu-sipu malu.

" Minum Vodka doc!"

Ya Vodka.Sejenis arak.

Arak hukumnya haram.Haram itu dosa.Dosa itu merintis jalan ke api abadi.Namanya neraka.

Entah bagaimana rasanya Vodka.Hanya Tuhan dan mereka si peneguk yang mengetahuinya.Katanya teman-teman bukan Muslim, sebelum meminum Vodka, harus dicicipi dengan air limau.

" Vodka tu perit kat tekak bro. Tekniknya kena minum air limau dulu sedikit sebelum 'bedal' Vodka!"

Teringat borak dengan teman bukan Muslim.Menambah pengalaman dan seni meminum Vodka, walaupun seumur hidup, sumpah,wallah, saya tidak mahu mencicipinya.

Mencari bahana dunia akhirat,walau setitik yang masuk ke rongga perut.

Dan si ibu tadi..

Saya percaya dianya Muslim, hanya dari melihat dari iras wajahnya dan nama nya sendiri.

Tidak bertanya saya apakah agamanya.

Seprofesional mungkin, arah haluan pertanyaan diatur agar soalan-soalan yang diutarakan tidak berbau terlampau sensitif.

Jurang komunikasi antara doktor dan pesakit harus diminimalkan sekecil mungkin. Ketika sudah tidak canggung dialog wawancara, hasilnya akan semakin positif, dan perawatan dapat diterapikan sebaik mungkin.

"Saya sering minum sama teman-teman.Wine, bir, vodka menjadi hirupan saya bersosial.Terakhir hari Khamis malam!"

" Biasa-biasa saja.Cuma setelah satu hari, saya sesak nafas.Dan langsung berkejar ke sini!"

Saya menggangguk-angguk, sambil memikirkan kusamnya hati.

"Si ibu ini meneguk air syaitan, pada malam kedua Aidilfitri.Hari fitrah insan!"

Aduhai...

Terkedu sebentar memikirkan di manakah mahu dicari Aideen Wal Faeezeen dengan sambutan mungkar sebegini.

Jauh benar kalam Ilahi dari Surah Al Maidah 91, kepada hati si peneguk najis khamr.

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan..

Hiba hati.Berat juga mahu bersuara.

Mahu juga langsung mengucapkan selamat tinggal kepada si ibu.

Namun...

Setelah dijelaskan sedikit sebanyak-banyak kondisi terakhir yang semakin baik, dan kemudiannya sudah diizinkan pulang, ada bait amanah yang perlu dilaksana.

" Pada pandangan ibu, apa langkah terbaik yang harus dilakukan?"

" Ya walaupun menurut ibu, teman-teman seVodka kelmarin tidak mengalami apa-apa gejala, kemungkinan besar tingkat ketahanan ibu rendah berbanding yang lain, lantas menyebabkan ibu mengalami gejala sesak nafas!"

" Boleh sahaja ibu minum minuman yang lebih kurang kadar alhoholnya seperti wine atau bir sahaja.Bagaimana bu?"

Doktor muda berkostum putih ini bertanya, seraya tersenyum mekar.

" Baiknya doc, langsung berhenti.Lebih baik.." tersembul jawapan dari si ibu.Gurat wajahnya masih biasa-biasa sahaja.

Ternyata tidak sia-sia menggunakan bahasa yang lebih neutral dalam berbicara.Tidak memaksa, tidak menghukum.Hanya menggambarkan adegan hitam dan putih yang bakal dihadapi.

" Ya bu.Begitulah sebenarnya.Saya hanya memberitahu baik buruknya.Selebihnya, tergantung ibu untuk menentukan jalan yang mahu dipilih!"

'Jebakan' ke arah nurul huda sedikit sebanyak berhasil.

" Nanti ibu teruskan makan ubat yang diberikan sampai habis ya.Semoga cepat sembuh ya bu !"

Katil pesakit perlahan ditinggalkan.Sorotan mata , diukir bunga senyum, melambaikan perpisahan dengan si ibu.

Daku hanya menyampaikan, pada yang Maha Perkasa segala hidayah kebaikan.

" Semoga cepat sembuh, dan jangan sesekali lagi menyentuh air tegahan Tuhan itu ya ibu!"

Sebuah monolog doa dari qalbu.

2 ulasan:

Leokid berkata...

Teringat berbual-bual dengan jiran sebelah, orang Russia, hampir setahun lepas. Malam tersebut, malam perayaan. Saya bertanya, apa yang biasa dibuat pada malam perayaan? Beliau menggayakan dengan menjentik-jentik leher, menandakan minum alkohol.

Apabila saya mengatakan bahawa saya tidak pernah minum alkohol, dia terkejut. "Berapa umur kamu?" "23". "Selama 23 tahun, kamu tidak pernah minum alkohol??"

Terkejut beruk dia. Dia mengajak saya menyertainya. "Sikiiiiitttt jeee.... orang lain tak tahu!"

Hehe!

Unknown berkata...

Leokid~

Bertuah saudara Leokid sudi mengunjungi laman memberi ini.Hehe..

Terima kasih ya Doc atas nilai tambahnya..

" Sikiiiiiit jee..orang lain tak tahu!"

Kuikui..