Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Oktober 2015

Seteguh Tekad


Lama benar sawang lelabah tidak terusik.Dibiar membatu, kelu tanpa ilham..

Karya Prof Dr Sidek Baba ini judulnya Seteguh Tekad.

Melihatkan gambar tertera di kulit depan, gayanya seakan pelik.Berkot lengkap, namun basikalnya basikal tua.Namun itulah yang menarik perhatian.Dari helaian pertama, kita dibawa berjalan.

Seakan mendengar panglipurlara bermadah.

Latar belakang cerita bermula di Masjid Tanah, Melaka.Kemudian bergerak ke bandar Melaka,ke bumi Maktab Perguruan Sultan Idris, ke Kuala Lumpur, meninjau tingginya Institut Aminudin Baki dan seterusnya ke negara Uncle Sam.Sehinggalah musafir kembara banyak berhenti di Taman Ilmu dan Budi, bumi Universiti Islam Antarabangsa.

Secara ringkasnya, ada beberapa isi penting yang saya dapat konklusikan.

1) Ilmu.Peri pentingnya, ilmu akan mengangkat darjat seseorang.Akan meninggikan nilai akal, akan membawa manusia lebih mengenal dirinya.

2) Pengorbanan dan Usaha. Berbasikal berpuluh batu, bersengkang mata, berpeluh kejap, kembali bangkit dari kegagalan..Itu sesuatu yang 'wow', menaikkan semangat bagi yang membaca.

3) Tali Allah. Ditahan ISA, menunjukkan betapa kuat mehnah yang dihadapi beliau. Doa dan sujud tidak kunjung henti buat dirinya.

4) Keluarga Contoh.Anak-anak beliau, majoritinya jurutera.Berjaya sehingga ke menara gading.Semuanya dimotivasikan untuk mencari ilmu ke peringkat tertinggi.

5) Dakwah. Sesibuk manapun, proses mengajak manusia ke arah din itu mesti diutamakan. Gerabak keretapi dakwah akan terus bergerak, ia tidak akan menunggu kita.Kita adalah mata rantai dakwah.


Selamat membaca.

* Semoga diri ini kembali istiqamah menulis dan bercerita.Berkongsi manfaat sesama insan

Selasa, 15 Mac 2011

Sumur Motivasiku : Ceritera Semangat Seorang Datuk dan Doktor..



Sewaktu lemah semangat berkunjung, sumur positif kekeringan motivasi,gambar profail Facebook ini selalu menepuk bahu, menyuruh kuatkan langkahan..

Seorang orang tua yang cacat, lumpuh berkerusi roda, bicaranya tidak jelas kedengaran.Namun anak-anak muda berkerumun mendengar suaranya.Seakan-akan mutiara hikmahnya bak telaga Zam-Zam yang tidak pernah kunjung kering air manfaatnya.
Takkan aku kalah dengan kehebatannya..

Seorang lagi seorang doktor pakar anak.Dia cintakan agamanya.Dia rindukan kebebasan tanah pusaka bondanya.Dia jijik melihat hawa-hawa sedarah sedaging terpalit hina maruahnya oleh Zionis Israel.Tiada Khalifah Al-Maamun yang datang membela..Takkan ku kalah dengan kesibukannya..

Dan mereka berdua telah pergi meninggalkan aku dan kamu.Darah mereka bersaksi menjagat raya.Mereka hanya manusia biasa, yang mulia diangkat Ilahi, kerna menjunjung titah Tuhan mereka Yang Maha Tinggi.

Sewaktu hati berkisah sibuknya daku, penatnya mataku, lelahnya badanku..Akal fikirku malu kepalang kepada dua jiwa perindu syurga ini.Apa yang sibuknya daku berbanding sang doktor..Dan ternyata bicaraku lebih kedengaran berbanding si beruban putih, dan kakiku masih lagi mampu menapak normal.Namun ku percaya, seandainya kakiku diberi peluang bicara, pasti ia berasa sugul masygul.

" Wahai tuanku, kamu mempunyaiku yang cukup normal,mampu ke mana-mana, berlari dan berjalan, menyepak dan menerajang.Dan si beruban putih itu ternyata semenjak kecil sudah kehilangan sepak dan terajangnya, lari dan berjalan entah ke mana.Hanya kerusi roda sebagai pendamping maha setia. Dan dia mampu berbuat banyak untuk agamanya, bangsanya dan juga tanah airnya! Tidak malukah kamu kepada dirinya wahai tuanku?"

Sukar mahu menjawab.Tetapi itulah hakikatnya.HambaMu ini sering lemah dan leka.Alpa dan lalai sebuah norma.

Akan tetapi, jangan sesekali menyerah dan mengaku kalah.Bendera putih itu jiwa pengecut.Kita sang pemberani yang hanya memahami darah dan air mata, tenaga dan usaha, sebagai wadah bicara.Ini kamus kehidupan seorang fityah pejuang...

Bumi terus berputar, dan berputar.Usia dunia semakin berkurangan.Ada manusia yang bahagia,malahan ada yang sayugia celaka.

Hari ini dunia menunggu kita untuk mencorak cita dan warna.Demi sebuah esok yang bahagia, menuju redha Ilahi dan menempah sebuah Syurga..

Kuatkan hati, tancapkan semangat..Ayuh melangkah...

“Hari orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok….” (QS. Al-Hasyr: 18)