Khamis, 7 Februari 2013

Diari Seorang Diplomat, HIKMAH YANG TERSIRAT



Sewaktu membelek buku ini buat kali pertama di booth Galeri Ilmu, di Pesta Buku 1 Malaysia tempoh hari, saya tidak merasakan apa-apa yang sangat istimewa.

Hanya cerita seorang pegawai diplomatik di Islamabad, Pakistan.

Namun, ketika menyelak lebih mendalam, baru saya ketahui bahawa sang penukil buku ini, Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd atau nama penanya Nafastari sudah meninggal dunia.


Nafastari bersama isterinya Mawar, dan Embun serta Kekwa, anak-anaknya

Saya lantas membelinya.

Tertarik secara tiba-tiba.

Sejujurnya saya belum pernah membaca tulisan beliau sebelum ini. Ini kali perdana bertemu wajah dengan kalam tulisan beliau.

Beliau ditugaskan ke Pakistan, negara yang bergolak dengan pelbagai peristiwa pembunuhan, pengeboman.

Diceritakan pengalamannya bersama orang Pakistan, makanan, tempat-tempat yang dilawati.

Saya terasa dibawa mengembara bersama ke dalam dunianya.

Islamabad, Karachi, Lahore sehinggalah kepada etnik Pashtun dan rencam kaum dan mazhab di bumi Benazir Bhutto ini.

Terkedu saya.

Umurnya baru 27 tahun, masih muda.Dan beliau telah dijemput bertemu Tuhannya ketika dalam perjalanan pulang ke Setiu, Terengganu, kampung halamannya.

Kemalangan yang tidak disangka-sangka.

1 Mac 2011 detiknya. Seusia saya sekarang.

Sesungguhnya maut itu benar.Bilakah detiknya, hanya ilmu milik Yang Maha Berkuasa.

Raut wajahnya, gaya penceritaannya menceritakan segalanya.

Beliau seorang insan yang baik, ayah yang teladan, suami mithali,dan anak yang soleh.Muslim yang taat semestinya.

Semoga coretan beliau dalam Diari Seorang Diplomat ; HIKMAH YANG TERSIRAT, akan memberikan ilmu dan pengalaman kepada kita para pembaca, dan semoga dengan ilmu yang diperturunkan oleh beliau menjadi jambatan pahala kepada allahyarham di sana.

Semoga Allah menempatkan allahyarham di kalangan hambaNya yang soleh.

Amin..


Silakan melawat blog Nafastari dan juga blog isterinya Mawar yang masih aktif.

http://mawarnafastari.blogspot.com/



3 ulasan:

~Setanggi Syurga~ berkata...

Salam alaik..saya pngikut blog mawar & nafastari..dan saya sangat teruja pabila bukunya akan dikeluarkan..

Kat pesta buku baru ni,buku arwah adalah buku pertama saya cari & terus beli..

alfatihah utk arwah..

Tanpa Nama berkata...

Saya rakan sekelas beliau di sekolah menengah.. tumpang bangga.. he..he..

al fatihah untuk arwah..

Tanpa Nama berkata...

Ada pembeltula sikit. Beliau berusia 28 tahun sewaktu meninggal. Lahir Sept, 1982.

- kawan baik