Khamis, 11 November 2010

Bersama Para Tetamu PENDIAM...



Setelah bergelumang di bahagian Psikiatri, bersuai kenal dengan 'penghuni-penghuni syurga', kelana bersambung di laman tiada bunyi dan suara. Keheningan mematikan rasa..

Forensik, tempat berkunjung..

Pertama kali, diakui, memang menyelinap perasaan takut, cuak dan gementar. Berbaur sesama dalam lubuk hati..

"Seram, tak takut ke?" tanya adik bongsuku Faizah.

Saya hanya tersenyum simpul. Alah bisa tegal biasa.

Pertama kali berdebar-debar.Kedua kalinya degupan jantung mula berkurangan, lebih tenang.


Di Laman Forensik..

"Siap sedialah dengan permainan kad, poker, menonton filem dan sebagainya1!" saran kawan-kawan yang sudah melepasi bahagian ini.

Tetapi hakikat sebenarnya tidaklah seindah khabar.

Bagi saya, setiap bahagian itu susah, dengan caranya tersendiri.Forensik juga sama.

Segala-galanya tergantung kepada kehadiran 'tetamu' (baca mayat).Kalau banyak, banyaklah rezekinya.Kalau tidak, sekadar ala kadar jatahnya.

Dan tetamu-tetamu itu datang dengan pelbagai keluhan.

Mati tenggelam, bunuh diri, pembunuhan, kecelakaan lalulintas, dan sebagainya.

Paling menghibakan hati setakat ini adalah kehadiran dua jenazah mungil, dua orang bayi yang mati dibuang.Anak lahir hasil perzinaan..

"Atas sebab apakah kami dibunuh?"

Pasti pertanyaan ini akan menghantui ibu bapa yang tergamak melakukan aksi kejam sedemikian, di negeri akhirat nanti..


Tujuan

Multifungsional sebenarnya.

Kes mahkamah, tuntutan insurans, pengebumian jenazah dan pencen antara sebab utama.

Prosedurnya bagi saya agak rumit, melecehkan di samping dengan bauan yang langsung tidak menyenangkan.
Bayangkan ramai rakan seperjuangan melekatkan kopi, uncang teh, minyak wangi, minyak angin dan sebagainya untuk mengalihkan bauan busuk yang memaharajalela di udara terbuka.

Cuma, kata saya pada diri..

" Ayuh , fikir positif.."

Semua yang tertiarap kaku di katil autopsi adalah saudara-saudara kita, semanusia bukan haiwan.

Kebanyakan tidak berharap untuk mengakhirkan detik penamat mereka dengan cara sebegini.Hanya Tuhan menentukan saksama.

Dan atas bahu kitalah untuk melaksanakan pertolongan, menolong mereka sebaik-baiknya.

Menolong membedah, mengerat dan mengenalpasti kelainan pada mayat, adalah satu wahana 'membantu atas kebaikan dan taqwa', suatu suruhan Ilahi pada hambaNya..

Dan sentiasalah positif dengan kehadiran tetamu-tetamu ini. Tetamu datang membawa rezeki kepada sang tuan rumah..

Kunjungan tetamu ibarat ladang pahala menunggu tuaiannya oleh kita. Sudah terhidang di depan mata, maka syukurlah dengan rezeki yang datang..

Kata pujangga nasyid, Raihan..

Syukur..Syukur..Alhamdulillah...

2 ulasan:

Afini Rozana berkata...

wah, tgh forensik ek.. i miss forensic RSHS so much! Dr Noorman, residen, teman2 unpad n maranatha, buat autopsi, kna panggil oncall malam2 or pagi2 buta, es krim duren, food2 yg sedap lagi murah... =)

Masa time sy aritu, dapat 33 autopsi je. Dengan sejumlah itu, Alhamdulillah, byk pengalaman ditimba n keinsafan menjelma. =) nway, nak share pesanan ringkas dr murabbi sy b4 sy ke forensik ttg adab2 bersama 'tetamu', antaranya..
1- Doakan 'tetamu' jika mereka muslim.
2- Hormati mereka, lakukan autopsi dengan santun.
3- Jangan menceritakan keburukan mereka. jika ingin share ilmu, yang dicerita adalah dalam bentuk 'case'.. bukan hal2 yg bikin 'hot'..jgn selitkan hal2 yg dapat menjatuhkan maruahnya.

semoga bermanfaat! =) Enjoy autopsi esp PD coz susah nk dpt pengalaman tu lg pasni.. All d best! =)

Unknown berkata...

Afini Rozana~

Terima kasih atas nasihat. 33 tu banyak kak untuk 4 minggu.Hehe...

Insyaallah..tq doanya ye :-)