Jumaat, 16 Oktober 2015

Seteguh Tekad


Lama benar sawang lelabah tidak terusik.Dibiar membatu, kelu tanpa ilham..

Karya Prof Dr Sidek Baba ini judulnya Seteguh Tekad.

Melihatkan gambar tertera di kulit depan, gayanya seakan pelik.Berkot lengkap, namun basikalnya basikal tua.Namun itulah yang menarik perhatian.Dari helaian pertama, kita dibawa berjalan.

Seakan mendengar panglipurlara bermadah.

Latar belakang cerita bermula di Masjid Tanah, Melaka.Kemudian bergerak ke bandar Melaka,ke bumi Maktab Perguruan Sultan Idris, ke Kuala Lumpur, meninjau tingginya Institut Aminudin Baki dan seterusnya ke negara Uncle Sam.Sehinggalah musafir kembara banyak berhenti di Taman Ilmu dan Budi, bumi Universiti Islam Antarabangsa.

Secara ringkasnya, ada beberapa isi penting yang saya dapat konklusikan.

1) Ilmu.Peri pentingnya, ilmu akan mengangkat darjat seseorang.Akan meninggikan nilai akal, akan membawa manusia lebih mengenal dirinya.

2) Pengorbanan dan Usaha. Berbasikal berpuluh batu, bersengkang mata, berpeluh kejap, kembali bangkit dari kegagalan..Itu sesuatu yang 'wow', menaikkan semangat bagi yang membaca.

3) Tali Allah. Ditahan ISA, menunjukkan betapa kuat mehnah yang dihadapi beliau. Doa dan sujud tidak kunjung henti buat dirinya.

4) Keluarga Contoh.Anak-anak beliau, majoritinya jurutera.Berjaya sehingga ke menara gading.Semuanya dimotivasikan untuk mencari ilmu ke peringkat tertinggi.

5) Dakwah. Sesibuk manapun, proses mengajak manusia ke arah din itu mesti diutamakan. Gerabak keretapi dakwah akan terus bergerak, ia tidak akan menunggu kita.Kita adalah mata rantai dakwah.


Selamat membaca.

* Semoga diri ini kembali istiqamah menulis dan bercerita.Berkongsi manfaat sesama insan

Tiada ulasan: