Jumaat, 8 Jun 2012
Aku Terima Nikahnya..
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..
Segenap puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, akhirnya lafaz 'Aku Terima Nikahnya' selamat sudah saya kumandangkan.
Tanggal 25 Mei 2012, hari Jumaat yang berkah, sejurus selepas solat Asar berjemaah, bertempat di Masjid Jami' Putra, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, sahlah Nurul Aimi Binti Mustaffa menjadi pendamping hidup saya.
Liku-liku perjalanan hubungan meniti jinjang pelaminan, satu persatu tersimpan erat di lemari sejarah hidup kami berdua.
Cerita kami bukanlah sebuah cerita epik Cinderella, cerita kami hanyalah satu cerita insan biasa tentang hubungan antara sosok anak Adam dan anak Hawa.
Insyaallah, ke hadapan, akan saya kongsikan sedikit perihal kami.Cerita bukanlah cerita sempurna, mahu dibangga-banggakan, mahu dipertontonkan.Doakan kami jauh dari perasaan riya' menunjuk, doakan kami agar perasaan ikhlas terpapar di kamar hati kami. Baik yang tersurat,silakan diambil teladannnya jika berkenan.
Andai jelek di pandangan, tegurlah kami , kerna kami tetap manusia hamba, banyak salah dan silap yang menodai perlakuan kami.
Tidak lupa, jutaan terima kasih kepada mama abah di Kota Bharu, babah dan mama di Kuching, Sarawak, kerana doa dan restu untuk anakanda berdua selama ini.
Kepada adik-adik, saudara-mara, sahabat handai, terima kasih juga atas doanya buat kami selama ini.
Yang paling utama, kepada bekas tunang, isteri yang disayangi, terima kasih tidak terhingga buatmu kerana selama ini sangat sabar dalam melayari perjuangan sebelum kita sah diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Demi Tuhan, abang sangat mencintaimu.
Terakhir,mohon doanya agar pelayaran cinta bahtera rumah tangga yang baru dibina ini, kekal bukan sekadar sepanjang hayat dikandung badan, mahunya agar berkekalan abadi sehingga ke Syurga kelak, Insyaallah.
Sehingga bertemu di coretan yang lain.
Salam sejahtera buat kalian semua ^__^
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Saya tumpang happy atas kebahagiaan anda.
I feel you. So im very happy for you.=)
(eceh omputih plop. Haha)
Drazi
~ Hehe..Seronok nikah ni.Lebih-lebih lagi bila Tuhan perkenankan doa kita, setelah lama berjuang.
Alhamdulillah..Terima kasih sobat ^__^
p/s : Nak gosip, pm me please.
Catat Ulasan