Isnin, 27 April 2009

Pemimpin Berjiwa Rakyat...


Bekas Presiden Turki Ismet Inounou,ketika pernah terjadi gempa bumi di Turki pernah memperlihatkan kehebatan seorang pemimpin...

Dia pergi ke daerah yang ditimpa malapetaka itu.Didatanginya khemah-khemah orang yang kehilangan rumah mereka.Ditunjukkannya muka yang sedih dan penuh belas kasihan.,bertemu anak-anak disapanya,bertemu dengan perempuan tua demikian pula..

Sehingga seorang peempuan tua berdiri memagutnya sambil meratap,mengadukan halnya seolah-olah seorang anak mengadu kepada ayahnya.Ismet memagutnya pula dengan hati yang terharu dan menyuruh sabar...

Sedang pegawai-pegawai pengiring tegak termenung melihat bagaimana kejujuran hati dan air muka dapat mempertalikan Presiden yang tercinta itu dengan rakyat di dusun-dusun....



Tidak usah kami diberi kata,
Dipakai kata akan luntur,
Tidak usah kami diberi nasi,
Dimakan nasi akan habis,
Berilah kami hati yang suci,muka jernih,
Budi baik dibawa mati............






P/S:

Petikan dari buku Falsafah Hidup,karya HAMKA...
Hebat benar seorang pemimpin berjiwa rakyat,bukan sekadar pandai memerintah dan mengarah,juga sanggup turun ke padang rakyat..
Senang sama-sama dicicipi,sakit sama-sama dirasa....

Sabtu, 25 April 2009

Bersama Kapal van der Wijck...


Penyakit lama bertandang kembali..

Sudah lama tidak mempunyai kelapangan masa...

Sejak kecil sangat sukakan buku.Pelbagai genre,dari novel sehinggalah sejarah,dari fakta sehinggalah komik...Hikayat Hang Tuah,Sejarah Melayu,Dragon Ball,Dr Slump,dan juga suatu ketika dulu Mastika,Ujang dan pernah,Mangga...



Tenggelamnya Kapal van der Wijck

Dari pagi sampailah ke petang,tepatnya pukul 1646 waktu Indonesia Barat,selesai sudah pertapaanku seharian,bercengkerama indah bersama novel 286 halaman,Tenggelamnya Kapal van der Wijck,karya ulama' tersohor dari bumi Indonesia.Namanya Haji Abdul Malik Bin Karim Bin Amrullah atau lebih dikenali seantero dunia sebagai HAMKA...

Cuma kali ini sedikit ingin berkongsi tentang HAMKA...Ulama hebat,seantero tanah Melayu dijejaki.Disegani kawan dan lawan..

Salah satu daripada khazanah tulisannya adalah sebuah novel bertajuk "Tenggelamnya Kapal van der Wijck"...Karya hebat milik nya..Intipatinya berkisarkan cinta pembangkit jiwa pembakar semangat..Suatu ketika kisah yang pernah diangkat ke layar perak oleh Erma Fatima...UmieAida watak utamanya…

Di sini ada sedikit synopsis novel ini.Terimalah…




Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan sebuah karya tersohor oleh Prof Dr. Hamka. Ianya adalah kisah cinta seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis dari keluarga ternama bernama Hayati. Cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak. Hayati dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak mendampingi Hayati. Ibarat ruas telah bertemu buku, bagai janggut pulang ke dagu, sama berbangsa keduanya, satu bulan satu matahari. Begitulah pandangan keluarga Hayati, ketika mereka sepakat menjodohkan Hayati dan Aziz.

Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.

Cerita cinta ini disampaikan kepada pembaca melalui surat-surat yang ditulis oleh Zainuddin dan Hayati. Membaca surat-surat ini akan membawa kita terbang jauh ke dasar hati mereka. Sebuah cerita yang menyayat hati. Berkisar tentang pangkat dan darjat. Antara kekuatan jiwa, keimanan dan tuntutan nafsu.

Prof. Dr. Hamka menulis buku ini ketika beliau berusia 31 tahun ketika darah masih muda, khayalan dan sentimen masih memenuhi jiwanya dan beliau dikritik hebat kerana ia adalah sebuah buku cinta sedangkan pada zaman itu buku yang sebegini tidak pernah diterbitkan. Tetapi setelah sepuluh tahun berlalu, masyarakat mulai faham akan perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia. Sehinggakan ada yang bertanya bila lagi Dr akan menulis cerita yang begini hebat seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah.



Surat daripada Zainuddin kepada Hayati;
Lebih seratus kali namamu ku sebut dalam sehari. Kadang-kadang saya terpanggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolak angin, terasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya, kau telah membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, apakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.

Surat Kahdijah (sahabat Hayati ) kepada Hayati
Cinta tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta adalah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu akan mengancam akan kesuburannya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup cinta menjadi kalau harta tiada pergaulan terancam. Cinta atau rindu, dendam kasih sayang atau asyik maksyuk biarlah tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat.




P/S :
1) Kita belajar dengan orang yang hebat,ambil pengalaman secara langsung atau tidak langsung..

2) Cinta itu fitrah,kena dipandu dengan betul..

3) Kadang-kadang,ada orang kata asyik pasal cinta je.Tidak kisah la…Sebab cinta banyak yang terperosok ke dalam perangkap iblis dan syaitan.Sebab cinta Adam dan Hawa yang tersalah langkahla,saya beria-ia jadi pengarah Nikah Connecting People 3 tahun yang lalu..

4) Cintalah penyebab saya masih saya… Masih dengan pinsip saya,masih dengan perangai saya….

5) Cinta pada Allah dan Rasul adalah sebaik-baik cinta….

Untuk Anda,Anak Hawa...





Mencintai tidak semestinya memiliki..

Kadang-kadang,cinta tersimpan erat,dipupuk dibaja bertahun lama..
Hanya menunggu masa sesuai untuk dituai hasilnya..
Seringkali,orang mengatakan cinta pandang pertama..
Dari mata jatuh ke hati..
Panahan anak panah cinta,jauh menerobos tangkai hati..



UNTUK KAUM HAWA

"Dia baiklah,solat pun jaga.Hormat orang tua lagi...,"bicara seorang perawan yang khayal dibius sedatif cinta.

"Aku percaya kat dia,caring sangat kat aku.Sakit demam aku dia selalu ambil tahu..,"seorang anak gadis,melafazkan monolog hatinya,berbaiah setia kepada sang jejaka..


Jangan sesekali membuta-tuli hawa percayakan manusia bernama lelaki..Helah madahnya hebat mengelabui mata,membutakan hati.Senyum tawanya manis pemikat sukma..Bicaranya sopan,prihatin sekali..

Jangan pernah percaya dia sukakan kamu kecuali dilafazkan di bibirnya,ikhlas tulus di hati..Andai benar ikhlas,pasti dijaganya maruahmu.Tidak pernah sesekali digelus gemalai rambut ikalmu,dipegang lembut jemarimu,disandang erat pinggang rampingmu ke sisi selagi mana belum ungkapan "Aku Terima Nikahnya" dilafazkannya.Takkan pernah lelaki Muslim sejati,memperkotak-katik bakal isterinya.Jika ada yang begitu,hanya teruna buaya panggilan yang sesuai...

Ayah dan ibu dikunjungi mendambakan restu..


BAIK UNTUK YANG BAIK


Janji Ilahi dalam An-Nur,ayat 26 sebagai bukti..

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji juga untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik utuk lelaki-lelaki yang baik,begitu juga lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia yakni syurga"


Ayat yang membuktikan Si Pipi Kemerahan,Aishah adalah terpelihara dari segala kejahatan.Segenap fitnah menimpa Aishah dibersihkan sama sekali..Aishah adalah perempuan yang terbaik.Dan selayaknya perempuan yang terbaik,sejak azali,ditakdirkan untuk lelaki yang terbaik juga.Dalam kes Aishah ini,Muhammad Rasulullahlah yang terbaik..Kemuliaan bagimu wahai puteri Abu Bakar....


"Aku kan, kalau boleh nak isteri yang bertudung ,Al-Quran sedap baca lagi,mata tengok sedap,hati pun tenang,"tinggi cita-cita seorang mat rempit ,sambil menhembuskan asap rokok berkepul-kepul ke udara,'awek' bak belangkas,membonceng di belakang...


"Hurm,aku nak suami aku tu beriman,soleh,ilmu agama banyak,"mekar senyuman hawa yang skirtnya tersingkap menampakkan pangkal paha,rambut merah menyala..


Bagi yang belum disunting,yakin dan percayalah dengan janjiNya.Dia Maha Benar,Maha Penunai Janji..Lebihkan menjadi yang SOLEH dan SOLEHAH,daripada mengejar dan memburu yang SOLEH dan SOLEHAH.Menjadi yang soleh,kesolehannya Insyaallah berkekalan mudah-mudahan.Bergantung kepada kawalan kepada diri sendiri..Mendamba yang berstatus solehah tidak salah.Baik malahan..Akan tetapi,kesolehahan itu mungkin pudar mengikut peredaran masa dan ketika.Kawalannya senang lepas dari tangan kita sendiri..

Bersikap proaktif,mulakan dengan siapa yang di hadapan cermin..



Bak serangkai kata punya Hamka...

Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan..
Cinta bukan mengajar kita menghina diri,tetapi menghembuskan kegagahan..
Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat...


p/s:

1) Untuk anak Hawa,hati2lah.Saya pun lelaki.Saya pun tau..

2) Bagi anak Adam,jangan main2kan perempuan.Dont be so playboyish..

3) Kena yakin dengan janji Allah..

4) Jangan kata saya jiwang,romantik mungkin ;-)

Sabtu, 18 April 2009

Saya masih hidup....

Alhamdulillah Internet kembali setelah 5 hari...

Sekarang sibuk dengan kemuncak Karnival Sukan Malaysia besok hari...

Banyak benda yang tertunggak mencari detik selesai...Sekarang tengah mecicipi buah fikir Hamka.Masih belum sempat menghabiskan novel Tenggelamnya Kapal van der Wijk dan Falsafah Hidup,buah tangan Hamka sebelum kematiannya...



Doakan diri ini terus kuat menghadapi ujian ini.Ameenn...

"Sesungguhnya hidup dan matiku adalah milik Allah,Sang Penguasa Alam"


INILAH JALANKU.....



Khamis, 9 April 2009

Demi Ad-Dhuha....







Apa perasaan anda apabila melintas di hadapan anda,seorang anak kecil dalam usia 3,4 tahun,compang-camping pakaiannya,meminta sedikit belas ihsan daripada kita?Pandangan matanya memancar sinar,menagih simpati,dengan harapan beroleh sesuatu daripada kita..

Kita ada beberapa pilihan..

Satu mungkin dengan menghulurkan seribu dua rupiah sambil mengucapkan ungkapan “Kesian budak tu”..Kedua,mungkin juga perkataan belas kasihan tadi hanyalah sekadar permainan spontan bibir,sambil pandangan mata diheret pada sang anak,hinggalah dianya hilang dari pandangan mata..Ketiga,mungkin sahaja kita langsung tidak menghiraukan entiti mungil itu.Maklumlah,sudah menjadi pemandangan lumrah di Indonesia ini.Nothing so special…

Dan tidak kurang juga ada yang mungkin menyampah sangat.Lebih-lebih lagi,datangnya anak kecil tadi,pada waktu bersantap.Mungkin sahaja makhluk mulus itu tadi diherdik tanpa punya harga diri..

Mana satu pilihan di hati,lihatlah pada diri sendiri..

 

SUATU KETIKA DI GERBANG UNPAD

Bersama beberapa orang sahabat ,kami sedang enak berbual mesra.Lama sudah tidak ketemu,saling bertanya khabar,apakah sakit ataupun sihat…

Bualan hangat tiba-tiba terganggu.

Tercegat di tepi,muncul seorang mak cik,kusut-masai tidak terurus..

“Sep(panggilan untuk anak lelaki dalam bahasa Sunda),”hanya satu patah perkataan itu sahaja keluar dari mulutnya,seraya menghulurkan tangan,meminta belas ihsan dari para pemuda di hadapannya..

Memandang…

Sinis…

“Kacau betul,orang tengah sedap-sedap borak nih,Ish….”hatiku yang bermonolog sudah berasa jengkel.Menyakitkan pandangan mata sahaja bentakku dalam diam.

Aku mengangkat tangan,isyarat supaya mak cik itu pergi menjauhi kami.Tanpa rasa bersalah,tanpa rasa kasihan..Sewaktu mahu melangkah menjauh,ada tangan yang menghulur,memberi sedikit kepada ibu tua tadi.Muka sang ibu berbunga senyum sambil menapak pergi..

 

“Dan terhadap orang yang meminta-minta,janganlah engkau mengherdiknya.Dan dengan nikmat Tuhanmu,hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur,”

Ad-Dhuha :10-11

Bait-bait ayat dari Ad-Dhuha dilantunkan seorang sahabat di sisi.Mulanya pelik tidak mengerti..Kenapa tiba-tiba terpacul ayat-ayat Allah itu dari mulutnya..

Sejenak berfikir..

Akhirnya aku faham dan tertunduk malu..

Mak cik itu meminta,menagih simpati.Mengharapkan ihsan,bukan menyeluk poket mencuri wang kepunyaan.Rezeki itu milik Allah,harus bersyukur atas nikmatNya..Dan tanda kita bersyukur,adalah dengan berkongsi dengan yang kurang kemampuan..

Apakah bezanya mengherdik dengan tidak memberi,memaki di hati?

Sama sahaja,cuma herdik itu lebih jelas..

Kedua-duanya,sama memekarkan kekecewaan kepada sang peminta,menancapkan duka di sukma jiwa..

Sesungguhnya aku insan pelupa,tidak sedar dek untung..

 

MEMBERI ITU SUATU KEPUASAN

Ada suatu sensasi seronok sewaktu tangan menghulur..

Puas..

Bahagia..

Bukan sekadar hati si penerima berbunga suka,hati si pemberi yang ikhlas juga turut menguntum gembira..

Mari kita menoleh ke belakang,melihat sirah sang Rasul.Pernah Baginda bersabda “Tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah”..Dan tinta sejarah juga bersaksi,sekali-kali Muhammad tidak akan membiarkan setiap peminta yang berkunjung,pulang dengan putik kecewa.Pasti ada sesuatu sebagai  tanda mata hatta beberapa biji kurma sahaja..

Memberilah walau sedikit cuma.Rogohlah kocek walau seratus rupiah keluarnya..

Walaupun tidaklah sebesar berperang jihad fisabilillah,TETAP ini suatu sunnah Rasul.Cara hidup insan yang dianugerahkan gelar sosok teladan sepanjang zaman..

Belajarlah kita untuk memberi.Jadikan ia suatu akhlak..Tidak perlu disuruh ini dan itu,biarlah memberI itu spontan,menjadi akhlak penghias diri..

Hayatilah ayat-ayat dari sang Pencipta,gelarnya Al-Wahhab,Maha Pemberi  dan dari kekasihNya Muhammad,insan berjiwa pemberi…


 

P/S : Marilah mari kita mengundi.Hari ini 9 April…Pastikan contreng Pojok Kanan Atas ;-)

Lagu Sang Hati



Hari ini terasa sangat berat.Segalanya tidak menjadi...

Tekanan hidup yang tiba-tiba memuncak,menjulang tinggi,mengawan..

Senyuman kurang terukir di bibir.Tidak seperti biasa,ramuan mesra itu pudar….

Mehnah dan ujian sering bertandang mengikut giliran.Datang dan pergi tanpa henti..Datangnya tanpa dipinta,perginya sesuka hati..

“Akh,nggak capek(penat dalam Bahasa Indonesia) seharian penuh aktivitas dan bebanan kerja?”tanyaku suatu hari kepada murabbi yang disegani.Kami dalam perjalanan menuju destinasi taalim,berduet manja di atas motor.Dia baru sahaja sampai dari Bandung,’kenyang’ memakan asap bas Damri,’lena’ diulit nyanyian merdu pengamen..

Tersenyum dia seraya menjawab ..

“Capek juga sih.Tapi demi inilah hidup dan mati kita.Ujian dalam  kehidupan kita…”

“Allah tidak akan membebani ini pada antum kecualilah antum mampu untuk memikulnya.Ujian ini akan meninggikan nilai kehambaan antum di sisiNya,”jelasnya ringkas tetapi memberkas di jiwa yang tengah memuncak dengan tekanan..

Tertunduk…

Merenung…

“Benar sekali wahai sang hati,baru sedikit yang datang,sudah berkerut,masam mencuka,”monolog sang hati menginsafi diri..

 

“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup,Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri,dengan rahmatMu aku meminta pertolongan,perbaikilah segala urusanku,dan janganlah diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata(tanpa mendapat pertolongan dariMu)…

Ameen Ya Allah….


Ahad, 5 April 2009

Lenggok Siyasah Seorang Muslim









Iklim  politik Malaysia sekarang kian hangat dengan naiknya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi nakhoda kapal Malaysia menggantikan Pak Lah Badawi.Ditambah lagi dengan peperangan demokrasi di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai pada tanggal 7 hb nanti..

Begitu juga,pentas politik di bumi Hamka ini.Kerancakan pemilihan umum kian menampakkan petanda..Poster-poster calon legislatif dan partai masing-masing mula mewarnai deretan jalan raya.Dari dominasi Golkar(Golongan Karya),hebatnya Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono sehinggalah profesionalnya Partai Keamanan Sejahtera…

Dari pemimpin parti paling atas,mencongak strategi, sehinggalah pak cik-pak cik di kampung dengan politik kedai kopinya.Politik kopi secawan,menghembus rokok sebungkus,mendetak-detak papan aji,tetapi bicaranya arena politik..Hebat!!

Sewaktu menunggu emak mengajar kelas malam,borak bapa-bapa yang menunggu keluarnya anak masing-masing dari kelas,pokok bicaranya,politik…

“Debe Awe Adek,segho buleh mene ko,”kata seorang pak cik berketayap putih berkain pelikat,memulakan mukaddimahnya..

“Janji wat dulu,dop bui-bui lagi,janji jah ngheti!!”sambung pak cik pengawal merencahkan lagi suasana..

Mendengar aku sambil tersenyum sendiri..

Itu senario di Bachok,Kelantan.Tempat di mana majoriti orangnya mencari rezeki,berjawatankan nelayan penangkap ikan,penanam tembakau,.Sungguh sedar politik mereka itu walaupun kelulusan akademik tidak seberapa…

 

DACING ATAU BULAN?

 

“Huh,dasar orang dacing,hampeh.Boleh blah,pergi jahanam!!”melalak seorang anak muda pemasang  bendera parti berlatarbelakangkan bulan purnama..

“Dasar keparat.Pancing undi dengan serban.Dah la negeri mundur,takda apa-apa sejak 18 tahun lepas!!”menikam sukma bidasan seorang pak cik yang memakai topi berlambangkan dacing adil berwarna biru…


Usah berdalih mencari helah.Bangkai gajah masakan disembunyikan…

Realiti alam Melayu khasnya,masyarakat Malaysia amnya,memang sedemikian.Mungkin tidak banyak,tetapi segelintir itu pasti.Sesiapa yang berlainan kubu,memang sudah ditakdirkan sudah  musuh sejak azali.Tiada dalam kamus hidup perkataan damai..Ibarat suratan Rasulullah ,lawannya Abu Jahal.

Apa sahaja perkataan dari geng sendiri,nescaya diiakan.Andai dari pihak lawan,semuanya pasti salah.Kebenaran itu neracanya dari kubu mana ia dikeluarkan..

Teringat kisah seorang Ibrahim dari Pasir Mas,Kelantan..

Asalnya,pejuang keris yang lantang bersuara.Tahun 1990.keluar memperjuangkan ‘perpaduan ummah’,mengingati kembali semangat 1946.Kelantan bertukar wajah mulai saat itu.Judi berlesen,kelab malam,pelacuran di Jalan Hamzah sekelip mata diberantas…

Usai semangatnya lebur,kembali Ibrahim menjulang kerisnya. Tidak puas hati,bertanding dia di Pasir Mas,berwajahkan ‘payung’.Kalah….Terbaru,Ibrahim seorang ahli Parlimen Bebas,bukan dacing,mahupun bulan..

Saat dirinya dacing,hebat dia dikutuk.Pengampu,pembodek dan lain-lain lagi.Tetapi saat dirinya,bersemangat 1946 dan ber’payung’,orang berkata,”Takpe,dia orang kita!!”..

 

Wahai orang-orang yang beriman!Jadilah kamu penegak kebenaran kerana Allah,menjadi saksi dengan adil.Dam janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorongmu untuk berlaku tidak adil.Berlaku adillah.Kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.Dan bertakwalah kepada Allah.Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”

Al-Maidahh:8

Sesungguhnya keadilan itu diberikan kepada sesiapa tanpa mengenal bulu dan warna.Bukan juga mengatasnamakan kerabat atau sahabat,jauh ataupun dekat…

“Nescaya kalaulah Fatimah Binti Muhammad mencuri,pasti kan ku potong tangannya,”tegas sang Rasul,kata-kata bertunjangkan adil dan saksama.

Allah itu Maha Adil!!

Hatta dialog Balqis dimemorikan di dalam Al-Furqan,walaupun Balqis dan kerajaannya hidup bertuhankan matahari,melupakan terus siapa Yang Maha Kuasa..

Sesungguhnya para raja,apabila menaklukan suatu negeri,mereka tetu membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina,dan demikian yang akan mereka perbuat,”

Bait-bait  lafaz Balqis itu suatu kenyataan.Kebenaran tetap suatu kebenaran.Kebenaran tetap diangkat walaupun dari kubu mana sekalipun ianya dikumandangkan…

 

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA


Pasca penggulingan Dato Seri Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak tempoh hari,banyak yang memperkatakan teori Machiavelli dalam bukunya “The Prince”.

Sejujurnya,saya masih belum berkesempatan untuk menatap buku itu.Cuma sedikit sebanyak, tahulah pokok bicaranya.Matlamat menghalalkan cara!!

Dengan mengandaikan kita semua di sini adalah insan-insan yang bermusuh dengan KORUPSI,pasti kita akan bangkit,lawan tetap lawan,sehinggalah noda-noda jelik korupsi dihapuskan langsung dari segenap urat saraf masyarakat,dari yang ‘bilis’ kepada yang ‘jerung’.

Tetapi tetap ia ada caranya..

Perlu ada prosedurnya..

Matlamat itu tidak menghalalkan cara..

Tiada lagi istilah Robin Hood,hero dari hutan Sherwood ataupun Pancho Villa di Mexico,menjadi hero idaman memperjuangkan hak rakyat tertindas,dengan mencuri kemudian memberi..

Islam mengajar kita berani bangun menentang kebobrokan dan kezaliman.Islam juga mengajar kita prosedurnya.Dan Islam jugalah yang membangunkan akhlak dalam memperjuangkan keadilan..

Sering dalam melaungkan slogan keadilan,kita bersua dengan saudara seMuslim yang khilaf dalam percakapannya.Salah dalam perbuatannya,menyeleweng dalam pemahamannya.Sering…

Walaupun mengucap kalimah yang sama,bertuhankan Allah Yang Esa,tidaklah semuanya Muslim dari segi amalinya..

“Tengok ni…,”laung seorang pemimpin negara seraya menaikkan jari hantunya ke atas,sambil mengejek sekumpulan manusia berlainan fahaman dengannya.Tanpa segan silu,beliau(konon-kononnya) berbahasa F.Sesedap rasa,semewah bahasa..Langsung tidak berakhlak.Maaf kalau sedikit kasar...Pemimpin ini cukup layak menjadi pemimpin kawanan kera liar,sesuai berundang-undangkan rimba..

“Mufti ni bapak setan.Sesat lagi menyesatkan..”membahang panas telinga mendengarnya.Lafaz melampau dari seorang berpangkatkan ustaz,seringkali mengeluarkan asmaullah dalam bicaranya,putih bersih ketayapnya..Tetapi sayang,akhlaknya jauh panggang dari api.Konon-kononnya bercita-cita mahu menegakkan syariat Islam di muka bumi Malaysia..

“Usah bicara negara Islam,andai belum tertegak negara Islam dalam dirimu,”bicara seorang bernama Hasan Hudhaibi,pelopor gerakan Ikhwan suatu ketika dahulu..

Diri ini sangat cintakan Allah dan RasulNya.Al-Quran dan sunnah Rasulnya dijadikan pedoman hidup..Pernah Al-Amin Muhammad bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

Mengeji seorang Muslim itu fasik,dan membunuh seorang Muslim itu kafir”

Diri yang dhaif dan hina ini langsung tidak layak menghukum sesiapa.Mungkin sahaja,pemimpin dan ustaz di atas,tersalah bahasa dan kata.Mungkin sedang dibakar emosi penghangat jiwa.Mungkin juga mereka telah bertaubat.Dan mungkin juga keadaan kehidupan yang mencengkam,memaksanya bertindak sedemikian rupa.Hanya Allah mengetahuinya.Mereka insan-insan yang jauh lebih soleh,lebih kaliber,dari yang dhaif ini..

Mata ini melihat ada ‘anggota’ yang cedera,mohon diharap kata-kata garapan tidak seberapa ini ,walaupun menyembuhkan itu jauh dari mampu,setidak-tidaknya,ia boleh mengurangkan sakitnya bisa..

Hati ini rindukan ukhuwwah Islami,sakit setitik anggota,seluruh badan meraung meratapi..

Wahai Muslim,inilah dia lenggok siyasah milikmu!!