
Sehingga detik ini,sudah kira-kira 4 tahun saya menjunjung langit, memijak bumi Jatinangor...
Banyak benda berubah dan ada juga yang statik..
Dahulu junior,sekarang senior..
Dahulu pelajar biasa,sekarang punya pangkat dan jawatan..
BAK ENAU DALAM BELUKAR...Pada pandangan peribadi saya,mungkin salah dan mungkin sahaja ada benarnya,saya lebih merasa sewaktu awal kedatangan saya dahulu pada tahun 2006,para pelajar di Bandung,memang agak individualistik..
Hidup banyak yang sendiri-sendiri."Ananiyyah" dalam Bahasa Arabnya..
Tidak semua pelajar sedemikian rupa,tetapi gambaran kasar yang dapat saya ambil adalah banyak yang "SELFISH"...
Alhamdulillah..
Bermula dengan kami yang punya kesedaran,dengan bantuan senior-senior yang turut bergabung,suasana mula berubah..
Unpad mula berubah.Aktiviti-aktiviti lebih banyak diadakan.Ikatan silaturrahim sesama pelajar cuba ditautkan sebaik mungkin..Partisipasi aktif dari kawan-kawan sekalian,amat membanggakan saya..
Di mana-mana,kami dari Cikuda menampakkan muka,memberi segenap sokongan.Terima kasih Tuhan atas kesedarannya...
SEKARANG...Tatkala perubahan generasi berlaku,ada nilai yang bertambah dan berkurang.Roda bukan sekadar di atas,kadang-kadang putarannya berada di bahagian bawah..
Proaktifnya pelajar-pelajar di sini,harus mendapat pujian..
Keterlibatan aktif setiap angkatan atau 'Batch',memang wajar diberi tepukan tahniah..
Cuma di sini..
Seperti pepatah Inggeris,
"A Coin Has Two Sides"Setiap angkatan memang cuba memupuk hubungan erat sesama mereka.Dan bagi saya,ini adalah satu hasil yang bagus..
Benih yang kami cambahkan dahulu,tersemai elok,dibaja subur oleh adik-adik di bawah...
Akan tetapi,ada sisi gelap yang harus diperhatikan...
Walaupun belum lagi signifikan,tetapi bibit-bibit hitam ini mula menampakkan sinarnya...
Saya gusar..
Asal mausulnya kita menguatkan angkatan,memberi sumbangan proaktif,adalah untuk memupuk kerjasama sesama dan mengeratkan hubungan intra angkatan.
Tujuan yang bagus.Di samping,memberi pengalaman berharga dalam menjalani kehidupan mendatang..
Apa yang saya perhatikan,tujuan murni mahu menyatukan pelajar ini,seakan-akan mula menjadi medan adu-tara antara angkatan..
"Demi BATCH kita!!!"laung seorang penyokong setia..
"Boleh pergi matilah BATCH korang!!"balas seorang pejuang setia angkatan lagi satu..
"Kitorang tak boleh masuk dengan senior la!!"menghiris hati apabila mendengar ungkapan sedemikian..
Ini belum ditambah balingan-balingan tohmahan yang bermaharajalela di belakang.Kutuk-mengutuk menjadi santapan budaya..
Saya tidak senang dengan prospek negatif ini..
KEMBALI KE ASAL..
Tidak ada masalah untuk bertanding.Barulah seronok,meriah rasanya.Bertambah semangat bertanding dalam sebarang program..
Cuma janganlah laga di gelanggang,dibawa-bawa sampai ke bawah,ke luar medan.Diungkit-ungkit ketidak puasan hati sehingga berkurun lama..
Memang suatu yang mustahil untuk memuaskan hati semua individu.Tetapi cubalah semaksimum mungkin bagi pihak penganjur,untuk mengurangkan sebarang konfrontasi,sama ada antara sesama angkatan ataupun angkatan dengan penganjur..
Di sini,kita sebagai para pelajar yang mempunya daya intelek yang tinggi,juga haruslah turut bersyakhsiyah seelok mungkin,sesuai dengan daya intelek kita miliki..
Komunikasi memainkan peranan yang paling penting.Sebarang salah-faham,ketidakpuasan hati,sama-sama kita tangani dengan komunikasi yang berhemah.
Seberat mana konfrontasi sesama kita,tetaplah kita badan yang satu.Mencubit paha kiri,yang kanan pasti merintih sama..
Saya mengambil contoh yang jelas.
Jangan kita semua menjadi seperti segelintir penyokong bola sepak Kelantan.Mencemar nama negeri sendiri..Atas rasa tidak puas hati dek kekalahan pasukan negeri,kerusi,hatta stadium mahu dibakar bagi melampiaskan ketidakpuasan hati..
Selaku anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang,semangat patriotisme kenegerian saya sangatlah tinggi..
Semenjak kecil,dari zaman Hashim Mustapha sehinggalah sekarang,tidak pernah saya berhenti menyokong pasukan negeri,hatta ketika Kelantan terperosok di dasar liga suatu ketika,tetap saya menyokong,melahirkan setiap sokongan,dengan jiwa dan raga semahunya..
1-0..
2-0..
3-0..
Hancur hati mendengar khabar dari jauh seberang laut.
Tetapi tetaplah saya mengucapkan kalungan tahniah buat pasukan Hoben Jang Hoben..
Pertandingan adalah pertandingan.Ada kecewa,duka bermain dengan gembira,suka.Adat sebuah pertandingan...
Ukhuwwah sesama kita jangan sesekali dilupa..
KATA HATI...
Saya menyeru semua kita,terutama pelajar-pelajar di Bandung,marilah kita sama-sama luruskan niat kita dalam berpartisipasi dalam sebarang aktiviti.
Takkan mampu kita memperkasa agama,bangsa dan negara,jika antara sesama,kita saling mencantas,memperburuk..
Hulurkan salam persahabatan,ucapkan kalungan tahniah!!
"Budi Bahasa Budaya Kita"